Bab 10 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM P&P
- Pemprosesan perkataan ialah menggunakan penggunaan perisian seperti Microsoft
Word bagi tugas menaip, menyunting, dan mencetak sesuatu dokumen.
- Ø Bertujuan membantu guru dalam penyediaan bahan,
rancangan harian, surat menyurat, laporan dan bulletin.
- Ø Pemprosesan perkataan terdiri daripada
perwujudan sesuatu fail, penyimpanannya secara elektronik dalam cakera padat,
pameran di skrin, pengeditan melalui arahan, dan aksara dari papan kekunci dan
pencetakan dengan menggunakan pencetak (printer).
- Ø Pemprosesan
perkataan boleh menjadi aktiviti yang berkesan terutama kepada guru bahasa
dalam pengajaran dan pembelajarannya. Antaranya : Aktiviti mencantum ayat,
memperbaiki ejaan dan menambah dan membetulkan tanda bacaan
- Perisian persembahan Elektronik seperti Microsoft
PowerPoint membantu guru-guru mengukuhkan sesi pengajaran serta menarik
perhatian pelajar terhadap pengajaran guru.
- Ø Perisian dapat membantu guru mencerakinkan
fakta dan menjelaskan isi pengajaran.
- Ø Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai
corak teks, grafik, animasi, audio dan video untuk diintegrasikan dalam slaid
dan ditayangkan sebagai bantuan untuk sesi pengajaran.
- Ø Bagi aktiviti
pembelajaran, perisian ini amat sesuai digunakan sebagai salah satu alat
dalam aktiviti kumpulan dalam apa sahaja mata pelajaran.
- Ø Perisian persembahan
elektronik adalah versatile kerana ia boleh digunakan untuk semua subjek dan
kurikulum
- Ø Ia boleh membina dan
mencyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota
kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya
- Ø Microsoft Power
Point (contoh perisian persembahan elektronik) adalah aplikasi yang amat
bermanfaat dalam menyampaikan maklumat
- Ø Aplikasi ini amat
memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan
yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan.
- Ø Keupayaan Microsoft
PowerPoint yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan
video amat membantu dalam penyampaian maklumat.
- Perisian Hamparan Elektronik membantu pengguna mengolah dan mengurus data nombor untuk tugas
seperti penyimpanan rekod atau akaun.
- Ø Guru menggunakan perisian elektronik bagi tugas
yang melibatkan aktiviti penyimpanan akaun kewangan dan juga untuk pengiraan
markah dan gred.
- Ø Perisian seperti Microsoft
Excel memudahkan guru semasa mengira jumlah markah, purata, memberikan
gred, menyusun serta menyaring data.
- Ø Aplikasi ini juga
akan memudahkan proses pengiraan yang berkaitan dengan kewangan,
statistik, pembinaan graf dan carta dengan lebih mudah dan
tepat.
- Ø Selain itu,
aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menjalankan fungsi pengiraan matematik,
menyusun data dan menghasilkan carta dan graf visual yang diwakili oleh
maklumat.
- Perisian pangkalan data seperti Microsoft Access membantu guru menyimpan,
mengurus, dan mengubahsuai maklumat, iaitu berbentuk teks dan nombor.
- Ø Perisian pangkalan data sangat sesuai kerana
membolehkan penggunanya mencari maklumat dengan pencarian kata-kata kunci.
- Ø Digunakan bagi
merekod penyimpanan data dan maklumat seperti maklumat pelajar, inventori
dan maklumat guru.
- Ø Guru boleh
menggunakan aplikasi ini bagi mengajar tajuk yang memerlukan
penganalisisan data.
- Ø Dengan maklumat yang
diperolehi, pelajar boleh merancang sesuatu untuk memperbaiki kelemahan
yang dikenalpasti.
- Ø Salah satu kelebihan
penggunaan pangkalan data adalah sebagai medium untuk mengurus dan menyampaikan
maklumat untuk dianalisis.
- Ø Program pangkalan
data membenarkan pengguna untuk mengklasifikasikan sistem bergantung
kepada keperluan seperti penyimpanan rekod dan penghasilan rekod untuk
semua fail atau setiap individu.
- Ø Templat-templat
dalam aplikasi ini amat berguna dan disesuaikan dengan pelbagai situasi
tugas guru dan persekitaran sekolah.
- Perisian pengarangan multimedia ialah perisian yang boleh mengintegrasikan kombinasi unsur teks,
grafik, animasi, video, dan audio untuk menghasilkan sesuatu projek atau pakej
yg ada ciri interaktif.
- Ø Multimedia interaktif yang dihasilkan guru boleh
diintegrasi ke dalam P&P menggunakan elemen teks, grafik, bunyi dan
sebagainya.
- Ø Macromedia Authorware amat berguna kerana
berinteraktif dan dapat menarik tumpuan pelajar yg pelbagai kecerdasan.
- Ø Pengajaran pembelajaran berasaskan media
interaktif melalui CD lebih menarik, dinamik, interaktif, serta disokong dengan
audio, video, grafik dan animasi. Di samping itu, pelajar boleh mengikuti
pelajaran mengikut tahap, kesuaian masa, dan keupayaan (self-access, self-paced
dan self-directed).
- Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasi multimedia
memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara aktif.
- Ø Ia juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih
menarik minat mereka.
- Ø Media interaktif berteraskan multimedia boleh
membantu P&P secara lebih berkesan.
- Aplikasi hipermedia meliputi kemampuan sesuatu perisian yg membenarkan pelajar meneroka
maklumat.
- Ø Ciri hipermedia membolehkan pelajar meneroka dan
mendapatkan maklumat mengikut minat, keupayaan, atau kehendak mereka sendiri.
- Ø Contoh bentuk media interaktif terdiri
daripada Encarta, World Book Encyclopedia.
No comments:
Post a Comment