Friday, 30 October 2015

BAB 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN

1) Reka Bentuk Pengajaran ialah suatu proses sistematik menterjemahkan prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.
2) Reka Bentuk Pengajaran juga sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaran suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran.

Reka Bentuk Pengajaran melibatkan tiga kategori :

Satu proses - Pembinaan perancangan secara sistematik dengan mengaplikasikan teori p&p (Briggs, 1977)
Satu disiplin - Cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan & teori tentang strategi pengajaran dan proses  pelaksanaan strategi pengajaran (Duffy & Jonassen, 1991)
Satu sains - Satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang menggalakan pembelajaran pada semua peringkat. (Richey, 1986)

Model Reka Bentuk Pengajaran

MODEL ADDIE - Merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, yang menjadi asas kepada semua model RP. 
A (Analysis)  -  Analisis pelajar (Analisis keperluan dan strategi)
D (Design) - Reka Bentuk. (Bagaimana ukur pencapaian dan kaedah berkesan)
D (Development)  -  Perkembangan ( Adakah menepati standard?)
I (Implementation)  -  Pelaksanaan ( Adakah pelajar bersedia mengikuti pembelajaran)
E (Evaluation)  -  Penilaian (Masalah? Buat penambahbaikan)

MODEL ASSURE - Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah.  Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan. 

A (Analyses learner)    – Analisis pelajar (Analisis keperluan dan strategi)
S (State objectives)    – Nyatakan objektif (Bagaimana ukur pencapaian objektif?)
S (Select method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahan sumber (Standard OK?)
U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber (Adakah p&p berlaku?)
R (Require learner response / participation)   – Libatkan pelajar (Adakah pelajar bersedia?)
E (Evaluate and revise materials) - Nilai & semak semula (Masalah? Buat penambahbaikan)

MODEL GAGNE’, BRIGGS DAN WAGER(1992)

1)    Tentukan matlamat pengajaran – Cth : Pelajar dapat mengingat huruf ABC.
2)    Laksanakan analisis pengajaran – Contoh : Menggunakan media seperti video
3)    Kenal pasti ciri-ciri pelajar – Mengambil kira aras dan pengetahuan sedia ada pelajar.
4)    Bentuk objektif pengajaran pembelajaran – Sebagai panduan kepada guru dan pelajar.
5)    Pilih kaedah penyampaian – Selaras dengan keperluan pelajar
6)    Sediakan bahan pengajaran – Yang bersesuaian dengan objektif pengajaran
7)    Rancang dan laksanakan penilaian formatif – Sebagai maklum balas keberkesanan p&p
8)    Rancang dan laksanakan penilaian sumatif. – Maklum balas menyeluruh


Peranan dan kepentingan Reka Bentuk Pengajaran 
  • Meningkatkan pencapaian pelajar
  • Menjadikan pnp lebih teratur
  • Membantu proses membat keputusan
  • Menjadikan penyampaian pengajaran selaras dengan kumpulan murid yang pelbagai
  • Memungkinkan objektif pembelajaran mudah tercapai
Reka Bentuk Mesej - Tiga Komponen media : (Torkelson, 1972)

1.Mesej – Isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan
2.Bentuk mesej – Cara maklumat disampaikan (bentuk asli/sebenar, abstrak, simbol, visual, gambar, bahasa)
3.Saluran mesej – Alat fizikal yang diguna dalam penyampaian mesej (elektrikal, mekanikal, digital)


No comments:

Post a Comment