Friday 30 October 2015

BAB 4 REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH : MODEL ASSURE

BAB 4 REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH : MODEL ASSURE

Perancangan Pengajaran Pembelajaran
  • Gagne (1985) – Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat, dikenali sebagai Events of Instruction : -
  • 1.    Tarik perhatian pelajar.
  • 2.    Beritahu objektif pembelajaran.
  • 3.    Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
  • 4.    Sampaikan isi pelajaran / bahan pengajaran-pembelajaran.
  • 5.    Bimbing pembelajaran pelajar.
  • 6.    Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
  • 7.    Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
  • 8.    Taksir pencapaian pembelajaran.
  • 9.    Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.


MODEL ASSURE

1.  Analisis Pelajar.  Berdasarkan aspek-aspek berikut :
  1. Ciri-ciri umum pelajar – Umur, jantina, kelas, budaya.
  2. Pengetahuan / pengalaman sedia ada – Melalui soal jawab dalam kelas.
  3. Gaya pembelajaran pelajar – dapat membantu guru merancang kaedah yang sesuai.


 2.  Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran.  Ia mengandungi 4 kriteria :
  • Kumpulan pelajar – objektif dapat dilihat sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran.  Contoh, pada akhir pembelajaran, murid dapat..
  • Bentuk tingkah laku baru – tingkah laku yang dinyatakan hendaklah dapat diukur.  Contohnya perkataan menyatakan, mengenal pasti, menjelaskan.
  • Situasi @ Syarat perlakuan. – dapat membantu guru menyediakan suasana dan dan langkah pengajaran yang sesuai.  Contohnya, memetik isi penting setelah membaca petikan yang diberi.
  • Tahap pencapaian minimum perlakuan. – Berbentuk kuantitatif seperti sekurang-kurangnya tiga daripada enam dengan tepat dan betul.

 3.  Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber.  Proses pemilihan merangkumi 3 langkah :
  1. Penentuan kaedah – ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran pelajar & objektif pembelajaran.
  2. Pemilihan format media – merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yg hendak disampaikan.
  3. Pemilihan bahan sumber – memilih bahan sumber sedia ada, mengubahsuai bahan sumber sedia ada & merekabentuk bahan sumber baru.

4.Gunakan Media dan Bahan Sumber.  Tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru :
  • ü  Semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalam kelas.
  • ü  Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
  • ü  Sediakan persekitaran yg sesuai untuk penggunaan bahan sumber.
  • ü  Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
  • ü  Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.


 5.  Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran
  • Libatkan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar.

6.   Nilai dan Semak Semula
  • Penilaian semasa proses dan selepas proses P&P membolehkan guru membuat pembetulan, penambahbaikan, dan tindakan susulan yang sesuai



No comments:

Post a Comment