Friday, 30 October 2015

BAB 3 MEDIA PENGAJARAN

v  Media = Medium sesuatu saluran komunikasi yang membawa maklumat.
v  Berperanan mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan meningkatkan pemahaman terhadap isi pengajaran.
v  Teknologi memungkinkan P&P berlangsung tanpa kehadiran guru.
v  Media pengajaran yang mendorong pembelajaran kendiri boleh berbentuk bahan-bahan media yang disediakan oleh guru sendiri @ pihak lain.
v  Guru berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran, pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta penilaian.
v  Percival dan Elington (1984) – mengetengahkan 2 bentuk media : 
1.    Saluran Komunikasi – radio, televisyen dan suratkhabar;
2.    Alatan Fizikal Teknologi – filem, slaid, gambar, pita rakaman.
v  Media dalam pengajaran – sesuatu alatan yang berupaya menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan menarik perhatian penerima.

Fungsi Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 
    • ü  Pembantu Guru – Dalam merancang jenis dan bentuk media yang sesuai digunakan.
    • ü  Pengganti Guru – Sekiranya guru menghadapi kekangan seperti mesyuarat dan kursus.
    • ü  Pembelajaran Berasaskan Projek – Pelajar berpeluang mengakses pelbagai maklumat
    • ü  Media Dalam Pendidikan Khas – Membantu mereka belajar dengan lebih sempurna.
    • ü  Media Dalam Pendidikan Jarak Jauh – Membolehkan interaksi menerusi komputer
    • ü  Media Dalam Folio Pembelajaran – Mendidik sikap teliti dalam menyediakan folio.
    • ü  Media Penyebar Ilmu – Contoh : TV pendidikan menyediakan  rancangan berinformatif.

Jenis Dan Klafikasi Media
  • Hoban dan Zissman (1937) – Meletakkan nilai sesuatu bahan pandang dengar bergantung pada tahap realistiknya.
  • Pengalaman Konkrit – Pengalaman sebenar yang dialami oleh pelajar dan ia semakin berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa.
  • Pengalaman Abstrak – Pengalaman yang dilalui oleh pelajar melalui sesuatu simbol visual atau verbal yang perlu ditafsirkan.
  • Jenis dan klafikasi media : 
  • ü  Media Bergerak (Rakaman video, animasi & filem)
  • ü  Orang (Guru, pelajar & orang ramai)
  • ü  Objek / Model yang boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar
  • ü  Teks (Poster, buku, suratkhabar, majalah, risalah & modul)
  • ü  Visual (Diagram, lukisan, foto, grafik, slaid, transparensi)
  • ü  Audio (Suara, bunyi-bunyian, muzik & lagu)

No comments:

Post a Comment