Friday 30 October 2015

BAB 7 ASAS FOTOGRAFI

  • Photography secara literal bermaksud ‘menulis dengan cahaya’. Sekitar abad 17-18, kamera ‘Abscura’ dicipta untuk kemudahan melukis imej berbantukan cahaya.  Sekitar 1888, George Eastmen mencipta kamera Kodak.Tahun 1900, kamera Mammoth dicipta (beratnya 1400 paun). 
Komponen Asas Kamera

LENSA dikenali sebagai kanta, digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam kamera.

Jenis-jenis Kanta :
  • Lensa Bidang Luas (Wide Angle Lens)
  • Ukurannya 6 mm – 45 mm. Digunakan untuk penggambaran pemandangan jauh yang luas.
  • Lensa Biasa (Standard / Normal Lens)
  • ü  Ukurannya 43 mm – 50 mm. Sudut pandangan disesuaikan dengan pandangan biasa mata.
  • Lensa Foto Jauh (Telefoto)
  • ü  85 mm – 120 mm : Untuk gambar potret.
  • ü  135 mm – 200 mm : Sesuai untuk sukan.
  • ü  300 mm – 600 mm : Sesuai untuk pergerakan, alam semula jadi, dan hidupan liar.
  • Lensa Zoom - Gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit.
  • ü  28 mm - 50 mm : Sudut luas ke normal
  • ü  50 mm - 100 mm :Normal ke sederhana
  • ü  70 mm - 200 mm : Normal ke jauh
  • ü  135 mm - 300 mm : Sederhana ke jauh. 

Fokus ialah satu proses untuk mengubah jarak lensa (kanta) dari permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem.

APERTUR (SAIZ BUKAAN LENSA) - Merupakan gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem
  • ü  Skala pada apertur ini berukuran / ditanda dengan f @ f/stops.
  • ü  Skala pada apertur akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16 dan 22.  (skala dari besar ke kecil).
SHUTTER (PENGATUP) - ialah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya.
  • Tingkap pengatup hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambar foto yang baik.
  • Indeks kelajuan pengatup – B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000, dan 2000 yg bermaksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup.
  • Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih indeks kelajuan maka lebih lama dedahan dibenarkan.

FILEM - ialah kepingan plastik khas yg mempunyai satu permukaan bahan kimia (silver halide crystals) yg peka cahaya.  Kepekaan filem disukat berdasarkan skala : 
  • ü  ASA (American Standard Association)
  • ü  JIS (Japan Industrial Standards)
  • ü  DIN (Deutche Industrie Norme)
  • ü  ISO (International Organization of Standardization)

Jenis-jenis filem :
  • ü  Filem hitam putih – Negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitam putih.
  • ü  Filem warna – Negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna-warni.
  • ü  Filem slaid – Filem positif untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.
Kepekaan Filem
  • ü  Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama.
  • ü  Semakin tinggi nombor, kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya.
  • ü  Dedahan cahaya yang tepat (correct exposure) kepada filem bergantung pada tiga faktor utama :  1. Sensitiviti / kelajuan filem 2. Bukaan apertur lensa 3.Kelajuan shutter.
Lampu Flash. Banyak teknik yang boleh dipraktikkan ketika menggunakan flash :
  • 1.    Halaan terus ke objek (direct flash) – Masalah terhadap pantulan cermin mata.
  • 2.    Halaan pantulan (bounce flash) – Sesuai untuk potret
  • 3.    Penggunaan filter pada flash – Boleh melembutkan warna flash.
  • 4.    Flash berkembar – Memberi tambahan cahaya
  • 5.    Simbahan manual – Menggunakan flash dengan teknik low shutter speed
Jenis Kamera - Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran.  Antaranya ialah :
  • 1)    Kamera piring (disk)
  • 2)    Kamera segera (instant) @ Polaroid
  • 3)    Kamera katrij (catridge)
  • 4)    Kamera pembalikan
  • 5)    Kamera format besar (large format view)

Kamera Kompak (Kamera Fokus Tetap)

·         Tidak mempunyai mekanisme fokus, sebaliknya yang ada hanya sebuah penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa.
·         Mempunyai apertur pelaras yang mudah dengan simbol.

Kamera Satu Lensa Refleks (SLR)
  • Tidak mempunyai tingkap penilik pandang di sebelah depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang.
  •  Sistem lensa yang boleh ditukar ganti.
  • Kegemaran jurufoto profesional dan penggiat seni foto.

Kamera Digital

  • Mempunyai sensor elektronik yang menggantikan filem.
  • Pengguna dapat melihat dengan segera imej, menyimpan, memadam, @ merakam semula.
  • Menggunakan sistem CCD (charge-coupled-device) bagi menukar imej cahaya kepada signal @ informasi digital.
  • CMOS (complementary metal oxide semiconductor) digunakan bagi kamera yang berharga murah.
  • Camcorder juga boleh menghasilkan imej pegun, tetapi resolusinya agak kasar. Imej tidak jelas apabila diperbesar saiznya.

Teknik Penggambaran

Secara umum :
  • 1.    Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda memetik punat pelepas shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom @ kelajuan shuttle yang perlahan.
  • 2.    Jangan menghalang bidikan – bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap @ terlindung.
  • Teknik Jarak Dekat - Imej yang dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yg membantu P&P apabila guru ingin fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar.
  • Teknik Jarak Sederhana – Untuk Foto Pemandangan.  Sangat sesuai dijadikan BBM kerana imej yang menyeluruh itu meluaskan pemandangan dengan pelajar terhadap sesuatu perkara.
  • Teknik Panning Foto Aksi @ Sukan.  Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shutter pada kelajuan shutter yang agak perlahan.  Hasilnya, imej objek yang bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek yang statik akan kelihatan kabur.

Muat Turun Imej
  • Muat turun imej ke komputer – Install menggunakan kabel USB ke Komputer.
  • Muat turun imej dari telefon bimbit - Install menggunakan kabel USB ke Komputer.
  • Menggunakan mesin pengimbas – Bagi kamera yang masih menggunakan filem.

Peranan Fotografi Dalam P&P

1.  Menarik minat pelajar.
2.  Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep @ tema.
3.  Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh dan mendorong penerokaan dan perkembangan idea pelajar.
4.  Memudahkan tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar.

No comments:

Post a Comment