Friday 30 October 2015

BAB 5 KONSEP ASAS GRAFIK


  • Grafik - kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang, perkataan @ citra yg menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep @ idea daripada kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu (P&P).
  • Grafik – suatu bentuk komunikasi visual yg menggunakan teks @ gambar untuk menyampaikan informasi @ mesej. 
  • Media elektronik – ‘grafik interakrif’ @ ‘grafik multimedia’
  • Multimedia – perisian @ aplikasi yg berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua @ lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video.
  • Peralatan Asas Bagi Reka Bentuk Grafik 
  • Akal (kreativiti)
  • Mata
  • Tangan
  • Alat-alat tradisional (pensel, dakwat, dll)
  • Komputer, dll.
  • Fungsi Grafik Dalam Pembelajaran
  • Mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza.  Contoh – lambang tulisan cina difahami penduduk china walaupun dialek berbeza.
  • Mendorong interaktif yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. – Pembelajaran lebih berkesan apabila pelajar melibatkan diri dalam proses penghasilan bahan pengajaran berasaskan grafik.
  •  Elemen Asas Reka Letak Grafik
  • 1.    Titik -  Penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu kedudukan di dalam ruang. -  Tidak mempunyai ukuran panjang @ lebar, bersifat statik, tidak mempunyai arah, secara relatif bebas, dan menjadi pusat sesuatu unsur.
  • 2.    Garisan - Percantuman dua titik yang mempunyai jarak tertentu. -  Kombinasi jari membentuk imej 2D dan 3D. 
  • 3.    Rupa geometri – Rupa-rupa yang mempunyai sempadan yg tetap.  Contohnnya segiempat dan bulat.
  • 4.    Rupa organik – Rupa-rupa yang bebas, tidak bersudut dan tanpa sempadan yg tetap.
  • Chang Hon Woon (1997) – Garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkan pergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton, menimbulkan bentuk, mencipta ruang, dan menimbulkan jalinan.
  • Permukaan -  Beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegak atau mendatar. -  Contoh : permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding) dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).
  • Bentuk -  Mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.
  • Ruang -  Kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yang juga dirujuk sebagai jarak antara dua objek @ rongga yang terdapat dalam sesuatu benda.
  • Ruang nyata – Ruang yg terdapat pada bentuk-bentuk konkrit, iaitu objek sebenar bersifat 3D.  Ia dapat dilihat, disentuh dan dirasa.
  • Ruang tampak – Ruang ilusi yang timbul, iaitu bersifat 2D seperti gambar dan lukisan.
  • Warna -  Pembalikan cahaya daripada sesuatu objek @ permukaan. 
  • Warna asas – Biru, Merah dan Kuning.
  • Warna sekunder - Kuning + Biru = Hijau / Merah + Biru = Ungu / Kuning + Merah = Jingga.
  •  Warna tertier – Warna Asas + Warna Sekunder.
  • Fungsi warna : Melahirkan kesan @ pengaruh tertentu contohnya kuning dikaitkan dengan institusi beraja.  Warna juga mewujudkan perasaan harmoni.  
  • Contohnya warna terang mencetuskan keriangan dan kedamaian.                                      
  • Prinsip Reka Letak Visual (CASPER)
  •  C (Contrast)            - Kontras – Cara untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu.
  •  (Alignment)          - Seimbang – Reka letak teks dan grafik haruslah diseimbangkan.
  • S (Simplicity)           - Simplisiti (Keep It Simple and Stupid) supaya boleh difahami.
  • P (Proximity)            - Item yang berkaitan haruslah diletakkan berdekatan.
  • (Emphasis)           - Fokus kepada item utama sahaja.
  • R (Repetition)          - Tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu.
  • ü  Tipografi – Suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada ruang-ruang yang tersedia untuk mencipta kesan tertentu yang menolong pembaca berasa selesa untuk membaca semaksimum mungkin.
  • ü  Stail Fon : Roman – Fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg berbentuk lancip pada hujungnya. Sans serif – Fon ini tidak mempunyai sirip / serif.
  • ü  Skrip @ Kursif – Fon goresan tangan, miring ke kanan. Egyption – Ciri kaki / sirip / srif yang berbentuk persegi.
  • ü  Dekoratif - Pengembangan daripada bentuk-bentuk fon yang sudah ada.
  • ü  Saiz Fon - Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.

No comments:

Post a Comment