Friday, 30 October 2015

NOTA EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EDU 3053 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Bab 10 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM P&P

  • Pemprosesan perkataan ialah menggunakan penggunaan perisian seperti Microsoft Word bagi tugas menaip, menyunting, dan mencetak sesuatu dokumen.
  • Ø  Bertujuan membantu guru dalam penyediaan bahan, rancangan harian, surat menyurat, laporan dan bulletin.
  • Ø  Pemprosesan perkataan terdiri daripada perwujudan sesuatu fail, penyimpanannya secara elektronik dalam cakera padat, pameran di skrin, pengeditan melalui arahan, dan aksara dari papan kekunci dan pencetakan dengan menggunakan pencetak (printer).
  • Ø  Pemprosesan perkataan boleh menjadi aktiviti yang berkesan terutama kepada guru bahasa dalam pengajaran dan pembelajarannya. Antaranya : Aktiviti mencantum ayat, memperbaiki ejaan dan menambah dan membetulkan tanda bacaan
  • Perisian persembahan Elektronik seperti Microsoft PowerPoint membantu guru-guru mengukuhkan sesi pengajaran serta menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru.
  • Ø  Perisian dapat membantu guru mencerakinkan fakta dan menjelaskan isi pengajaran.
  • Ø  Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio dan video untuk diintegrasikan dalam slaid dan ditayangkan sebagai bantuan untuk sesi pengajaran.
  • Ø  Bagi aktiviti pembelajaran, perisian ini amat sesuai digunakan sebagai salah satu alat dalam aktiviti kumpulan dalam apa sahaja mata pelajaran. 
  • Ø  Perisian persembahan elektronik adalah versatile kerana ia boleh digunakan untuk semua subjek dan kurikulum
  • Ø  Ia boleh membina dan mencyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya
  • Ø  Microsoft Power Point (contoh perisian persembahan elektronik) adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan maklumat
  • Ø  Aplikasi ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan.
  • Ø  Keupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian maklumat. 
  • Perisian Hamparan Elektronik membantu pengguna mengolah dan mengurus data nombor untuk tugas seperti penyimpanan rekod atau akaun.
  • Ø  Guru menggunakan perisian elektronik bagi tugas yang melibatkan aktiviti penyimpanan akaun kewangan dan juga untuk pengiraan markah dan gred.
  • Ø  Perisian seperti Microsoft Excel memudahkan guru semasa mengira jumlah markah, purata, memberikan gred, menyusun serta menyaring data.
  • Ø  Aplikasi ini juga akan memudahkan proses pengiraan yang berkaitan dengan kewangan, statistik, pembinaan graf dan carta dengan lebih mudah dan tepat. 
  • Ø  Selain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menjalankan fungsi pengiraan matematik, menyusun data dan menghasilkan carta dan graf visual yang diwakili oleh maklumat.
  • Perisian pangkalan data seperti Microsoft Access membantu guru menyimpan, mengurus, dan mengubahsuai maklumat, iaitu berbentuk teks dan nombor.
  • Ø  Perisian pangkalan data sangat sesuai kerana membolehkan penggunanya mencari maklumat dengan pencarian kata-kata kunci.
  • Ø  Digunakan bagi merekod penyimpanan data dan maklumat seperti maklumat pelajar, inventori dan maklumat guru.
  • Ø  Guru boleh menggunakan aplikasi ini bagi mengajar tajuk yang memerlukan penganalisisan data.
  • Ø  Dengan maklumat yang diperolehi, pelajar boleh merancang sesuatu untuk memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.
  • Ø  Salah satu kelebihan penggunaan pangkalan data adalah sebagai medium untuk mengurus dan menyampaikan maklumat untuk dianalisis. 
  • Ø  Program pangkalan data membenarkan pengguna untuk mengklasifikasikan sistem bergantung kepada keperluan seperti penyimpanan rekod dan penghasilan rekod untuk semua fail atau setiap individu. 
  • Ø  Templat-templat dalam aplikasi ini amat berguna dan disesuaikan dengan pelbagai situasi tugas guru dan persekitaran sekolah. 
  • Perisian pengarangan multimedia ialah perisian yang boleh mengintegrasikan kombinasi unsur teks, grafik, animasi, video, dan audio untuk menghasilkan sesuatu projek atau pakej yg ada ciri interaktif.
  • Ø  Multimedia interaktif yang dihasilkan guru boleh diintegrasi ke dalam P&P menggunakan elemen teks, grafik, bunyi dan sebagainya.
  • Ø  Macromedia Authorware amat berguna kerana berinteraktif dan dapat menarik tumpuan pelajar yg pelbagai kecerdasan.
  • Ø  Pengajaran pembelajaran berasaskan media interaktif melalui CD lebih menarik, dinamik, interaktif, serta disokong dengan audio, video, grafik dan animasi. Di samping itu, pelajar boleh mengikuti pelajaran mengikut tahap, kesuaian masa, dan keupayaan (self-access, self-paced dan self-directed).
  • Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasi multimedia memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara aktif.
  • Ø  Ia juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih menarik minat mereka.
  • Ø  Media interaktif berteraskan multimedia boleh membantu P&P secara lebih berkesan.
  • Aplikasi hipermedia meliputi kemampuan sesuatu perisian yg membenarkan pelajar meneroka maklumat.
  • Ø  Ciri hipermedia membolehkan pelajar meneroka dan mendapatkan maklumat mengikut minat, keupayaan, atau kehendak mereka sendiri.
  • Ø  Contoh bentuk media interaktif terdiri daripada Encarta, World Book Encyclopedia.

BAB 12 ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

  • Hak Cipta Terpelihara - Hak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka. Bahan karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Malaysia).
  • Ø  Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai ‘hak kepunyaan’ terhadap ciptaan mereka.
  • Ø  Tujuan utama: - Bagi melindungi pencipta dan ciptaannya.Terbahagi kepada 2 kategori utama:- Hak ekonomi- Hak moral
  • Ø  Hak Ekonomi - Hak ekonomi ini adalah sesuatu yang bersifat kebendaan atau material
  • Ø  Tujuan : a) Supaya pencipta mendapat pulangan dalam bentuk kewangan atau kebendaan. b) Perlindungan hakcipta yang berkesan akan menjamin pemberian royalti kepada pencipta hasil daripd jualan ciptaannya.
  • Ø  Hak Moral - Hak moral menjamin pencipta mendapat pengiktirafan sebagai seorang pencipta.
  • Ø  Hakcipta untuk diiktiraf sebagai seorang pencipta merupakan hak moral yang tinggi dan memberi kepuasan yang tinggi kepada pencipta.
  • Ø  Ia juga memberi hak mutlak terhadap hasil ciptaan asal dari mengalami apa-apa perubahan tanpa persetujuan pencipta.
  • Antara bahan-bahan yg dikawal di bawah undang-undang hakcipta:
  • - Bahan bercetak seperti novel,puisi,aritikel dan sebagainya.
  • - Muzik atau kesan audio
  • - Pantomin
  • - Gambar dan Grafik
  • - Audio Visual
  • - Rakaman suara
  • Keselamatan - Keselamatan peralatan dalam makmal dan komputer perlu dipelihara.
  • Kerahsiaan - Rahsia bermaksud ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat / objek, bahan bertulis sperti peta.
  • Kawalan Kendiri - Kawalan kendiri ialah suatu usaha kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan proses-proses pemikiran.
  • Trend-Trend Teknologi Pendidikan Masa Depan
  • ü  Penggunaan Media Tradisional secara berterusan
  • ü  Pembelajaran Elektronik sebagai alternatif untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar luar kelas formal.
  • Perubahan Dalam Peranan Guru - Sebagai fasilitator, pengurus dan penggerak dalam era perkembangan teknologi.
  • Penggunaan Teknologi Untuk Pelajar Berkeperluan Khas - Pengintegrasian teknologi membantu guru menghadapi kepelbagaian keperluan khas.

Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian/bahan P&P:

  • Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah mempunyai hakcipta
  • Menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai status hakcipta yang tepat atau ‘public domain material’ - (Open Sources)
  • Membina atau mencipta bahan itu sendiri
  • Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal
  • Bukan bertujuan untuk mendapat keuntungan
  • Bertujuan untuk P&P semata-mata
  • Hanya menggunakan sebahagian kecil karya dan bukannya keseluruhan karya.
  • Memberikan penghargaan kepada pengkarya asal.

BAB 11 PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Connectivisme

       Connectivism menekankan sebaran pengetahuan, berangkai dalam jalinan rangkaian.
       Ia berkonsepkan hubungan dan interaksi pengguna dalam talian rangkaian sosial menggunakan teknologi web 2.0
       Pembelajaran berdasarkan kumpulan dan hubungan antara kumpulan.

Web 2.0
       Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004.
       Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja.
       Ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

Ciri-ciri Web 2.0
  • ü  Sebagai platform - Aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan secara langsung di atas internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya adalah Google boleh diakses melalui mana-mana sistem operasi dan tidak lagi terbatas penggunaannya kepada satu sistem operasi sahaja.
  • ü  Gabungan maklumat dan pengetahuan - Aplikasi web 2.0 memanfaatkan maklumat dari banyak pihak secara kolektif. Contohnya ensiklopedia atas talian (online) seperti Wikipedia membolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel yang dipaparkan.
  • ü  Kekuatan data - Aplikasi-aplikasi internet disokong oleh asas data yang kuat dan unik. Contohnya seperti aplikasi carian web Google, yang mana kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data bagi laman-laman web di internet.
  • ü  Kitaran kemaskini perisian - Aplikasi web 2.0 seringkali dikemaskini. Contohnya Google, seringkali dikemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu yang tertentu.

M-Learning

ü  Mobile learning membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa terhad kepada lokasi dan masa.
ü  Dengan adanya pelbagai peralatan mudah alih seperti telefon bimbit dan tablet, persekitaran pembelajaran pelajar lebih meluas dan bentuk pembelajaran menjadi lebih bersituasi, personal, bekerjasama dan sepanjang hayat.
ü  Penggunaan peralatan mudah alih dalam m-learning membantu dalam meningkatkan motivasi pelajar, menambah kemahiran mengorganisasi, menimbulkan perasaan tanggungjawab, membentuk pembelajaran secara kolaboratif, dan membantu menyemak kemajuan pelajar dengan lebih cepat dan cekap.
ü  Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita berpeluang untuk mengubah bentuk kaedah pembelajaran dengan mencipta komuniti pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, bagi menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2007).

Podcasting

       Podcasting adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan pengguna internet untuk menarik fail audio (biasanya MP3) dari laman web.
       Podcasting untuk mendengar pada komputer mereka atau peribadi pemain audio digital. Istilah ini berasal dari gabungan perkataan iPod (pemain audio digital peribadi yang dibuat oleh Apple) dan penyiaran. Walaupun istilah ini berasal dari iPod, anda tidak perlu iPod untuk mendengar podcast.
       Anda boleh menggunakan hampir mana-mana pemain media mudah alih atau komputer anda. Tidak seperti radio Internet, pengguna tidak perlu 'menala' untuk siaran tertentu. Sebaliknya, mereka turun podcast pada permintaan atau melanggan melalui RSS (Really Simple Syndication) yang secara automatik memuat turun podcast untuk komputer mereka.

Vodcasting

       Vodcasting adalah langkah di luar Podcasting.  Vodcasting juga dipanggil Podcasting video atau Pemblogan Video, menambah video kepada fail bunyi yang boleh dimuat turun pendengar. 
       Selepas memuat turun dan menyimpan mereka untuk pemain video mudah alih, pengguna boleh memilih bila dan di mana mereka ingin menonton video itu, menjadikan mereka bebas daripada jadual rancangan televisyen.
       Apple menambah vodcasting sokongan untuk perisian yang popular iTunes, yang membolehkan pengguna melanggan Pod dan vodcasts dan memuat turun secara automatik kemas kini yang paling baru-baru ini.

Blog

       Merupakan laman sesawang berbentuk penulisan.
       Blog ialah satu media atas talian yang kandungannya dipapar mengikut turutan kronologi dalam tertib terbalik di mana maklumat terkini berada di atas.
       Kandungan blog melibatkan teks, imej, audio/video dan pautan kepada blog-blog serta laman web lain yang berkaitan.
       Blog merupakan media interaktif maya yang sangat berkesan bagi tujuan menjayakan sesuatu forum perbincangan, menyampaikan idea, pandangan, membuat aduan, mengemukakan komen, cadangan atau penambahbaikan.
       Blog boleh menjadi sebahagian daripada kandungan laman web atau pautan yang wujud di dalam laman web.

Frog-VLE

       Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
       Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

  • Kelebihan Frog-VLE :

       Guru = Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Guru boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain.
       Pelajar = Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Pelejar boleh menerokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa dan kongsi idea-idea dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.
       Ibu bapa = Ibu bapa boleh mengetahui acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah.

Vlog

       Vlog @ Vlogger merupakan video blog.
       Vlog dibina lazimnya menggunakan laman sesawang youtube, bertujuan untuk mempersembahkan bakat.
       Hanya menggunakan internet dan kamera video.

Perisian terbuka

       Perisian Sumber Terbuka(OSS) adalah sebuah perisian bebas yang memberikan kemudahan penyalinan dan penyebaran kerana persamaaan kod-kod sumbernya boleh dikongsi.
       OSS juga adalah perisian  kod-kod yang sumbernya boleh dilihat,diubah,dimiliki,disebarkan semula kepada umum asalkan ia memenuhi hak cipta asal sumber terbuka., ia membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.
       Perisian Sumber Terbuka atau OSS dijalankan bertujuan untuk mewujudkan industri perisian tempatan yang mampu berdaya saing, mempunyai kemampuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta mampu menyumbangkan pendapatan kepada negara.
       Selain itu, melalui penggunaan `open source software` dapat menjimatkan kos penyelenggaraan laman web @ aplikasi web untuk organisasi. Contohnya laman web yang terbuka yang sering digunakan oleh pengguna adalah Drupal, wordpress dan Joomla.  Sumber terbuka adalah perisian bebas untuk digunakan tetapi tertakluk kepada syarat penggunaan perisian tersebut.
       Diantara aplikasi yang berasaskan perisian sumber terbuka ialah Google, Facebook, Youtube, Yahoo, Flickr dan Amazon.com

Social Learning Technology

       Secara amnya rangkaian sosial adalah satu kumpulan individu yang membentuk komuniti di alam maya berdasarkan kepada beberapa kriteria sepertiberkongsi minat yang sama.
       Web rangkaian sosial lebih tertumpu kepada membina jaringan sosial sesama pengguna. Web rangkaian sosial kebiasaannya mempunyai paparan profile peribadi pengguna, sambungan ke laman kegemaran peribadi dan pelbagai lagi perkhidmatan. Bagi membolehkan pengguna berinteraksi melalui atas talian, pelbagai aplikasi lain disertakan seperti email dan Instant Messagging (IM). Antara contoh web rangkaian sosial adalah MySpace dan Facebook.

Social Bookmarking

       Social Bookmarking (penandaan sosial) adalah satu cara bagi pengguna-pengguna Internet menyimpan, mengklasifikasikan, berkongsi dan mencari bookmark dalam internet. 
       Keistimewaan perisian ini:
ü  Memudahkan pembaca internet mencari kembali laman web yang dibacanya atau mengumpulnya di satu tempat agar dapat diketemui semula di masa hadapan.
ü  Penggunaan Social Bookmark ini bukan sahaja kepada blog tetapi kepada laman-laman web kategori lain.
ü  Apa yang kita bookmark itu boleh juga dilihat dan dibaca oleh orang lain yang menjadi ahli kepada laman bookmark yang kita buat itu. Dan ini boleh menjadi satu perkongsian minat antara satu dengan lain
ü  Perkongsian minat antara satu dengan lain.
ü  Cara melakukan Bookmark:
Ø  Menaip kata kunci (keyword)
Ø  Melalui keyword, pengguna-pengguna lain akan dapat mencari bookmark yang dilakukan

Wikis

       Wiki adalah satu laman web kolaboratif di mana sesiapa sahaja boleh menambah atau mengubah kandungan yang telah sedia disiarkan.
       Bagi penggunaan di sekolah, guru dan pelajar menggunakan kata kunci sebagai langkah keselamatan untuk mereka menghasilkan buku teks dan sumber maklumat atau rujukan mereka sendiri.
       Antara contoh wiki yang terkenal adalah Wikipedia.

Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System)

       “Learning Managment System (LMS)”, merupakan sebuah perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan.
        LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU.  MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS).
       Ia digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai. LMS di SPIN, merupakan sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah di beberapa IPG.
       Kepentingan LMS adalah :
ü  Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa
ü  Membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.

ü  Kelebihan LMS kepada pelajar adalah dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.