Asas Ulum Syar’yyah
KAEDAH DAN
TEKNIK PENGAJARAN AKIDAH
Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar
kerana ia merupakan asas kepada pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu berusaha
menyampaikan isi pengajaran, pendekatan, kaedah dan strategi yang betul supaya
pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu menghayati objektif
utama pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara
objektif utama pengajaran akidah ialah:
- membentuk akidah Islam yang betul di kalangan
pelajar
- membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang
lengkap dan mendalam
- menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang
jitu ke jiwa pelajar
- membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan
akidah
Kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran akidah . Antaranya:
Ø Soal jawab
Ø Perbincangan
Ø Kuliah
Ø Bercerita
Ø Sumbangsaran
Ø Anologi
Ø Kajian Perpustakaan
Ø Akhbar dalam darjah (ADD)
Ø Projek
Ø Menulis rencana
Ø Forum
Ø Lawatan
a.Kaedah soal jawab
Kaedah soal jawab merupakan kaedah dimana guru
mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab
juga biasanya berdasarkan kepada dialog
dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui
kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan
kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat
menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan
kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran.
Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana
ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di
samping itu ia turut menyumbang kepada kesan
yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada
pelajar.
b.Kaedah Perbincangan
Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar
fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan
tujuan mencari penyelesaian.
Tujuan Perbincangan
§ Menggalakkan perkembangan mental.
§ Memupuk
pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
§ Menggalakkan
perkongsian pendapat.
§
Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.
§ Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.
§
Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
§
Menajamkan kemahiran untuk
mengemukakan satu-satu pandangan
dalam kumpulan.
§
Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.
Perlaksanaan Sesi Perbincangan
Sebelum
- Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan
- Agih tugas kepada ahli kumpulan
- Guru bombing perlantikan
pengerusi dan pencatat
- Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan
Semasa
Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan
- Awasi
perbincangan agar tidak terpesong
dari tajuk
- Bantu murid beri
idea
- Betulkan
kesilapan
- Bari
galakan kepada setiap ahli supaya
mengambil bahagian
Selepas
- Guru boleh
tamatkan perbincangan setelah setiap
kumpulan mempunyai bahan
yang mencukupi
- Hasil
perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan kepada semua murid
- Beri ulasan dan rumusan
Prinsip Perbincangan
- Tajuk yang
sesuai
- Maklumkan tujuan
perbincangan
- Lantik
pengerusi, pencatat dan pelapor
- Pastikan pelajar
tahu cara perbincangan
- Guru sebagai
fasilitator
- Penglibatan
pelajar perlu aktif
- Pelajar digalakkan catat idea
yg disarankan
- Adakan rumusan
akhir
- Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan
- Beri pujian dan
galakan
Jenis-jenis Perbincangan
§ sesi
buzz,
- sumbangsaran
- seminar
- forum
- Perbahasan
Kaedah Syarahan
Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran
di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan
penjelasan kepada pelajar. Ia juga merupakan
satu bentuk penyampaian atau
penerangan mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran
mengenai kaedah ini merupakan
kebergantungan pelajar kepada guru, secara tidak langsung ia boleh melahirkan
rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.
Tujuan kaedah syarahan untuk :
a) merangsang pelajar meneruskan pembelajaran
b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran
c) membuat penelitian dan ulangkaji
d) mengembangkan isi pelajaran
e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang.
Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap
kedudukan pelajar dalam kelas supaya
setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan
jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa
yang mudah difahami oleh pelajar. Terdapat bebrapa langkah yang boleh
dilaksanakan oleh guru untuk mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih
berkesan. Antaranya ialah:
a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti
hendak mengenalkan tajuk atau isi pelajaran
baru.
b) Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan
bernas
c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan
intonasi suara yang sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan jelas
d) Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk
mengukur kefahaman dan tumpuan pelajar
e) Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik
lain seperti soaljawab, perbincangan dan
sebagainya supaya ianya lebih menarik dan tidak membosankan.
Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik
dan contoh utama umat Islam sentiasa mengambil contoh dan roh
al-Quran bagi menyampaikan ilmu
pengetahuan. Baginda juga telah telah
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan fitrah manusia. Antara kaedah
yang diamalkan baginda termasuklah
kaedah syarahan. Sebagai contoh yang
boleh dilihat ketika baginda menyampaikan pengajaran di rumah Arqam bin Abi
Arqam, di Masjid Nabawi dan di
tempat-tempat lain. Baginda telah memanggil
orang-orang Quraisy ke Bukit Safa dan menyampaikan syarahan baginda di
sana.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
IBADAH
Pengajaran ibadah yang berkesan membolehkan pelajar dididik untuk
menghayati hukum dan peraturan Islam. Ia juga melatih pelajar menunanikan
kewajipan menunaikan ibadah khusus seperti solatt, puasa, zakat, haji,
sembelihan dan ibadah lain. Oleh itu, proses pengajaran ibadah secara berkesan
memerlukan kaedah dan strategi pengajaran secara betul dan menarik. Antara
objektif utama pengajaran ibadah ialah:
- Pelajar mengetahui
hukum dan peraturan dalam syariat Islam
- Pelajar memahami
rahsia, keistimewaan, hikmah dan tujuan sesuatu hukum
- Pelajar dapat
menghayati ibadah khusus yang diperintahkan allah swt
- Pelajar dapat
menghayati keindahan sistem dan perundangan Islam
- Pelajar dapat
berpegang dan beramal dengan syariat Islam
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah melibatkan aktiviti berbentuk teori dan
amali. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan pendekatan supaya pengajaran
tersebut menarik dan berkesan.
Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran ibadah antaranya
ialah:
Ø Tunjuk cara atau demonstrasi
Ø Simulasi
Ø Amali
Ø Soal jawab
Ø Latih tubi
Ø Kuliah atau penerangan
Ø Bercerita
Ø Projek
Ø Pengurusan Grafik
a.Kaedah Tunjuk Cara
Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan
langkah-langkah aktiviti bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti
penerangan,demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan, amali
serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian yang lebih dari
murid terhadap sesuatu proses.
Sebenarnya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara
langsung dengan isi dan situasi pembelajaran yang akan memberikan mereka
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.
Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia
melibatkan ibadah amali, dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah tersebut
di luar waktu pengajaran. Antara contoh tajuk memerlukan kaedah tunjuk cara
ialah:
- Cara menyucikan
najis
- Jenis solat
- Tayammum
- Haji
- Mandi Wajib
- Wudhu
Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw
ketika baginda diajar berwudhu’ dan melakukan solat. Tujuan kaedah ini
dilaksanakan ialah:
- Pelajar dapat melihat dengan jelas
perkara yang belaku
- Pelajar dapat melakunkan semula dengan
cara yang betul dan sah
- Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di
luar waktu sekolah
Langkah-langkah Pengajaran ibadah dengan kaedah Tunjuk Cara
Sebelum
Sesi Pengajaran
- Tentukan
objektif dan kandungan tunjuk cara
- Berikan
penerangan tentang tunjuk cara
- Sediakan
peralatan dan bahan bantu mengajar
- Pastikan
susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut
- Pastikan
keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin
Semasa
sesi Pengajaran
- Jalankan
kaedah tunjuk cara apabila murid telah bersedia
- Perhatikan
tindak balas pelajar
- Galakkan
penyertaan murid
- Tarikkan
perhatian murid mengenai aspek penting dalam ibadah
- Demonstrasi
itu dapat dilihat seluruh pelajar
- Libatkan
pelajar secara bersama dalam demonstrasi tersebut
Selepas
sesi Tunjuk cara
- Lakukan
soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
- Adakan
sesi perbincangan untuk mengean tahap kefahaman
- Berikan
mereka aktiviti susulan
b.Kaedah
simulasi
Kaedah
simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan
sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar
Tujuan
- Meningkatkan
kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam menjalankan
latihan menyelesaikan maslah.
- Menilai
pendapat atau pandangan orang lain
- Membolehkan mereka berinteraksi sesame
sendiri untk menyelesaikan masalah
Jenis
simulasi yang biasa dilakukan ialah sosio-drama dan main peranan. Bagi kaedah
main peranan ia sangat mudah dilakukan guru untuk mengajar, ia tidak memerlukan
skrip. Guru hanya memainkan peranan dan menimbulkan situasi pelajar
melakonkannya secara spontan. Antara pengajaran ibadah yangs esuai untuk kaedah
ini ialah:
- Ibadah
Haji
- Sembelihan
dan aqiqah
- Peranan
Hakim menjatuhkan hukuman
- Perkahwinan
- Jenis-jenis
solat
Kaedah ini merujuk kepada guru mewujudkan satu situasi yang hampir
sama dengan yang sebenarnya bertujuan
untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya, di dalam keadaan terkawal dan
selamat. Contohnya masalah disiplin, adab sopan, peraturan-peraturan,
persitiwa-peristiwa yang berlaku samada di sekolah, jalanraya, pasaraya dan
sebagainya.
Penggunaan kaedah ini melibatkan murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam
keadaan yang terkawal. Melalui lakonan
murid-murid dapat menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah diselesaikan.
Secara spesifik kaedah ini membantu / melatih
murid-murid menguasai
§ Kemahiran
komunikasi dan bersosial
§ Mengubah
sikap negatif dan membina sikap positif,
§ Kemahiran berfikiran
secara kritis dan kreatif
§ Perkaitan isi pelajaran
dengan aspek afektif (emosi)
Langkah
Pengajaran Menggunakan Kaedah simulas
i
Sebelum
sesi pengajaran
- Tentukan
objektif dan kandungan tunjuk cara
- Berikan
penerangan tentang tunjuk cara
- Sediakan
peralatan dan bahan bantu mengajar
- Pastikan
susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut
- Pastikan
keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin
Semasa
Sesi Pengajaran
- Mulakan
dengan set induksi yang menarik untuk merangsang mereka
- Pilih
pelajar secara sukarela dan menunjukkan komitmen yang baik
- Edarkan
kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian dan peranan mereka dalam
simulasi tersebut
- Murid
diminta memahami tugas yang diberikan kepada mereka
- Berikan
tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian
Selepas
sesi Pengajaran
- Lakukan
soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
- Adakan
sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman
- Beri
peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan soalan
- Berikan
mereka aktiviti susulan
- Guru membuat
penilaian sama ada objektifnya tercapai atau tidak
c.Kaedah
Amali
Menyediakan
bahan pembelaajaran secara langsung
melalui proses atau cara melakukan sesuatu.
Ciri-ciri
yang terkandung dalam kaedah amali ialah merangsang daya ingatan murid melalui
perlakuan dan latihan kemahiran, murid berinteraksi secara terus dengan isi dan
situasi pembelajaran, pengalaman secara langsung terhadap proses dengan
bimbingan guru dan ianya sesuai dengan tajuk-tajuk tertentu sahaja.
Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Amali
- Melengkapkan murid dengan ilmu berkaitan tajuk
- Melibatkan beberapa orang murid sebagai penunjukcara
- Murid membuat amali berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan teori
KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN SIRAH
Kaedah
pembelajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana sejarah
berhubung erat dengan fakta maka guru perlu menguasai bebebrapa klemahiran
mengajar supaya ia lebih menarik dan
berkesan. Kesan pengajaran sirah terhadap pelajar ialah mereka dapat mengambil
pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah yang dipelajari. Antara objektif
utama pengajaran sirah ialah:
- Menyedarkan
pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam menegakkan agama
Islam
- Mengambil
iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat dahulu
- Menjadi
nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik
- Menanam
semangat cintakan agama
Terdapat
beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru untuk
pelajaran sirah. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran
sirah antaranya ialah:
Ø Bercerita
Ø Projek
Ø Latih tubi
Ø Perbincangan kumpulan
Ø Kuliah atau penerangan
Ø Simulasi
Ø Pengurusan grafik
Ø Forum
Ø Soal jawab
Ø Sumbang saran
a.Kaedah Bercerita
Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan
isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan.
Bagaimapun, guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan
murid yang mendengar cerita tersebut.
Antara prinsip bercerita ialah:
- Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan
umur, latarbelakang dan pengalaman murid
- Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah,
tepat dan jelas
- Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan
hingga kesudahannya
- Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang
sesuai
- Gerak badan dan ekspresi wajah
mesti sesuai dengan suasana dan mood cerita seperti riang, sedih atau
marah
|
Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas
dan ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan
bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai
unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita berunsur khayalan,
seks,karut dan khurafat.
Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita
Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru
perlu terlebih dahulu merangka langkah-langkah bercerita iaitu:
- Sebelum sesi bercerita
·
Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran
·
Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita
·
Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita
·
Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
- Permulaan Pengajaran
·
Gunakan set induksi yang enai
·
Kemukakan beberapa soalan
·
Tunjukkan gambar, rajah dan peta.
·
Membuat kuiz dan teka teki
- Semasa sesi bercerita
·
Gaya dan anada suara yang sesuai
·
Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata
·
Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan
·
Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan
·
Libatkan murid dalam aktiviti bercerita
·
Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita
- Selepas sesi bercerita
·
Beri peluang murid bertanya soalan
·
Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita
·
Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan
b.
Kaedah Projek
Satu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu
aktiviti atau kegiatan dalam situasi
yang sebenar. Ia juga melibatkan
penyelidikan atau kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk yang dilakukan
oleh murid secara individu atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik
darjah. Contohnya projek gotong royong
membersihkan kawasan surau sekolah,
membuat buku skrap salasilah keluarga dan lain-lain.
Projek dapat meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain Murid-murid mendapat pengetahuan yang baharu dan dapat mennggunakan pengetahuan sedia ada kepada situasi kehidupan seharian,
Ciri-ciri;
Ø Garis
panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil yang akan diperolehi,
prosedur-prosedur dan tarikh projek hendaklah disediakan terlebih dahulu
Ø Peranan
utam aguru sebagai pembimbing dan pendorong
Ø Murid
bebas mengemukakan pendapat dan memilih projek
Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita
Ø Sediakan senarai tajuk yang sesuai
Ø Tentukan penyelidikan secara individu atau kumpulan
Ø Menerangkan dengan jelas cara menjalankaan penyelidikan
Ø Memastikan murid menyediakan soalan sekiraanya melibatkan
temubual atau pemerhatian
KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
Menurut bahasa akhlak bermaksud
tindak-tanduk, tingkah laku atau kebiasaan-kebiasaan. Sedangkan menurut istilah,
akhlak adalah suatu bentuk (naluri) dalam jiwa seseorang manusia yang dapat
melahirkan sesuatu tindakan dan kelakuan dengan mudah dan spontan tanpa fikiran.
Oleh itu,akhlak bermaksud perilaku, sikap, perbuatan,
adab dan sopan santun. Akhlak mulia bermaksud seluruh perilaku manusia yang
sesuai dengan tuntunan al-Qur’an dan al-Hadith sebagaimana yang dicontoh
dan diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kepada seluruh manusia. Akhlak baginda
adalah Al-Qur’an.
Kaedah
Pengajaran Akhlak
Asas
pengajaran akhlak adalah berorientasikan ‘qudwah hasanah” atau menunjukkan
contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam
kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga perlu
menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran
akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak
yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran akhlak
merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh
guru pendidikan Islam.
Kaedah dan teknik yang boleh digunakan
dalam pengajaran akidah . Antaranya:
Ø Perbincangan
Ø Lakonan
Ø Soal jawab
Ø Kuliah
Ø Penerangan
Ø Tunjuk cara atau demonstrasi
Ø Latih tubi
Ø Bercerita
Ø Sumbang saran
Ø Simulasi
Ø Akhbar dalam darjah (ADD)
Ø Menulis rencana
Ø Projek
a. Kaedah
Perbincangan
Perbincangan
sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan,
mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi
maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari
penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran idea secara
bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topic. Secara langsung
kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru dapat
membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah perbincangan ini
terbahagi kepada dua iitu:
- Perbincangan formal
- Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan
Formal
Biasanya
dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dans ebagainya.
Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:
- Penentuan penglibatan pelajar
Guru
perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti
menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga dengan tugasan
lain semasa forum seperti pengerusi, pencatat dan penjaga masa.
Murid
perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat khabar,
majalah, internet dan sebagainya
- Penglibatan Keseluruhan Pelajar
Guru
hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya mereka boleh
saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat mereka, semakin ramai
penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih berkesan
Setisp
sktiviti perbincangan perliikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak,
tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini
pelajar akan lebih member tumpuan mereka terhadap perkara itu
Apabila
perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan. isi
perbincangan perlu ditambah begitu juga
dengan aspek ulasan guru.
Perbincangan
Tidak Formal
Perbincangan
seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal.
Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:
Guru
membuka tajuk perbincangan dan member peluang kepada semua murid memberikan pandangan mereka
secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan peluang tersebut kepada
beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif ikut serta member pandangan
Guru
yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak
berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan
pebincangan lebih berdisiplin dan teratur.
Selain
secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil
untukmembincangkan sesuatu sub topic dan mereka diminta member laporan hasil
perbincangan kumpulan tersebut.
Kaedah ini
amat sesuai dijalankan dalam sesi pengajaran guru. Dalam bidang akhlak, mereka
diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain
seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang
lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum
membuat keputusan.
Langkah
Pengajaran Akhlak Melalui Perbincangan
- Permulaan Pengajaran
·
Guru mengaitkan
masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari akhlak
·
Guru perlu memastikan
sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan dibincangkan tersebut.
- Sesi Perbincangan
·
Lantik Pengerusi,
pencatat dan pelapor
·
Pastikan pelajar tahu
cara perbincangan dijalankan
·
Galakkan pelajar
mencatat idea yang disarankan
·
Fokus perbincangan
kepada tajuk
·
Kemukakan persoalan
perbincangan
·
Minta murid
mengemukakan hasil perbincangan
·
Membuat rumusan
idea-idea perbincangan
- Penutup
·
Guru perlu memberikan
aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid
· Guru membuat penilain
lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan pengajaran akhlak lebih
bermakna.
b. Kaedah
Lakonan
Kaedah
lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan lebih dua orang
pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut
skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar
diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara
menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya.
Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti
lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga
digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikupulkan semasa sesi
lakonan tersebut dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi
ulasan.
Melalui
kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran
lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat
keputusan.
Antara
perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:
- Peristiwa yang sesuai
- Pelakon hendaklah memahami situasi
- Penjelasan kepada penonton tentang apa
yang akan mereka saksikan nanti
- Pelakon yang sesuai
- Lakonan secara bebas, tidak perlu
terikat dengan skrip Cuma guru perlu membimbing mereka supaya tidak
tersasar.
- Perbincangan selepas lakonan,
membolehkan pelajar benar-benar memahami peristiwa yang mereka pelajari.
Nota:
Antara kaedah lain yang boleh dilakukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akhlak ialah;
- Uswah Hasanah
- Seminar
- Perbahasan
- Sumbangsaran
- Forum
- Syarahan,kuliah atau khutbah
- Lawatan
KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN JAWI
Guru yang
mengajar pelajaran jawi hendaklah mementingkan keberkesanan pelajaran ini sama pentingnya dengan
pengajaran pelajaran yang lain lain. Guru perlu berusaha untuk memperolehi
pengetahuan asas tentang cara mengajar jawi di samping mempunyai sikap sedia
mengajar dan melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dan menarik.
Program jawi yang dirancang dengan baik mengandungi ciri-ciri kepelbagaian
kaedah dan cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Jawi
a.Kaedah
Huruf
Satu
kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf.
Aktiviti
yang boleh dijalankan:
Ø Menunjukkan
huruf alif, ba, ta dan sebagainya dengan bahan bantu seperti manila kad atau
flash kad
Ø Guru
memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut
Ø Murid-murid
diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan,
berpasangan atau secara kelas
Ø Guru
memperkenalkan huruf vocal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut
iaitu ba,bi,bu dan sebagainya.
Ø Kemudian
bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata
-
Guru hendaklah
melakukan aktiviti secara latih tubi
-
Guru meminta murid
menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.
b.Kaedah Mengeja
Iaitu satu
kaedah di mana murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja serta membina suku
kata tersebut. Selain itu, murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan.
Aktiviti
yang dicadangkan:
Ø Guru
menunjukkan huruf-huruf seperti ba, alif, jim, wau.
Ø Guru
meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara individu, kumpulan
dan kelas
Ø Guru
menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta murid
mengejanya seperti ba + ju = baju
Ø Guru
meiminta menulis perkataan yang dibentuk
Ø Murid
juga boleh mengeja terus dengan menyebut ba, alif, jim, wau = baju
c.Kaedah Bunyi
Iaitu
kaedah membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata yang lain.
Aktiviti
yang dicadangkan ialah;
Ø Guru
menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid membunyikannya suku kata
tersebut tanpa mengeja
Ø Murid
diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara individu, berpasangan,
kumpulan atau kelas.
Ø Guru
menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku kata tersebut
Ø Guru
mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta murid
membunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan membentuk perkataan
Kaedah ini
lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk peringkat permulaan pengajaran
terdiri dari suku kata yangs ama bunyinya kemudian diikuti dengan perkataan
yang berlainan bunyi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh
perkataan yang sama bunyi ialah; Baba, bubu, titi, cucu.
Dari
perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang berlainan
bunyi dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya;
ti+ba=tiba, cu+ti = cuti, cu+ba = cuba, bu+cu
= bucu.
Melalui
cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja terlebih
dahulu. Di samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran membaca atau
membunyikan perkataan dengan cepat.
d.Kaedah
Pandang Sebut
Kaedah
merupakan satu kaedah yang bergantung erat kepada bahan bantu atau gambar
kerana kaedah ini hanya dapat dilaksanakan
dengan membunyikan perkataan atau rangkaikata melalaui gambar atau
membunyikan ayat melalaui gambar yang ada cerita.
Cadangan
aktiviti:
Ø Guru
menunjukkan gambar-gambar bagi perkataan yang akan diajar
Ø Guru
meminta murid menbyebut gambar-gambar tersebut
Ø Guru
menunjukkkan perkataan bagi gambar-gambar tersebut dan meminta murid
menyebutnya
Ø Guru
meminta murid mengecam perkataan-perkataan dan menyebutnya berulangkali
Ø Murid
diminta menyebut perkataan berserta gambar
e.Kaedah bermain
Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk
melatih murid sebagai seorang manusia
dan menjadikan pengajaran di sekolah
lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak
akan akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka
mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam
bilik darjah ialah teka silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad
bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung
titik-titik, cantuman gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya.