Jadual 1 : Pihak yang terlibat dalam Isu Buli Di
Sekolah dan
Kompetensi Kecerdasan Emosi Bagi Pihak Yang Terlibat
Kompetensi Kecerdasan Emosi Bagi Pihak Yang Terlibat
ISU BULI DI
SEKOLAH
Sejak akhir-akhir ini, kes buli semakin hangat
disiarkan di dada-dada akhbar, televisyen, mahupun media sosial seperti
Facebook dan Twitter. Persoalannya, di
manakah nilai kemanusiaan yang ada pada masyarakat kita yang hanya menuding
jari bagi pihak yang terlibat. Namun,
hanya diam membisu tidak mengambil langkah bagi membendung kes buli ini
sehingga ke akar umbi. Justeru, siapakah
pihak yang terlibat dalam situasi ini dan bagaimanakah kompetensi kecerdasan
emosi dapat membantu mengelakkan kes ini daripada terus menerus berlaku?
Merujuk kepada jadual 1 dia atas, pihak yang terlibat dalam kes buli disekolah ialah pembuli, orang yang dibuli, pihak sekolah dan ibu bapa. Saya telah menyenaraikan pihak yang terlibat dalam kes buli diatas mengikut kesesuaian kompetensi kecerdasan emosi yang berkaitan. Justeru, saya akan menerangkan keempat-empat pihak yang terlibat ini beserta dengan ciri-ciri kompetensi yang terlibat.
Ciri-ciri Kesedaran Kendiri yang didapati ada pada
pembuli.
Kesedaran Emosi
Jika dilihat dari sudut kesedaran emosi, sememangnya
pembuli harus sedar bahawa emosinya haruslah dikawal dan dia tidak sepatutnya
melepaskan tekanan yang ada pada dirinya dengan membuli pelajar lain. Hal ini kerana, tingkah laku yang buruk iaitu
dengan membuli pelajar lain hanya akan memburukkan lagi keadaan emosinya
sehingga boleh membawa kecederaan dari segi fizikal mahupun mental terhadap
pelajar yang telah dibuli. Jadi,
pentingnya kesedaran emosi dalam diri pembuli supaya dia dapat mengenal emosinya
dan seterusnya dapat mengubah tingkah lakunya.
Kesedaran Ketepatan Kendiri
Dari segi kesedaran ketepatan kendiri
pula, pembuli seharusnya berupaya membuat keputusan yang tepat samada dia perlu
melakukan perlakuannya dengan membuli orang lain atau tidak. Maka, perlunya dia mempunyai kemahiran
berfikir disini supaya keputusan yang dibuat dapat dilakukan dengan tepat. Dia juga harus menerima hakikat bahawa apa
yang dia buat memang boleh membawa mudarat pada pelajar yang dibulinya. Malah, ia secara tidak langsung turut membawa
kesan yang negatif terhadap dirinya.
Keyakinan Diri
Tujuan pembuli membuli pelajar lain dilihat
sebagai sebab untuk membuktikan dirinya lebih kuat daripada pelajar lain. Dia tidak yakin sekiranya dengan tidak
membuli, pelajar lain akan menghormatinya.
Oleh sebab itu, keyakinan diri adalah sangat penting supaya seseorang
pelajar tidak melibatkan diri dengan kes pembulian. Hal ini kerana dengan keyakinan diri,
seseorang pelajar akan bersifat baik dan menghormati pelajar yang lain tanpa
perlu membuli orang lain.
Penghormatan Kendiri
Sifat penghormatan kendiri ini adalah
sangat penting kepada pembuli supaya ia menghargai dirinya untuk membuat
sesuatu yang baik untuk dirinya. Namun,
apa yang menjadi masalah kepada seorang pembuli ialah, dia tidak berupaya
mengormati dirinya sehingga membuat sesuatu yang boleh membawa impak yang
negatif pada dirinya dan juga pelajar lain yang telah dibuli. Pentingya penghormatan kendiri adalah supaya
dia melahirkan rasa hormat pada dirinya sebagaimana dia ingin dihormati oleh
pelajar yang lain.
Kesejahteraan
Sifat kesejahteraan seperti sering riang,
gembira dan optimistik lahir apabila seseorang pelajar menjalani kehidupan yang
bahagia bersama keluarga dan juga bersama orang yang berada disekelilingnya. Namun, jika kehidupan seseorang pelajar tersebut
sering dihadapi dengan masalah seperti ibu bapanya sering bergaduh, ianya akan
membawa tekanan kepada emosi seseorang pelajar sehingga dia cuba untuk membuli
pelajar lain untuk melepaskan stres yang dihadapinya semasa dirumah. Inilah yang menjadi sebab mengapa seseorang
pelajar bertindak untuk membuli orang lain lantaran kurangnya elemen
kesejahteraan yang ada pada keluarganya.
Ciri-ciri Pengurusan Kendiri yang didapati ada pada
orang yang dibuli.
Kawalan Emosi Kendiri
Orang yang dibuli sepatutnya mempunyai
kawalan emosi kendiri. Hal ini kerana
melalui elemen ini, dia akan dapat mengawal emosi dan perasaannya dari terus
menerus berada dalam ketakutan tanpa membuat apa-apa untuk menyelesaikan
masalah yang melanda dirinya. Hal ini
akan menjadikan dia lebih tenang dalam menghadapi tekanan sehingga boleh
membuat keputusan yang wajar dalam menghadapi situasi yang sebegini.
Kebolehpercayaan
Melalui komponen kebolehpercayaan, orang
yang dibuli seharusnya meletakkan kepercayaan pada dirinya bahawa kes buli
adalah sesuatu yang boleh diselesaikan.
Hal ini akan menjadikan dia lebih yakin untuk menghadapi masalah ini
sehingga meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pihak sekolah seperti
kaunselor atau ibu bapa bagi membantu menyelesaikan masalah buli yang dia
hadapi sepanjang dia berada disekolah.
Daya Usaha
Orang yang mempunyai daya usaha akan kerap
menggunakan pemikiran secara kritis dan kreatif. Justeru, pentingnya orang yang dibuli ini
menggunakan pemikiran secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah
yang membelenggu dirinya. Hal ini akan
menjadikan dia lebih berusaha dan berupaya untuk menyelesaikan masalah yang ada
pada dirinya sehingga tidak membiarkan sahaja perlakuan pembuli yang berterusan
daripada membulinya
Inisiatif
Sifat inisiatif patut ada pada diri orang
yang dibuli supaya dia boleh memikirkan jalan untuk keluar dari lembah
pembulian oleh pelajar yang membuli.
Nilai inisiatif akan mengajar dia untuk berusaha bagi menyelesaikan masalah
yang sering dia hadapi disekolah bagi menjamin kehidupan yang lebih baik semasa
berada di sekolah. Hal ini pastinya
dapat membawa dia kembali menjalani hidup sebagai seorang pelajar yang normal
yang pergi ke sekolah untuk belajar, bukannya untuk dibuli oleh pelajar lain.
Optimis
Sifat optimis juga adalah sangat penting
yang perlu ada pada orang yang dibuli.
Hal ini kerana jika dia tiada nilai optimis, dia akan merasakan
masalahnya tidak akan dapat diselesaikan.
Hal ini akan menjadikan dia hidup dalam ketakutan semasa menjalani hidup
disekolah. Oleh yang demikian,
pentingnya nilai optimis dalam kehidupan orang dibuli supaya dia akan
memikirkan bahawa semua masalah ada penyelesaiannya. Hal ini akan menjadikan dia lebih yakin pada
dirinya untuk melaporkan tindakan yang sebetulnya terhadap ibu bapa, pihak
sekolah dan sebagainya.
Merujuk kepada jadual 3 diatas, pihak yang terlibat
dalam kompetensi sosial ialah pembuli dan orang yang di buli.
Ciri-ciri Kesedaran sosial yang didapati ada pada
pihak sekolah
Empati
Sifat empati adalah suatu perasaan yang amat penting
kerana dengannya pihak sekolah terutamanya seseorang guru boleh menyelami
perasaan pelajarnya samada yang menjadi pembuli atau orang yang dibuli. Hal ini kerana, guru perlu faham situasi
pelajar yang membuli. Mungkin dia
mempunyai masalah keluarga dirumah seperti ibu bapanya sering bergaduh dan
sebagainya. Nilai empati ini penting
supaya guru boleh mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak membuat
keputusan terburu-buru dengan mengenakan hukuman serta merta tanpa mengetahui
situasi sebenar seorang pelajar.
Membangun Individu
Pihak sekolah seharusnya bersifat sebagai pihak yang
membangun individu. Hal ini kerana pihak
sekolah berupaya membantu mengelakkan pelajar daripada melibatkan diri dalam
kes buli. Pentingnya pihak sekolah
sebagai satu kelompok yang besar dalam sekolah sebagai tenaga pengajar
disamping mendidik pelajar sehingga dapat membangunkan diri setiap pelajar. Hal
ini pastinya membawa kepada kelahiran modal insan yang berjaya seperti yang
dikehendaki seperti yang diharapkan.
Kesedaran Organisasi
Guru sebagai sebuah organisasi yang besar didalam
sekolah seharusnya mempunyai kesedaran dan memandang kes buli sebagai satu
masalah serius yang perlu ditangani dengan segera. Kesedaran organisasi bagi setiap pihak guru
pastinya dapat mengelakkan masalah pembulian yang berlaku daripada terus
menular. Hal ini seterusnya membawa
kepada kelahiran sekolah yang bebas daripada kes buli jika setiap guru
mengambil peranan masing-masing bagi menyelesaikan masalah ini dari terus dari berakar
umbi.
Berorientasikan Perkhidmatan
Dalam hal ini, pihak sekolah sememangnya berkhidmat
bagi mendidik pelajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Justeru, perkhidmatan yang terbaik haruslah
diterjemahkan melalui kepimpinan guru yang melihat kes buli adalah sesuatu yang
tidak patut berlaku disekolah. Hal ini
akan menjadikan setiap guru akan menanamkan nilai-nilai murni didalam
pengajaran mereka supaya anak didik mereka tidak sesekali melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti membuli pelajar lain. Perkara ini akan lahir jika setiap guru
berperanan bagi memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan dan mewujudkan sekolah
unggul yang bebas dari kes buli.
Melayani Kepelbagaian
Pihak sekolah harus faham bahawa mereka harus
bertindak adil terhadap mana-mana pelajar tanpa mengira keturunan, jantina, kedudukan, status
ekonomi-sosial, agama dan sebagainya.
Malah setiap guru disekolah hendaklah menghormati pelajar yang
datang daripada pelbagai latar belakang dan harus memahami keadaan
persekitaran hidup mereka. Hal ini akan
menjadikan seseorang guru itu memahami sebab-sebab seseorang pelajar itu
terlibat dengan masalah buli dan seterusnya berupaya berbincang dengan pelajar
tersebut untuk tidak membuli pelajar lain.
Ciri-ciri Kompetensi sosial yang didapati ada pada ibu
bapa.
Kepimpinan Berinspirasi
Ibu bapa seharusnya mempunyai kepimpinan berinspirasi
sehingga boleh menjadi role model kepada anak-anak mereka. Jika ibu bapa menunjukkan contoh yang baik
kepada anak-anak mereka, sudah pasti mereka secara tidak langsung anak mereka
akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai inspirasi untuk turut jadi seperti
mereka. Hal ini seterusnya akan
menjadikan mereka sebagai seorang anak yang patuh akan suruhan ibu bapa
sehingga tidak sanggup mengguris perasaan ibu bapa dengan membuli pelajar lain.
Komunikasi
Komunikasi yang baik dilihat sangat penting dalam
memastikan wujudnya interaksi yang berkesan antara ibu bapa dan anak-anak. Hal ini kerana, kadang-kadang, anak-anak
inginkan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, pentingnya komunikasi
yang baik supaya anak tidak rasa terabai sehingga menyebabkan mereka merasa
kurang kasih sayang daripada ibu bapa sehingga sanggup membuli pelajar lain.
Pengaruh
Jika dilihat dari sudut pengaruh pula, memang tidak
dapat dinafikan betapa besarnya pengaruh ibu bapa dalam mengelakkan kes buli
daripada berlaku. Hal ini kerana
besarnya pengaruh mereka sehingga boleh mengubah tingkah laku anak samada
menjadi lebih baik atau buruk. Jadi,
pentingnya ibu bapa dalam mempengaruhi anak mereka untuk menunjukkan tingkah
laku yang baik semasa disekolah. Hal ini
pastinya dapat menyedarkan anak mereka untuk tidak membuli pelajar yang lain.
Pemangkin Perubahan
Sememangnya ibu bapa berupaya menjadi pemangkin
perubahan bagi anak mereka supaya tidak membuli pelajar lain. Jika ibu bapa menggunakan pendekatan yang
boleh menarik anak mereka untuk berubah, hal ini pastinya dapat mengelakkan
perkara yang berkaitan dengan buli ini berlaku di sekolah. Hal ini kerana, ibu bapa adalah golongan yang
paling dekat dengan anak mereka semasa dirumah.
Membina Perhubungan
Hubungan antara ibu bapa dan anak adalah penting
supaya komunikasi antara anak dan ibu bapa menjadi lebih berkesan. Sekiranya ibu bapa mengabaikan hubungan
dengan anak, sudah pasti anak mereka sukar untuk menerima nasihat. Hal ini pastinya membawa kesan yang negatif
pada anak mereka sehingga mengambil keputusan untuk membuli pelajar lain.
Kerja Berpasukan
Dalam erti kerja berpasukan yang sebenar, ibu bapa dan
pihak sekolah haruslah bekerjasama bagi merealisasikan hasrat sekolah dan
kerajaan bagi membebaskan setiap sekolah daripada kes buli. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah
dengan ibu bapa adalah penting bagi memastikan keberkesanan pihak sekolah dalam
mengatasi kes buli daripada terus merebak dalam kalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment