Tuesday 24 September 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU




Berdasarkan kefahaman saya mengenai falsafah pendidikan guru, Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan sebagai panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPG telah menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh negara kita. Antara perkara yang terkandung di dalam FPG ialah “guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.

Berdasarkan kenyataan diatas, pentingnya guru berusaha kearah merealisasikan FPG.  Saya melihat kewujudan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guru-guru sesuai dengan apa yang terkandung dalam FPG.  Hal ini bertujuan bagi mendidik dan melahirkan anak bangsa yang cemerlang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

            Kesan besar FPG terhadap sistem pendidikan negara yang boleh saya lihat ialah sememangnya FPG telah menyatakankan ciri-ciri guru yg diperlukan bagi memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, pentingnya guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai menjadi lebih berkesan.

            Sebagai rumusan, maka ternyata peranan utama yang dimainkan oleh para pendidik amat besar dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, amat penting bagi kita untuk turut sama berganding bahu dalam usaha merealisasikan perkara-perkara yang terkandung dalam FPG. Satu perkara yang jelas boleh dilihat dalam falsafah pendidikan guru ini ialah guru disifatkan sebagai role model dan teladan bagi golongan murid. Bertitik tolak daripada itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik.  Hal ini kerana, guru merupakan satu indikator terbaik yang boleh dijadikan role model bagi masyarakat untuk melahirkan dan mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai kesantunan dan moral yang tinggi.

No comments:

Post a Comment