FIQH IBADAT
1.1 TAYAMUM
BAHASA- (القَصْدُ/keinginan) Memilih sesuatu/berkehendakkan sesuatu
ISTILAH- Menyapu debu tanah yang bersih kemuka dan kedua tapak tangan sebagai ganti kepada basuhan anggota wuduk atau kepada mandi wajib.
DALIL
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ
“Dan jikalau kalian dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan atau seseorang diantara kalian baru saja buang hajat atau menggauli wanita, kemudian kalian tidak mendapatkan air, maka kalian lakukanlah tayammum dengan tanah yang baik. Usaplah wajah kalian dan tangan kalian dari tanah tersebut. Tidaklah Allah menghendaki untuk menjadikan beban bagi kalian, melainkan Allah berkeinginan untuk membersihkan kalian dan menyempurnakan nikmat-Nya bagi kalian, agar kalian bersyukur.” (QS. Al Maidah [5] : 6).
SYARAT
1. Mempunyai keuzuran yang menghalangnya dari menggunakan air iaitu kerana keputusan air atau tidak mampu menggunakan air.
2. Berusaha mencari air terlebih dahulu jika tayammum dilakukan kerana keputusan air.
3. Menggunakan tanah yang bersih
4. Bertayammum setelah masuk waktu
ALAT
Seluruh permukaan bumi yang bersih, baik itu berupa pasir, bebatuan, tanah yang berair, lembab ataupun kering. “Dijadikan (permukaan, pent.) bumi seluruhnya bagiku (Nabi shollallahu ‘alaihi was sallam) dan ummatku sebagai tempat untuk sujud dan sesuatu yang digunakan untuk bersuci”
CARA BERTAYAMUM
1. Sebelum bertayamum : Bersihkan dahulu anggota tayammum dan badan drpd najis dan kekotoran
2. Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu, nipiskan debu kemudian sapukan debu kemuka, dari bahagian atas ke bawah
3. Bersihkan tapak tangan daripada debu yang digunakan
4. Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu sekali lagi, kemudian sapukan debu di tangan kiri kepada tangan kanan ,bermula dari belakang tapak tangan hingga ke siku
5. Selepas itu debu tangan di tangan kanan kepada tangan kiri bermula dari belakang tapak tangan sehingga ke siku
1.2 SOLAT BERJEMAAH DALAM PELBAGAI SITUASI
MASBUQ
-Masbuq ialah orang yang lambat ketempat solat berjemaah, sedangkan imam sudah menyelesaikan satu rakaat lebih, tetapi belum mengucapkan salam.
-Makmum yang ketinggalan (tidak sempat takbiratul ihram bersama imam) dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca fatihah bersama imam. Ini di sebabkan semasa ia masuk berjemaah, imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan rukuk.
-Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah
PEBAHASAN MASBUQ
- Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna (sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal, dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Jika makmum tidak sempat menyempurnakan rukuk, atau makmum memasuki solat sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud, atau duduk tahiyyat dan sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq").
-Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir, tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir.
-Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam rakaat kedua. Setelah solat berakhir dan imam memberi salam maka makmum tersebut hendaklah bangun dan menyelesaikan solatnya dengan menambah rakkatnya yang tertinggal.
-Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam, maka makmum ditegah duduk kerana duduk itu mengikut imam, dan imam telahpun selesai solatnya. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya maka batallah sembahyang itu.
-Dalam solat Subuh, makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya di rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi.
-Dalam solat Jumaat pula, sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua dengan ia sempat rukuk bersama imam, maka dikira ia mendapat solat Jumaat itu dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. Tetapi sekiranya makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat, maka ia dikira solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat rakaat.
-Kesimpulannya orang yang masbuq tidak wajib membaca fatihah melainkan kalau ia berkesempatan untuk membacanya, maka hendaklah ia membaca dalam kadar semampunya hingga imam rukuk.
MUWAFIQ
-Muwafiq ialah orang yang solat di belakang imam setelah imam mengucapkan takbiratul ihram dan memperoleh waktu hanya sekadar membaca Al-Fatihah.
PERBAHASAN MUAWIQ
-Jika sekiranya ia (muwafiq) masih belum selesai membaca Al-Fatihah sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan Al-Fatihah itu sehinggalah imam selesai sujud dan bangun dari sujud yang kedua.
-Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudah pun bangun berdiri ataupun duduk tahiyat akhir, maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah (mufaraqah) ataupun terus mengikut perbuatan imam dan rakaat itu tidak diambil kira. Kalau tidak berbuat salah satu di antara kedua hal tersebut maka batallah solatnya.
ISTIKHLAF
-Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan sembahyang mereka, disebabkan keuzuran imam pertama itu.
-Istikhlaf berlaku apabila imam keluar daripada solat disebabkan berhadas atau kerana telah terbatal solatnya biarpun tanpa sebab.
-Maka jika ini terjadi maka diharuskan bagi salah seorang makmum untuk menggantikan kedudukan imam tersebut.
SYARAT SAH ISTIKHLAF
-Makmum yang menggantikan imam (mustakhlif) mestilah orang yang layak menjadi imam.
- Mustakhlif adalah orang yang berada di saf pertama dan di belakang imam.
- Berlaku serta-merta.
- Makmum yang lain tidak perlu untuk berniat semula.
JENIS MUSTAKHLIF
Mustakhlif Muwafiq
Makmum yang ada bersama-sama imam dan mengikuti tertib imam bermula dari awal solat hingga imam terbatal sltnya
Mustakhlif Umum
Imam digantikan oleh orang luar, (bukan dari kalangan makmum)
Menurut imam Nawawi & Jumhur ulama sah solatnya dgn syarat dia masuk pada rakaat pertama atau ketiga.
Mustakhlif Masbuq
Makmum masbuq yang menggantikan kedudukan imam yang keluar kerana telah terbatal solatnya. Mustakhlif ini haruslah menjaga tertib imam yang awal tadi.
MUFARAQAH
-Bahasa: Mengasingkan diri. Istilah syarak: perbuatan makmun mengasingkan diri daripada imam atau membatalkan niat untuk menjadi makmum dan meneruskan solat secara bersendirian.
-Mufaraqah adalah perbuatan makmum Keluar daripada solat berjemaah dan makmum tidak lagi mengikut imam.
-Hukum mufaraqah adalah harus.
SEBAB BERLAKU MUFARAQAH
1) Bilamana makmum mendapati imam melakukan perkara yang membatalkan solat.
2) Bilamana makmum mendapati ada terdapat najis pada imam. Sama ada pada pakaian / diri / tempat solat.
3) Bilamana makmum mendapati bacaan imam tidak betul sama ada dari segi tajwid / bahasa / makhraj hingga boleh merosakkan solat.
1.3 TATACARA SOLAT JAMAK DAN QASAR
SOLAT JAMAK
Bahasa : Himpun/kumpul.
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
- Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
- Solat Jamak terbahagi kepada ;JAMAK TAQDIM dan JAMAK TAKHIR
SYARAT JAMAK
1. Syarat solat jamak takdim:
(a) mendahulukan solat yang waktunya terdahulu iaitu solat Zuhur dan Maghrib.
(b) niat jamak dalam solat yang pertama.
(c) kedua-dua solat tersebut dilakukan secara berturut-turut.
(d) masih dalam perjalanan sehingga selesai solat kedua.
2. Syarat solat jamak takhir:
(a) berniat akan melakukan solat jamak takhir semasa dalam solat pertama.
(b) masih dalam perjalanan sehingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
- Bahasa ; Pendek dan ringkas.
-Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
-Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
SYARAT SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
HIKMAH QASAR DAN JAMAK
- Memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
- Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
- Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
- Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi --menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.
1.4 PELAKSANAAN SOLAT FARDHU KETIKA BERKENDERAAN
Solat ketika di dalam kapal terbang/bot/kereta
DALIL
· Abdullah ibnu Umar radhiallahu-anhu menceritakan, pernah seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah salallahu ‘alayhi wasallam: “Bagaimanakah caranya saya tunaikan solat di dalam perahu? ” Baginda menjawab, “Bersolatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.”
PRAKTIKAL
1. Bersuci/berwuduk. kalau tiada air bertayammum.
2. Memeriksa arah kiblat – kebanyakan pilot tahu sebelah mana arah kiblat. Kebanyakan pesawat sekarang ada penunjuk arah kiblat.
3. Mengetahui waktu untuk solat qasar atau jamak.
4. Sekiranya tidak mampu berdiri kerana pening atau gayat boleh duduk. Rasulullah saw bersabda: “Jika mampu bersujudlah di atas tanah,dan jika tidak mampu maka berisyaratlah dengan jelas atau jadikan sujudmu lebih rendah dari ruku’ mu.”
MENGHADAP KIBLAT
- Antara rukun-rukun solat yang berkaitan dengan isu ini ialah berdiri dan mengadap kiblat. · “Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram,
-diharuskan solat hormat waktu tapi mesti diulang kembali solat subuh tersebut bila sampai di destinasi.
-Solat Fardhu – wajib mengadap kiblat samada waktu musafir atau waktu tidak musafir.
-Solat Sunat – Jika dalam musafir dibolehkan mengikut mana-mana arah jika ada masalah untuk mengadap kiblat. Jika tidak musafir mengadap kiblat adalah wajib.
MENAIKI KAPAL TERBANG, KERETAPI, FERI, KAPAL SELAM
- wajib mengadap kiblat selagi mampu dan tidak boleh mengadap selain arah kiblat.
-Jika sedang solat mengadap arah kiblat dan pada ketika itu kenderaan yang kita naiki itu berpusing ke arah lain (bukan arah kiblat) wajib kita memusingkan badan kita mengadap arah kiblat sekadar yang mampu/boleh.
-Jika sempurna syarat sah solat tak perlu ulang balik solat tersebut.
KERETA
- solat dalam kereta susah untuk melakukan rukuk dan sujud maka solatlah di luar kereta sekiranya aman, tiada gangguan dan ancaman bahaya.
- Menjadi haram hukumnya solat di dalam kereta pada ketika itu jika tiada kebimbangan tersebut dan tiada sebarang masalah.
-Sekiranya sempurna syarat sah solat, maka tidak perlu ulang semula solat
1.5 PELAKSANAAN SOLAT KETIKA SAKIT
MAKSUD SOLAT KETIKA SAKIT :
-Menunaikan solat mengikut keupayaan kerana kesulitan yang menghalang daripada menunaikan secara biasa.
-Islam membenarkan orang sakit bersembahyang mengikut keupayaannya
DALIL
Firman Allah:
á يشيذ الله بكم انيسش لَا يشيذ بكم انعسش â · Terjemahan : Allah inginkan kemudahan kepada kamu dengan tidak menginginkan kesusahan kepada kamu (AlBaqarah:185)
Rasulullah SAW yang bermaksud:· “Hendaklah kamu tunaikan solat dengan berdiri. Jika tidak mampu, tunaikan dengan duduk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan mengiring di atas rusuk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan isyarat”
- Firman Allah: áلا يكهف الله وفسا الا سَع اٍ â · Terjemahan : Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang dia mampu (Al Baqarah: 286)
- Firman Allah: á مَا جعم عهيكم في انذيه مه حشج â · Terjemahan : Dan Allah tidak menjadikan di dalam agama sebarang daripada Bebanan (Al Haj: 78)
Dalil Hadith :
احب انذيه انى الله انحىيفية انسمحة Terjemahan : Agama yang paling disukai oleh Allahadalah agama yang bertoleransi
CARA SOLAT KETIKA SAKIT :
1. Secara duduk :
Duduk dalam keadaan iftirasy (duduk antara dua sujud atau yang termampu)
Rukuk (kepala ditundukkan, dahi setentang dengan tempat sujud ataupun hadapan lutut). Sujud seperti biasa.
2. Secara Mengiring :
Berbaring mengiring di atas rusuk sebelah kanan.
Muka dan dada menghadap kiblat.
Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala.
3. Secara melentang :
Berbaring menelentang.
Kaki menghala kiblat.
Kepala ditinggikan sedikit supaya muka dapat menghadap kiblat.
Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala.
4. Secara isyarat kelopak mata :
Berbaring menelentang.
Kaki menghala kiblat.
Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata.
Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata.
5. Secara dalam hati :
Dilakukan dengan membayangkan di dalam hati pergerakan mengikut tertib rukun.
Muka dan dada menghadap kiblat.
Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala.
3. Secara melentang :
Berbaring menelentang.
Kaki menghala kiblat.
Kepala ditinggikan sedikit supaya muka dapat menghadap kiblat.
Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala.
4. Secara isyarat kelopak mata :
Berbaring menelentang.
Kaki menghala kiblat.
Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata.
Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata.
5. Secara dalam hati :
Dilakukan dengan membayangkan di dalam hati pergerakan mengikut tertib rukun.
HIKMAH
1.Membuktikan Allah sayang akan hambanya.
2.Menunjukkan Islam agama yang mudah.
3.Supaya umat islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang keadaan.
SEBAB WAJIB SOLAT KETIKA SAKIT :
1. Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam.
2. Mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.
3. Solat sebagai penawar kepada sakit.
4. Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah.
5. Supaya hidup dan mati dalam iman.
1.6 SOLAT DALAM KEADAAN PERANG
SOLAT KETIKA PERANG
v Solat khauf = solat ketika takut
v Hukumnya - harus
v Bukan untuk peperangan sahaja bahkan untuk beberapa keadaan darurat yang lain,Binatang buas Disyariatkan pada tahun ke-6 selepas hijrah
SEBAB YANG MENGHARUSKAN SOLAT KHAUF
Melarikan diri daripada :
q Peperangan
q Kebakaran
q Binatang buas (yang boleh mengancam nyawa)
q Perompak,penyamun,pembunuh
q Sebab-sebab lain yang menimbulkan ketakutan
q Air banjir
SYARAT-SYARAT
¢ Peperangan hendaklah diharuskan menurut syarak
¢ Wujud musuh,haiwan buas,kebimbangan tenggelam dan lain-lain
CARA-CARA PELAKSANAAN
¢ Terdapat dua keadaan ( bergantung kepada situasi)
¢ Keadaan pertama : -keadaan berjaga-jaga/peperangan belum tercetus
¢ Cara pertama :- cth : Perang ‘Asfan,Jemaah dan dibahagi kepada beberapa saf
Saf pertama dan kedua akan berganti pada rakaat pertama dan kedua ,Salam bersama-sama imam
¢ Cara kedua :cth : Perang Zaatur Riqa’. Dibahagi kepada 2 kumpulan > kumpulan pertama berjemaah bersama imam > kumpulan kedua berjaga > pada rakaat kedua, kumpulan 1 akan mufaraqah > kumpulan 2 jemaah bersama imam (imam berdiri lama) > imam tasyahhud, kumpulan 2 berdiri menyempurnakan 1 lagi rakaat > salam bersama-sama imam
¢ Keadaan kedua :
¢ Peperangan sedang berlaku, saf-saf dalam keadaan bertaburan dan suasana membimbangkan.
¢ Tidak ada cara yang khusus untuk menunaikan sembahyang. Boleh dalam pelbagai keadaan menghadap kiblat atau tidak.
¢ Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala
PERKARA-PERKARA YANG DIMAAFKAN
¢ Bergerak tiga kali berturut-turut dimaafkan
¢ Terkena najis tidak batal – tetapi wajib qada’
¢ Menghadap kiblat tidak menjadi syarat
¢ Memegang senjata ketika solat adalah sunat
¢ tidak bernajis
¢ tidak membahayakan rakan lain
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT KHAUF
¢ Terbatal wudu’ ketika dalam sembahyang
¢ Menjerit dan melaung ( sekiranya tidak diperlukan )
¢ Gerakan-gerakan yang banyak yang tiada kaitan dengan peperangan
¢ Darah yang banyak tidak menjejaskan sembahyang.
HIKMAT DISYARIATKAN
¢ Memudahkan para mukallaf menunaikan solat dalam keadaan getir
¢ Hati dalam ketenangan dan yakin dengan kemenangan
¢ Menetapkan keyakinan dan hati di medan perang
¢ Tetap bergantung kepada Allah walaupun dalam keadaan yang gawat.
1.7 SUJUD SAHWI, SUJUD SYUKUR DAN SUJUD TILAWAH
PERKARA
|
SUJUD SAHWI
|
SUJUD SYUKUR
|
SUJUD TILAWAH
|
SEBAB
|
Terlupa,terlalai,syak
atau Meninggalkan sunat ab’ad
|
Mendapat nikmat atau terlepas daripada
bala
|
Membaca ayat sajdah
|
MASA
|
Sujud dalam solat
|
Sujud di luar solat
|
Sujud dalam dan luar
solat
|
BILANGAN
|
2 kali sujud
|
1 sujud
|
1 sujud
|
BACAAN
|
Membaca :
سبحان من لا ينام ولا يسهو
|
Membaca tasbih :
سبحان الله والحمد لله
ولا إله إلاالله و الله أكبر
|
Membaca :
سجد وجهي للّذي خلقه وشق
سمعه وبصره وحوله و قوته
|
HUKUM
|
Sunat muakkad
|
Sunat muakkad
|
Sunat
muakkkad(seorang)
|
No comments:
Post a Comment