Monday, 20 May 2013

QISAS

QISAS

  •  Bahasa : persamaan atau mengikut. Seseorang yang telah melakukan jenayah tertentu akan diikuti dengan hukuman yang sama seperti dengan apa yang telah dia lakukan terhadap mangsanya.
  • Istilah : suatu pembalasan yang dijatuhkan dan dikenakan ke atas pelaku yang hukumannya sama seperti apa yang telah pelaku tersebut lakukan ke atas mangsanya. Contohnya membunuh dengan sengaja atau mencederakan anggota badan.
  • Syarak : hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
  • يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالأُنثَى بِالأُنثَى...
  • Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu menjalankan hukuman qisas dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu : orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan.. 

Syarat wajib Qisas
Syarat terhadap pembunuh
  • Membunuh dengan niat sengaja
  • Seorang yang waras
  • Baligh
  • Atas kerelaan sendiri dan bukan kerana paksaan
  • Pembunuhan secara langsung
  • Pembunuh bukanlah ayah kepada mangsa
  • Martabatnya lebih rendah berbanding dengan mangsa
 
Syarat terhadap mangsa
  • Bukan daripada golongan yang mempunyai hak ke atas pembunuh
  • Mangsa bukan milik pembunuh
  • Mangsa adalah yang terpelihara darahnya
  • Setaraf, misalnya pembunuh beragama islam dan mangsa juga beragama islam
Syarat pelaksaan qisas
Menurut Imam Syafie syarat pelaksanaan qisas bagi jenayah pembunuhan adalah seperti berikut:

1) Orang yang hendak dijatuhkan hukuman qisas adalah mukallaf dan berakal. Kanak kanak dan orang gila tidak dikenakan qisas

2) Pembunuh bukan terdiri daripada bapa, ibu, datuk dan ke atas
 
3) Mangsa bunuh adalah terpelihara darahnya dengan sebab Islam

4) Persamaan taraf antara pembunuh dan mangsa bunuh dari sudut agama kedua duanya Islam) dan kebebasan diri kedua duanya merdeka)

 
Diat
  • Istilah umum : sebagai hukuman lain daripada hukuman qisas, sekiranya berlaku situasi yang mana terdapatnya halangan untuk melaksanakan qisas.
  • Istilah yang lain : merupakan sejumlah bayaran kepada mangsa atau waris mangsa dan dalam sesetengah keadaan diat akan dilaksanakan sekiranya ahli waris memaafkan pembunuh tersebut atau pun sekiranya pembunuh atau penjenayah meninggal dunia sebelum dilaksanakan qisas ke atasnya. Selain itu, diat juga dikenakan ke atas orang menyebabkan kecederaan ke atas orang lain.
  • Sengaja
  • Imam Syafie dan jumhur ulama : diat diwajibkan ke atas pembunuh ketika gugur hukum qisas terhadapnya, sama ada dengan kerelaan atau tidak.
  • Imam Hanafi : diat tidak wajib ke atas pembunuh kecuali dengan kerelaan dan kemahuannya. Berdasarkan pendapat Imam Hanafi, jika waris si mati memaafkan kesalahan pembunuh, dan dia diampunkan daripada qisas tetapi dituntut membayar diat, maka dia tidak wajib membayarnya jika dia tidak bersetuju.
  • Dalam kes pembunuhan secara sengaja ini, jika pihak waris telah memaafkan kesalahan penjenayah, maka tidak boleh dilaksanakan qisas ke atasnya. Sebagai alternatif, waris kepada penjenayah haruslah membayar diat kepada waris mangsa dengan kadar diat berat, 100 ekor unta. Ini adalah sebagi ganti rugi kepada pelepasan penjenayah daripada dikenakan hukum qisas kerana telah dimaafkan oleh waris mangsa :
  1. 30 ekor unta berusia 3 tahun
  2. 30 ekor unta berusia 4 tahun
  3. 40 ekor unta bunting
  • Separuh sengaja dan tidak sengaja
  • Menurut Imam Syafie : pembayarannya hanyalah boleh dibayar dengan unta sahaja, iaitu 100 ekor unta yang berat untuk pembunuhan separuh sengaja. Wajib dibayar selama 3 tahun secara beransur-ansur iaitu 1/3 setiap tahun.
  • 30 ekor unta berusia 3 tahun masuk tahun keempat
  • 30 ekor unta berusia 4 tahun masuk tahun kelima
  • 40 ekor unta yang bunting
  • Secara tidak sengaja pula, ialah dengan membayar diat 100 ekor unta yang lebih ringan :
  • 20 ekor unta betina berusia 1 tahun masuk tahun kedua
  • 20 ekor unta betina berusia 2 tahun masuk tahun ketiga
  • 20 ekor unta betina berusia 3 tahun masuk tahun keempat
  • 20 ekor unta jantan berusia 2 tahun masuk tahun ketiga
  • Imam Malik dan Imam Hanafi : boleh dilakukan sama ada dengan emas, perak atau unta.
  • Diat terhadap perempuan
  • Ulama dan fuqaha berpendapat diat ke atas pembunuh perempuan adalah separuh daripada  diat ke atas pembunuh perempuan.


No comments:

Post a Comment