Sunday, 19 May 2013

PENGHANTAR USUL TAFSIR - Pengenalan Ilmu Al – Tafsir, Sejarah Tafsir Al-quran Zaman Rasulullah, Sahabat, Tabi’ tabi’in, TAFSIR BI AL MA’THUR, TAFSIR BI AL-RA’YI, TAFSIR SUFI / ISYARI



PENGHANTAR USUL TAFSIR 

4.1 Pengenalan Ilmu Al – Tafsir
(a) Bahasa : تَفْسِرا فَسَّر-يُفَسِّر

(b) Istilah : Ilmu untuk memahami kitab Allah,menjelaskan makna serta mengeluarkan hukum dan pengajaran daripada al-Quran” .

   
  •  Usul : kaedah, cabang, bukti dan lain-lain.Tafsir : menerangkan dan menjelaskan sesuatu. 
  • Al-Zarkasyi : ilmu yang menerangkan makna Al-Quranserta mengeluarkan hukum-hakam & hikmat2nya. 
  • Usul tafsir : ilmu yang menjelaskan makna-makna ayat al-Quran, kedudukannya, kisah serta asbab nuzul, ayat makiah dan madaniah, muhkam dan mutasyabih, naskh dan  mansukh, am khas dan sebagainya mggunakan ungkapan yang sesuai mengikut kadar kemampuan manusia. 
  • Imam Jalaluddin As-Sayuti : Ilmu yang membahaskan tentang al-Quran dari segi kehujahannya selaras dengan kehendak Allah, sekadar untuk keperluan (kefahaman) manusia
Kepentingan atau objektif mempelajari ilmu tafsir:
  • Memahami makna-makna al-Quran dengan lebih sempurna dan tepat.
  •  Mengambil dan mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya.
  • Mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari maksud yang sebenar.

Karya-karya utama dalam pengajian ilmu usul tafsir
  • Asbab nuzul : Naskh Mansukh oleh Qatadah al-Sadusi.
  • Gharib al-Quran : oleh Abu Bakr al-Sijistani. Majaz al-Quran : ditemui tulisan oleh Abu Udaydah Ma’mar b al-Mutanaanh.
  •  I’jaz al-Quran : ditemui tulisan oleh al-Rumani,al-Khattabi, al-Mawardi dan Abu Bakr al-Baqillani.
  • I’rab al-Quran : Abu Ja’far al-Nuhhas
  • Munasabat al-Quran : Abu Ja’far bin al-Zubair, Burhan al-Din al-Baqi. 
Ilmu-ilmu yangdiperlukan oleh seorang pentafsir
  •  Ilmu bahasa, Ilmu Qiraat, Ilmu Usuluddin, Ilmu Usul fiqh, Ilmu Asbab al-Nuzul IlmuNasikh-Mansukh, Ilmu fiqh Ilmu hadith
Syarat-syarat pentafsir
1.    AKIDAH YANG BENAR.mengelakkan daripada terdorong kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng dengan mengemukakan pentakwilan yang bertentangan dengan akidah yang benar.
2.    BERSIH DARIPADA HAWA NAFSU.
3.    MEMPUNYAI KEAHLIAN DALAM BIDANG HADITH : riwayat dan dirayah, kerana hadith-hadith nabi merupakan penjelasan dalam menafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham.
4.    MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG LUAS DALAM BIDANG BAHASA DAN ILMU-ILMU YANG BERKAITAN. contohnya ilmu qiraat, ilmu nahu dan sarf, ulum al-qur’an, ilmu usuluddin, usul fiqh dan ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zologi dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan maklumat umum seperti sejarah, geografi, saikologi dan sebagainya.     
5.    MEMULAKAN TAFSIR AL-QUR’AN DENGAN AL-QUR’AN ITU SENDIRI, di mana perkara yang diterangkan secara ringkas di satu tempat dijelaskan secara terperinci di tempat yang lain.
6.    MENTAFSIRKAN AL-QUR’AN DENGAN AL-SUNNAH KERANA AS-SUNNAH adalah penjelas kepada al-qur’an.
7.    sekiranya tidak terdapat tafsiran al-qur’an dari al-sunnah, maka hendaklah MERUJUK KEPADA PANDANGAN PARA SAHABAT kerana mereka lebih memahami perkara tersebut disebabkan mereka telah menyaksikan penurunan wahyu dan latar belakangnya.
8.    MERUJUK KEPADA PENDAPAT TABI`IN  jika tidak terdapat tafsiran para sahabat dengan syarat terdapat pada riwayat yang sahih.
9.    ilmu mauhibah- ilmu yang allah s.w.t anugerahkan kepada orang yang mengamalkan ilmunya. 
Adab-adab pentafsir
  • Ikhlas, Beramal, Berakhlak mulia, Niat yang baik Tujuan yang benar
  • Tawadu'(kerana sifat sombong menjadi penghalang kepada dakwah)
  • Berani menyampaikan kebenaran 
4.2 Sejarah Tafsir Al-quran Zaman Rasulullah, Sahabat, Tabi’ tabi’in
SEJARAH TAFSIR ZAMAN RASULULLAH
  • Pengasas : Rasululullah s.a.w
  • Baginda s.a.w. melarang para sahabat menulis atau membukukan tafsir supaya ia tidak bercampur aduk dengan al-Quran. Oleh itu, tidak ada tafsir yang dibukukan pada zaman nabi.
  • Pentafsiran pada zaman Rasulullah tidak berlaku sebarang masalah dan pertikaian kerana Rasulullah sendiri yang menafsirkan ayat-ayat suci al-Quran.
  • Pada zaman ini sumber tafsir ialah
  • 1)Tafsir al-Quran dengan al-Quran
  • 2)Tafsir al-Quran dengan al-hadis.

SEJARAH TAFSIR ZAMAN SAHABAT
v  Setelah Rasulullah saw wafat, tugas mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka merupakan golongan yang paling arif tentang tafsir.
v  Pada zaman ini juga tiada kitab tafsir yang dibukukan.
v  Berikut adalah antara sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir
1.    Khulafa al-Rasyidun   4.Ibn Masud                   6. Ibn Abbas 7.Ubayy bin Kaab
2.    Zaid bin Thabit .          5. Abu Musa al-Asyari . 7. Abdullah bin al-Zubayr
3.    Ubayy bin Kaab
Sebab tafsir kurang pada zaman sahabat
ü  Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut suasana dan peristiwa
ü  Tahap penguasaan bahasa yang tinggi
ü  Kefahaman aqidah yang mantap
v  Sumber tafsir pada zaman sahabat ialah:
1.    Al-Quran Al-Karim            3. Al-hadith
2.     Ijtihad dan istinbat           4.Sumber dari ahli kitab
 
SEJARAH TAFSIR ZAMAN TABI’ TABIIN
Kitab tafsir
           1      Tafsir al-Saudi  2. Tafsir Ibn Juraij  3. Tafsir Maqatil 4.Tafsir Muhammad Ibn Ishak

         Rasulullah dan sahabat hanya mentafsir ayat-ayat yang sukar difahami.
         timbul permasalahan baru yang tidak pernah wujud pada zaman rasul dan sahabat
         Kesulitan semakin meningkat tatkala manusia semakin jauh daripada zaman nabi dan sahabat
         Ulama’ tafsir berkesedaran untuk menyempurnakan kekurangan ini demi kebaikan umat islam.
         Ulama tabi`in  menyambung usaha-usaha para sahabat dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran
         pentafsiran al-Quran berkembang pesat.lahir banyak tokoh tafsir.Ekoran daripada perluasan wilayah kekuasaan Islam, para tabi`in mengambil kesempatan untuk memperluaskan lagi ilmu pentafsiran al-Quran.
         Walau bagaimanapun tafsiran tabi`in tidak dikumpul dalam satu majmu`ah dan tidak tersusun serta bercampur aduk dengan al-hadith.

SEJARAH TAFSIR ZAMAN SELEPAS TABIIN
  • Ulama pada zaman itu telah menyusun dan menulis kitab tafsir dengan lebih teratur.
  • Mereka mula menulis tafsir yang melengkapi semua surah-surah al-Quran.
  • Antara ulama atau tokoh yang terlibat dalam proses mentafsir ialah
  •      al-Waqidi yang meninggal dunia pada tahun 207 Hijrah
  •      al-‘Allaf yang meninggal dunia pada tahun 226 Hijrah
  •      Ibn Jarir al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah
  •   Rujukan utama pada zaman selepas Tabi’in ialah para Tabi’ sendiri.
  •   Ulama tabi’ al-tabi’in telah menyusun dan menulis kitab tafsir dengan lebih tersusun.
  •   Kebanyakkan tafsir tabi’ al-tabi’in ini mengandungi perkataan-perkataan sahabat dan para tabi’in yang tersebut sebelum ini.
  • Tafsir al-Tabari merupakan kitab tafsir mutaqaddim yang paling besar yang wujud sehingga kini.
  • Ibn Jarir telah menulis tafsirnya itu dengan:
  • mengikuti kaedah-kaedah Salaf 
  •  menerangkan mengenai ta’wil-ta’wil yang kukuh
  • memasukkan ijtihad beliau sendiri dalam kitab tafsirnya.

4.3  TAFSIR BI AL MA’THUR
  • Al- Ma‘thur adalah Isim Maf’ul berasal daripada perkataan أثرت الحديث أثرا)) dari bab قتل))
  • Merujuk kepada al-Quran, Al-Sunnah dan pendapat para sahabat / tabiin. 
  • Penafsiran al-Quran dengan al-Quran sendiri.
  • Penafsiran al-Quran berpandukan hadis sahih.
  • Penafsiran al-Quran dengan merujuk kepada riwayat para sahabat memandangkan mereka adalah golongan yang paling mengetahui tentang al-Quran.


Syarat-syarat tafsir bi al mathur
  • Ø  Ilmu yang cukup
  • Ø  Tahu sunnah nabi saw
  • Ø  Faham kata-kata para sahabat dan tabiin
  • Ø  Mampu himpun dua nas yang berbeza
  • Ø  Tahu asbab nuzul
  • Ø  Tahu ayat nasakh dan mansukh
  • Ø  Tidak bersandar dengan riwayat israiliyyat

SUMBER - SUMBER

Tafsir bi al-Ma‘thur terbahagi kepada empat bahagian:
1.Mentafsir al- Quran dengan al- Quran.
2.Mentafsir al- Quran dengan hadith Rasul.
3.Mentafsir al- Quran dengan pendapat para sahabat.
4.Mentafsir al- Quran dengan pendapat dan pandangan para tabi’in
1.    Penafsiran Al-Quran dengan ayat Al-Quran
ž   
  • Penafsiran al-Quran dengan al-Quran ini terjadi kerana pada al-Quran merangkumi ijaz dan itnab, ijmal dan tabyin, itlaq dan taqyid, umum dan khusus.
  • Contohnya firman Allah surah al- Haj ayat 30.dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya ditafsirkan dengan al-Quran Surah al Maidah ayat   Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah… 
  • Demikian pula pada Surah al-Tariq ayat 1 ;  وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ     Demi langit dan yang datang pada malam hari”.Ditafsirkan dengan surah al- Tariq ayat 3  النَّجْمُ الثَّاقِبُ  “(iaitu) bintang yang cahayanya menembus”
  •    Surah al- Baqarah ayat 37 Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, Maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang” Ditafsirkan dengan Surat al- A’raf ayat 23 Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya Pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.”

2.    Penafsiran al-Quran dengan Hadith


  • Cara penafsiran ini dikembalikan langsung kepada Nabi ketika beliau masih hidup dan disandarkan pada sunnahnya ketika beliau sudah meninggal, kerana Nabi adalah sebagai bayan (penjelas).
  •  Contohnya, firman Allah SWT. Surat al- An’am ayat 82 " Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka Itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”Nabi menafsirkan kata لَظُلْمٌ  dengan kata الشِّرْكَ  dan penafsiran demikian itu di kuatkan dengan firman Allah SWT. Surat Luqman ayat 13 ; إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
  • Al-Shatibi, mencontohkan penafsiran al Qur’an dengan Hadith, diantaranya; firman Allah Surat Ali Imran ayat 7
  • Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, Itulah pokok-pokok isi Al quran dan yang lain (ayat-ayat) mutashaabihaat. adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutashaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya,.
  • .Ditafsirkan dengan Hadis;Rasul SAW. Ditanya tentang ayat ini ( Ali Imran ayat 7), beliau menjawab, “ketika kalian melihat orang-orang yang mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutashaabihaat daripadanya, maka,merekalah yang disebut Allah, jauhilah mereka.”
3. Penafsiran al-Quran dengan perkataan sahabat

Penafsiran al-Quran dengan bertumpu pada sahabat ini harus memenuhi beberapa hal
1.    Pertama, penafsiran sahabat menggunakan acuan asbab al-nuzul atau penafsiran sahabat itu tidak ada ruang ra’yu didalamnya. Maka, penafsiran ini hukumnya marfu’ kepada Nabi SAW. Kerana tidak logik sahabat menafsirkan berdasarkan ra’yunya. Berdasarkan penafsiran inilah wajib menggunakan tafsiran tersebut tidak boleh menolaknya. 
2.    kedua, tafsiran sahabat yang didalamnya ada ruang ra’yu. Maka, tafsiran tersebut mauquf padanya selama tidak disandarkan pada rasul SAW. Dalam mensikapi penafsiran ini para ulama berbeza pendapat, ada yang tidak mewajibkan mengikuti dengan alasan ijtihadnya sahabat sama nilainya dengan ijtihadnya para mujtahidin lain, ertinya ada peluang salah dan benar. Sementara ulama lain berpendapat, wajib mengikutinya dengan alasan ada dugaan sahabat mendengarnya dari Rasul SAW. Dan apabila mereka menafsirkan dengan ra’yunya maka ra’yu mereka adalah benar, kerana mereka adalah orang yang paling mengerti dengan kitab Allah.

KARYA KARYA TAFSIR BI AL MA’THUR
1
Muhammad bin Jarir Tabari
محمد بن جرير الطبري
310H
جامع البيان في تفسير القرآن
Tafsir Tabari
2
Ibnu Kastir
أبو الفداء إسماعيل بن كثير
774H
تفسير القرآن العظيم
Tafsir Ibnu Kasthir
3
Nasr bin Muhammad Samarqandi
نصر بن محمد السمرقندي
337H
بحر العلوم
Tafsir Samarqandi
4
Ahmad bin Ibrahim Sta’labi
أحمد بن إبراهيم الثعلبي
427H
الكشف والبيان
Tafsir Sta’labi
5
Husain bin Mas’ud Baghawi
الحسين بن مسعود البغوي
510H
معالم التنزيل
Tafsir Baghawi
6
Abdul Haq bin Ghalib Andulusi
عبد الحق بن غالب الأندلسي
546H
المحرر الوجيز في تفسير الكتاب العزيز
Tafsir Ibnu Atiyyah
7
Abdul Rahman bin Muhammad Tsa’alabi
عبد الرحمن بن محمد الثعالبي
876H
الجواهر الحسان في تفسير القرآن
Tafsir Tsa’alabi
8
Jalaluddin Suyuti
جلال الدين السيوطي
911H
الدر المنثور في التفسير بالمأثور
Tafsir Suyuti

1. Tafsir bi al-Ma’thur adalah jenis tafsir yang paling baik. Kerana dalam penafsirannya berlandaskan dengan al-Quran, sunnah dan perkataan sahabat. Akan tetapi, hal tersebut harus disokong dengan sanad yang sahih sampai kepada Rasulullah atau kepada sahabat. Oleh kerana itu, Tafsir bi al-Ma’thur tetap memerlukan penelitian lebih lanjut, sehingga boleh di ketahui kualiti penafsiran tersebut.

4.4 TAFSIR BI AL-RA’YI
  • Ø  Ialah tafsir yang menggunakan aqal fikiran untuk berijtihad mencari sesuatu maksud ayat al-Quran.
  • Ø  Menggunakan ilmu yang ada tanpa terikat dengan pandangan sahabat dan para tabi’in.
  • Ø  Berkembang luas pada zaman Bani ‘Abbasiah seiring dengan berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu.

    Mengikut Imam Al-Zarkasyi :
  • Ø  Dinaqalkan dari Rasulullah saw
  • Ø  Mengambil riwayat yang sahih
  • Ø  Berpegang dengan bahasa Arab
  • Ø  Berpegang pada makna yang sesuai dengan bahasa Arab dan syara’.
SYARAT TAFSIR BI RA’YI
  • Tahu bahasa arab
  • Tahu balaghah
  • Tahu usul fiqh
  • Tahu ilmu qiraat
  • Ilmu yang cukup
  • Tahu asbab nuzul
  • Tahu ayat nasakh dan mansukh
  
Imam Al-Suyuti :
Ø  Ilmu yang disebutkan tadi adalah merupakan alat yang perlu dimiliki oleh seseorang ahli tafsir.
Ø  Tanpanya, dia terdedah kepada pengaruh hawa nafsu yang diharamkan.
Ø  Contoh :
(خلق الإنسان من علق) العلق :2
Ø  ‘Alaq diterjemahkan segumpal darah beku, meskipun dalam sighah jama’, mufradnya ialah ‘alaqah.
(يوم ندعو كل أناس بإمامهم) الإسراء : 71
Ø  Imam diterjemahkan ibu-ibu, sebenarnya imam di sini ialah nabi yang menjadi pemimpin kepada sesuatu umat itu.
4.4 TAFSIR BI AL RAKYI

Menurut Bahasa
     Al-ra’yu berasal daripada  perkataan ra’a-yara-ra’yan-ru’yatan.
     Bererti  pendapat, pemikiran tentang dasar sesuatu analogi atau ijtihad.
      Musa’īd Muslīm ‘Abdullāh
     menerangkan isi ayat-ayat al-Qur’an dengan bersandarkan  kepada kekuatan akal fikiran setelah terlebih dahulu memahami ilmu bahasa Arab dan pengetahuan terhadap hukum-hukum syariah sehingga tidak ada yang bertentangan dengan produk tafsir yang dihasilkannya.
Cara bagi menjauhi oleh seorang mufassir agar tidak salah dan tidak termasuk pentafsir bi al-ra’yi yang fasid.
  • Tidak Menjelaskan maksud Allah Swt. dalam al-Qur’an tanpa memenuhi terlebih dahulu syarat-syarat sebagai seorang mufassir.
  • Tidak Melakukan penafsiran seiring dengan dorongan hawa nafsu dan kepentingan peribadi
  • Tidak Mencampuri nas nas mutashābihāt yang tidak dapat diketahui kecuali oleh Allah sendiri. 
  • Tidak Menafsirkan al-Qur’an untuk menyokong mazhab yang fasid.

Kedudukan Tafsir Bi Al-ra’yi
Terdapat dua pendapat ulama’:
1.    Tidak wajar mentafsirkan Al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Bagi mereka Al-Quran hanya perlu ditafsirkan dengan sumber yang ma’thur sahaja.
2.    Harus mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan sumber-sumber yang terdahulu  yang lebih baik dan sahih, malah ini adalah pilihan terakhir setelah sumber-sumber asli tidak dapat diperolehi.
Karya-karya Tafsir Bi Al-Ra’yi
  • ü  Mafātiḥ al-Ghayb, oleh: Fakhr al-Dīn al-Rāziy
  • ü  Anwār al-Tanzīl wa Asrār al-Ta’wīl, oleh Al-Baiḍawi
  • ü  Madārik al-Tanzīl wa Ḥaqā’iq al-Ta’wīl, oleh: Al-Nasāfi
  • ü  Lubāb al-Ta’wīl fi Ma’ān al-Tanzīl, oleh: Al-Khāzin
  • ü  Al-Bahr al-Muḥīṭ, oleh: Abū Hayyān
  • ü   Al-Tafsīr al Jalālayn, oleh: Jalāl al-Dīn Al-Maḥalliy dan Jalāl al-Dīn Al-Suyūṭi
  • ü  Gharā’ib al-Qur’ān wa Raghā’ib al-Furqān, oleh: Al-Naisabūriy


4.5 TAFSIR SUFI / ISYARI

Ø  Menurut ahli sufi, setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin.
Ø  Yang zahir – mudah difahami oleh aqal
Ø  Yang batin – mempunyai isyarat-isyarat tersembunyi yang hanya dapat diketahui oleh ahlinya sahaja.

Ø  Menurut Al-Zahabi : menta’wilkan sesuatu ayat dengan tidak berpandukan kepada kenyataan zahir ayat disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasauf dan penta’wilan itu mempunyai titik persamaan dengan maksud zahir ayat.     
                                        
Ø  Contoh :
4.    (فلا تجعلوا لله أندادا وأنتم تعلمون) البقرة : 22
Ø  Andada di sini bukan hanya merujuk kepada patung-patung berhala, syaitan atau jiwa sahaja, akan tetapi bermaksud juga nafsu ammarah yang manusia miliki.
5.    (إذا جاء نصر الله والفتح ...) النصر : 1-3
Ø  Ibn Abbas : Tanda hampirnya ajal Rasulullah saw.

SYARAT TAFSIR SUFI / ISYARI
Ø  Tidak bercanggah dengan makna zahir
Ø  Perlu disokong dengan bukti syara’
Ø  Pentakwilan tidak terlalu asing
Ø  Tidak boleh mendakwa pendapatnya shj yang tepat
Ø  Dimulakan dengan tafsir makna zahir dahulu
Ø  Tidak bercanggah dengan syariqt dan aqal

Karya karya TAFSIR SUFI
  • Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim, karya Imam At-Tutsuri (w.283 H)
  • Haqa’iq At-Tafsir, karya Al-Allamah As-Sulami (w.412 H)
  • Arais Al-Bayan fi Haqa’iq Al-Qur’an, karya Imam As-Syirazi (w.606 H).


2 comments:

  1. salam.
    saya mohon copy beberapa catatan dari artikel ini ye tuan.

    ReplyDelete
  2. email saya : hidinfopw@gmail.com

    ReplyDelete