Sunday, 19 May 2013

ULUMUL QURAN - PENGENALAN ULUM AL QURAN, PERINGKAT PENURUNAN AL QURAN, PERBEZAAN AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI, SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL QURAN, I’JAZ AL QURAN, ASBABUN NUZUL, DHABTUL QURAN



 ULUMUL QURAN 
2.1 PENGENALAN ULUM AL QURAN

Ulum : Pengetahuan Al-Quran : Bacaan
Istilah Al-Quran : Kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas
Ulum Al-Quran : Satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, asbab nuzul, Al-Makki Wal-Madani, Nasikh Mansukh

NAMA-NAMA AL QURAN
 Al-Kitab –Sebuah Kitab.  Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Alif Lam Mim, inilah kitab (Al-Quran) yang tidak ada sebarang syak padanya” ( Al-Baqarah: 1-2)
 Al-Furqan – Pemisah Antara Yang Hak Dan Batil.  Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “ Maha berkat tuhan yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambanya (Muhammad) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam” (Al-Furqan:1)
 Az-Zikru – Peringatan.  Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Az-Zikru ( Al-Quran) dan kamilah yang menjaganya” (Al-Hijr : 9)
 At-Tanzil – Penurunan.  Berdasarkan firman Allas swt yang bermaksud “Dan sesungguhnya Al-Quran diturunkan oleh Allah Tuhan sekelian alam” (As-Syu’ara: 192)

PERBEZAAN AL QURAN DENGAN KITAB SAMAWI YANG LAIN

AL-QURAN
KITAB SAMAWI YANG LAIN
Isi kandungannya meliputi seluruh aspek Aqidah, Syariah dan Akhlak
Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan
Diriwayatkan secara mutawatir dan selamat dari kemungkinan tersilap
Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan dan kesilapan
Ajarannya sesuai pada bila-bila masa dan tempat sehingga hari kiamat
Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja
Untuk kegunaan seluruh umat manusia
Untuk umat tertentu sahaja
Dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari kiamat
Tidak ada jaminan kekal dan selamat

2.2  PENURUNAN AL QURAN

Penurunan Pertama : Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan
ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa
segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar
benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al
Buruj yang berbunyi,
بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
  
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair
atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya, (Lagi yang
terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
HIKMAHNYA
merupakan kemuliaan bagi al-Quran itu sendiri kerana tempat tersebut merupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perancangan yang wujud di alam ini dan al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah ke dunia ini. Penurunan peringkat ini adalah secara sekaligus.
Penurunan kedua : Penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul
Izzah di langit dunia:
Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah swt:
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.”
(Surah al-Qadar:1)
Begitu juga dengan firman Allah dalam ayat berikut :
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan ia pada malam yang berkat, sesungguhnya Kami pemberi peringatan kepada manusia.”
(Surah ad-Dukhan:3)
Dalam firman Allah yang lain di dalam ayat yang berikut :
Maksudnya : “Bulan (puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil.”
(Surah al-Baqarah:185)
Penurunan Ketiga : Dari Baitul Izzah kepada Rasulullah s.a.w secara
Beransur-ansur selama 22,23,24 atau 25 tahun
Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah dalam ayat
yang berikut :
Maksudnya : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami turunkannya sedikit-sedikit.”
(Surah al-Isra’:106)
Firman Allah lagi dalam al-Quran :
Maksudnya : “Diturunkan oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan.”
(Surah as-Syu’ara:194)
Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut :
Maksudnya : “Kami turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) Kitab (al-Quran) untk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi orang islam.”
(Surah an-Nahl:89)
Hikmah Penurunan Secara Berperingkat-peringkat
• Dapat membezakan Kitab al-Quran dengan Kitab-kitab Allah terdahulu. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sementara yang lain secara sekaligus.
• Mengagungkan Kitab al-Quran iaitu kedatangannya disebar kepada seluruh penghuni alam dari langit sampailah ke bumi.
• Menambahkan keyakinan kepada seluruh makhluk bahawa al-Quran sebagai kitab yang terakhir itu adalah dari Allah dan bukan ciptaan Nabi Muhammad atau sebagainya.
• Penurunan secara yang demikian sesungguhnya juga memuliakan kerasulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai penutup segala Nabi.


PERBEZAAN AL QURAN DENGAN KITAB SAMAWI YANG LAIN

AL-QURAN
KITAB SAMAWI YANG LAIN
Isi kandungannya meliputi seluruh aspek Aqidah, Syariah dan Akhlak
Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan
Diriwayatkan secara mutawatir dan selamat dari kemungkinan tersilap
Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan dan kesilapan
Ajarannya sesuai pada bila-bila masa dan tempat sehingga hari kiamat
Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja
Untuk kegunaan seluruh umat manusia
Untuk umat tertentu sahaja
Dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari kiamat
Tidak ada jaminan kekal dan selamat

3.3 AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

AYAT MAKKI
AYAT MADANI
(TEMPAT)Ayat dan surah yang diturunkan di mekah dan kawasan sekitarnya seperti mina, ‘arafah samada sebelum atau selepas hijrah.
Ayat atau surah yang diturunkan di madinah dan di kawasan sekitarnya seperti di badar dan uhud samada sebelum atau selepas hijrah.
(KUMPULAN SASARAN) ayat dan surah yang ditujukan kepada penduduk mekah dan kawasan sekitarnya.
(KUMPULAN SASARAN) ayat atau surah yang ditujukan kepada penduduk madinah dan kawasan sekitarnya.
(MASA) ialah ayat dan surah yang diturunkan sebelum hijrah Rasullullah S.A.W ke Madinah
(MASA)ayat atau surah yang diturunkan selepas hijrah..
  • al-Baqarah 2)Ali Imran 3)an-Nisa’
  •  4)al-Maidah 5)al-Anfal 6)at-Taubah
  •  7)an-Nur 8)al-Ahzab 9)Muhammad
  • 10)al-Fathu 11)al-Hujurat 12)al-Hadid
  • 13)al-Mujadalah 14)al-Hasyr
  • 15)al-Mumtahanah  16)al-Jumu’ah
  • 17)al-Munafiqun 18)at-Thalaq 19)at-Tahrim 20)an-Nashr.
•      1) al-A’raf 2)al-A’la 3)al-A’diyat 4)al-Ahqaf
•      5)al-A’laq 6)al-An’am 7)al-Anbiya’ 8)an-Nisa’ 9)al-Ankabut 10)al-‘Asyr 11)al-Balad
•      12)al-Buruj 13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan
•      15)al-Fajr 16)al-Fathir 17)al-Fill 18)al-Furqan
•      19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj 21)as-Sajdah
•       22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)Hud
CIRI-CIRI AYAT MAKKIYYAH
  1. Memantapkan akidah dengan memerangi habis – habisan syirik dan penyembahan berhala yang dilakukan oleh penduduk Mekah.
  2. Menggalakkan manusia supaya merenung diri dan alam sejagat untuk melihat bukti – bukti kebenaran Al-Quran supaya mereka mengakui keesaan Allah, hari kiamat dan keadilan pembalasan Allah.
  1. Membanteras budaya jahiliah seperti membunuh, suka bergaduh, dan berperang.
  2. Menjelaskan tentang prinsip – prinsip akhlak Al-Quran dan hak – hak social dalam islam.
  3. Menceritakan kisah – kisah rasul dan umat – umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan teladan yang perlu diikuti.
  4. Menggunakan ayat yang ringkas dan padat
CIRI-CIRI AYAT MADANIYYAH
1.    Menjelaskan dengan terperinci soal hukum – hukum syara’, umpamanya dalam bidang ibadah, muamalat, perniagaan, hukum  hudud, hukum sivil, jenayah, peraturan – peraturan perang, peraturan bermasyarakat dan hak individu. Contohnya yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah, Al-Maidah dan Al-Fath.
2.    Menyeru ahli kitab (yahudi dan nasrani) supaya mereka menerima islam dan mengajak mereka berbincang tentang akidah yang benar. Ini kerana mereka telah memesongkan kebenaran dengan mengubah dan meminda kitab – kitab Allah yang diturunkan kepada mereka.
3.    Terdapat dalam ayat yang memberi keizinan berperang dan berjihad dengan menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengannya.
4.    Ayat dan surah madani lebih terperinci kerana penduduk Madinah tidak sama dengan penduduk Mekah dari segi penguasaan bahasa. Mereka  ebih sesuai diberi penjelasan dan penerangan yang jelas dan teliti.
FAEDAH DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi kehendak Allah s.w.t. 
2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasikh dan Mansukh. Ini membantu kita dalam menentukan sesuatu hukum.
4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.
5) Untuk mengetahui dan menghargai betapa gigih dan tekunnya ulama’ Islam dalam mengkaji al-Quran serta ilmu-ilmunya untuk kepentingan umat Islam.

4.4 SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL QURAN

ZAMAN RASULULLAH
Pengumpulan Al-Qur’an pada zaman Rasulullah SAW berlaku dengan dua cara:
Pertama : al Jam'u fis Sudur
- Para sahabat menghafalnya secara langsung setiap kali Rasulullah SAW menerima wahyu
- Hal ini boleh dilakukan oleh mereka dengan mudah kerana berkaitrapat dengan budaya orang arab yang menjaga Turast (peninggalan nenek moyang mereka di antaranya berupa syair atau cerita) dengan media hafalan dan mereka sangat terkenal dengan kekuatan daya hafalannya.
Kedua : al Jam'u fis Suthur
- Iaitu merupakan wahyu yang turun kepada Rasulullah SAW ketika beliau berumur 40 tahun (12 tahun sebelum hijrah ke madinah)
- Kemudian wahyu terus menerus turun selama 23 tahun berikutnya dimana Rasulullah. SAW setiap kali turun wahyu kepadanya baginda selalu membacakannya kepada para sahabat secara langsung dan menyuruh mereka untuk menuliskannya dan melarang para sahabat untuk menulis hadis-hadis beliau kerana khuatir akan bercampur dengan Al-Qur’an
- Rasul SAW bersabda "Janganlah kalian menulis sesuatu dariku kecuali Al-Qur’an, barangsiapa yang menulis sesuatu dariku selain Al-Qur’an maka hendaklah ia menghapusnya " (Hadis dikeluarkan oleh Muslim (pada Bab Zuhud hal 8) dan Ahmad (hal 1)
  Al-quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf disebabkan oleh beberapa faktor iaitu;
  1. Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal al-quran) dan qurra’(pembaca al-quran)
  2. Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasakh dan mansukh (hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu)
  3. Ayat al-quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur
  4. Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa
ZAMAN SAHABAT

KHALIFAH ABU BAKAR AS SIDDIQ
  Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah (11 Hijrah)
  Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran (huffaz) telah gugur syahid iaitu seramai 700 orang
  Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid
  Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain
  Mereka mengumpulnya dari pelepah kurma, tulang-tulang, dari batu-batu tipis, serta dari hafalan para sahabat
  Pengumpulan tidak hanya berdasarkan hafalan para huffaz,tetapi ianya juga dikumpulkan terlebih dahulu apa yang tertulis di hadapan Rasulullah
  Lembaran tersebut tidak diterima melainkan setelah disaksikan & dipaparkan di hadapan 2 org saksi yg menyatakan bahawa ia ditulis di hadapan Rasulullah
  Tidak selembar pun diambil kecuali memenuhi 2 syarat;
  Harus diperoleh secara tertulis dari salah seorang sahabat
  Harus dihafal oleh salah seorang dari kalangan para sahabat
  Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf
  Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a 

  KHALIFAH UTHMAN BIN ‘AFFAN
  Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan
  Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:
  1- Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a
  2 - Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a.
  3 - Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit,Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha' ari r.a.
  4 - Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a.
  Apabila berlaku penentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran
  Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.
  Pada peringkat awal,jawatankuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri (setiap naskah dihantar ke Kota Basrah,Kufah,Syam,Madinah & Makkah)
  Kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dani dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah
  hanya digunakan jika timbul perselisihan berkenaan teks salinan sebenar  Al-Quran,membetulkan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan di atas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat
  Mashaf Uthmani yang asli dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad s.a.w selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy
  Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie.
ZAMAN TABIEN
  Pada mulanya al-quran dibaca tanpa sebarang tanda atau titik
  Disebabkan perkembangan Islam pada masa itu, maka ramai orang telah memeluk islam yang bukan bebangsa arab dan tidak bertutur dengannya
  Hal ini menyebabkan kesulitan kepada orang selain arab untuk membaca dan memahami al-quran
  Maka Mu’awiyah bin Abi Sufian telah menugaskan Abu Aswad Ad-Du a li untuk meletakkan tanda bacaan dari segi tatabahasa pada setiap kalimah dalam bentuk titik untuk menghindari kesalahan dalam pembacaan
   Abdul Malik bin Marwan pula menugaskan Hajjaj bin Yusuf untuk meletakkan titik lain sebagai pembeza antara satu huruf dengan huruf lain
◦      contohnya seperti beza pada huruf “baa” dan “taa”, bentuk huruf yang sama tetapi sebutan yang berbeza
  Kemudian diletakkan baris atau tanda bacaan seperti baris fathah(atas), dhommah(hadapan), kasrah(bawah) dan sukun(mati) mengikut cara pembarisan yang telah dilakukan oleh Khalil bin Ahmad Al-Farahidi
ZAMAN TABI’ TABIEN
  Penambahbaikan telah dibuat oleh  al-Khalil bin ahmad al-Farahidi (791 H) terhadap kaedah yang dibuat Abu Aswad Ad-Duali.    Antara penambahbaikan :
  Fathah : tanda sempang di atas huruf,
kasrah : tanda sempang di bawah huruf,
dhammah : huruf wau kecil di atas huruf,
tanwin : iaitu tanda tambahan yang serupa
sukun : kepala ha kecil
hamzah : kepala ain di atas dan di bawah huruf
mad : huruf alif, ya dan wau di belakang sesuatu huruf 
  Pada abad ke-9 Masihi, berlaku penambahbaikan tanda seperti tanda saktah, waqaf, juzu, rubu, hizb dan sebagainya
  Penandaan nama-nama surah dan bilangan ayat diperkenalkan
  Khat raihani, thuluth dan nasakh banyak mempengaruhi penulisan al-Quran.

PERKARA
Zaman rasulullah
Zaman sahabat
Zaman tabien
Zaman tabi tabien
Kaedah pengumpulan
Kaedah hafazan lebih ditekankan
Kaedah penulisan dicadangkan Khalifah Umar kepada Khalifah Abu Bakar
Penulisan mashaf Rasm Usmani diperkenalkan
Penyalinan dan kaedah penulisan terhadap mushaf Rasm Usmani dipertingkatkan
Penambahbaikan
terhadap penulisan berkembang seiring dengan pembukuan ilmu-ilmu al-Quran
Tokoh ulama
Abdullah bin Masud Muaz bin Jabal
Zaid bin Sabit
Abu Darda
Kulafa rashidin
Zaidbin Sabit
Ubai bin Kaab
Muawiah bin Abi Sufian
Nasr bin Asim Yahya Bin Yakmur
Hajjaj bin Yusof as-Saqafi
Ubaidillah ibnu Ziyad
Abu Aswad ad-Duali. al-Khalil bin ahmad al-Farahidi
Perkembangan penulisan
Belum ditulis, dibukukan dan disusun dalam mashaf tertentu
Zaid bin thabit disuruh membukukan al quran dalam satu mashaf
Lahirnya mashaf uthmani pada zaman khalifah uthman
Salinan mashaf uthmani ditingkatkan dan disebarkan ke seluruh wilayah islam
Mashaf uthmani dikemas kini
Berkembang penulisan ayat al quran melalui khat yang pelbagai jenis dan makna
Punca, masalah dan keadaan
Tiada masalah wujud berkaitan al quran
Bertambah orang bukan arab memeluk islam
Ramai huffaz mati syahid
Bertambah orang bukan arab memeluk islam
Terdapat masalah dalam bacaan, bahasa dan sebutan kalaimah alquran
Semangat dan ijtihad ulamk tinggi dalam perkembangan ilmu

6.6 I’JAZ  AL QURAN
·         Kata i’jaz diambil dari kata kerja a’jaza-i’jaza yang bererti melemahkan atau menjadikan tidak mampu. Ini sejalan dengan firman Allah SWT yang berbunyi.
أَعْجَزَتُ أَنْ أَكُوْنَ مِثْلَ هَذَاالْغُرَابِ فَأُوَارِيَ سَوْءَةَ أَخِيْ  (المائدة: 31 maksudnya:“…Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini” (QS. Al Maidah (5): 31)
·         Menurut bahasa i’jaz diambil dari kata اَعْجَزَ yang bererti melemahkan musuh. Dengan kata lain mengalahkan. I’jazul Qur'an bererti mengalahkan al-Qur'an terhadap musuh Nabi yaitu orang-orang kafir yang ada di Mekah. Kerana orang kufur menganggap al-Qur'an buatan Muhammad pdahal tidak, maka turunlah wahyu yang meluruskan kejadian ini.
·         Menurut istilah i’jazul Qur'an adalah lemahnya manusia dalam menghadapi tantangan al-Qur'an dengan cara membuat karangannya yang seperti al-Qur'an. bisa menyingkap maMenurut istilah ialah Mukjizat adalah sesuatu yang luar biasa yang keluar dari para Nabi dan Rasul yang diberikan oleh Allah, yang tidak bisa dipelajari manusia.
sa lalu.
CIRI CIRI I’JAZ AL QURAN
Menghairankan orang yang mengkajinya
Tidak pernah jemu membaca
Kata-kata didalamnya tidak mampu dicipta
Hukumnya lengkap
Interaksi allah kepada manusia
Bahasanya tinggi
Mengandungi unsur estetika

7.7 ASBABUN NUZUL
Pengertian asbabun nuzul dari sudut bahasa adalah sebab-sebab turunnya ayat al-Quran kepada nabi.
Dari segi istilah, asbabun nuzul membawa maksud apa-apa peristiwa yang berlaku yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat, atau pemberian jawapan terhadap sebabnya, atau untuk menerangkan tentang hukumnya pada masa berlakunya peristiwa itu atau sebagai menjawab pertanyaan yang diajukan kepada Rasulullah. Lalu turunlah ayat bagi menjelaskan perkara tersebut.
 HIKMAH ASBABUN NUZUL
·         Menunjukkan al quran benar-benar daripada allah
·         Saranan mengetahui al quran dengan tepat
·         Mengkhususkan hukum yang terkandung dalam al-Qur’an
·         Memudahkan untuk menghafal dan memahami ayat al quran
·         Mengetahui makna serta rahsia yang terkandung dalam al-Qur’an.
·         Mengelakkan keraguan dalam mentafsirkannya. 
·         Mengetahui dengan tepat hikmah di sebalik penurunan wahyu-wahyu Allah.

8.8 DHABTUL QURAN
Suatu ilmu yang memberi tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakah(baris), sukun(tanda mati), syaddah(sabdu), mad(panjang).
Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah; Harakah ,Sukun ,Syaddah ,Mad,Hamzah
KEPENTINGAN DHABTUL QURAN
¢  Menghilangkan keraguan dan kesamaran pada huruf-huruf al-Quran supaya tidak bertukar huruf yang bersabdu atau tidak, yang mana mati dan berbaris
¢  Dapat mengenal hukum tajwid
¢  Dapat membaca al-Quran dengan betul dan tepat
Ilmu yang membahaskan tanda atau lambang bagi membunyikan sesuatu huruf atau bacaan.dari segi betuk huruf, I’rab baris dua, fathah, dhammah, kasrah, tanda sukun, tanda sabdu, tanda panjang…..
Antara lambang bacaan yang terpenting terbahagi kepada 2 kategori:
 1. lambang untuk huruf berbeza
 2. lambang atau tanda perubahan bunyi baris


























No comments:

Post a Comment