Tuesday, 3 November 2015

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN AKHLAK TAHUN 1-6



Tahunan/ Semester 

Satu jadual perancangan yang dibuat dengan  mengagihkan  sukatan pelajaran  mengikut tahun atau semester.

رانخغن سيميستر فنديديقن اسلام تاهون 5

خاتتن
خادغن فغالمن فغاجرن

حاصيل فمبلاجرن
تاجوق /ايسي كاندوغن
بيدغ
ميغضو



سورة البلد
(اية 1-5)

تلاوة القرءان
1






عبادة







اخلاق







جاوي


Rancangan Mingguan

Satu perancangan yang dibuat untuk satu minggu.

رانخغن ميغضوان

05/09/2011     هيغض        09/09/2011     دري

خاتتن
تاجوق
مات فلاجرن (بيدغ)
تاهون
ماس
تاريخ/ هاري









05/09/2011    
اثنين









06/09/2011  
ثلاث 









07/09/2011
رابو    









08/09/2011
خميس    









09/09/2011
جمعة    


Rancangan Pengajaran  Harian

Rancangan mengajar  untuk  satu-satu masa/ setiap hari persekolahan. Rancangan pengajaran harian disediakan berdasarkan rancangan mingguan. Ia merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan oleh guru melalui proses penyampaian sesuatu tajuk pelajaran dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai.

Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap. 

Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:
•   Apakah perkara yang perlu dipelajari murid?
•   Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?
• Apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan supaya objektif tercapai dengan berkesan?
•  Bagaimanakah cara terbaik menilai pengajaran dan pembelajaran?


Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:

i.   Objektif
ii.   Isi pelajaran
iii.  Aktiviti murid dan guru


FORMAT  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran                                                :

Tahun / Kelas                                      :

Tarikh                                                              :

Masa                                                               :

Bilangan Pelajar                                              :

Bidang                                                 :

Tajuk                                                               :

Kemahiran                                                      :

Pengetahuan Sedia Ada                                 :

Hasil pembelajaran                                         :

                        Aras 1  :

                        Aras 2  :

                        Aras 3:

Kemahiran berfikir                                          :

Penerapan Nilai                                              :

Gabungjalin    

Penyerapan Ilmu/ rentasa n                                       :
                       
Bahan Bantu Mengajar

ICT

Keusahawanan                                   :


Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Muqaddimah
(1 minit)
Doa
Syahadatain
Murid
Guru




Set Induksi
(3-5 minit)
Isi
Soalan
Tajuk
Guru
Murid
Guru

BBM



Langkah 1
(10-12 minit)

Isi
Soalan

Guru


GJ
Penyeraran
Nilai
BBM

Langkah 2
(10 -12 minit)
Isi
Gabungjalin
Penyerapan
Soalan

Guru
Murid

GJ
Penyeraran
Nilai
BBM

Langkah 3
(8-10 minit)
Soalan
Murid
Guru
KB
GJ
Penyerapan
Nilai
BBM

Langkah 4
(6 -7 Minit)
Pengayaan

Pemulihan


Penutup
(5 minit)
Kesimpulan Isi
Kerja lanjutan
Guru
Murid







PELAKSANAAN  PENGAJARAN

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga peringkat, iaitu; pengenalan, penyampaian dan penutup. Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.

Set Induksi

Set induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan. Manarik atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan (kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya. Bahagian set induksi  memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran. Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran dan menarik minat murid terhadap tajuk  yang akan diajar. Misalnya, memulakan pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan.

Penyampaian

Penyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran sebenar. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru mengaplikasikan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan tertentu untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses ini guru perlu melibatkan murid secara aktif, membimbing dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran.

Penutup Pengajaran

Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan terhadap pembelajaran murid, di samping mendapatkan maklumbalas mengenai prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali.

Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:

Penutup Kognitif
Merumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang dicadangkan ialah: pemetaan konsep, melukis gambarajah dan sebagainya.

Penutup Sosial
Menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang dicadangkan ialah peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan sebagainya.

PENILAIAN

Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Tujuan Penilaian
Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

Penilaian dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan membantu guru memperkukuhkan kekuatan murid.

Kaedah penilaian

1.      Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:
Ø  pemerhatian
Ø  lisan
Ø  penulisan

2.      Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
Ø  hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
Ø  kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

3.      Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenaii kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid.  Ketiga-tiga kaedah inii boleh digunakan untuk :

Ø  Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam  pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus
Ø  Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
       -  perlu dirancang secara individu atau kumpulan
      - menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis
Ø  Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program
       - perlu dirancang secara teratur
      - dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian   bertulis   dan ujian lisan

Penilaian secara pemerhatian 
Ø  Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:
            - sikap
            - perlakuan/amalan
            - amali
            - kemahiran manipulatif
            - kemahiran bersosial
            - kemahiran belajar
            - kemahiran kinestetik
            - kemahiran literasi komputer
            - kemahiran mereka cipta
Ø  Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
Ø  Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
Ø  Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

Penilaian secara lisan.
Ø  Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
            - murid dengan guru
            - murid dengan murid
            - murid dengan bahan pembelajaran
Ø  Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
            - kefahaman konsep
            - pengetahuan fakta
            - kecekapan mendengar
            - penggunaan bahasa yang tepat
            - kefasihan menghafaz
            - sebutan dalam berbahasa
            - kecekapan mencongak
            - gaya persembahan
            - pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan

Ø  Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
            - bacaan kuat
            - syarahan
            - perbahasan
            - bercerita
            - perbincangan
            - hafazan
            - temu bual
            - soal jawab
            - nyanyian
            - deklamasi sajak
            - mendengar dan memberi respon secara lisan
Ø  Penilaian lisan membolehkan guru :
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran   mendengar dan   bertutur secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
            - mengesan kelancaran dalam sebutan.
            - mengesan amalan dan sikap murid secara sertamerta.
Ø  Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen guru perlu dipastikan:
              - soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
               - pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
              - aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian secara penulisan.
Ø  Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:
            - karangan
            - laporan projek/kerja kursus/folio
            - latihan dan ujian bertulis
            - huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
Ø  Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
            - kemahiran menulis
            - menyusun idea
            - penggunaan tanda baca
            - perbendaharaan kata
            - mengaplikasi
            - mentafsir
            - menilai
Ø  Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:
            - soalan menepati kemahiran yang akan diuji
            - bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
            - bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
            - aras kesukaran soalan dipelbagaikan
            - skema pemarkahan disediakan

Ø  Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
            - soalan subjektif
            - soalan objektif


Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

Refleksi Kendiri

Refleksi adalah suatu usaha secara sedar dan rasional mencari penyelesaian kepada suatu masalah. Proses refleksi mengarahkan pemikiran yang positif bagii menjana amalan pengajaran guru yang berkesan.  Refleksi didefinisikan sebagai inkuiri yang sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu perkara.
Refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagaii penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran guru.

RUMUSAN

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Akhlak yang berkesan merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada semua guru Pendidikan Islam. Istilah “berkesan” dan “menarik” adalah sesuatu yang amat sukar didefinasikan secara tepat kerana kedua-duanya bersifat “relatif” dan berbeza mengikut keadaan dan presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri, 2007)

Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid yang boleh diterima dan diakui bersama, antaranya;

Tercapainya objektif pembelajaran
       a.  Objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk dan isi pelajaran.
       b.  Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
       c. Objektif yang dipilih hendaklah mudah,  sesuai, realistik,  jelas,  tepat dan disusun mengikut urutan.

Penyampaian isi secara sistematik dan lancar
       a.  Isi pelajaran disampaikan secara tersusun bermula dari konsep yang asas.
       b.  Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi pelajaran.
       c. Penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat penutup.
           
Menggunakan bahasa yang berkesan
       a.  Menggunakan bahasa persuratan.
       b.  Bertutur dengan lancar dan fasih.
       c.  Memberi arahan yang jelas dan dapat didengari oleh murid

Penggunaan bahan bantu mengajar

a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan.
b. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami penyampaian guru.
c.  Menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi terkini

Pengajaran dan Pembelajaran interaktif

Proses P&P akan menjadi lebih menarik jika ada P&P interaktif dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran interaktif ini boleh dibahagikan kepada beberapa suasana:

      a. Interaktif antara guru dengan murid
      b. Interaktif guru dengan bahan pengajaran
      c. Interaktif murid dengan bahan pengajaran
      d. Interaktif murid dengan murid

Penguasaan  Ilmu


Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007) guru perlu menguasai ilmu kerana dengan ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dan mantap. Pendidikan Islam akan menjadi menarik dan relevan kepada pelajar sekiranya guru boleh mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti dengan isu semasa yang berlaku. Relevannya ilmu wahyu dengan kehidupan seharian menjadikan Pendidikan Islam itu sesuai sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment