Tuesday, 3 November 2015

PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM



DEFINISI AKHLAK

  • Bahasa - Berasal dari kata khuluq yang bermaksud patut, pantas, perangai, pekerti dan tabi’at.
  • Istilah - Sesuatu yang menetap dalam hati yang dari padanya keluar perbuatan atas kemahuan sendiri (yang bersifat spontan) sama ada baik atau buruk.

AKHLAK DALAM ISLAM

  • Manusia tidak boleh dipisahkan dari akhlak samada baik atau jahat, sedar atau tidak.  Akhlak (dalam bahasa arab) bermaksud ciptaan :
الذى أحسن كل شى ء  خلقه وبدأ  خلق الانــــســـن  من طين
“Yang menciptakan tiap-tiap suatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah”. (Surah Sajadah;7)
  • Kejadian manusia terbahagi kepada dua iaitu
1.    Lahiriah @ Fizikal (Jasmani )
2.     Batin ( Nafsani)
  • Kedua-duanya perlu dijaga namun Islam meletakkan keindahan sebagai asas dan matlamat dalam usaha pembentukan kesempurnaan dari sepanjang usia hidup di dunia
 SIFAT AKHLAK

  • Sifat yang menetap dalam hati tersebut menurut wataknya menerima terhadap atsar (hasil) pendidikan dan pembiasaan, yang baik maupun yang tidak baik.
  • Jika dididik dan dibiasakan dengan pendidikan yang baik, cinta kebaikan, tidak suka pada kejelekan, maka watak tersebut disebut khuluq hasan (khusnul khuluq).
  • Sebaliknya jika dibiasakan dengan kejahatan, keburukan dan suka pada hal-hal tersebut maka disebut sayyi’ul khuluq.
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

Islam memiliki 3 ajaran pokok, yaitu :Aqidah, Syariah dan Akhlak.  Menurut Dr Abdullah Darraz dalam kitabnya Dustur al Akhlak fil Quran telah mengklasifikasi akhlak amaliah kepada lima kategori:-

  1. Akhlak Fardiyyah (Individu)
  2. Akhlak Ussariyyah (Keluarga)
  3. Akhlak Ijtima’iyyah (Kemasyarakatan)
  4. Akhlak Diniyyah  (Keagamaan)
  5. Akhlak Daulah  (Kenegaraan)
Akhlak Fardiyyah

  1. Akhlak terhadap penjagaan tubuh badan
  2. Akhlak terhadap akal fikiran supaya berfikir terhadap keagungan dan ciptaan Allah.
  3. Akhlak terhadap keperluan makan minum supaya tidak berlaku pemborosan.
  4. Akhlak terhadap tazkiyyah an nafs (pembersihan jiwa)
Akhlak Usariyyah

  1. Akhlak perhubungan suami isteri.
  2. Akhlak hubungan antara ibubapa terhadap anak iaitu memelihara anak daripada terjerumus ke dalam api neraka.
  3. Akhlak perhubungan antara anak terhadap ibubapa iaitu semasa berbuat baik terhadap keduanya.
  4. Akhlak terhadap kaum kerabat iaitu berbuat baik dan memberikan hak yang sepatutnya bagi mereka.

Akhlak Ijtimai’yyah

  1. Akhlak pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.
  2. Akhlak dalam kegiatan ekonomi iaitu menghindarkan diri daripada penipuan.
  3. Akhlak terhadap pergaulan dalam masyarakat umum supaya menjaga maruah masyarakat.
  4. Akhlak terhadap masyarakat umum supaya terhindar daripada prasangka buruk dan umpat keji.
Akhlak Ijtimai’yyah

  1. Akhlak pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.
  2. Akhlak dalam kegiatan ekonomi iaitu menghindarkan diri daripada penipuan.
  3. Akhlak terhadap pergaulan dalam masyarakat umum supaya menjaga maruah masyarakat.
  4. Akhlak terhadap masyarakat umum supaya terhindar daripada prasangka buruk dan umpat keji.
Akhlak Diniyyah

Akhlak keagamaan khusus mengenai hak Allah termasuk dalam akhlak yang berhubung dengan tanggungjawab manusia selaku hamba Allah dan Khalifah Allah di muka bumi.

Akhlak Daulah

  1. Akhlak dalam tanggungjawab ialah amanah dan berlaku adil.
  2. Akhlak dalam  mentaati perintah
KONSEP MORAL

  • Moral asal dari perkataan Greek iaitu “mores” atau daripada jamak iaitu “mos” yang membawa maksud adat dan kebiasaan. 
  • Kamus Dewan; moral mempunyai tiga definisi:-
  1. Ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan
  2. Berkaitan dengan apa yang betul atau adil
  3. Semangat untuk hadapi ejekan demi mempertahankan kebenaran

Perbezaan Antara Akhlak Dengan Moral dan Etika

       Akhlak drpd bahasa arab; tingkah laku,tabiat,perangai, bentuk kebiasaan  dan kehendak
       Bersifat teori dan diterjemahkan melalui perbuatan, amalan dan tingkah laku.
       Moral perkataan Latin (moralis) ; tingkah laku yang bersesuaian dgn tatasusila dan kehendak sesebuah masyarakat.
       Moral bersifat praktik
       Akhlak merujuk kepada kelakuan atau watak orang itu, samada baik atau jahat.
       Akhlak bersumber wahyu.     
       Akhlak ialah gabungan moral dan etika.
       Moral meliputi sifat luhur seperti baik hati, belas kasihan dsbnya.
       Motal bersumber akal.
       Moral dibentuk oleh etika.

7.  AKHLAK-AKHLAK MAHMUDAH

       Kasih sayang
       Adil
       Berani
       Kejujuran
       Kesyukuran dan berpuas hati
       Keunggulan peribadi
       Memelihara kesucian diri  (iffah)
       Merendah diri (tawadhuk)
       Semangat bermasyarakat dan bergaul
       Benar
       Ikhlas
       Pemaaf
       Tanggungjawab
       Ketepatan masa
       Disiplin
       Amanah
       Hikmah  (bijaksana)
       Redha
       Syukur

PENDIDIKAN DAN PEMBIASAAN TERBAIK

       Pendidikan yang terbaik adalah pendidikan yang diberikan oleh Allah SWT.  
       Sebagaimana yang tertera dalam al-Qur’an. Nabi Muhammad SAW adalah hasil
       produk pendidikan Allah, sebagaimana sabda beliau :
( ادبني ربي احسن تأد يبي (الحد يث
Tuhanku mendidikku dengan peradaban yang baik . (al-hadist).

KEUTAMAAN MEMILIKI AKHLAK MULIA

  • Memperberat timbangan amal, sabda Nabi SAW:
                ما من شيء في الميزان اثقل من حسن الخلق رواه احمد
                Artinya: tidak ada sesuatu dalam timbangan (pada hari kiamat) yg lebih berat dari akhlak yg baik.
  • Tanda sempurnanya iman, sabda Nabi SAW:
اكمل المؤمنين ايمانا احسنهم اخلا قا رواه احمد
                Artinya: lebih sempurnanya iman seseorang adalah yang paling baik akhlaknya.
  • Tempatnya paling dekat dg Rasulullah SAW pada hari kiamat.
ان من احبكم الي واقربكم مني مجلسا يوم القيا مة احاسنكم اخلا قا رواه البخاري

              Artinya: Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya di sisiku pada hari kiamat adalah mereka yg paling baik akhlaknya.

KEUTAMAAN MEMILIKI AKHLAK MULIA

  • Amal yang paling baik
وسئل عن اي الا عمال افضل ؟ فقال : حسن الخلق رواه البخاري
              Artinya: Nabi SAW ditanya ttg amal yang paling utama, beliau menjawab: Khusnul Khuluq.

  • Perkara yang paling dominan memasukkan seseorang ke syurga
وسئل عن اكثر ما يد خل الجنة فقال: تقوى الله و حسن الخلق رواه الترمذي
              Artinya: Nabi SAW ditanya ttg perkara yang banyak memasukkan ke dalam syurga, ia menjawab: “Takut kepada Allah dan akhlak yang baik.

  • Memperoleh darjat tinggi di akhirat.

ان العبد ليبلغ بحسن خلقه عظيم درجات الا خرة وشرف المنازل وانه لضعيف العبادة رواه الطبراني

              Artinya: Seseorang memperoleh kemuliaan di akhirat sebab akhlaknya yg luhur, walaupun kurang ibadahnya.


RUANG LINGKUP AKHLAK
      Akhlak terhadap Allah : Menjaga dan menunaikan hak-hak Allah.
      Akhlak terhadap diri sendiri; melaksanakan kedudukan, fungsi, peranan, hak, kewajiban dan tanggungjawab sebagai individu.
      Akhlak terhadap sesama manusia; melaksanakan Kedudukan sebagai makhluk sosial dan menjaga fungsi, peranan, hak, kewajiban dan tanggungjawabnya.
      Akhlak terhadap makhluk lain; menjaga, melestarikan, merawat dan memanfaatkannya sesuai dengan keperluan mereka.

        TINGKATAN AKHLAK TERTINGGI
     Akhlak tertinggi adalah ihsan yaitu; kita beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihat-Nya. Jika memang tidak melihat-Nya, yakinilah bahwa Allah selalu melihat dan mengawasi kita.
     Ilmu yang membahas masalah diatas disebut Ilmu Tasawuf


Akhlak terbahagi kepada kepada dua jenis

i           Akhlak Islam
ii           Akhlak Falsafah dan Etika

Sumber Akhlak Islam:

i           Wahyu al Quran dan As Sunnah

ii           Sumber Kemampuan pemikiran akal manusia

Akhlak Islam terbina atas TIGA asas akidah :

i           Keimanan kepada kewujudan Allah yang

ii           alam semester, manusia dan mencipta hidup dan matinya,

iii          Yang wajib mempunyai segala sifat kesempurnaan yang Maha
            mengetahui, samada telah lalu, sedang dan akan datang, bahkan
            mengetahui gerak dan lintas hati dan fikiran yang baik atau jahat.

-       Keimanan bahawa Allah yang mencipta manusia maka Dialah yang Maha Mengetahui tentang hakikat diri manusia.  Dialah yang layak dan berhak memperkenalkan hakikat diri manusia itu kepada manusia, menunjukkan jalan yang baik dan jahat, jalan hak dan batil melalui wahyu. Manusia ditaklifkan mengikut jalan yang hak dan lurus,menjauhi yang sesat.  Keimanan kepada wujudnya Hari Akhirat atau adanya hidup yang kekal abadi selepas mati. Hari pembalasan baik atau jahat kepada segala gerak laku amalan atau perbuatan yang akan menentukan bentuk hidupnya yang penuh nikmat dan azab. Kesemuanya ini akan diterima selepas melalui satu kiraan atau hisab amalan yang halus dan tepat, adil dan saksama.
  • Contoh-Contoh Akhlak Islam.
-       Al-Ikhlas ; qasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kerana Allah, kerana wajhullah, kerana mengharapkan keredaan Allah,tanpa harapkan suatu faedah, nama, gelaran, pangkat, kedudukan, sanjungan, penghormatan, ketinggian dan kemuliaan lahiriah.
-       Al-Sidiq asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan, gambaran tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

-       Amanah : Sifat yang mesti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai matlamat yang diharapkan dan cita-cita yang diazamkan.

No comments:

Post a Comment