Kebijaksanaan guru
memilih satu-satu pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif
pengajaran. Kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira
semasa merancang strategi pengajaran
- Kaedah
dan teknik yang harus digunakan.
- Bahan
bantu mengajar yang dapat disediakan
- Pengetahuan
sedia ada murid.
- Kebolehan
dan minat murid-murid.
- Kepakaran
guru menggunakan bahan yang diperlukan.
- Kawalan
kelas.
Jenis Strategi
Antara jenis-jenis
strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam ialah :
- Strategi berpusatkan guru
- Strategi
berpusatkan murid
- Strategi
berpusatkan bahan.
Strategi berpusatkan
guru
Guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti
sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guru. Komunikasi
berlaku sehala sahaja. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya
mendengar. Di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas, memberi penerangan, manakala
murid hanya bertindak sebagai pendengar.
Terdapat beberapa ciri di
dalam strategi ini, iaitu;
1. Komunikasi antara guru dan
murid adalah sehala.
2. Kepimpinan guru adalah
bersifat autokratik.
Strategi ini lebih
mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu
pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan
emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam
keputusan peperiksaan
dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta
secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi
sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif
kurang dapat dipupuk. Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru
menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
- Demontrasi.
- Syarahan/ Kuliah.
- Bercerita.
- Penerangan.
Strategi berpusatkan
murid
Murid
memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P & P dan guru hanya
sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada
secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan
yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid.
Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif. Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa
diperuntukkan kepada murid meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran
dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator.
Kaedah
yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah
kaedah-kaedah seperti berikut;
- Kumpulan.
- Inkuiri penemuan.
- Perbincangan.
- Penyelesaian masalah.
- Bermain.
- Simulasi.
- Sumbangsaran.
- Projek.
- Main peranan.
- Penyoalan.
Perkembangan
murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian
kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula
ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang
disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi
ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif
dan berinisiatif.
Strategi berpusatkan
bahan
Strategi ini menjadikan guru
sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan
sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan
secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya
guru pandai menggunakan BBM yang sesuai.
BBM memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru
dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid
pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan
aktiviti pembelajaran secara individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran
guru. Bahan-bahan yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;
- Ketepatan
- Kejelasan
- Keluasan
- Kepelbagaian
Strategi yang dirancang
perlulah:
- Dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran
- Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras
kebolehan
- Berpusatkan murid.
- Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan
inovatif.
- Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.
- Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas
apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
- Audio-visual.
- Pengajaran terancang.
- Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Modul.
- Penggunaan buku teks dan rujukan.
PENDEKATAN
Pendekatan merujuk kepada
cara guru mengurus isi pelajaran supaya
objektif jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang
besar di dalamnya mengandungi strategi,
kaedah dan teknik.
Pendekatan
1.
Objektif yang hendak
dicapai berbentuk jangka panjang.
2.
Berasaskan model atau
teori pengajaran atau pembelajaran.
3.
Ianya merangkumi
strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam sesuatu penyampaian.
4.
Ianya bersifat
aksiomatik iaitu diterima tanpa apa-apa keraguan.
Dalam pengajaran
pembelajaran Akhlak anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan
ia mengandungi ciri-ciri berikut :
§ Memberi
ilmu - kognitif
§ Menanam
kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif
§
Membina kemahiran dan amalan - psikomotor
§
Memupuk dan menanam penghayatan –
afektif
§
Membentuk pandangan, sikap dan akhlak –
afektif
§
Mewujudkan hubungan mesra di antara
guru dengan murid
§
Menyepadukan faktor dan nilai
§ Merentas
kurikulum
§
Menggabungjalin kemahiran, isi dan
nilai
§ Memotivasikan murid dalam pembelajaran
Jenis-jenis Pendekatan
Berikut adalah jenis pendekatan yang
sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.
Pendekatan
Bersepadu
Dalam pendekatan
ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur
yang terdapat di dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu
diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama lain.
Di bawah rancangan KBSR konsep
kesepaduan diamalkan mengggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan.
Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan
unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.
Pendekatan Induktif
Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan
bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai
kepada perkara-perkara besar
atau umum. Contohnya : Guru akan
meminta murid- murid menyenaraikan jenis
air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli
dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan
air yang asli dengan air mutlak dan
hukumnya.
Ciri-ciri pendekatan induktif:
1.
Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
2. Mengutamakan
pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan
3. Kekerapan ulangan
diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu kemahiran
4.
Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
5.
Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah
bimbingan guru
6.
Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan
aspek lisan
7.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan
berkesan.
Pendekatan
deduktif
Cara
pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan
pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus
atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki
memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.
Ciri-ciri pendekatan
deduktif:
1.
Mementingkan pengetahuan
yang akan diperolehi
2.
Menggunakan
pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
3.
Memulakan penyusunan
isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks
4.
Pembelajaran dengan
kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal
Pendekatan
Eklektik
Pendekatan eklektik ialah
cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan (induktif dan deduktif)
secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan
yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam
pendekatan ini pengajaran dan pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan
induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti
dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang
berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan
dalam situasi pelajar yang mempunyai
ragam belajar yang berbeza.
Pendekatan Tematik
Pengajaran tematik
bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui idea yang besar. Contoh
tema-tema seperti tolong menolong, kebersihan dan lain-lain. satu-satu tema kemudian
dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalam setiap komponan terdapat
lagi topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama
pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai
dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu
menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut.
CARA PERLAKSANAAN
Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam
kumpulan mengikut tahap kebolehan murid.
Contoh : tema : Kebersihan
Sub topik :
i)
Kebersihan diri
ii)
Kebersihan tempat
tinggal
iii)
Kebersihan kelas
Tema yang sama diberi dan dibincangkan oleh murid-murid
dalam kumpulan pelbagai kebolehan.
Contoh : tema : binatang peliharaan
Kumpulan
A : jawab soalan tentang binatang
Kumpulan
B : lukis gambar binatang
Kumpulan
C : gunting dan tampal
Qudwah hasanah
Guru
menjadi model kepada murid. Tugas guru
bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah
mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar
akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya
begitu juga bagi keadaan sebaliknya. Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan
pengajaran kepada pelajar. Oleh
itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.
Kaedah dan Teknik
Kita
sebagai guru perlu merancang dengan baik apakah
kaedah yang hendak kita gunakan
bagi satu-satu pengajaran. Jadi apakah
yang dimaksudkan dengan kaedah?
Kaedah
merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi melaksanakan
sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah /
peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada kesinambungan yang perlu
diikuti bagi mencapai sesuatu objektif spesifik sesuatu pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu langkah atau cara yang perlu digunakan
oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin
disampaikan oleh guru kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik bagi
membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran
yang ingin disampaikan kepada murid.
Antara
kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran
Akhlak ialah:
§ Tunjukcara / demonstrasi
§ Simulasi
§ Syarahan / kuliah
§ Projek
§ Bercerita
§ Perbincangan
§ Kuiz
§ Soal jawab
§ Dialog
§ Lakonan
|
KAEDAH
DAN TEKNIK PEMBELAJARAN AKHLAK ISLAMIAH
Asas
pengajaran akhlak adalah berorientasikan ‘qudwah hasanah” atau menunjukkan
contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam
kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai
beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak
menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak yang
menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran akhlak
merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh
guru pendidikan Islam.
Ø Perbincangan
Ø Lakonan
Ø Simulasi
Ø Soal
jawab
Ø Kuliah
Ø Penerangan
Ø Tunjuk
cara atau demonstrasi
Ø Latih
tubi
Ø Bercerita
Ø Sumbang
saran
Ø Simulasi
Ø Menulis
rencana
Ø Projek
Ø Uswah
Hasanah
Ø Seminar
Kaedah Perbincangan
Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa
aktiviti seperti perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar
fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah
dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk
menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang
sesuatu topik. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang
pelajar serta guru dapat membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah
perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu:
- Perbincangan formal
- Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan Formal
Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan
kertas kerja dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti
berikut:
- Penentuan penglibatan
pelajar
Guru perlu menentukan terlebih dahulu
pelajar yang mengambil bahagian seperti menentukan nama-nma panel dalam forum
yang akan diadakan. Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti
pengerusi, pencatat dan penjaga masa.
- Masa yang mencukupi
Murid perlu diberi masa untuk mencari
bahan-bahan seperti sumber surat khabar, majalah, internet dan sebagainya
- Penglibatan keseluruhan
pelajar
Guru hendaklah berusaha melibatkan semua
pelajar dalam forum supaya mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan
menyetakan pendapat mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru
akan lebih berkesan
- Aktiviti susulan
Setiap aktiviti perbincangan perlu
diikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga
dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih memberi
tumpuan mereka terhadap perkara itu
- Ulasan guru. Apabila perbincangan telah selesai, guru
perlu memberi ulasan dan pandangan. Isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru.
Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi
sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:
- Guru selaku pengerusi
Guru membuka tajuk perbincangan dan
memberi peluang kepada semua murid
memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan
peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif
ikut serta memberi pandangan
- Kawalan Kelas
Guru yang tegas dan bijak mengawal
situasi amat diperlukan supaya murid tidak berebut dan berlaku pertentangan
idea secara serius. Guru perlu menjadikan perbincangan lebih berdisiplin dan
teratur.
- Pembahagian Kumpulan
Selain secara kelas, murid juga boleh
dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu sub topik
dan mereka diminta memberi laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut.
Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak.
Mereka diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang
lain. Seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat
orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum
membuat keputusan.
Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Kaedah Perbincangan
- Permulaan Pengajaran
·
Guru mengaitkan
masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari akhlak
·
Guru perlu memastikan
sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan dibincangkan.
- Sesi Perbincangan
·
Lantik Pengerusi, pencatat
dan pelapor
·
Pastikan pelajar tahu
cara perbincangan dijalankan
·
Galakkan pelajar
mencatat idea yang disarankan
·
Fokus perbincangan
kepada tajuk
·
Kemukakan persoalan
perbincangan
·
Minta murid
mengemukakan hasil perbincangan
·
Membuat rumusan
idea-idea perbincangan
- Penutup
·
Guru perlu memberikan
aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid
· Guru membuat penilain
lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan pengajaran akhlak lebih
bermakna.
Kaedah Lakonan
Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk
drama pendek atau sketsa melibatkan
lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang
diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran
akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa
beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak
tersebut dan murid lain memerhatikannya.
Dalam kaedah ini,
murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi
dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang
dikumpulkan semasa sesi lakonan dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid
akan memberi ulasan.
Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan
mengarang serta kemahiran membuat keputusan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah
lakonan ialah:
- Peristiwa yang sesuai
- Pelakon hendaklah
memahami situasi
- Penjelasan kepada
penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti
- Pelakon yang sesuai
- Lakonan secara bebas,
tidak perlu terikat dengan skrip.
- Guru perlu membimbing
mereka supaya tidak tersasar.
- Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar memahami peristiwa yang mereka pelajari.
c. Kaedah simulasi
Suatu aktiviti yang
menggambarkan situasi yang sebenar untuk menjelaskan konsep atau isi
pelajaran. Murid mengambil bahagian
secara langsung serta memperolehi pengetahuan dan pengalaman daripada aktiviti
tersebut.
Ciri-ciri
Ø
Tajuk ditentukan terlebih dahulu
Ø
Dialog tidak disediakan - dilakukan secara spontan
berdasarkan pengetahuan pelajar
Ø
Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang panjang
Ø
Di bawah pengawasan dan bimbingan guru
Ø
Aktiviti mengandungi pengajaran dan pengukuhan kemahiran
Langkah-langkah :
Ø
Memilih situasi yang sesuai dengan kemahiran
Ø
Menentukan tempat yang sesuai
Ø
Memberi penerangan tentang situasi yang perlu diwujudkan
Ø
Memberi masa murid melakukan simulasi
Ø
Mengadakan perbincangan tentang kesan simulasi yang telah
dijalankan
Ø Membuat rumusan secara
lisan atau bertulis
No comments:
Post a Comment