Saturday 15 November 2014

APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH TAHUN 1-6

Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan asas kepada pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu berusaha menyampaikan isi pengajaran, pendekatan, kaedah dan strategi yang betul supaya pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu menghayati objektif utama pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara objektif  utama pengajaran  akidah ialah:
  1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar
  2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam
  3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar
  4. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah
Kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah . Antaranya:

Ø  Soal jawab
Ø  Perbincangan
Ø  Kuliah
Ø  Bercerita
Ø  Sumbangsaran
Ø  Anologi
Ø  Kajian Perpustakaan
Ø  Akhbar dalam  darjah (ADD)
Ø  Projek
Ø  Menulis rencana
Ø  Forum
Ø  Lawatan

a.Kaedah soal jawab

Kaedah soal jawab merupkan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga  biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan  yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.

b.Kaedah Perbincangan

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan  mencari penyelesaian.

Tujuan  Perbincangan

§    Menggalakkan  perkembangan mental.
§    Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
§    Menggalakkan perkongsian pendapat.
§    Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.
§    Membolehkan  kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.
§    Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
§    Menajamkan kemahiran untuk  mengemukakan  satu-satu pandangan dalam kumpulan.
§    Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Perlaksanaan  Sesi Perbincangan

Sebelum 
  • Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan
  • Agih tugas kepada ahli kumpulan
  • Guru bombing  perlantikan pengerusi dan pencatat
  • Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan

Semasa

§  Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan
§  Awasi perbincangan agar tidak terpesong  dari tajuk
§  Bantu murid beri idea
§  Betulkan kesilapan
§  Beri galakan kepada setiap ahli  supaya mengambil bahagian

Selepas
  • Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap  kumpulan mempunyai bahan  yang mencukupi
  • Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak  untuk diedarkan  kepada semua  murid
  • Beri  ulasan dan rumusan

Prinsip Perbincangan
  • Tajuk yang sesuai
  • Maklumkan tujuan perbincangan
  • Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor
  • Pastikan pelajar tahu cara perbincangan
  • Guru sebagai fasilitator
  • Penglibatan pelajar perlu aktif
  • Pelajar  digalakkan catat idea yg disarankan
  • Adakan rumusan akhir
  • Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan
  • Beri pujian dan galakan

Jenis-jenis Perbincangan
  • sumbangsaran
  • seminar
  • forum
  • Perbahasan

Kaedah Syarahan

Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran  di mana guru lebih banyak melibatkan diri  dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia juga merupakan  satu bentuk  penyampaian atau penerangan mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai kaedah ini  merupakan kebergantungan pelajar kepada  guru,  secara tidak langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.
Tujuan kaedah syarahan untuk :

a)    merangsang pelajar meneruskan pembelajaran
b)    menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran
c)    membuat penelitian dan ulangkaji
d)    mengembangkan isi pelajaran
e)    menyampaikan maklumat yang telah dirancang.

Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar dalam kelas supaya  setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Terdapat bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah:

a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak mengenalkan tajuk atau isi pelajaran  baru.
b)  Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas
c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara yang sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan  jelas
d)  Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kefahaman dan tumpuan pelajar
e) Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soaljawab,  perbincangan dan sebagainya supaya ianya lebih menarik dan tidak membosankan.

Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik  dan contoh utama umat Islam sentiasa mengambil contoh dan roh al-Quran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan. Baginda  juga telah telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan fitrah manusia. Antara kaedah yang  diamalkan baginda termasuklah kaedah syarahan.  Sebagai contoh yang boleh dilihat ketika baginda menyampaikan pengajaran di rumah Arqam bin Abi Arqam,  di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain. Baginda telah memanggil  orang-orang Quraisy ke Bukit Safa dan menyampaikan syarahan baginda di sana.

No comments:

Post a Comment