Friday 14 November 2014

Adab-Adab dengan Al Quran

Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika berinteraksi dengan al-Quran.  Adab-adab itu merangkumi adab-adab membaca, mendengar, belajar dan guru al-Quran.  Adab membaca dan mendengar bacaan al-Quran. Untuk menjaga kedudukan al-Quran ulama-ulama telah menyatakan melalui dalil-dalil naqli adab berkaitan mendengar dan membaca al-Quran.  Antara adab-adab tersebut ialah ;

Adab membaca dan mendengar al-Quran

  • Ikhlas kerana Allah
  • Menghadirkan hati dan aqal
  • Membaca istiazah
  • Membaca basmalah
  • Berkeadaan suci
  • Membaca di tempat suci dan bersih
  • Membersih mulut
  • Memakai pakaian bersih dan suci
  • Membaca dengan khusuk dan tawaduk
  • Duduk dengan sopan dan menghadap kiblat
  • Tidak diselangi dengan percakapan yang tidak perlu
  • Memohon kebajikan (ayat rahmat)
  • Membaca ucapan tertentu (ayat tertentu)
 
Adab-adab pelajar al-Quran:

  • 1.    Ikhlaskan niat kerana Allah.
  • 2.    Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya muda , kurang masyhur dan seumpamanya.
  • 3.    Belajar daripada guru yang berkeahlian dan diyakini ilmunya.
  • 4.    Belajar bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan.
  • 5.    Memandangnya dengan rasa penuh hormat.
 
Adab-adab guru al-Quran:

  • 1.    Ikhlaskan niat kerana Allah.
  • 2.    Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramai bilangan murid.
  • 3.    Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain.
  • 4.    Berakhlak dengan akhlak terpuji.
  • 5.    Berlembut dengan pelajar.
  • 6.    Menasihati pelajar supaya berbuat kebaikan.
  • 7.    Membimbing mengikut kemampuan pelajar.
  • 8.    Mendahulukan pelajar yang datang dahulu.

No comments:

Post a Comment