Kecerdasan emosi meliputi cara seseorang individu mengawal emosi
diri dan persekitaran. Hal ini dapat
dilihat apabila individu tersebut dapat menghadapi kegagalan dengan tenang dan
positif. Menurut Daniel Goleman (1995)
seperti yang dinyatakan oleh Haliza Hamzah (2009) menyatakan bahawa 80%
kejayaan seseorang bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) manakala 20% lagi
kejayaan disebabkan oleh kecerdasan mental (IQ). Goleman telah menyatakan lima elemen yang
perlu diberi perhatian dalam kecerdasan emosi.
Antaranya ialah, memahami emosi kendiri, kebolehan mengendalikan emosi,
memotivasikan diri, menyedari emosi orang lain dan elemen yang terakhir ialah
mengendalikan hubungan dengan orang lain.
Pada peringkat awal kanak-kanak, emosi yang berbentuk
kesedaran kendiri seperti rasa bangga, malu dan rasa bersalah bermula pada
sekitar umur dua setengah tahun. Sebagai
contoh, kanak-kanak akan rasa bangga dengan menunjukkan ekspresi muka yang
gembira apabila berjaya melakukan sesuatu perkara. Selain itu, sifat malu mula timbul apabila
kanak-kanak merasakan mereka tidak dapat mencapai apa yang mereka
inginkan. Malah, rasa bersalah juga
timbul apabila kanak-kanak mendapati perkara yang mereka lakukan berakhir
dengan kegagalan. Antara ciri-ciri
kanak-kanak pada peringkat ini yang mula memahami emosi ialah kita dapat lihat
apabila mereka mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi. Mereka juga boleh melabel emosi dengan tepat
terhadap dirinya dan juga emosi orang lain.
Disamping itu, mereka juga boleh menggunakan bahasa emosi semasa sedang bermain.
Semasa di peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,
antara perubahan ynag boleh dilihat pada peringkat ini ialah mereka lebih
berkebolehan untuk memahami emosi yang lebih kompleks seperti bangga diri dan
malu. Mereka juga dapat memahami bahawa
lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam sesuatu keadaan. Pada masa yang sama, cirri perkembangan yang
boleh dilihat pada diri mereka apabila mereka lebih menitikberatkan
situasi-situasi yang yang memerlukan perhatian dan juga lebih berjaya mengawal emosi-emosi
negatif. Antara ciri-ciri kefahaman
emosi kanak-kanak pada peringkat ini ialah mereka memahami bahawa sesuatu
situasi boleh mengakibatkan emosi ynag berlainan pada individu yang
berlainan. Malah, mereka turut menyedari
bahawa emosi terhadap sesuatu perkara boleh kekal lama selepas perkara itu
berlaku. Akhir sekali, mereka mereka
mula menunjukkan kesedaran tentang cara mengawal dan mengurus emosi berdasarkan
keperluan sosial.
Implementasi dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran
Peringkat awal kanak-kanak
Pada peringkat ini, kanak-kanak agak sukar mengawal emosi
mereka. Jadi, guru perlu pandai dalam
memujuk mereka ketika mereka sedang marah, sedih dan sebagainya. Pendekatan guru yang lembut dalam memujuk
adalah sangat penting bagi meredakan emosi mereka. Sebagai contoh, guru perlu mengajar mereka
belajar untuk mengawal emosi ketika sedih sekiranya alat permainan mereka
hilang. Selain itu juga, guru juga boleh
menayangkan mereka video cerita kartun yang banyak menggunakan emosi seperti
marah, sedih, gembira dan sebagainya.
Dalam hal ini, kita dapat melihat emosi mereka berkembang secara tidak
langsung melalui reaksi atau ekspreasi muka yang ditunjukkan oleh mereka. Perkara ini sangat berkesan bagi menilai dan
mengukur kecerdasan mereka dari aspek emosi.
Peringkat pertengahan kanak-kanak
Ketika di sekolah rendah, seseorang guru perlu memberi layanan yang
sama rata kepada setiap murid. Hal ini
kerana, jika seseorang guru membandingkan murid yang lemah dengan murid yang
pandai, murid yang lemah akan berasa kecil hati dan tidak bersemangat untuk
belajar. Jadi, pentingnya peranan guru
disini bagi membantu mereka supaya emosi murid pada peringkat ini berada dalam
keadaan yang baik. Sebagai contoh, guru
boleh membuat aktiviti lakonan bagi menunjukkan emosi yang sesuai dalam sesuatu
situasi. Dalam aktiviti ini, guru boleh
meminta murid bagi meneka emosi yang dilakonkan oleh rakan mereka. Setelah itu, guru boleh meminta murid yang
lain bagi memberikan cadangan bagi menghadapi dan menangani situasi yang
dilakonkan tadi. Maka, disinilah
perkembangan mereka terhadap dalam menilai situasi yang berlaku membantu dalam
memperkembang kecerdasan emosi mereka.
No comments:
Post a Comment