Sunday 28 September 2014

Konsep LINUS

Konsep LINUS

LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (Bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Definisi LINUS terbahagi kepada dua iaitu:

Definisi Literasi – Ia merangkumi kebolehan murid dalam membaca, menulis serta memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah. Dia juga hendaklah mampu mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.

Definisi Numerasi – Ia meliputi kemampuan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah. Dia juga hendaklah mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik tersebut dalam kehidupan seharian.

Matlamat
LINUS bertujuan melahirkan murid yang normal iaitu tidak ada masalah pembelajaran. Mereka hendaklah menguasai asas Literasi iaitu Membaca dan Menulis serta asas Numerasi iaitu Mengira selepas tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012.

 Kemahiran Asas LINUS :

Kemahiran Asas Literasi

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

Kemahiran Asas Numerasi

TAHUN 1
·         Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
·         Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
·         Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
·         Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
·         Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
·           Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
·         Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
·         Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
·           Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai


No comments:

Post a Comment