Thursday 21 August 2014

Undang-Undang dan Strategi dalam permainan badminton


Pendahuluan

Permainan badminton ialah satu bentuk permainan yang dimainkan oleh orang Greek dan Mesir kuno. Istilah battledore dan shuttlecock, datangnya dari permainan kanak-kanak yang dimainkan dengan dua pemain yang akan memukul bulu tangkis dengan menggunakan raket yang kecil. Permainan bulu tangkis ini dikatakan berasal dari Greek kuno sejak 2000 tahun yang lalu. Ia menular ke India, kemudiannya ke timur China dan Siam (Thailand) melalui Indo-Greek Kingdom.

            Di India, permainan ini disebut ‘Poona’ (sempena nama sebuah tempat, iaitu Pune)  semasa abad ke-18. Pegawai Tentera British yang berada di Pune, India ketika itu bertindak membawa balik permainan itu ke England dan memperkenalkan kepada rakan-rakannya pada tahun 1860-an. Semasa di India, para pegawai tentera British memainkan permainan itu dengan menambah jaring di bahagian tengah gelanggang. Permainan ini sebenarnya telah dimainkan di lorong jalan sekitar London pada tahun 1854 apabila majalah Punch menerbitkan lukisan kartun yang menggambarkan permainan tersebut. Tetapi, ia menjadi satu sukan baru apabila dilancarkan oleh pemerintah Duke Beaufort pada tahun 1873 di Gloucestershire. Ketika itu, askar-askarnya memanggilnya sebagai ‘Badminton House’, manakala penduduknya pula memanggil dengan nama ‘The Badminton Game’. Kemudian, nama tersebut bertukar kepada ‘Badminton’ yang juga merupakan nama rasminya.

            Permainan badminton dengan cepatnya tersebar dari England Ke Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand, serta negara-negara Eropah yang lain. Walaupun lelaki merupakan pemain pertama yang memainkannya, namun ia juga telah menarik minat wanita. Justeru, setahun selepas Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England diadakan, perintis kejohanan badminton bagi wanita mula diatur. Tetapi ia dianggap sebabai tidak rasmi dan hanya pada tahun 1904 pertandingan Seluruh England itu telah bercirikan pertandingan rasmi. Perkembangan populariti badminton di Kepulauan British terbukti dengan penubuhan 300 kelab badminton di England pada tahun 1920, kira-kira 500 buah kelab pada tahun 1930, dan lebih 9,000 buah kelab badminton selepas Perang Dunia Kedua.

Persatuan Badminton Antarabangsa  pula telah ditubuhkan pada tahun 1934 dengan keahlian bebrapa buah negara seperti Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales. Negara India pula menyertai persatuan tersebut pada tahun 1936. Keahliannya semakin meningkat tahun demi tahun dan menjadi satu-satunya badan antarabangsa sukan badminton pada tahun 1981.

Pada bulan Mac 1939, IBF mula mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa. Presidennya, Sir George A. Thomas, Baronet, telah menawarkan trofi bagi kumpulan yang akan memenangi pertandingan tersebut. Keadaan semasa perang dan selepas perang telah menyebabkan Piala Thomas yang pertama tertangguh akibat daripada kekurangan bulu tangkis sehinggalah kejohanan musim 1948/1949.

            Idea pertandingan badminton wanita yang seiring dengan Piala Thomas telah bermula pada tahun 1950. Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana masalah kewangan. Perkara tersebut terus dibincangkan dan akhirnya keputusan dicapai untuk mengadakan kejohanan badminton tiga tahun sekali. Mrs. H. S Uber di England telah mendermakan trofi bagi kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Piala Uber (kejohanan wanita). Kejohanan Piala Uber yang pertama telah diadakan pada musim 1956/1957. Sejak itu, bilangan kejohanan badminton telah meningkat daripada dua kepada tujuh kejohanan, dengan tambahan Kejohanan Dunia, Piala Sudirman (piala campuran), Kejohanan Remaja Dunia, Pertandingan Akhir Grand Prix Dunia dan juga Piala Dunia. Pada tahun 1992, badminton mula disenaraikan di dalam Sukan Olimpik di Barcelona, Sepanyol.

STRATEGI DALAM PERMAINAN BADMINTON

Terdapat empat strategi dalam permainan badminton.  Pertama, seorang pemain mesti bergerak ke bulu tangkis bukan menunggu bulu tangkis menuju kepadanya.  Kedua, seorang pemain perlu memukul bulu tangkis serta merta setelah mendapat peluang untuk sampai ke bulu tangkis tersebut.   Ketiga, lebih cepat seorang pemain membalas balik pukulan pihak lawan, lebih kurang masa pihak lawan memulih momentumnya untuk membalas pukulan pemain.  Keempat, dengan menggunakan kelajuan, kuasa, kecergasan, ketepatan, kekeliruan dan jangkaan yang baik, maka pemain akan menyebabkan pihak lawan membuat lebih banyak kesilapan ataupun keletihan untuk memenangi perlawanan tersebut.

Taktik asas dalam perlawanan perseorangan

Pemain akan cuba untuk memastikan pihak lawan akan hilang daya dan kuasa dalam proses membalas balik kesemua pukulan pemain semasa perlawanan.  Oleh itu, pemain mesti menggunakan semaksimum mungkin keseluruhan panjang dan lebar gelanggang (5.180 m x 13.40 m) dengan menghantar pukulan jauh ke penjuru atau sudut gelanggangpihak lawan.  Ini bertujuan untuk membawa pihak lawan jauh dari pusat operasinya.

            Permainan badminton adalah perlawanan rali.  Setelah servis dilakukan, rali akan berterusan sehingga seorang daripada dua pemain membuat kesilapan.  Pemain yang memulakan serangan berkemungkinan besar akan menang kerana pemain itu dapat mengawal permainan dan dan akan memaksa pihak lawan berada dalam situasi bertahan pada keseluruhan perlawanan dan rali.  Pemain perlu membuat pihak lawan menggunakan lebih banyak daya tenaga untuk membalas balik pukulan pemain.  Proses meletihkan pihak lawan merupakan mrupakan proses yang mengambil masa.  Setiap pukulan yang digunakan dan direkaperlu memaksa pihak lawan bergerak jauh dalam masa yang singkat.
           
Pemain perlu tahu menjimatkan tenaga dan kekuatan.  Dalam acara perseorangan, satu rali memerlukan antara 10 hingga 40 pukulan.  Ketika pemain membuat pihak lawan bergerak ke seluruh gelanggang, pemain turut bergerak juga. Pemain perlu memastikan bahawa pergerakan adalah mudah dan gerak kaki adalah ringan tanpa menggunakan tenaga yang banyak.

            Pemain mesti selalu kembali ke pusat operasi setelah membuat pukulan balas dan bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah di gelanggang dalam pukulan berikutnya.  Dalam perlawanan perseorangan, kedudukan pemain menerima adalah sedikit ke kiri atau kanan pusat operasi.  Ini adalah untuk memberi peluang  kepada pemain mengambil pukulan silang smesy dan pukulan silang deras yang berkemungkinan berlaku.                                                                          .
            Keinginan untuk berlawan adalah tidak mencukupi.  Pemain yang baik perlu mempunyai keinginan untuk menang.  Untuk menjadi seorang johan, naluri untuk membunuh pukulan mesti ada dalam diri seseorang pemain.  Seorang pemain yang mempunyai taktik yang baik mempunyai kebolehan untuk mengesan tahap pemikiran pihak lawan dimana-mana peringkat semasa perlawan berlangsung.

Satu sebab kekalahan adalah kerana pemain tidak bermain seperti yang dikehendaki  dalam perlawannya.  Seorang pemain perlu memaksa pihak lawan bermain seperti apa yang dikehendakinya.Penyesuaian pemain di pusat operasi adalah penting untuk mengawal keseluruhan pukulan pukulan balas laju yang ditujukan oleh pihak lawan.  

Servis Tinggi

Dalam permainan perseorangan, servis tinggi memberi peluang kepada pihak lawan membuat serangan, tetapi servis ini juga akan menggerakkan pihak lawan jauh dari pusat  operasi gelanggang ke kawasan dimana pihak lawan tidak memberi sebarang ancaman.  Dengan itu, servis tinggi perlulah cukup tinggi ke belakang garisan supaya pihak lawan perlu berfikir sebelum membuat serangan.  Setelah melakukan servis , pemain perlu kembali ke pusat operasi untuk membuat tindakan yang berikutnya.

Penerimaan Servis Tinggi

Dalam servis yang tinggi, pihak penerima servis mempunyai tiga pilhan untuk mengambil servis, iaitu membuat pukulan lob, smesy atau junam.    Apabila servis tinggi dilakukan oleh pihak lawan, perkara yang utama semasa menerima servis yang tinggi adalah untuk menilai servis tinggi tersebut.  Jika kualiti servis tersebut adalah tinggi dan jauh ke belakang, maka adalah dinasihatkan pemain yang menerima servis melakukan pukulan junam atau lob di depan gelanggang atau de belakang  gelanggang pihak lawan.  Walau bagaimanapun, jika servis tinggi itu adalah lemah, maka pemain dinasihatkan membuat smesy.

Servis Rendah

Kini, servis rendah telah banyak dipermainkan oleh pemain perseorangan.  Pukulan servis ini untuk mengelakkan pihak penerima servis yang mempunyai kuasa pukulan smesy yang kuat untuk bertindak awal atau diharapkan penerima servis akan menaikkan bulu tangkis.                                                         .

Penerimaan Servis Rendah

Dalam permainan perseorangan, servis rendah memberi pihak penerima servis hanya dua pilihan, iaitu menghantar bulu tangkis  ke bahagian  depan gelanggang atau naikkan bulu tangkis ke belakang gelanggang.  Jika servis rendah adalah lemah, penerima servis perlu bergerak  bagi mematikan servis tersebut. Dinasihatkan bahawa tolakan ke belakang oleh penerima servis jangan terlalu tinggi kerana pihak lawan mempunyai masa yang cukup untuk membuat pukulan serangan.  Tolakan rendah ke belakang kiri pemain pihak lawan patut digunakan kerana ia menghasilkan pukulan balas yang lemah.

Permainan jaring

Pukulan jaring yang baik dan tepat akan menyebabkan pihak lawan berada dalam keadaan bertahan. Cara yang paling sesuai melakukan pukulan jaring adalah dengan membuat sentuhan jaring awal.  Lebih cepat pemain memainkan pukulan jaring, maka lebih cepat pihak lawan terpaksa membuat tindakan serta merta.  Ini akan member kelebihan ruang masa kepada pihak pemain membuat tindakan berikutnya.

Konsep Am dalam Permainan Regu

Permainan regu dalam badminton merupakan kerjasama antara dua pemain sepasukan.  Kejayaan regu akan bergantung kepada kombinasi yang baik antara satu sama lain.  Kerjasama pasukan adalah  sangat penting  dan biasanya  pasukan yang terdiri daripada  pemain-pemain yang mempunyai kebolehan dan tahap mental yang hampir sama  serta mempunyai keyakinan yang tinggi antara satu sama lain.

            Kedua-dua pemain perlu sentiasa  mengkaji permainan  mereka dan membuat analisis  yang objektif tentang kelemahan  dan kekuatan pasukan.  Dalam regu, setiap pemain perlu sentiasa memikirkan kedudukan dan kebolehan pasangan.  Dengan ini, pemain dapat memainkan pukulan yang akan menghasilkan pukulan,  dimana rakannya dapat  menggunakan kebolehan yang ada padnya.   Pada masa yang sama, beliau perlu membantu melindungi sebarang kelemahan yang ada pada rakannya.  Kerjasama pasukan yang baik merupakan nadi kekuatan pasangan regu.                                                                            .

TAKTIK ASAS PERMAINAN REGU                                                      .

1) Kepentingan servis

Servis yang tidak baik, tidak akan menghasilkan mata.  Ini adalah peraturan dalam permainan badminton, terutama permainan regu.  Servis tinggi tanpa mengelirukan pihak lawan hanya membawa pihak lawan membuat serangan terhadap pasukan anda.  Servis yang tinggi dihadapan  jaring hanya akan membawa tolakan kejutan daripada penerima servis.  Oleh itu, pemain yang membuat servis mesti selalu mengekalkan servis yang mengeliru dan mengejut denganmemastikan servis beliau mempunyai variasi seperti ditujukan ke pelbagai arah, kelajuan dan ketinggian.  Contohnya, servis flik, servis rendah dan servis tinggi.

2) Kombinasi Pasukan

Dalam permainan regu sekarang, pemain tidak boleh ditetapkan kombinasi kerjasama pasukan,iaitu sisi dengan sisi atau formasi hadapan dan belakang.  Sesiapa juga boleh berada di depan atau belakang semasa menyerang dan sesiapa juaga boleh berada di kiri atau kanan sisi semasa bertahan.

3) Pergerakan Lawan Jam

Dalam permainan regu, kedua-dua pemain diperlukan bergerak ke seluruh gelanggang pada sepanjang masa perlawanan.  Satu sistem yang berkesan adalah pergerakan mengikut lawan jam.  Apabila seorang pemain bergerak ke hadapan jaring, pasangannya akan bergerak ke  belakang garisan belakang gelanggang.

4) Kedudukan Pasangan Pembuat servis

Pasangan pembuat servis perlu berada dekat dengan pembuat servis apabila servis dilakukan.  Ini akan memastikan lindungan yang berkesan di belakang gelanggang, terutama semasa flik, dimana pukulan balas serangan yang akan melepasi kepala pembuat servis yang hanya melindungi kawasan hadapan gelanggang.

5) Menerima servis

Pemain perlu  berdiri dengan kaki hampir menyentuh garisan servis pendek untuk menerima servis.  Raket pemain perlu tinggi dan berada dalam keadaan bersedia untuk menerkam  bulu tangkis.  Kedudukan ini akan menakutkan tumpuan dan keyakinan pemain yang membuat  servis.

6) Arah servis

Mengikut peraturan servis, semua servis perlu diarahkan ke kawasan servis gelanggang di penjuru bertentangan.

7) Penghantaran servis rendah dan servis tinggi

Apabila membuat pukulan balas dari servis rendah, terdapat banyak pilihan untuk menghantar pukulan oleh penerima ke kawasan gelanggang pihak lawan.  Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa penerima servis tidak akan tahu jenis dan arah servis yang akan ditujukan kepadanya oleh pihak lawan.  Sehingga servis dilaksanakan oleh pihak lawan, penerima servis baharulah dapat merancang , dimana beliau akan menghantar  dan meletak bulu tangkis  tersebut di gelanggang pihak lawan.

8) Raket Tinggi

Apabila pemain bergerak ke hadapan gelanggang, raket beliau mesti berada tinggi dalam keadaan brsedia untuk menerkam dan membuat tolakan di jaring.  Ini kerana bulu tangkis yang akan menuju ke arahnya tidak akan terbang  dibawah garisan putih kuning.  Kedudukan raket yang tinggi akan memberi pemain masa yang lebih untuk memainkan pukulan beliau dan member masa yang singkat pihak lawan untuk membalas balik pukulan.

9) Variasi Kelajuan Serangan

Peraturan asas permainan regu adalah setiap pukulan perlu dilaksanakan selancar dan sehalusnya.  Namun, dalam banyak situasi, variasi kelajuan serangan boleh merungsingkan rentak pihak yang menerima pukulan.  Jika pukulan smesy dilaksanakan pada kelajuan yang sama setiap kali, pihak lawan yang bertahan akan dapat menyesuaikan diri dengan rentak smesy tersebut.  Penggunaan smesy yang tajam dan bersudut akan menggerak pihak lawan yang bertahan  dari belakang ke hadapan jaring dan ini akan membuat mereka berada dalam keadaan terancam sekirannya pukulan smesy lebih laju dan ditujukan kea arah badan pemain dan di belakang gelanggang.

10) Serangan Yang berterusan

Pasangan regu yang baik mesti sentiasa merancang serangan yang konsisten dalam perlawanan dan cuba memaksa pihak lawan bermain pukulan defensif sahaja.  Permainan regu mesti dibina daripada servis yang tepat dan kemas, pukulan smesy yang bertenaga dan berkuasa, variasi kelajuan serangan dan penggunaan elemen yang mengejutkan.

FORMASI SERANGAN

1) Serangan hadapan dan belakang

Formasi ini digunakan apabila bulu tangkis dihantar jauh tinggi ke belakang garisan gelanggang.  Seorang pemain perlu berada di belakang untuk membuat serangan.  Pasangannya berada di kawasan T dihadapan gelanggang ubtuk mengawal.

2) Serangan Channel

Kedudukan bulu tangkis berada di sesetengah  gelanggang  di mana pihak lawan telah membuat pukulan balas yang lemah.  Penumpuan pasangan serangan adalah membuat pukulan serangan smesy kuat lurus dan terus ke pihak lawan yang terdekat.  Jika pihak lawan dapat membalas pukulan balas yang lemah akan dimatikan oleh rakan yang berada di hadapan gelanggang.

3) Serangan Wedge

Bulu tangkis berada tinggi di tengah gelanggang.  Formasi ini sangat berguna apabila pihak lawan dapat membalas pukulan smesy lurus dan dapat membalikkan pukulan pasangan serangan dengan pukulan rendah silang.  Formasi ini membenarkan pemain hadapan membuat halangan terhadap hantaran-hantaran pukulan rendah silang. 

No comments:

Post a Comment