Thursday, 21 August 2014

TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Seperti mana yang kita ketahui institusi keluarga adalah merupakan asas sebuah masyarakat dan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan generasi yang bertaqwa dan beramal soleh. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kejayaan dan keharmonian dalam sesebuah keluarga adalah bermula dari ketua keluarga. Maka ketua keluarga atau bapa mempunyai peranan yang besar bagi memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk memastikan tkeluarganya berada dalam keadaan aman dan sentiasa melaksanakan perintah yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Peranan sebagai seorang ketua keluarga itu adalah merujuk kepada sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:                                    .

Maksudnya:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya”                                      .

            Justeru itu, bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan generasi yang bertaqwa dan beramal soleh dalam sebuah institusi keluarga maka bapa atau suami selaku pemimpin keluarga hendaklah melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab terhadap perkara berikut menurut perspektif Islam:                       

            Tanggungjawab pertama yang besar kepada bapa iaitu sebagai ketua keluarga ialah menyuburkan akhlak hasanah dan menjadi qudwah kepada anak-anak.  Menginginkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni adalah impian semua manusia. Perlulah diingatkan bahawa sebagai ibu atau bapa kita terlebih dahulu perlu memiliki akhlak yang mulia. Dengan  akhlak yang dapat dicontohi, ibu bapa menjadi teladan kepada anakanak. Namun sekiranya ibu bapa sendiri yang ketandusan akhlak mulia seperti pengasih, penyanyang, bersopan santun, berbudi pekerti mulia bagaimana untuk mereka ‘mengeksport’ kemuliaan itu kepada orang lain khususnya kepada anak-anak.  Keadaan ini dengan jelas dapat dilihat dalam tamadun Barat yang telah berjaya memakmurkan bumi dan memanfaatkan sumber yang dimilikinya. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Barat misalnya telah berjaya mewujudkan sesuatu yang belum pernah terlintas dalam benak generasi sebelumnya. Segala yang bersifat material diagungkan, manakala yang bersifat spiritual dipandang remeh. Kemajuan yang dicapai hanya diukur dengan jumlah banyaknya kuantiti produk dan kualiti perkhidmatan yang dihasilkan. Keperluan untuk memenuhi tuntutan nafsu dilakukan, walaupun terpaksa mengorbankan nilai dan akhlak. Kesannya kemajuan atau tamadun yang dibina ini, rohnya kosong meskipun jasadnya besar, dan cahayanya padam meskipun bara apinya tetap ada. Akibatnya mereka menjadi sombong dan berbangga diri. Kesombongan inilah yang membuatkan mereka beranggapan bahawa ia berkuasa di atas segalanya di dunia ini. 


            Justeru, sebagai seorang ketua keluarga mereka perlulah mempamerkan contoh atau tauladan yang baik dalam keluarga untuk diikuti atau dicontohi oleh anak-anak dan isteri serta menjiwai dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah. Namun pada hari ini kita sering melihat gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak kian meruncing akibat daripada masyarakat yang kurang menjiwai dan menjaga akhlak sepertimana yang telah dianjurkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. lantaran itu, anak-anak yang tiada contoh yang terbaik untuk diikuti dan mudah terpengaruh dengan budaya sekeliling yang tidak baik. Bahkan penekanan tentang adab yang baik serta budi bahasa yang kurang ditekankan mengakibatkan kita sering mendengar bahasa kesat, lucah dan kasar dipertuturkan dalam komunikasi seharian mereka serta dijadikan bahan gurauan. Maka peranan sebagai ketua keluarga tidak perlu dipandang enteng dan sangat besar dalam menjadi Qudwah Hasanah (contoh yang baik) bagi menjamin kebahagiaan dalam keluarga. Sepertimana yang telah disarankan oleh Rasulullah s.a.w, “Muliakanlah anak-anak mu dan tunjukkanlah kepada mereka adab adab yang baik”.                                                                

            Selain itu, tanggungjawab ketua keluarga yang kedua pula ialah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak.  Mempelajari Pendidikan Agama Islam adalah amat penting bagi seorang suami, bapa atau sebagai ketua keluarga untuk mendidik dan membimbing isteri dan anak-anak dengan mengajar ilmu fardu ain, seperti al-Quran, hadis, hukum halal haram, bersuci dan ibadat agar mereka berpegang dengan syariat Allah. Seandainya dia tidak berkesempatan untuk mengajar sendiri, dia wajib mencari guru yang dapat mengajar isteri dan anak-anaknya. Jika sesebuah keluarga itu dibina tanpa berpandukan tiang agama maka nescaya keluarga itu akan mudah goyang, berpecah belah atau rosak.  selain itu, tanpa didikan agama juga seseorang atau sesebuah keluarga itu akan terpesong jauh dari matlamat institusi kekeluargaan yang telah disyariatkan oleh Allah. Oleh itu jelaslah betapa pentingnya didikan agama kepada diri seorang ketua dan ahli keluarganya, sepertimana dalam Firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6:                                           


Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar dan keras dan mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.

“Berjayalah sesiapa yang menyimpan keimanan yang ikhlas dalam hatinya, orang yang mempunyai hati yang sihat, lidah yang benar dan jiwa yang tenang serta akhlak yang lurus dan mulia”.   
                                                             
            Malah, Sebagai bapa iaitu ketua kepada keluarga, bapa perlu memastikan rezeki yang diperolehi dan nafkah yang hendak diperuntukkan adalah dari sumber yang halal lagi baik.Dalam hal ini, seorang ketua keluarga mestilah mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan isteri. Setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak dan isteri akan menjadi darah daging, jika makanan itu adalah daripada sumber yang tidak halal samaada makanan itu sendiri yang tidak halal atau dibeli dengan duit yang tidak halal maka ia akan merosakkan jiwa kita, anak-anak dan isteri.  Berpunca daripada makanan yang tidak halal jugalah akan menyebabkan perangai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa dan berlakunya gejala sosial, mencuri, pukul, bunuh dan sebagainya. Oleh itu amat penting bagi ketua keluarga atau ibu bapa menjaga punca rezeki serta makanan mereka agar cahaya keimanan mudah masuk ke dalam hati sanubari dan terpelihara daripada azab api neraka sepertimana dalam Sabda Rasulullah : “Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”                                                                  .                    
            Tanggungjawab yang keempat pula bagi seorang ketua keluarga ialah memperuntukan masa untuk bersama ahli keluarga dan memberi sepenuh kasih sayang.  Meluangkan masa untuk anak-anak dan isteri adalah amat penting dalam institusi rumah tangga, ini kerana dengan kita memberi masa yang secukupnya kepada keluarga maka kita akan dapat memahami antara satu sama lain dan mengetahui segala masalah yang berlaku dirumah kita. Masa juga penting untuk kita mengambil berat tentang anak-anak supaya mereka tidak merasa kesunyian ketika mereka menghadapi masalah pada pelajaran, persekitaran dan sebagainya.selain itu sebagai ketua keluarga boleh juga meluangkan masa dengan cara makan bersama, berkelah atau bercuti ketempat peranginan bersama keluarga agar kemesraan dan silaturrahim akan terjalin.  

            Berkongsilah pengalaman dan membina kasih sayang dengan memahami dan membimbing kemahuan mereka. Bantulah mereka dalam mencari keyakinan diri dan sentiasa menggalak serta mengasah potensi diri mereka. Yakinkanlah mereka bahawa bapa sebagai insan tempat dijadikan rujukan terbaik. Sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti persekolahan mereka di samping sentiasa cuba tahu dan mengenali rakan mereka. Sesungguhnya dewasa ini peranan seorang ketua keluarga amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta pengetahuan yang mendalam. Suami juga mesti meluangkan masa yang sebaiknya untuk isteri supaya mereka rasa disayangi dan dihargai.suami isteri juga boleh berbincang tentang masalah-masalah yang timbul dalam rumahtangga agar masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.                                                   

Marilah kita menanamkan azam dan menguatkan tekad untuk kita menjadi ketua keluarga yang cemerlang yang sentiasa melaksanakan kewajipan terhadap perintah Allah. Insafilah bahawa kewajipan dan tanggung jawab terhadap keluarga adalah merupakan suatu amanah Allah yang melibatkan soal dosa dan pahala. Mereka yang mencuaikan amanah tersebut akan dihukum dan diseksa dengan seksaan yang amat berat di akhirat nanti.  Amat menyedihkan sekali apabila sejak akhir-akhir ini ramai ketua keluarga gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik, isteri dan anak ditinggalkan tanpa sebarang nafkah, anak-anak menjadi mangsa perceraian kedua ibu bapa, pendidikan anak terabai tanpa pengawasan, ibu-bapa lebih mementingkan kerjaya dari memikirkan soal keluarga.  

           Sebahagian mereka lebih mementingkan hawa nafsu dengan menjalinkan hubungan dengan orang ketiga yang menyebabkan urusan rumah tangga porak-perana.  Maka adalah mustahil akan lahir sebuah masyarakat yang bermoral apabila institusi keluarga tidak dipastikan keharmoniannya. Oleh itu, marilah kita kembali menghayati tugas dan peranan kita sebagai ketua keluarga demi menjamin keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga dalam Firman Allah yang berbunyi: Maksudnya:“Dan orang-orang yang berkata: Wahai Tuhan Kami anugerahkanlah kami isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa”. (Surah Al-Furqan, ayat 74)



Undang-Undang dan Strategi dalam permainan badminton


Pendahuluan

Permainan badminton ialah satu bentuk permainan yang dimainkan oleh orang Greek dan Mesir kuno. Istilah battledore dan shuttlecock, datangnya dari permainan kanak-kanak yang dimainkan dengan dua pemain yang akan memukul bulu tangkis dengan menggunakan raket yang kecil. Permainan bulu tangkis ini dikatakan berasal dari Greek kuno sejak 2000 tahun yang lalu. Ia menular ke India, kemudiannya ke timur China dan Siam (Thailand) melalui Indo-Greek Kingdom.

            Di India, permainan ini disebut ‘Poona’ (sempena nama sebuah tempat, iaitu Pune)  semasa abad ke-18. Pegawai Tentera British yang berada di Pune, India ketika itu bertindak membawa balik permainan itu ke England dan memperkenalkan kepada rakan-rakannya pada tahun 1860-an. Semasa di India, para pegawai tentera British memainkan permainan itu dengan menambah jaring di bahagian tengah gelanggang. Permainan ini sebenarnya telah dimainkan di lorong jalan sekitar London pada tahun 1854 apabila majalah Punch menerbitkan lukisan kartun yang menggambarkan permainan tersebut. Tetapi, ia menjadi satu sukan baru apabila dilancarkan oleh pemerintah Duke Beaufort pada tahun 1873 di Gloucestershire. Ketika itu, askar-askarnya memanggilnya sebagai ‘Badminton House’, manakala penduduknya pula memanggil dengan nama ‘The Badminton Game’. Kemudian, nama tersebut bertukar kepada ‘Badminton’ yang juga merupakan nama rasminya.

            Permainan badminton dengan cepatnya tersebar dari England Ke Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand, serta negara-negara Eropah yang lain. Walaupun lelaki merupakan pemain pertama yang memainkannya, namun ia juga telah menarik minat wanita. Justeru, setahun selepas Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England diadakan, perintis kejohanan badminton bagi wanita mula diatur. Tetapi ia dianggap sebabai tidak rasmi dan hanya pada tahun 1904 pertandingan Seluruh England itu telah bercirikan pertandingan rasmi. Perkembangan populariti badminton di Kepulauan British terbukti dengan penubuhan 300 kelab badminton di England pada tahun 1920, kira-kira 500 buah kelab pada tahun 1930, dan lebih 9,000 buah kelab badminton selepas Perang Dunia Kedua.

Persatuan Badminton Antarabangsa  pula telah ditubuhkan pada tahun 1934 dengan keahlian bebrapa buah negara seperti Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales. Negara India pula menyertai persatuan tersebut pada tahun 1936. Keahliannya semakin meningkat tahun demi tahun dan menjadi satu-satunya badan antarabangsa sukan badminton pada tahun 1981.

Pada bulan Mac 1939, IBF mula mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa. Presidennya, Sir George A. Thomas, Baronet, telah menawarkan trofi bagi kumpulan yang akan memenangi pertandingan tersebut. Keadaan semasa perang dan selepas perang telah menyebabkan Piala Thomas yang pertama tertangguh akibat daripada kekurangan bulu tangkis sehinggalah kejohanan musim 1948/1949.

            Idea pertandingan badminton wanita yang seiring dengan Piala Thomas telah bermula pada tahun 1950. Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana masalah kewangan. Perkara tersebut terus dibincangkan dan akhirnya keputusan dicapai untuk mengadakan kejohanan badminton tiga tahun sekali. Mrs. H. S Uber di England telah mendermakan trofi bagi kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Piala Uber (kejohanan wanita). Kejohanan Piala Uber yang pertama telah diadakan pada musim 1956/1957. Sejak itu, bilangan kejohanan badminton telah meningkat daripada dua kepada tujuh kejohanan, dengan tambahan Kejohanan Dunia, Piala Sudirman (piala campuran), Kejohanan Remaja Dunia, Pertandingan Akhir Grand Prix Dunia dan juga Piala Dunia. Pada tahun 1992, badminton mula disenaraikan di dalam Sukan Olimpik di Barcelona, Sepanyol.

STRATEGI DALAM PERMAINAN BADMINTON

Terdapat empat strategi dalam permainan badminton.  Pertama, seorang pemain mesti bergerak ke bulu tangkis bukan menunggu bulu tangkis menuju kepadanya.  Kedua, seorang pemain perlu memukul bulu tangkis serta merta setelah mendapat peluang untuk sampai ke bulu tangkis tersebut.   Ketiga, lebih cepat seorang pemain membalas balik pukulan pihak lawan, lebih kurang masa pihak lawan memulih momentumnya untuk membalas pukulan pemain.  Keempat, dengan menggunakan kelajuan, kuasa, kecergasan, ketepatan, kekeliruan dan jangkaan yang baik, maka pemain akan menyebabkan pihak lawan membuat lebih banyak kesilapan ataupun keletihan untuk memenangi perlawanan tersebut.

Taktik asas dalam perlawanan perseorangan

Pemain akan cuba untuk memastikan pihak lawan akan hilang daya dan kuasa dalam proses membalas balik kesemua pukulan pemain semasa perlawanan.  Oleh itu, pemain mesti menggunakan semaksimum mungkin keseluruhan panjang dan lebar gelanggang (5.180 m x 13.40 m) dengan menghantar pukulan jauh ke penjuru atau sudut gelanggangpihak lawan.  Ini bertujuan untuk membawa pihak lawan jauh dari pusat operasinya.

            Permainan badminton adalah perlawanan rali.  Setelah servis dilakukan, rali akan berterusan sehingga seorang daripada dua pemain membuat kesilapan.  Pemain yang memulakan serangan berkemungkinan besar akan menang kerana pemain itu dapat mengawal permainan dan dan akan memaksa pihak lawan berada dalam situasi bertahan pada keseluruhan perlawanan dan rali.  Pemain perlu membuat pihak lawan menggunakan lebih banyak daya tenaga untuk membalas balik pukulan pemain.  Proses meletihkan pihak lawan merupakan mrupakan proses yang mengambil masa.  Setiap pukulan yang digunakan dan direkaperlu memaksa pihak lawan bergerak jauh dalam masa yang singkat.
           
Pemain perlu tahu menjimatkan tenaga dan kekuatan.  Dalam acara perseorangan, satu rali memerlukan antara 10 hingga 40 pukulan.  Ketika pemain membuat pihak lawan bergerak ke seluruh gelanggang, pemain turut bergerak juga. Pemain perlu memastikan bahawa pergerakan adalah mudah dan gerak kaki adalah ringan tanpa menggunakan tenaga yang banyak.

            Pemain mesti selalu kembali ke pusat operasi setelah membuat pukulan balas dan bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah di gelanggang dalam pukulan berikutnya.  Dalam perlawanan perseorangan, kedudukan pemain menerima adalah sedikit ke kiri atau kanan pusat operasi.  Ini adalah untuk memberi peluang  kepada pemain mengambil pukulan silang smesy dan pukulan silang deras yang berkemungkinan berlaku.                                                                          .
            Keinginan untuk berlawan adalah tidak mencukupi.  Pemain yang baik perlu mempunyai keinginan untuk menang.  Untuk menjadi seorang johan, naluri untuk membunuh pukulan mesti ada dalam diri seseorang pemain.  Seorang pemain yang mempunyai taktik yang baik mempunyai kebolehan untuk mengesan tahap pemikiran pihak lawan dimana-mana peringkat semasa perlawan berlangsung.

Satu sebab kekalahan adalah kerana pemain tidak bermain seperti yang dikehendaki  dalam perlawannya.  Seorang pemain perlu memaksa pihak lawan bermain seperti apa yang dikehendakinya.Penyesuaian pemain di pusat operasi adalah penting untuk mengawal keseluruhan pukulan pukulan balas laju yang ditujukan oleh pihak lawan.  

Servis Tinggi

Dalam permainan perseorangan, servis tinggi memberi peluang kepada pihak lawan membuat serangan, tetapi servis ini juga akan menggerakkan pihak lawan jauh dari pusat  operasi gelanggang ke kawasan dimana pihak lawan tidak memberi sebarang ancaman.  Dengan itu, servis tinggi perlulah cukup tinggi ke belakang garisan supaya pihak lawan perlu berfikir sebelum membuat serangan.  Setelah melakukan servis , pemain perlu kembali ke pusat operasi untuk membuat tindakan yang berikutnya.

Penerimaan Servis Tinggi

Dalam servis yang tinggi, pihak penerima servis mempunyai tiga pilhan untuk mengambil servis, iaitu membuat pukulan lob, smesy atau junam.    Apabila servis tinggi dilakukan oleh pihak lawan, perkara yang utama semasa menerima servis yang tinggi adalah untuk menilai servis tinggi tersebut.  Jika kualiti servis tersebut adalah tinggi dan jauh ke belakang, maka adalah dinasihatkan pemain yang menerima servis melakukan pukulan junam atau lob di depan gelanggang atau de belakang  gelanggang pihak lawan.  Walau bagaimanapun, jika servis tinggi itu adalah lemah, maka pemain dinasihatkan membuat smesy.

Servis Rendah

Kini, servis rendah telah banyak dipermainkan oleh pemain perseorangan.  Pukulan servis ini untuk mengelakkan pihak penerima servis yang mempunyai kuasa pukulan smesy yang kuat untuk bertindak awal atau diharapkan penerima servis akan menaikkan bulu tangkis.                                                         .

Penerimaan Servis Rendah

Dalam permainan perseorangan, servis rendah memberi pihak penerima servis hanya dua pilihan, iaitu menghantar bulu tangkis  ke bahagian  depan gelanggang atau naikkan bulu tangkis ke belakang gelanggang.  Jika servis rendah adalah lemah, penerima servis perlu bergerak  bagi mematikan servis tersebut. Dinasihatkan bahawa tolakan ke belakang oleh penerima servis jangan terlalu tinggi kerana pihak lawan mempunyai masa yang cukup untuk membuat pukulan serangan.  Tolakan rendah ke belakang kiri pemain pihak lawan patut digunakan kerana ia menghasilkan pukulan balas yang lemah.

Permainan jaring

Pukulan jaring yang baik dan tepat akan menyebabkan pihak lawan berada dalam keadaan bertahan. Cara yang paling sesuai melakukan pukulan jaring adalah dengan membuat sentuhan jaring awal.  Lebih cepat pemain memainkan pukulan jaring, maka lebih cepat pihak lawan terpaksa membuat tindakan serta merta.  Ini akan member kelebihan ruang masa kepada pihak pemain membuat tindakan berikutnya.

Konsep Am dalam Permainan Regu

Permainan regu dalam badminton merupakan kerjasama antara dua pemain sepasukan.  Kejayaan regu akan bergantung kepada kombinasi yang baik antara satu sama lain.  Kerjasama pasukan adalah  sangat penting  dan biasanya  pasukan yang terdiri daripada  pemain-pemain yang mempunyai kebolehan dan tahap mental yang hampir sama  serta mempunyai keyakinan yang tinggi antara satu sama lain.

            Kedua-dua pemain perlu sentiasa  mengkaji permainan  mereka dan membuat analisis  yang objektif tentang kelemahan  dan kekuatan pasukan.  Dalam regu, setiap pemain perlu sentiasa memikirkan kedudukan dan kebolehan pasangan.  Dengan ini, pemain dapat memainkan pukulan yang akan menghasilkan pukulan,  dimana rakannya dapat  menggunakan kebolehan yang ada padnya.   Pada masa yang sama, beliau perlu membantu melindungi sebarang kelemahan yang ada pada rakannya.  Kerjasama pasukan yang baik merupakan nadi kekuatan pasangan regu.                                                                            .

TAKTIK ASAS PERMAINAN REGU                                                      .

1) Kepentingan servis

Servis yang tidak baik, tidak akan menghasilkan mata.  Ini adalah peraturan dalam permainan badminton, terutama permainan regu.  Servis tinggi tanpa mengelirukan pihak lawan hanya membawa pihak lawan membuat serangan terhadap pasukan anda.  Servis yang tinggi dihadapan  jaring hanya akan membawa tolakan kejutan daripada penerima servis.  Oleh itu, pemain yang membuat servis mesti selalu mengekalkan servis yang mengeliru dan mengejut denganmemastikan servis beliau mempunyai variasi seperti ditujukan ke pelbagai arah, kelajuan dan ketinggian.  Contohnya, servis flik, servis rendah dan servis tinggi.

2) Kombinasi Pasukan

Dalam permainan regu sekarang, pemain tidak boleh ditetapkan kombinasi kerjasama pasukan,iaitu sisi dengan sisi atau formasi hadapan dan belakang.  Sesiapa juga boleh berada di depan atau belakang semasa menyerang dan sesiapa juaga boleh berada di kiri atau kanan sisi semasa bertahan.

3) Pergerakan Lawan Jam

Dalam permainan regu, kedua-dua pemain diperlukan bergerak ke seluruh gelanggang pada sepanjang masa perlawanan.  Satu sistem yang berkesan adalah pergerakan mengikut lawan jam.  Apabila seorang pemain bergerak ke hadapan jaring, pasangannya akan bergerak ke  belakang garisan belakang gelanggang.

4) Kedudukan Pasangan Pembuat servis

Pasangan pembuat servis perlu berada dekat dengan pembuat servis apabila servis dilakukan.  Ini akan memastikan lindungan yang berkesan di belakang gelanggang, terutama semasa flik, dimana pukulan balas serangan yang akan melepasi kepala pembuat servis yang hanya melindungi kawasan hadapan gelanggang.

5) Menerima servis

Pemain perlu  berdiri dengan kaki hampir menyentuh garisan servis pendek untuk menerima servis.  Raket pemain perlu tinggi dan berada dalam keadaan bersedia untuk menerkam  bulu tangkis.  Kedudukan ini akan menakutkan tumpuan dan keyakinan pemain yang membuat  servis.

6) Arah servis

Mengikut peraturan servis, semua servis perlu diarahkan ke kawasan servis gelanggang di penjuru bertentangan.

7) Penghantaran servis rendah dan servis tinggi

Apabila membuat pukulan balas dari servis rendah, terdapat banyak pilihan untuk menghantar pukulan oleh penerima ke kawasan gelanggang pihak lawan.  Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa penerima servis tidak akan tahu jenis dan arah servis yang akan ditujukan kepadanya oleh pihak lawan.  Sehingga servis dilaksanakan oleh pihak lawan, penerima servis baharulah dapat merancang , dimana beliau akan menghantar  dan meletak bulu tangkis  tersebut di gelanggang pihak lawan.

8) Raket Tinggi

Apabila pemain bergerak ke hadapan gelanggang, raket beliau mesti berada tinggi dalam keadaan brsedia untuk menerkam dan membuat tolakan di jaring.  Ini kerana bulu tangkis yang akan menuju ke arahnya tidak akan terbang  dibawah garisan putih kuning.  Kedudukan raket yang tinggi akan memberi pemain masa yang lebih untuk memainkan pukulan beliau dan member masa yang singkat pihak lawan untuk membalas balik pukulan.

9) Variasi Kelajuan Serangan

Peraturan asas permainan regu adalah setiap pukulan perlu dilaksanakan selancar dan sehalusnya.  Namun, dalam banyak situasi, variasi kelajuan serangan boleh merungsingkan rentak pihak yang menerima pukulan.  Jika pukulan smesy dilaksanakan pada kelajuan yang sama setiap kali, pihak lawan yang bertahan akan dapat menyesuaikan diri dengan rentak smesy tersebut.  Penggunaan smesy yang tajam dan bersudut akan menggerak pihak lawan yang bertahan  dari belakang ke hadapan jaring dan ini akan membuat mereka berada dalam keadaan terancam sekirannya pukulan smesy lebih laju dan ditujukan kea arah badan pemain dan di belakang gelanggang.

10) Serangan Yang berterusan

Pasangan regu yang baik mesti sentiasa merancang serangan yang konsisten dalam perlawanan dan cuba memaksa pihak lawan bermain pukulan defensif sahaja.  Permainan regu mesti dibina daripada servis yang tepat dan kemas, pukulan smesy yang bertenaga dan berkuasa, variasi kelajuan serangan dan penggunaan elemen yang mengejutkan.

FORMASI SERANGAN

1) Serangan hadapan dan belakang

Formasi ini digunakan apabila bulu tangkis dihantar jauh tinggi ke belakang garisan gelanggang.  Seorang pemain perlu berada di belakang untuk membuat serangan.  Pasangannya berada di kawasan T dihadapan gelanggang ubtuk mengawal.

2) Serangan Channel

Kedudukan bulu tangkis berada di sesetengah  gelanggang  di mana pihak lawan telah membuat pukulan balas yang lemah.  Penumpuan pasangan serangan adalah membuat pukulan serangan smesy kuat lurus dan terus ke pihak lawan yang terdekat.  Jika pihak lawan dapat membalas pukulan balas yang lemah akan dimatikan oleh rakan yang berada di hadapan gelanggang.

3) Serangan Wedge

Bulu tangkis berada tinggi di tengah gelanggang.  Formasi ini sangat berguna apabila pihak lawan dapat membalas pukulan smesy lurus dan dapat membalikkan pukulan pasangan serangan dengan pukulan rendah silang.  Formasi ini membenarkan pemain hadapan membuat halangan terhadap hantaran-hantaran pukulan rendah silang. 

Konsep Falsafah Islam

Konsep Falsafah Islam
“… falsafah islam berkembang di negara islam dan di bawah naungan Negara islam…hasil pemikiran daripada ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekuasaan islam tentang hakikat sesuatu dalam premis pemikiran yang logik dan sistematik..
-Sheikh Mustafa Abd Al Razak

Falsafah Islam
Menurut Ahli Falsafah, mempunyai tiga aspek:
Menurut Al Farabi :

Dikategorikan kepada :
i)             Ilmu fizik
ii)            Ilmu matematik
iii)           Ilmu ketuhanan

i)             Falsafah teori
ii)            Falsafah amalan
i)             Ilmu wahyu
ii)            Ilmu akhirat

Konsep Pendidikan
“ Satu proses berterusan bagi memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak,rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang kearah pembentukan insan soleh yang membawa kepada kebaikan di dunia dan akhirat “
-Menurut perspektif islam

Pendidikan barat
Pendidikan islam
Satu proses melatih akal, jasmani dan moral untuk menjadi insan dan warganegara yang baik
Pendidikan mempunyai pengertian yang lebih luas dan syumul
Perspektif barat hanya menekankan aspek jasmani dan luaran, tetapi islam mengambil kira aspek kerohanian

Pendidikan islam
“ pendidikan islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Al Quran dan As Sunnah, pengalaman daripada salafus soleh serta ilmuan muktabar. Proses ini bertujuan bagi melahirkan insan yang soleh dan mampu memikul tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan oleh Allah keatas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat “

Abdul Halim EL-Muhammady (1993)

“ pendidikan merupakan proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan bagi membentuk muslim berlandaskan ajaran islam “
Abd Halim Hj. Mat Diah (1989)

Tujuan pendidikan islam

·         Mendidik murid berakhlak mulia
·         Mendidik roh halus dan sempurna
·         Mengasuh murid berkelakuan baik,menghormati orang dan berakhlak mulia
·         Membiasakan murid dengan adab yang mulia
·         Membiasakan murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan
Matlamat pendidikan islam
Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia
§ 

Rounded Rectangle: Al-nafsiyah (pendidikan jiwa)   Melahirkan insan yang taat perintah Allah

 

 Falsafah Pendidikan Islam

“ pendidikan islam adalah salah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan penghayatan islam berdasarkan al quran dan as sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat ‘’
Kementerian pendidikan Malaysia (1997)
“ Falsafah Pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi insan yang soleh (berteraskan roh islam).  Dengan kata lain, falsafah pendidikan islam merupakan usaha pelaksanaan teori dan kaedah dalam bidang pendidikan.  Justeru, falsafah pendidikan islam merangkumi aspek-aspek seperti matlamat, kandungan dan dasar pendidikan islam ”
Perkara penting dalam falsafah pendidikan islam ialah akidah, ibadah, ketrampilan dan kepimpinan
Pandangan Ahli Falsafah Islam
Ibnu Rushd (520-595 Hijrah)
ü  Nama sebenar beliau ialah Abu Al walid Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ahmad Bin Rushd
ü  Dikenali di barat dengan nama “Averroes” yang juga terkenal dengan gelaran “pendeta Abu Al Walid”
ü  Lahir di Kota Cordova (tanah Andalusia/Sepanyol) pada zaman gelap
ü  Dibesarkan di  kota Cordova dalam bidang ilmu perundangan islam dan ilmu perubatan
ü  Berasal daaipada keluarga terpelajar dan latar belakang keturunan islam yang terkenal
ü  1169, dilantik sebagai hakim  di Kota Seville yang kemudiannya di kota cordova
ü  Rajin membaca, mengkaji dan mengarang
Falsafah hidup beliau
i)             Hidup sederhana dan bersahaja
ii)            Bersifat pemurah kepada semua orang walaupun ada yang pernah memusuhi atau menghina dirinya
iii)           Bersifat rendah diri terutama kepada orang-orang miskin, tetapi mengambil berat tentang harga diri dan maruah dirinya dan pantang merendah diri kepada orang-orang yang berpangkat besar.
Sikap yang tegas dan sering mengeluarkan pendapat yang bernas menyebabkan dia tidak disukai raja.  Hasutan daripada musuh yang mencemburui kedudukannya  telah menyebabkan dia disingkirkan daripada jawatannya.  Akibatnya, beliau terpaksa  hidup menderita dalam buangan
Sumbangan
§  Atas arahan khalifah abu yaakob , Ibnu Rushd telah ditugaskan untuk mengkaji dan menyaringkan hasil pemikiran Aristotle, ahli falsafah Yunani tua.
§  Pembicaraan falsafah Ibnu Rusyd tertumpu kepda persoalan-persoalan berhubung metafizik, khususnya ketuhanan.
§  Beliau banyak mengemukan idea-idea yang bernas dan baru dalam bidang falsafah malah dalam ilmu perubatan dan perundangan islam.
§  Kebanyakan karyanya mengenai falsafah dan perubatan diterjemahkan ke dalam bahasa latin dan Hebrew
Karya
·         Kulliyah fit-thibb- 16 jilid mengenai perubatan umum
·         Mabadil falsafah (Penghantar Ilmu Falsafah)
·         Tafsir Urjuza (perubatan dan tauhid,Taslul
·         Kasyful Adillah(ilmu kalam dan mengungkap persoalan falsafah dan agama)
·         Tahafatul Tahafut (ulas buku imam Al Ghazali, Tahafatul Falaisafah
·         Muwafaqatil Hikmah Wal Syari’a (persamaan falsafah dengan agama)
Al Ghazali (1058-1111)
·         Lahir pada tahun 1058 di Tus, Khurasan, Iran
·         Ayahnya mengharapkan dia dan abangnya menjadi seorang yang alim, apabila ayahnya meninggal dunia,mereka telah memasuki madrasah di Gurgan untuk belajar ilmu Fiqh
·         Tujuh tahun kemudian, beliau  ke Tus dan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama, falsafah, logik dan lain-lain dengan  Imam al-Haramayn.
·         Pada 1081, beliau dilantik menjadi professor di Baghdad
·         Meninggal di Tus pada tahun 1111
Sumbangan
Menghasilkan lebih 400 buah karya dalam bidang teologi, falsafah, sains dan ilmu Sufi.  Antaranya ialah :
1.    Tahafut al-Falasifa (The Incoherence of The Philosophers) yang menolak sepenuhnya pandangan Plato dan Aristotle
2.    Ihya al Ulumuddin – (sains islam) : fiqh, kalam (teologi) dan ilmu sufi
3.    Maqasid al falasifa –membentangkan teori asas falsafah
4.    Miyar al-Ilm fi fan al-Mantik (Criterion of Knowledge in the Art of Logic)
5.    Mihak al-Nazar fi fan al-Mantik (Touchstone of Reasoning in Logic)
6.    Al-Qistas al-Mustaqim (The correct Balance)
Ibn Khaldun (1332-1406)
§  Tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi
§  Nama penuh beliau ialah Abdurahman Bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurrahman bin Ibn Khaldun
§  Dilahirkan pada 1332 di Tunis, Tunisia
§  Mendapat pendidikan awal yang berbentuk tradisional seperti Quran, hadis, tatabahasa, retorik dan puisi
§  Meneruskan pelajaran sehingga berusia 19 tahun apabila ketika itu berlakunya The Great Plaque  bermula dari Samarkand  sehingga Maritania
§  Kemudian menceburkan diri dalam bidang politik
Sumbangan
ü  Menulis sejarah dunia dalam bentuk naskah yang dikenali sebagai al-Muqaddimah atau Prolegomena yang mengenalpasti unsur-unsur psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial.
ü  Menganalisis mengenai dinamika hubungan kelompok serta memperlihatkan kepentingan al-Asabiyyah bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat
Karya
·         Bidang sejarah- universal History dan Sejarah Maghrib
·         Bidang keagamaan – Lubab al-Mahsul (Summary of The Result) dan Syifa’ as-Sail (Healing of the Inquirer)
Al Farabi (870-950 AD)
v  Nama penuh beliau ialah Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh
v  Dilahirkan pada 870 AD di Wasij, sebuah perkampungan kecil berhempiran Farab, Turkistan
v  Mendapat pendidikan awal di Farab dan Bukhara kemudian melanjutkan pelajaran di Baghdad sehingga 942 AD
v  Ahli falsafah, sains dan pakar bahasa
v  Pada awalnya menceburkan diri dalam bidang kehakiman sebagai Qadi kemudian menjadi seorang guru
v  Meninggal dunia di Damascus pada tahun 950 AD ketika berumur 80 tahun
Sumbangan
§  Beliau merupakan seorang Neoplatonist yang telah banyak menggabungkan pemikiran Plato dan Aristotle dengan teologi.  Oleh itu, beliau telah digelar sebagai tok guru kedua atau al-muallim al-Thani, dibelakang Aristotle, mahaguru pertama
§  Membahagikan pengajian logik kepada dua kategori, iaitu Takhayyul(idea) dan Thubut (bukti).
§  Menghasilkan 117 buku termasuk 43 naskah (logik), metafizik (11), etika (7), sains politik (7), muzik dan perubatan (17)
Karya
o   Fusus al-Hikam – digunakan sebagai buku teks falsafah sehingga kini di beberapa institusi di Negara-negara timur.
o   Al-ihsa al ulum – menghuraikan klasifikasi dan prinsip-prinsip asas sains
o   Ara Ahlul Madina  al-Fadila (The model City) – menyumbang dalam bidang sosiologi dan sains politik
o   Al-musiqa – sebuah buku muzik