Kasih sayang
Allah.
Sejauh manakah ukurannya?
Sejauh manakah ukurannya?
Kita hidup sebagai manusia
dia atas muka bumi Allah ini kadang-kadang kita pernah di hina oleh
manusia kerana itulah lumrah kehidupan seorang manusia. Allah menciptakan
lidah manusia tidak bertulang namun kadang-kadang lidah itu boleh menjadi
sangat tajam daripada tulang apabila tidak dilembutkan dengan iman dan takwa
kepada Allah. Janganlah kita mudah jatuh akibat kata-kata buruk yang
dilemparkan kepada kita, sebaliknya kita hendaklah pasrah dan redha serta
berusaha memajukan diri daripada pelbagai aspek supaya tidak di pandang rendah
oleh orang lain. Sedangkan rasulullah lagi pernah dihina manusia apatah
lagi kita sebagai manusia yang sentiasa melakukan kesilapan.
Cukuplah Allah S.W.T sebagai tempat pengharapan kepada kita yang Maha
Menyayangi, Maha Mengasihi dan Maha Merahmati. Jika ada yang mengeji,
mengadulah kepada Allah. Jika ada yang membenci, harapkanlah kasih sayang
Allah. Jika ada yang menjauh, yakinlah bahawa Allah sentiasa mendekati
daan merahmati kita.
Ada
satu hadis yang menarik perhatian saya yang membuatkan saya berasa termotivasi
apabila mendengarnya.
Imam Muslim meriwayatkan melalui Abu Hurairah r.a berkata nabi s.a.w bersabda
yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Diturunkan satu
rahmat daripadanya (dan diberikan) kepada jin, manusia, binatang ternakan dan
binatang berbisa. Maka dengannya mereka saling berbelas kasihan dan
saling merahmati. Dengannya juga binatang buas mengasihi anaknya.
Allah S.W.T mengakhirkan (menangguhkan) 99 rahmat (yang berbaki) untuk dia
merahmati hambanya dengan rahmat itu pada hari kiamat.
Subhanallah, lihatlah, tiada siapa yang dapat menandingi betapa luasnya
kasih sayang Allah kepada manusia. Allah memberikan rahmat dan kasih
sayang kepada sesiapun tanpa mengharapkan balasan. Berbeza dengan makhluk
yang mengasihi manusia yang lain agar turut dikasihi. Sabda nabi s.a.w
yang bermaksud.
“
sesiapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi”
Kasih
sayang makhluk mempunyai sempadan,had dan harapan disebaliknya. Berbeza
sekali kasih sayang Allah tidak bertepi apatah lagi bersempadan. Bahkan
turut tidak sama seperti kasihnya seorang ibu terhadap anaknya.
Pernah terjadi pada zaman rasulullah, seorang wanita yang menjadi tawanan
perang telah buntu fikirannya untuk mencari anaknya yang telah hilang.
Jadi, untuk mengubat kerinduannya itu, setiap kali dia melihat kanak-kanak
ditempat tawanan perang tersebut dia akan menimang dan menyusukan kanak-kanak
tersebut. Setelah itu lantas rasulullah bertanya kepada para
sahabat baginda:
“ Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati unuk mencampakkan
anaknya kedalam api?” Jawab para sahabat : “Tentu sekali tidak.” Rasulullah
bersabda: “Allah lebih kasih kepada hambanya melebihi kasih ibu itu kepada
anaknya.”
Tiada
siapa yang mampu memberikan kasih sayang seumpama Allah berikan kepada
makhluknya. Kita dapat lihat betapa luasnya kasih sayang Allah dengan
berterusannya nikmat dan kurniaan Allah kepada hambanya walaupun mereka
melakukan sebesar-besar dosa dan maksiat.
Orang
kafir yang ingkar di dunia, yang tetap hidup senang dengan kemewahan dunia yang
sementara adalah atas rahmat Allah.
Orang
islam yang turut mendapat kesenangan di dunia walaupun bergelumang dengan
maksiat juga adalah dengan sebab kasih sayang Allah.
Persoalannya? Adakah kasih sayang Allah diukur dengan kesenangan dunia?
Makhluk yang mendapat kesenangan di dunia bukanlah menjadi ukuran bahawa mereka
sahaja yang mendapat rahmat Allah. Manakala yang hidup susah di dunia bukanlah
bermaksud bahawa Allah tidak mengasihi mereka.
Tidakkah para nabi dan rasul adalah kekasih Allah? Merekalah yang paling
banyak menghadapi cabaran dan kesusahan sepanjang perjalanan hidup mereka,
namun mereka jugalah yang paling banyak mendapat rahmat Allah sehingga menjadi
kekasihnya.
Kadangkala ujian dan cabaran yang kita hadapi merupakan tanda kasih sayang
allah secara hakikatnya, walaupun tidak nampak secara zahirnya. Apabila
kita diuji, kita menjadi calon ahli yang mendapat kebaikan daripada Allah
sebagaimana sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
“
Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, dia akan diuji daripada nya.”
Kadangkala kita berdepan dengan situasi yang sempit dengan masalah, maka ketika
itulah pengharapan kepada Allah amatlah tinggi dan menebal didalam hati
manusia.
Sebenarnya, secara tidak sedar, kita melalui proses untuk menjadi orang beriman
yang sebenar kerana orang yang beriman akan diuji oleh Allah s.w.t. maka,
menjadi pilihan Allah untuk menjadikan kita dekat kepadanya sebagai tanda kasih
dan sayangnya Allah terhadap kita.
Di
dalam Al Quran terdapat banyak ayat yang menyebut nama Allah dengan al-rahman
dan al-rahim. Kedua-dua nama ini menunjukkan maksud yang hampir sama
iaitu maha memberikan rahmat. Kasih dan sayang amat berkait rapat dengan
sifat rahmat.
Imam
Fakhruddin al-Razi dalam kitab tafsirnya Mafatih Al Ghayb menghuraikan ayat
ketiga dalam surah Al Fatihah telah mendatangkan dua kisah yang amat menarik
berkaitan dengan sifat dan kasih sayang Allah.
KISAH PERTAMA
Kisah
ini berkaitan dengan pengalaman Ibrahim Bin Adham iaitu seorang sufi yang
terkenal.
Ibrahim Bin Adham menceritakan bahawa suatu hari beliau pernah dihidangkan
makanan berupa roti oleh satu kaum yang beliau kunjungi.
Ketika beliau hendak menyuap ke dalam mulutnya, tiba-tiba datang seekor gagak
mengambil roti itu. Dia berasa hairan kerana gagak itu begitu berani
mengambil rotinya daripada tangan manusia lantas dia segera mengikut ke mana
gagak tersebut pergi. Tidak berapa jauh dari situ, gagak itu tiba-tiba
menjatuhkan makanan yang diambilnya itu ke sebuah tempat yang agak
tinggi. Dia pun bersegera ke tempat itu.
Apabila Ibrahim sampai ke tempat itu, di sana beliau melihat roti itu
dijatuhkan kepada seorang pemuda yang sedaang dalam keadaan terikat kedua-dua
tangannya.
Mahasuci Allah daripada segala kekurangan dan bersifat dengan al-rahman dan
al-rahim yang telah menggerakkan gagak ini untuk membantu hambanya
yangtidak mampu berbuat apa-apa.
KISAH KEDUA
Kisah
kedua pula berkaitan dengan pengalaman seorang sufi yang bernama Zunnun
al-misri. Suatu hari, hati dia berasa tidak tenang, lantas dia keluar
dari rumah menuju ke tebing sungai Nil untuk menghilangkan kegelisahan
hatinya. Tiba-tiba dia melihat seekor kala jengking berjalan menuju
sungai Nil.
Dia
mengekori arah jalan kala jengkig itu. Apabila sampai di tepi sungai Nil,
kelihatan seekor katak seolah-olah sedang menunggu kala jengking tersebut.
Kal jengking it uterus melompat ke belakang katak tersebut dan katak tersebut
mengendongnya ke seberang Sungai Nil. Zunnun segera mengikutinya dengan
menggunakan sebuah kapal kecil.
Disana, dia telah menyaksikan kejadian yang menakjubkan. Dia sedang
melihat seorang anak muda yang sedang tidur di bawah pokok dan ada seekor
ular hendak menyerangnya. Kala jengking yang dibawa oleh katak tadi terus
turun dan melompat kearah ular tersebut. Lalu terjadilah perrtarungan
antara kedua-dua makhluk tersebut. Akhirnya, kala jengking dan ular
itupun mati dan si anak muda tetap tidur nyenyak.
Kisah ini telah diceritakan oleh Imam Fakhruddin al- Razi dalam kitab
tafsirnya. Kisah ini telah memberi isyarat kepada kita bahawa
rahmat dan kasih sayang Allah amatlah luas tidak kiralah sama ada manusia
merasai dan menyedarinya ataupun langsung tidak menyedarinya.
Jadi, bagaimanakah Allah S.W.T mengasihi hambanya?
Antara bentuk kasih sayang Allah kepada hambanya ialah halal dan haram sesuatu
perkara. Setiap suruhan dan tegahan Allah juga merupakan tanda begitu
kasih dan sayangnya Allah supaya tidak terjerumus dengan tipu daya syaitan yang
menyesatkan.
Setiap anggota badan yang ada ditubuh manusia terutamanya akal adalah nikmat
Allah yang tidak dapat dihitung dan dibalas. Melalui pancaindera yang
dikurniakan inilah manusia menjadi makhluk yang terhormat daripada makhluk yang
lain.
Islam
dan iman merupakan nikmat yang terbesar yang kita perolehi. Bayangkan orang
kafir yang melakukan kebaikan sebesar gunung, tidaklah dinilai disisi Allah
berbanding dengan kebaikan orang yang beriman walau sebesar kuman sekalipun,
akan dibalas dengan kebaikan yang setimpal.
Allah
s.w.t mengampunkan dosa-dosa hambanya walaupun dosanya menjangkau seluas langit
dan bumi.
Bahkan setiap kebaikan yang dibuat akan akan dibalas dengan 10 pahala.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Sesiapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) 10 kali ganda
amalnya. Sesiapa yang membawa perbuatan jahat, maka dia tidak diberi
pembalasan melainkan seimbang dengaan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun
tidak dizalimi (dirugikan). Surah al-an’am ayat 160.
Jadi, apakah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kasih sayang Allah?
Konsep give and take perlulah disebatikan dalam jiwa setiap insan.
Kita perlu kembali kepada hadis yang selalu kita dengar, dalam riwayat
al-bukhari dan muslim, nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“sesiapa
yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi.”
Walaupun hadis ini berlatarbelakangkan nasihat Rasulullah s.a.w kepada al-Aqra’
bin Habis r.a agar menyayangi 10 orang anaknya, namun begitulah juga
caranya untuk mendapatkan kasih sayang Allah s.w.t. kita hendaklah
terlebih dahulu cinta kepada Allah agar kasih sayang-Nya dapat digapai.
No comments:
Post a Comment