RANCANGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
· Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja
aktiviti pengajaran pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik
darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.
· Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk
menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping
meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.
Pembinaan RPH Pendidikan
Islam (Perancangan, pelaksanaan, penilaian)
1)
Perancangan
- Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.
- Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran-pembelajaran.
·
Kepentingan Rancangan Pengajaran
- Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel.
- Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan bantu mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya.
- Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran).
- Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
- Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
- Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
- Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.
- Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid.
- Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas.
- Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah.
- Menilai objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.
·
Pemilihan Pendekatan Dan Kaedah yang sesuai
- Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai sangat penting untuk mencapai hasil pembelajaran yang maksimum. Perancangan strategi dan pemilihan kaedah perlu mengambil kira tajuk pelajaran, tahap kebolehan murid dan situasi bilik darjah.
- Guru perlu mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan murid dan cara pembelajaran mereka berbeza. Jangka masa pembelajaran 30 atau 60 minit bagi satu waktu akan menyebabkan murid bosan dengan satu atau dua kaedah sahaja. Sebaik-baiknya kaedah yang dipilih itu lebih berpusatkan kepada murid supaya mereka menjadi aktif.
·
Pelaksanaan Pengajaran
- Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu. Apabila guru masuk ke kelas dan terus menulis tajuk dan mengajar, biasanya membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran dan tidak jelas kepentingan tajuk yang akan dipelajari.
- Guru boleh menggunakan berbagai pendekatan yang melibatkan fikiran serta menarik minat murid terhadap pelajaran yang akan diajar. Misalnya, guru boleh memulakan pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan.
- Sebagai contoh, bagi mengajar tajuk Pekerjaan Nabi Semasa Kecil (mata pelajaran sirah), guru boleh memulakan pengajaran dengan berbincang tentang jenis-jenis pekerjaan yang halal. Semasa berbincang, guru hendaklah memastikan semua murid terlibat dan bersedia untuk belajar melalui sesi soal-jawab. Walaubagaimanapun, guru perlu mengubah tajuk perbincangan seandainya bahan yang dibincangkan tidak dapat mempengaruhi fikiran atau minat murid. Tegasnya, minat, keperluan dan pengalaman murid boleh diguna sebagai asas untuk memulakan sesuatu pengajaran
MODEL PROSES KREATIF TERARAH
Model
proses kreatif terarah mempunyai empat fasa. Empat fasa tersebut ialah:
Persediaan
a. Pemerhatian
b. Analisis
Imaginasi
a. Penjanaan idea
b. Sintesis idea
Perkembangan
a. Penambahbaikan
b. Menilai
Tindakan
a. Pelaksanaan
b. Amalan
berterusan
Fasa
Persediaan
Fasa Persediaan
|
|
Kemahiran Utama
|
Indikator
|
Pemerhatian
Membuat pemerhatian
aktif untuk mengumpul
maklumat.
|
·
Menggunakan deria penglihatan,
pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau
·
Menumpukan pemerhatian kepada objek,
perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh
·
Menggunakan alat, radas, bahan,
instrumen atau spesimen yang sesuai
·
Mengendalikan alat, radas, bahan,
instrumen atau spesimen dengan betul
·
Menggunakan pelbagai kaedah atau
prosedur yang sesuai
·
Mengenal pasti ciri objek, situasi
atau
fenomena dengan tepat
·
Mendapatkan makna dengan betul
·
Mengenal pasti objek, situasi atau
fenomena
sekeliling yang berkaitan
|
Analisis
Menganalisis maklumat
dengan menghuraikan
bahagian kepada yang
lebih kecil bagi
memahami
sesuatu
|
·
Mengenal pasti persamaan dan
perbezaan dengan betul
·
Mengasingkan maklumat berdasarkan
kriteria tertentu
·
Mengumpulkan maklumat berdasarkan
kriteria tertentu
·
Menyusun maklumat mengikut kriteria
tertentu
·
Mengesan sebab berdasarkan maklumat
berwibawa
·
Mengkaji kesan baik dan kesan buruk
·
Mengimbas kembali idea.
·
Mencari banyak bukti yang diterima
dan disokong berdasarkan fakta dan maklumat
|
Fasa
Imaginasi
Fasa Imaginasi
|
|
Kemahiran Utama
|
Indikator
|
Penjanaan idea
Menghasilkan idea yang
berkaitan dengan
sesuatu
perkara
|
·
Menghasilkan idea baharu yang banyak
(yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik)
·
Menghasilkan idea secara berterusan
·
Menghasilkan idea yang bermakna
·
Mencari hubung kait, gabung jalin
atau corak berdasarkan
maklumat yang ada
|
Sintesis idea
Menggabungkan
maklumat yang
berasingan untuk
menghasilkan dan
memilih
sesuatu
|
·
Membuat kesimpulan, membuat
pengitlakan
dan membina tajuk.
·
Menghasilkan bentuk komunikasi yang
unik –lukisan, kraf, binaan, peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan,
laporan dan lakaran
·
Menentukan maklumat diperoleh
mencukupi dan memastikan sama ada maklumat tambahan diperlukan
·
Membuat keputusan tentang sintesis
akhir
·
Membincang kebaikan atau kelebihan
dan keburukan atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir
·
Mencabar dan menilai maklumat baharu
yang
diperoleh sama ada
memerlukan tindakan susulan atau diketepikan
·
Membuat refleksi yang berterusan
|
Fasa
Perkembangan
Fasa Perkembangan
|
|
Kemahiran Utama
|
Indikator
|
Penambah baikan
Membuat penambahbaikan
untuk mengembangkan atau
mempelbagaikan
sesuatu idea untuk
meningkatkan mutu
atau keindahan hasil
karya
atau ciptaan
|
·
Menokok tambah idea
·
Mengubah suai idea
·
Memberi pelbagai penerangan rasional
tentang idea
·
Memberi pelbagai contoh berkaitan
dengan tugasan
·
Memberi pelbagai kategori atau aspek
|
Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu
perkara
|
·
Memberi alasan yang tepat untuk
menerima atau
menolak idea
·
Menyatakan kekuatan dan kelemahan,
kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau
alasan tertentu
·
Membuat wajaran dengan betul
·
Membuat pilihan berdasarkan
kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau
prasangka
|
Fasa
Tindakan
Fasa Tindakan
|
|
Kemahiran Utama
|
Indikator
|
Pelaksanaan
Menyampaikan dan
mempersembahkan
idea atau menghasilkan
prototaip
|
·
Menghuraikan idea kepada butiran
atau bahagian yang lebih kecil dan khusus
·
Menyusun idea secara tersusun dan
mudah difahami
·
Menghasilkan idea tidak sama dengan
orang lain, idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau
frekuensi ideanya kecil
|
Amalan berterusan
Peka kepada perkara di
sekeliling dan menjana
idea untuk berkreativiti
|
·
Peka kepada perkara di sekeliling
·
Membuat pemerhatian untuk mengenal
pasti masalah, kesilapan dan kelemahan
·
Mempraktikkan proses kreatif untuk
menghasilkan idea baharu secara berterusan
|
No comments:
Post a Comment