Kepentingan Rancangan Pengajaran
- Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel.
- Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan bantu mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedahpenyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian,penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya.
- Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran).
- Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
- Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
- Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
- Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.
- Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid.
- Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas.
- Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah.
- Menilai objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.
No comments:
Post a Comment