- KONSEP
- Akidah pada umumnya bererti ikatan atau simpulan.
- Ikatan atau simpulan di sini khusus kepada ideologi atau kepercayaan.
- Perkara ini merujuk kepada kepercayaan yang tersimpul kukuh dalam jiwa sehingga tidak berlakunya percampuran dengan sebarang syak dan keraguan.
- Ini boleh dilihat dari dalil Nas al-Quran, Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 1-2;
- Alif, Laam, Mim. Kitab
al-Quran ini tidak ada sebarang keraguan padanya. Ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa“
- AKIDAH
ISLAM
- Akidah Islam ialah kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai yang mutlak, yang tetap kekal, yang pasti dan hakiki lagi qudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam; iaitu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai atau terputus walau oleh apa jua keadaan atau suasana. Ia menyemaikan keyakinan akan kewujudan Allah serta memberi penekanan kepada seseorang muslim mengenai Rukun Iman yang menjadi teras kepada Akidah yang sahih.
- Akidah yang sahih ialah akidah Islam yang disampaikan pada manusia yang bersumberkan kepada Wahyu Samawi yang datang dari Allah S.W.T samada mengenai Iktikad, perundangan dan akhlak.
- Akidah inilah yang menyelamatkan manusia daripada kesesatan kepada petunjuk agama yang sebenar, jalan yang lurus dan diakui sah oleh Allah S.W.T. Akidah ini juga mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam yang dapat membezakan antara yang benar dan salah.
- Allah S.W.T berfirman dalam surah al-An’ am ayat 153;
- Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu ikutnya dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain dari Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai- beraikan kamu dari jalan Allah.
- ASAS
AKIDAH ISLAMIAH
- Akidah
Islam terbahagi kepada tiga perkara iaitu Tauhid Uluhiyah, Tauhid Rububiyyah
dan Tauhid Asma wassifat.
- 1. Tauhid Uluhiyah
- Tauhid Uluhiyah ialah mentauhidkan Allah S.W.T dari segi Uluhiyah iaitu peribadatan dan sembahan. Ini bermaksud tauhid Uluhiyah ialah mengesakan Allah S.W.T pada seluruh aspek amal ibadah seperti sembelihan, nazar, doa takut dan pengharapan serta apa jua bentuk ubudiyah hanya kepada Allah S.W.T tanpa menyekutukan dengan sesuatu yang lain.
- Beriman kepada uluhiyah Allah S.W.T bermaksud mempercayai bahawa Allah S.W.T sahaja yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan ditumpui untuk meminta. Ini bererti meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan tingkahlaku mengikut petunjuk dan perintah Allah S.W.T semata-mata. Ia juga menuntut seseorang menyakini mutlaknya kekuasaan Allah S.W.T atas segala sesuatu dalam alam semesta ini.
- Beriman kepada tauhid Uluhiyah juga bermaksud menolak semua sembahan selain Allah Taala dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah Lailahaillalah. Maka Allah S.W.T telah mengutuskan Rasul-rasulNya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Anbiya’ ayat 25;
- Dan Kami tidak utuskan sebelummu, seorang rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya, bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku. Oleh itu, beribadatlah kamu kepada Aku.
- Tauhid Uluhiyah sangatlah penting, dengan sebab tauhid inilah Allah mengutuskan Para Rasul dan mengutuskan kitab-kitab serta memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan kepada manusia dipelusuk alam atau dalam diri mereka, berlakunya qiamat dan disebarkan buku-buku catatan, diadakan neraca timbangan, terbahagi kepada manusia kepada yang bahagia dan sengsara.
- Tauhid
Uluhiyah penting sehingga seluruh para rasul yang diutuskan pada setiap umat,
mereka memulakan seruan dengan menyeru kaumnya supaya mengabdikan diri
kepada Allah sema-mata.
- 2. Tauhid
Rububiyyah
- Tauhid Rububiyyah ialah mengiktikad dengan iktikad yang putus bahawa penciptaan, pentadbiran dan pengurusan semua benda di alam ini adalah di bawah takdir dan urusan Allah S.W.T. Allah telah berfirman dalam al-Quran surah Luqman ayat 25;
- Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (orang musyrik) itu, siapakah yang menciptakan langit dan bumi, sudah tentu mereka akan menjawab Allah”
- Tauhid Rububiyyah juga bermaksud bahawa Allah adalah Rabbul-Alamin dan tiada Tuhan selainNya. Ia adalah Pencipta yang menghidupkan dan mematikan, melaksanakan perintah dan hukum-hukum kepada semua makhluk. Dia mengatur segala muslihat untuk kebaikan makhluk dan berkuasa memberikan manfaat serta mendatangkan mudharat.
- Firman Allah Taala dalam surah Yunus ayat 107;
- Dan jika Allah mengenakan kamu dengan sesuatu yang membahayakan, lalu tiada siapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia, jika dia mengkehendaki engkau perolehi sesuatu kebaikan lalu tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalang limpah kurniaNya.
- Beriman kepada Tauhid Rububiyyah bererti mempercayai Allah S.W.T sebagai Rabb atau pencipta dan penguasa terhadap segala sesuatu. Ia juga bererti mengimani bahawa tiada saingan dalam pemerintahannya. Allah S.W.T adalah pemberi segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat melakukan sesuatu kebaikan dengan izinNya.
- Beriman kepada Tauhid Rububiyyah juga bermaksud percaya dengan yakin bahawa Allah S.W.T Tuhan yang mencipta alam, memliki, memberi rezeki, segala benda dibawah pengetahuannya. Firman Allah dalam surah al-Jumuah ayat 10;
- Dan
Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.
- Kepentingan Tauhid
Rububiyyah
- Tauhid Rububiyyah akan dapat menyelamatkan manusia dari Syirik kepada Allah seperti menyembah patung berhala dan berbagai objek. Sebaliknya seseorang muslim itu akan mengabdikan diri kepada Allah dan sentiasa memujiNya serta menjaga batas-batas hukum, dan tidak melanggar perintahNya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fatihah ayat 1;
- Segala puji-pujian bagi Tuhan yang mentadbir alam ini
- Ia
juga dapat menolak fahaman khurafat yang mengatakan makhluk boleh dan
mendatangkan bahaya, musibah dan memberi kebaikan kepada manusia. Ini dapat
dibuktikan bahawa api pada asalnya dapat membakar sesuatu, tetapi ia
tidak dapat membakar Nabi Ibrahim (as) semasa kaumnya melontar ke dalam unggun
api yang sedang marak membakar. (Lihat Surah al-Anbiya’ ayat 69 )
- 3. Tauhid
Asma’ wassifat.
- Tauhid Asma wassifat ialah iktikad dengan mantap bahawa Allah S.W.T bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, bersih dari segala sifat kekurangan dan sifat-sifatnya itu hanya khusus bagiNya tanpa menyerupai sifat-sifat makhluk. Dalam perkara ini tidak boleh ditetapkan sesuatu yang menyalahi dari apa yang telah ditetapkan dalam Nas al-Quran dan al-Sunnah kerana hanya Allah yang maha mengetahui tiada yang lebih mengetahui tentang Allah melainkan Dia dan RasulNya. Sesiapa yang membuat sesuatu yang keluar dari kaedah-kaedah ini, maka dia telah mengatakan sesuatu tentang Allah S.W.T tanpa ilmu dan telah melakukan penipuan terhadap Allah dan RasulNya.
- Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 15;
- Maka tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang berdusta kepada Allah.
- FirmanNya lagi dalam Surah Asy-Syuara : ayat 11
- Tiadalah sesuatu pun yang sebanding dengan (ZatNya,sifat-sifatNya dan pentadbitranNya ). Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
- Cara
untuk memahami nama-nama dan Sifat-sifat Allah S.W.T dengan betul
- Syeikh Muhammad al-Amin as-Syanqithi telah menerangkan dalam mukaddimah risalahnya yang bertajuk Manhaj Wa Dirasat Li Ayat Al-Asma’ Wa Al-Syifah seperti berikut:“ Ketahuilah bahawa perbicaraan tentang ayat-ayat asma’ wassifat yang terdapat dalam Al-Quran berpunca dari tiga asas:
- Pertama : Beriman hanya dengan apa yang Allah dan Rasulnya jelaskan atau tetapkan bagi diriNya
- Kedua : Kesucian Allah S.W.T, tiada sesuatu menyerupaiNya
- Ketiga : KesempurnaaNya menghindar daripada persoalan untuk mengetahui hakikat bentuk sepenuhnya
- Dalil yang menunjukan Nama-nama Allah sebagai al-Husna (yang amat baik) tercatat dalam al-Quran di empat tempat iaitu:
- 1. Surah Al-Isra’ ayat 110
- 2. Surah Taha ayat 8
- 3. Surah Al-Hasyr ayat 24
- 4. Surah Al-A’raf ayat 180
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya TUJUH LAUTAN lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.(Surah Luqman ayat 27)
Saturday, 15 November 2014
Konsep Akidah dalam Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment