Saturday, 15 November 2014

Aplikasi Strategi Pengajaran Tilawah Al Quran


  1. Kaedah Talaqqi Musyafahah
  2. Kaedah Tasmik
  3. Kaedah Tadarus
  4. Kaedah Tikrar
  5. Kaedah Imla’i
  6. Kaedah Baghdadiah
  7. Kaedah Iqra’
  8. Kaedah Qiraati
  9. Kaedah Hattawiah

1. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

  • Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”.  Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.  Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan.Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. 

Talaqqi
  • Bahasa : Pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
  • Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.
  • Contoh : Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah
  • Bahasa : Sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir.
  • Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut )
  • Contoh : Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.
  • Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya.  Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah

1)    Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
2)    Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.  (bersemuka)
3)    Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
4)    Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.
Objektif

1)    Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
2)    Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
3)    Membaca dengan betul dan fasih.
4)    Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Ciri-Ciri

1)    Disampaikan secara individu dan kumpulan.
2)    Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
3)    Perlu penglibatan murid yang aktif.
4)    Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
5)    Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1)    Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
2)    Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3)    Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4)    Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5)    Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6)    Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7)    Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid mengikut)
8)    Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.
9)    Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10) Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan.  Guru menulis di papan tulis.
11) Pemulihan - dengan mempamerkan carta ayat al-Quran samada ditulis di papan gulung, manila kad atau sebagainya.  Pemulihan boleh dilakukan secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid terus.
12) Penilaian -  guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa  ayat.  Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.
13) Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak  sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu  berikutnya. 
  
2. KAEDAH TASMIK

  • Bacaan  adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca  mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji dan megesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca dan guru mendengar.
  • Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan hafazan.  Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru.  Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan.  Selepas itu murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

Objektif

  1. Mengetahui pencapaian murid.
  2. Kenal pasti tahap pencapaian.
  3. Menyedarkan kesilapan bacaan.
  4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.
  5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian

Pelaksanaan

  1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.
  2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.
  3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.

Kekuatan

  1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat
  2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik
  3. Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan.
  4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat
5.   Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.

3. KAEDAH TADARUS

  • Bahasa : Belajar mengajar
  • Istilah  : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.
  • Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang.  Seorang membaca yang lain mendengar dan membetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya membaca atau mengeja.

Objektif:

1)    Meningkatkan kemahiran sesama murid
2)    Guru dapat memantau pencapaian murid.
3)    Murid mendapat keyakinan diri.
4)    Pencapaian murid dapat diselaraskan.

Prinsip

1)    Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.
2)    Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.
3)    Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.
4)    Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.

Pelaksanaan :

1)    Hendaklah ditentukan bahan/ayat.
2)    Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqah mengikut peringkat kemahiran.
3)    Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.
4)    Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.
5)    Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.

Kekuatan

1)    Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.
2)    Pengajaran dan Pembelajaran  secara aktif
3)    Berani mencuba
4)    Membina keyakinan diri.

4. KAEDAH TIKRAR (Latih tubi/Ulangan)

  • Bahasa : Ulangan berkali-kali
  • Istilah : Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.  Selepas guru membaca, murid-murid ikut.  Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain.  Murid-murid membaca secara kelas.  Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja.  Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Objektif:

1)    Murid dapat menyebut huruf/kalimah dengan betul dan fasih.
2)    Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal.
3)    Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.

Pelaksanaan:

1)    Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.
2)    Memastikan tahap kebolehan murid.
3)    Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.
4)    Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.
5)    Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan:

1)    Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2)    Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3)    Dapat membina keyakinan diri murid.

5. KAEDAH IMLA’I

  • Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu.Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati ayat tersebut.  Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.
                                        
6. KAEDAH BAGHDADIAH

  • Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah.   Kaedah tersebut  memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini.
  • Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam.  Kaedah Bagdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman.  Hanya pada tahun 1990 an sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula dikenali umat Islam.
  • Kaedah Baghdadiah ini umumnya menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan tersebut.  Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah dengan cara menyebut nama huruf dari ا hingga ي  secara latih tubi hingga hafaz. 
  • Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.  Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris-baris lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan serta membunyikannya.  Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid dan membunyikannya.  Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan, terdiri daripada dua suku kata atau lebih dari empat suku kata.  Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung.
  • Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.  Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah daripada surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`.
  • Kebanyakan guru-guru yang menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surah-surah lazim seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha.  Walaupun murid-murid itu belum mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek. 
  • Dalam kaedah Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara “berkaedah” daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

Panduan kaedah Baghdadiah

1)    Mengenal huruf-huruf hijaiyah dari  ا  hingga  ي  secara latih tubi sehingga hafaz.
2)    Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
3)    Murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris iaitu baris satu di
atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.
4)    Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang bersambung dengan ا  dan  ي   serta membunyikannya.
5)    Murid diajar mengeja huruf  ا ،  و dan ي  bertanda mati dan bersambung dengan satu huruf serta membunyikannya.
6)    Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf ا ،  و dan  ي  bertanda mati dan bersambung dengan “كم “  serta membunyikannya.
7)    Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan membunyikannya.
8)    Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku kata atau empat suku kata atau lebih.  Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan tidak dengung.
9)    Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.
10) Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas hingga an-Naba`. 
11) Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu menggunakan kaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

7. KAEDAH IQRA`

  • Kaedah Iqra` diasaskan oleh Ustaz As`ad Humam dari Jogjakarta, Indonesia.  Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu.  Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran, kaedah Iqra` tidak mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di atas, di bawah atau di depan.  Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati atau tasydid.

Panduan mengajar buku Iqra`

Buku  Iqra`
Panduan












Buku Iqra` 1
1. Kaedah mengajar:
  • Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja.
  • Guru menyemak seorang demi seorang
  • Murid yang cerdas membantu murid yang lemah.
2.  Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi ulasan.
3.  Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan
     betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi.
4.  Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang
     pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu
     memperbetulkannya dengan segera dan jelas.
5.  Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf
     tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara
     berikut:
  • Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi (زَ), guru mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca (رَ) dan sekiranya murid-murid masih lupa juga, guru perlu menunjukkan bacaannya yang sebenar.
6.  Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf
     fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja
     yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-
     murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu
     seperti:
شَ سَ ضَ ظَ زَ عَ ذَ قَ اَ خَ
7.   Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
      ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
      berkenaan.
8.   Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.








Buku Iqra` 2
1.  Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam
     pengajaran buku 2.
2.  Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi
     semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna.
3.  Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang
     disambung, contohnya:  بَصَرَ ، بَ  diawal,  بَ  خَطَبَ  di akhir
صَبَرَ،     بَ    di tengah kerana biasanya murid-murid sudah 
     boleh memahami dan membacanya.
4.  Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
     supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
5.  Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara
     putus-putus.
6.  Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru
     tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur
     mengapa dibaca demikian.








Buku Iqra` 3
1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8
     juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk 
     buku Iqra` 3.
2.  Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang
     sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya
     maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus.
     Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara.
3.  Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar
     diikuti
     oleh murid-murid.
4.  Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah
     yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti:    وَمَا
     ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh
     diulang lagi.









Buku Iqra` 4
1.  Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,
     nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh
     digunakan untuk buku 4.
2.  Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf
     (sila rujuk buku 1 ms 32)                                              
3.  Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah
     atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan
     yang keliru itu sahaja.
4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah
     dengan singkatan :                                               قطــب جــــــد
5.  Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
     yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
     minat murid-murid.
6.  Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21
     (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
     membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-
     ulang kemudian baru diamati, contoh:
                                      تـــَـكَ     تـَــــكَ    تــــَكْْْ 








Buku Iqra` 5
1.  Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6,
     buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh
     diikuti dalam buku 5.
2.  Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya
     digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami
     maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada
     murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
3.  Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
     yang sama taraf pencapaiannya.
4.   Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid
     seperti:
     Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting murid-
     murid dapat menguasai bacaan dengan betul.
5.  Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai
     dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
     murid.







Buku Iqra` 6
1.  Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,
     nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan
     buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi
     buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6,
     hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya.
2.  Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun
     panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah
     dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah
     mereka membaca bahagian seterusnya.
3.  Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan,
     walaupun dengan bacaan tartil.
4.  Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak
     langsung berdasarkan praktik bacaan.











Aplikasi Iqra`

Buku Iqra`
Aktiviti


Buku Iqra` 1
1.  Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam
     buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2.  Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
     ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
     berkenaan.



Buku Iqra` 2
1.  Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam
     buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2.  Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
     supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
3.  Muka surat15 baris paling bawah guru disarankan
     menggunakan  rentak nasyid/lagu agar lebih jelas
     perbezaan antara bacaan panjang dan pendek:
                                        نَـانَنـَـا  نَنــَانَ نَنَنــَانَ نَنــَا نَنــَانَ




Buku Iqra` 3
1.  Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas,
     bawah dan depan.
2.  Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf
     mad  اْ  dan huruf mad يْ                                                   
3.  Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf
     mad اْ       ي ْ  ،dan huruf mad    وْ.











Buku Iqra` 4
1.  Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan
     depan.
2.  Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya
     berbaris
     di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah.
3.  Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya
     berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris
     di atas.
4.  Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati
     sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan.
5.  Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi.
6.  Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah.
7.  Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
     yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
     minat murid-murid.
8.  Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21
     (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
     membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-
     ulang kemudian baru diamati, contoh:
                                      تـــَـكَ     تـَــــكَ    تــــَكْْْ 

















Buku Iqra` 5




















1.  Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak
     dibunyikan ms 1-2: وَالـــــحمد      مـَـا اكتسبت             
2.  Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 3-
     5: ءَامِينَ          نَستَعِينَ         
3.  Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas
     dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua
     harakat ms 6 : أَبـــَــدًا         وَزنـــــًا       
4.  Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha
     Sakinah ms 7-8 : ءَانيةٍ         حَاميَةً    
5.  Tanda bacaan panjang  (~ ) lebih dari dua harakat ms8
           لآاَعبُـــدُ         
6.   Nun dan mim syaddah نّ  مّ  dibaca dengung dua harakat
      ms 10 .
7.   Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung
      dua harakat ms 11 :خَيـــرُُ ُ  نِّســــَــاءُ ُ      
8.   Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif
       lam tidak dibaca ms 12-13 :وَالــــــــــنَّاسِ       
9.   Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah
      bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya ms
      14-18:    كَبـــَّرَ           بــَدَّلَ    
10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua
      harakat ms19-21 :    عَـــلَيــهِم  بِــالاِســـمِ
11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf
      lam dibaca tebal ms 22 :   وَاللَّــــهُ    
12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf
      lam dibaca nipis ms 23:                                                لِلَّـــــهِ
13. Huruf nun atau tanwin bertemu   ل dan ر   bacaannya
      Tidak didengungkan ms 24-25:    مَن رَّءَاى   خََيرُ ُ لَّك    
14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah
      dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27:    وَلآالــضَّــآ لِّيــنَ
15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
      yang sama taraf pencapaiannya.
16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
      beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
      murid.
Buku Iqra` 6
1.  Huruf  nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya
     hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 :   خَيرُ ُ وَأَبقى
2.  Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah
     dibaca dengung kadar dua harakat.  Dengungnya ditukar
     kepada mim yang ringan ms 7-9:    مِن بَــعضِ
3.  Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf  ikhfa`
     hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat
     ms11-18 :    مِن جُوع
4.  Tanda-tanda wakaf ms 19-20
5.  Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 .
6.  Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
     yang sama taraf pencapaiannya.
7.  Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
     beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.
8. KAEDAH QIRAATI

  • Kaedah Qiraati disusun pada tahun 1963 oleh Hj. Dachlan Salaim Larkasyi dari Indonesia.Ia diterbitkan paa 1Julai 1996,Kaedah ini mengandungi dua bahagian buku iaitu Qiraati untuk kanak-kanak dan Qiraati untuk dewasa. Qiraati untuk kanak-kanak mengandungi lima buah buku dan sebuah buku Gharib tentang kaedah Rasm Othmani. Qiraati untuk dewasa mengandungi tiga buah buku, Setiap bahagian diajar secara bacaan Al-Quran melalui mushaf dan tajwid.

Panduan mengajar kaedah Qiraati

Buku  Qiraati
Panduan


                          Buku Qiraati 1

1.  Kaedah mengajar:
     1.1  Menyebut huruf Hijaiyyah tidak
            berbaris           
     1.2  membaca huruf berbaris  atas
     1.3  membaca huruf-huruf sambung
            baris atas      

                         




Buku Qiraati 2
1.    Membaca huruf berbaris fathah dan kasrah, fathah dhummah dan kasrah
2.    Membaca huruf berbaris dhummah bersuara “ U “
3.    membaca baris  dua di atas “ fathatain “ bersuara “ An”
4.    Membaca baris dua di  bawah “ kasratain “ bersuara “ In”
5.    Membaca baris dua di hadapan “ Dhummatain “ bersuara “Un”
6.    Membaca huruf Ta’ Ta’nis atau Ta’ Marbutah.
7.    Mengenal Mad Asli
8.    Membaca Alif kecil dibaca dipanjang seperti alif besar
9.    Baca huruf alif kasrah diikutiya sukun
10.  Membaca huruf baris dhommah diikuti wau sukun .





Buku Qiraati 3
1.    Menerangkan bacaan huruf yang berbaris dhommah diikuti
      huruf wau yang ada huruf alif atau yang tidak ada huruf alif 
      bacaannya sama panjang.
2.    Fathah diikuti alif kecil kasrah diikuti ya kecil dan dhommah diikuti wau kecil 
3.    Huruf lam sukun supaya ditekan bacaannya.
4.    Huruf alif lam sukun dibaca seperti lam sukun .
5.    Huruf mim sukun tidak boleh  dibaca dengung.
6.    Baris dhommah diikuti oleh huruf wau bersuara “U”, dibaca panjang.





Buku Qiraati 4
1.    Membaca nun sukun dengan dengung.
2.    Baris  tanwin dibaca dengung seperti nun sukun sebab bunyi suaranya sama.
3.    Mad wajib Muttasil dibaca panjang dengan kadar 21/2 alif.
4.    Huruf alif dibaca tanpa ada suara panjang.
5.    Nun bertasdid dibaca dengung dengan kadar panjang 1 alif.
6.    Mim bertasydid dibaca dengung dengan kadar1 alif.
7.    Huruf bertasydid ditekan bacaanya.
8.    Huruf bertasydid didahului oleh ali lam, huruf alif lamnya tidak dibaca.
9.    Huruf wau bertanda bulat, huruf waunya tidak dibaca.
10.  Mim sukun tidak dibaca dengung melainkan mim sukun berhadapan dengan mim dibaca dengung.
11.  Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan mim suara nun sukun atau tanwin berubah mejadi suara mim sukun.
12.  Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan lam maka suara nun atau tanwin bertukar menjadi suara lam.







Buku Qiraati  5
1.    Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf wau maka suara nun sukun atau tanwinnya dimasukkan ke huruf waudan dibaca dengung.
2.    Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf ya maka suara nun atau tanwin masuk ke dalam huruf ya dan dibaca dengung.
3.    Fathatain ada alif kecil wakafnya dibaca panjang selain fathatain wakafnya dibaca sukun.
4.    Sebelum lafaz Allah didahului kasrah maka dibaca dengan Tarqiq (nipis), jika didahului fathah atau dhommah maka dibaca dengan Tafkhim (tebal).
5.    Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf ba,maka suara nun atau tanwinya bertukar kepada huruf mim sukun.
6.    Mim sukun bertemu huruf ba, bibaca dengung.
7.    Huruf ba sukun, dal sukun, jim sukun, To sukun  dan Qaf sukun maka dibaca melantun. 


9. KAEDAH HATTAWIYAH

  • Kaedah ini diperkenalkan oleh Drs. Haji Mohd Usman dari Riau Sumatera.  Beliau berpengalaman dalam bidang tilawah al-Quran selama 30 tahun.  Beliau menggunakan konsep mempelajari al-Quran secara cepat yang dikenali sebagai Kaedah Hatawiah.  Kaedah ini merupakan kaedah terkini sesuai, ringkas dan praktikal.  Seseorang itu boleh membaca al-Quran dalam tempoh 4 1/2 jam atau selama 6 kali belajar, khasnya kepada mereka yang sudah lancar membaca rumi.  Kaedah ini juga sesuai untuk mengajar saudara baru.

Panduan mengajar Kaedah  Hattawiyah


Buku Hattawiyah

Panduan Mengajar



Buku  1
     1     Halaman 1- 14 tidak perlu diajar. Ia
            hanya untuk pengetahuan guru
            sahaja.
  1. Pengajaran dimulakan dengan doa dan dimulakan dari muka surat 15.
  2. Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf  “ L “ dalam rumi dan huruf “  " ل al – Quran.
  3. Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf “ل "
  4. Pelajar  menyebut berulang-ulang.
  5. Guru memperkenalkan cara penyambungan huruf “ ل
  6. Guru memperkenalkan tanda bacaan  A, I dan U
      
Arab
Rumi
          _____
          _____
          _____

       A
        I
        U

  1. Guru  mengaplikasikan cara mengeja dan menyebut.
  2. dilatih tubi secara berkumpulan dan individu,
  3. Guru memperkenalkan tanda tambah ( ____) dan ganda  (____)
     

  _________

  _________

  Tambah

   Ganda

  1. Guru mengaplikasikan cara mengeja dan membaca tanda tambah dan ganda.
  2. Latih tubi secara berkumpulan dan individu.
  3. Guru memperkenalkan tanda tanwin(  ____    _____    _____ )
    
   Arab
Rumi
     _____

     _____

     _____

            AN

             IN

             UN
  1. Guru mengaplikasikan cara mengeja dan tanda tanwin.
  2. Latih tubi secara berkumpulan dan individu.

Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Kaedah ini.
     1. Aktiviti mengeja hanya boleh
         diaplikasikan sehingga muka surat
        19 sahaja.
      2.  Pastikan pelajar dapat menguasai
           halaman demi halaman dengan
           lancar sebelum berpindah halaman.
  1. Perlu memperkenalkan huruf mudah disebut selari dengan huruf Hijaiyah.
  2. Perlu mengecam bunyi huruf rumi diganding dengan huruf Hijaiyah.
  3. Perlu kuat pengecaman bunyi dengan membayangkan bunyi huruf hijaiyah.
  4. Jumlah huruf yang diperkenalkan bergantung kepada jumlah murid dan masa.
  5. Guru perlu memberi penekanan kepada pelajar tentang bacaan mengikut asas-asas hukum tajwid tanpa menyebut nama hukum.








Buku 2
      1.   Guru meminta murid  membaca
            surah al-Fatihah.
  1. Guru membimbing murid membaca surah al-Baqarah dengan lancar.
  1. Guru memperkenalkan hukum–hukum tajwid iaitu Mad asli dan hukum Nun mati dan Tanwin.
  2. Guru mengaplikasikan hukum tajwid yang telah dipelajari dalam bacaan hingga mahir sebelum pindah ke hukum lain.
  3. Guru memperkenalkan hukum mim mati serta mengaplikasikannya dalam bacaan sehingga mahir.
  4. Guru memperkenalkan hukum Mad Far’ie serta mengaplikasikannya dalam bacaan sehingga mahir.
  5. Guru memperkenalkan tanda waqaf.
  6. Aktiviti berpusatkan murid sepenuhnya.
  7. Murid yang tidak hadir dalam satu sesi mesti digugurkan dari kumpulan.



No comments:

Post a Comment