- KONSEP SYAHADAH
- Konsep Syahadah dapat di perjelaskan melalui hadis sewaktu Jibril bertanyakan pada Nabi Muhamad S.A.W tentang Islam, Baginda menerangkan dengan sabdanya yang bermaksud “Islam itu ialah mengucap Syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika berkuasa”.
- Berdasarkan maksud hadis di atas bahawa Rukun Islam terdiri daripada tiga asas yang penting iaitu:
- Pertama : Syahadah bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T.
- Kedua : Syahadah bahawa Nabi Muhammad S.W.T. adalah pesuruh Allah
- Ketiga : Amal
soleh, puncak amal soleh ialah solat, zakat, puasa dan haji
- Pengertian
Syahadatain
- Syahadah bermaksud pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan. Oleh itu orang yang bersyahadah dipanggil bersaksi kerana dia mengkhabarkan atau memberitahu apa yang dia ketahui.
- Membuat persaksian, kenyataan atau perkhabaran boleh dilakukan dalam bentuk perkataan atau perbuatan seperti maksud firman Allah S.W.T dalam Surah at-Taubah ayat 17:
- Tidaklah layak orang kafir musyrik memakmurkan masjid-masjid Allah sedangkan mereka menjadi saksi kekufuran diri mereka sendiri, mereka itu ialah orang yang rosak amal-amalnya, dan mereka pula kekal di dalam neraka.
- Kalimah Syahadah juga mengandungi pengertian iqrar, iktiraf, iktiqad, pengakuan dan kepercayaan. Seseorang yang bersyahadah (bersaksi) memang mempercayai kebenaran apa yang disaksikan dan apa yang diceritakan. Sekiranya dia bersaksi dengan sesuatu yang tidak dipercayainya maka persaksian itu pun dinamakan syahadah juga tetapi syahadah yang palsu kerana dia mengkhabarkan sesuatu yang tidak selari dengan kepercayaannya. Sebagaimana Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Munafiqun ayat 1 yang bermaksud ;
- Apabila
orang munafik datang kepadamu wahai Muhammad, mereka berkata : Kami mengakui
bahawa sesungguhnya engkau benar-benar Rasulullah dan Allah S.W.T sememangnya
mengetahui bahawa engkau adalah RasulNya serta Allah menyaksikan
bahawa sesungguhnya pengakuan orang munafik itu adalah dusta.”
- Huraian
Kalimah لااله
الا الله
- Ismail Syafi’e al-Bakabi dalam bukunya Hakikat Dua Kalimah Syahadah menjelaskan bahawa secara ringkas Kalimah tersebut bermaksud “ sesungguhnya saya mengaku dengan lidah dan membenarkan dengan hati bahawa yang diabdikan sebenar-benarnya ialah Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Esa, tiada satu pun di alam jagat ini yang layak diibadati manusia, yang patut disujudi dengan taat dan pengabdian melainkan Allah S.W.T. Bagi alam jagat ini tiada pemilik, tiada pengatur, melainkan Dia sendiri. Tiap-tiap sesuatu berhajat kepadaNya dan terpaksa meminta pertolonganNya. Ia tidak dapat dijangkau oleh pancaindera, akal manusia lemah untuk memahami zatNya.
- Menurut ijtimak ulama penuturan kalimah ini dengan tidak mengetahui maknanya atau tidak yakin dengannya dan tidak beramal dengan kandungannya iaitu tidak meninggalkan perbuatan syirik, serta tidak ikhlas dengan amalan dan perkataan (dihati dan dilidah), maka tidak berguna sama sekali.
- Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran : 18
- Allah
menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti)
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa
mentadbirk (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang
yang berilmu (mengakui dan menegaskan demikian), tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
- Huraian
Muhammad Rasulullah
- Ustaz Nasruddin
Tantawi dalam kitabnya berjudul لااله الا اللهmenjelaskan akidah seorang
pejuang memberi penjelasan dan huraian mengenai kerasulan Nabi Muhammad S.W.T
mesti dengar dan taat apa yang ditetapkan oleh baginda dan menjauhkan diri dari
segala apa yang dilarang. Firman Allah S.W.T bermaksud dalam Surah
al-Hasyr ayat 7: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh
Rasul kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya
kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat seksaNya.”
- Hubungan Konsep
Kalimah Syahadah dengan kehidupan Muslim
- Konsep Syahadah memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang muslim, di antara peranan tersebut ialah :
- Pertama : Kalimah Syahadah merupakan suatu cara hidup.
- Masyarakat Islam adalah masyarakat yang mencerminkan prinsip kalimah Syahadah, Rukun Islam dan Rukun Iman. Kalimah Syahadah telah menjadi satu asas dan dasar kepada sebuah manhaj yang lengkap dan akan menjadi asas kehidupan umat Islam sejagat. Allah telah berfirman yang bermaksud:
- “Semua keputusan (hukum) itu adalah kepunyaan Allah, ia memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia, itulah agama yang lurus”.(Surah Yusuf : 14 )
- Kedua: Kalimah Syahadah Membentuk Pemeluknya selaras dengan sunnatullah
- Manusia adalah sebahagian dari makhluk yang ada di alam ini, undang-undang yang mengatur fitrah manusia tidak terpisah dari undang-undang yang mengatur seluruh alam ini. Manusia jika dipandang dari sudut fizikal dicipta dari tanah dunia, dipandang dari segi fitrahnya ia tunduk kepada hukum alam yang telah diciptakan oleh Allah baginya sama ada suka atau tidak. Sejak dari awal kewujudan manusia, bentuknya telah ditentukan mengikut kehendak Allah yang menciptanya. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-A’raf ayat 54;
- Sesungguhnya Tuhan Kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arasy. Dia menutupkan malam dan siang yang mengikutinya dengan cepat dan (ciptaaanNya pula) matahari, bulan, bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah Allah. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, tuhan semesta alam.
- Allah menjadikan manusia dan alam semesta ini, dan menundukkan mereka kepada hukum fitrahnya. Maka semua yang ada dilangit dan dibumi tunduk kepada hukum Allah. Allah telah menurunkan kepada manusia suatu syari’at untuk mengatur kehidupan mereka. Dengan ini sama ada manusia, alam dan segala isinya terbentuk melalui pengucapan kalimah syahadah dan mengamalkannya dalam kehidupan harian manusia.
- Ketiga: Kalimah Syahadah Mencipta Kebudayaan dan Peradaban yang unik
- Masyarakat Islam adalah masyarakat yang melaksanakan Islam di dalam akidah dan ibadah Syariat dan sistem, budi pekerti dan tingkah laku. Masyarakat jahiliah adalah masyarakat yang tidak melaksanakan Islam, tidak diperintah oleh akidah, konsep Islam syariat dan akhlak Islam.
- Dengan ini, memahami, menghayati dan mengamal Kalimah Syahadah akan melahirkan peradaban Islam dalam beraneka rupa, baik corak kebendaan atau cara pembentukanNya. Dasar-dasar dan nilai-nilai yang menjadi landasan peradaban itu adalah tetap. Antara dasar tersebut ialah:
- 1. Pengabdian hanya kepada Allah
- 2. Berjemaah atas ikatan akidah
- 3. Memuliakan ciri-ciri kemanusiaan dan ciri-ciri kebinatangan
- 4. Berpengaruhnya nilai kemanusiaan yang dapat menimbulkan ciri-ciri sebagai manusia dan menghindarkan ciri-ciri kebinatangan yang ada padanya.
- 5. Menghargai kesucian kekeluargaan
- 6. Melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi menurut janji Allah dan syarat-syaratnya.
- 7. Melaksanakan manhaj Allah dan syariatNya dalam urusan kekhalifahan tersebut.
- Keempat : Kalimah Syahadah Mengukuhkan Ketinggian Iman Kepada Allah
- Hasil ketinggian
iman seseorang mukmin akan melahirkan akhlak dan perilaku yang amat berbeza
dari yang lain. Keyakinannya kepada Allah yang mempunyai nama dan sifat yang
baik lagi tinggi itu sendiri sudah memberi inspirasi untuk hidup dalam keadaan
yang tinggi, bersih, terpelihara dan bertakwa serta suka beramal soleh dan
menjadi penguasa yang baik. Apatah lagi apabila menerima
berita yang mereka akan diberi ganjaran terhadap kepayahan hidup di dunia
walaupun ketika matinya esok mereka tidak menyandang
sebarang pangkat.
- RUKUN
IMAN
- Pengertian Iman
- Pengertian Iman dari segi bahasa ialah Tasdiq (membenarkan) secara mutlak tanpa ragu-ragu ataupun syak wasangka dalam hati.
- Pengertian iman dari Istilah Syarak ialah pengakuan yang diucapkan dengan lidah, dibenarkan dengan hati serta diamal dengan anggota badan.
- Rukun Iman
- Maksud hadis Rasulullah S.W.T apabila Baginda ditanya oleh Jibril tentang Iman, baginda bersabda :“…. Kamu beriman dengan Allah, Malaikatnya, Kitabnya, RasulNya, Hari Akhirat dan Kamu beriman dengan Qadar baikNya dan burukNya.”
- Berdasarkan kepada Maksud di atas rukun Iman itu enam perkara iaitu
- 1. Beriman Kepada Allah
- 2. Beriman Kepada Malaikat
- 3. Beriman Kepada Kitab
- 4. Beriman kepada Rasul
- 5. Beriman kepada Hari Qiamat
- 6. Beriman
kepada Qada’ dan Qadar
- Hakikat
beriman kepada Rukun Iman
- Pertama : Beriman kepada Allah
- Hakikat beriman kepada Allah S.W.T. dapat ditegakkan atas dua asas, pertama iaitu percaya kepada Tauhid Rububiyyah dan yang kedua percaya kepada Tauhid Uluhiyyah. Sesungguhnya beriman kepada Allah S.W.T. adalah roh Islam dan dasar kepada asas akidah.
- Kedua : Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada Malaikat adalah satu daripada beriman kepada perkara ghaib (al-Sami’yyat), Beriman kepada perkara-perkara ghaib itu pula menjadi garis perbezaan antara manusia dengan haiwan yang hanya dapat mengetahui sekadar apa yang dapat dicapai oleh pancaindera sedangkan perkara yang wujud lebih luas daripada apa yang dapat dicapai dengan pancaindera.
- Ia juga menunjukkan perbezaan antara orang muslim dengan bukan muslim kerana mempercayai Malaikat itu (perkara ghaib) satu dari rukun Iman. Percaya kepada malaikat juga akan melahirkan insan muslim yang berhati-hati dalam segala tindak tanduknya kerana segala tindakannya akan dicatat dalam buku rekod amalannya.
- Ketiga : Beriman kepada Kitab
- Beriman pada Kitab ialah percaya dan yakin sepenuhnya apa yang terkandung dalam kitab yang diturunkan Allah S.W.T serta mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan, menjauhi segala tegahan dan larangan, mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah yang dipaparkan serta merasa gerun, takut terhadap seksa yang di sediakan untuk orang yang ingkar akan perintahnya.
- Keempat : Beriman kepada Rasul
- Semenjak diciptanya Adam sehingga berakhirnya dunia ini (kiamat) pasti ada tiap-tiap umat itu rasul masing-masing yang diutuskan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T bermaksud : “Dan tiada sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangan mereka seorang rasul pemberi ingatan “(Surah Fatir : 24)
- Perutusan para rasul untuk menyampaikan ajaran Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia, membimbing dan membawa kepada kehidupan yang sempurna dan bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat dengan cara menyampaikan tugas-tugas dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
- Rasul juga memberitahu manusia akan peraturan-peraturan kehidupan supaya kehidupan ini sesuai dengan kehendak ajaran dan sunnatullah, memberitahu akan adanya hidup selepas mati dan akan kembali ke alam baqa’, di sana akan menerima balasan sepadan dengan apa yang dikerjakan semasa di dunia.
- Matlamat yang paling utama bagi perutusan rasul-rasul ialah untuk membebaskan manusia dari penyembahan terhadap makhluk-makhluk yang terdapat di alam ini. Selain dari itu untuk menyelamatkan manusia dari mendapat azab di akhirat kelak .
- Kelima : Beriman kepada Hari Akhirat
- Firman Allah dalam Surah Taha ayat 15, bermaksud:“ Sesungguhnya Hari Qiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya, supaya setiap diri dibalas dengan apa yang mereka usahakan.”
- Berpandukan kepada maksud ayat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa setiap manusia mesti beriman kepada Hari Akhirat kerana ianya tetap akan datang. Kedatangannya adalah untuk :
- 1. Menunjukan kekuasaan Allah S.W.T mengadakan semula alam ini yang dinamakan Alam Akhirat setelah memusnahkan dunia ini.
- 2. Memberi ganjaran dan balasan yang setimpal kepada setiap manusia atas kerja-kerja yang dilakukan di dunia ini
- 3. Menjalankan dan melaksanakan keadilan kepada semua manusia mengikut usaha yang dilakukannya.
- 4. Membuktikan kepada sekalian makhlukNya bahawa Allah itu Maha Adil.
- Keenam : Beriman kepada Qadak dan Qadar
- Beriman kepada Qadak dan Qadar ialah beriman dengan yakin bahawa Allah S.W.T telah menetapkan undang-undang, peraturan dan Musabbab ( effect ) bagi sebelum berlakunya menurut ketetapan dan kelulusanNya yang azali dan tidak ada sesuatu pun yang terkeluar darinya. Allah berfirman yang bermaksud:“ Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan) dan Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki ) hanyalah satu cara sahaja (cepat jadi) seperti sekelip mata.” ( Surah al-Qamar: 56 )
- Qadak dan Qadar Allah S.W.T yang berhubung dengan manusia terbahagi kepada tiga bahagian:
- 1. Qadar takdir Tuhan yang tidak dapat ditolak kerana manusia tidak diberi kuasa dan daya upaya untuk menahannya daripada berlaku. Tuhan menentukan bentuk tubuh manusia sejak azali lagi.
- 2. Qadak yang ditentukan kepada hambaNya adalah qadak takdir perasaan semula jadi semenjak dilahirkan seperti rasa ingin makan, minum, tidur dan sebagainya.
- 3. Qadak takdir yang diberikan kepada manusia untuk kebebasan memilih tetapi manusia diberitahu untuk memilih qadak takdir yang mendatangkan manfaat dan terhindar daripada keburukan.
- Firman Allah S.W.T.
- “Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum hingga mereka sendiri
mengubah apa yang ada pada mereka. Dan apabila Allah S.W.T menghendaki untuk
menimpa bala bencana kepada sesuatu kaum (disebabkan kesalahan mereka sendiri)
lalu tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya
itu dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong mereka selain daripadaNya.” ( Surah al-Ra’du: 11 ).
- KEROSAKAN
AQIDAH
- Perlu diingat bahawa iman seseorang muslim akan bertambah dan berkurangan dengan bertambah atau berkurangnya amal ibadat yang dilakukan. Di samping itu aqidah mereka akan rosak atau menjadi murtad dengan sebab perbuatan, perkataan dan hati. Kerosakan akidah atau disebutkan riddah ialah seseorang muslim berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam dan orang yang melakukan demikian dinamakan murtad. Firman Allah S.W.T:
- Sesiapa
yang murtad antara kamu daripada agamanya lalu dia mati sedangkan dia dalam
keadaan kafir maka telah habislah amalannya dan di akhirat lalu mereka itulah
penghuni neraka , mereka kekal di dalamnya. ( Surah al-Baqarah : 217
).
- Sebab Kerosakan Akidah
- Perkataan
- · Mengatakan Al-Quran itu baru
- · Memperli Sunnah Nabi
- · Mengatakan Nabi Muhamad bukan Nabi
- · Mengatakan perkara haram itu halal dan sebaliknya
- Perbuatan
- · Mandi safar
- · Menolak hukum islam
- · Menyembah berhala
- Hati/niat
- · Berniat hendak memeluk agama lain
- · Menyembelih binatang untuk pemujaan
- · Tidak percaya wujud Hari Kiamat
- · Tidak percaya Tauhid Uluhiyyah
- · Tidak percaya
Tauhid Rububiyyah
- Perkara-perkara yang
membatalkan Syahadah
- Menurut Al-Sheikh Abdul Aziz, perkara yang boleh merosakkan dan membatalkan syahadah ada 10 perkara, iaitu;
- 1. Syirik
- 2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara dirinya dengan Allah S.W.T.
- 3. Tidak mengkafir orang musyrikin.
- 4. Beriktikad salah, iaitu hidup berpandukan selain dari ajaran Rasulullah
- 5. Benci pada sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah
- 6. Mempersenda-sendakan sesuatu daripada ajaran Nabi Muhammad
- 7. Sihir atau ilmu guna-guna.
- 8. Membantu atau menolong orang musyrikin untuk menentang orang Islam.
- 9. Beriktikad songsang atau mencari agama selain dari agama Islam.
- 10. Berpaling
secara keseluruhan daripada agama Allah S.W.T.
- Kesan daripada Murtad
- 1. Tidak sah dan terbatal ikatan perkahwinan.
- 2. Diharamkan makan sembelihannya.
- 3. Tidak boleh menerima pusaka atau memberi pusaka.
- 4. Tidak boleh menjadi wali nikah.
- 5. Tidak boleh menjadi saksi.
- 6. Terhapus pahala kebajikannya.
- 7. Pemerintah boleh menghukum bunuh jika dia
tidak bertaubat kembali kepada agama Islam. Rasulullah S.W.T
bersabda yang bermaksud : “ Sesiapa yang menukarkan agamanya boleh dihukum
bunuh.”
- Langkah-langkah pencegahan
- 1. Diberikan didikan agama sejak kecil lagi.
- 2. Menguatkuasakan undang-undang pencegahan.
- 3. Menghapuskan tempat-tempat pemujaan, khurafat danm maksiat.
- 4. Bertaubat nasuha. Orang yang murtad hendaklah bertaubat dengan sebenar-benar taubat serta mengucapkan kalimah syahadah semula.
- 5. Mengadakan islah atau pembaikan
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya TUJUH LAUTAN lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.(Surah Luqman ayat 27)
Saturday, 15 November 2014
Akidah dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment