Sunday, 2 November 2014

Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan, Fasa Tindakan

Model proses kreatif terarah mempunyai empat fasa. Empat fasa tersebut ialah:

           Persediaan
a. Pemerhatian
b. Analisis

Imaginasi
a. Penjanaan idea
b. Sintesis idea

Perkembangan
a. Penambahbaikan
b. Menilai

Tindakan
a. Pelaksanaan
b. Amalan berterusan

  • Fasa Persediaan


Fasa Persediaan
Kemahiran Utama
Indikator
Pemerhatian

Membuat pemerhatian
aktif untuk mengumpul
maklumat.
·         Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau
·         Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh
·         Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen yang sesuai
·         Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen dengan betul
·         Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai
·         Mengenal pasti ciri objek, situasi atau
fenomena dengan tepat
·         Mendapatkan makna dengan betul
·         Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena
sekeliling yang berkaitan
Analisis

Menganalisis maklumat
dengan menghuraikan
bahagian kepada yang
lebih kecil bagi
memahami sesuatu
·         Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul
·         Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu
·         Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu
·         Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu
·         Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa
·         Mengkaji kesan baik dan kesan buruk
·         Mengimbas kembali idea.
·         Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong berdasarkan fakta dan maklumat

  • Fasa Imaginasi


Fasa Imaginasi
Kemahiran Utama
Indikator
Penjanaan idea

Menghasilkan idea yang
berkaitan dengan
sesuatu perkara
·         Menghasilkan idea baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik)
·         Menghasilkan idea secara berterusan
·         Menghasilkan idea yang bermakna
·         Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada
Sintesis idea

Menggabungkan
maklumat yang
berasingan untuk
menghasilkan dan
memilih sesuatu
·         Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan
dan membina tajuk.
·         Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik –lukisan, kraf, binaan, peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan lakaran
·         Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan sama ada maklumat tambahan diperlukan
·         Membuat keputusan tentang sintesis akhir
·         Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir
·         Mencabar dan menilai maklumat baharu yang
diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan
·         Membuat refleksi yang berterusan

  • Fasa Perkembangan


Fasa Perkembangan
Kemahiran Utama
Indikator
Penambah baikan

Membuat penambahbaikan
untuk mengembangkan atau mempelbagaikan
sesuatu idea untuk
meningkatkan mutu
atau keindahan hasil
karya atau ciptaan
·         Menokok tambah idea
·         Mengubahsuai idea
·         Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea
·         Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan
·         Memberi pelbagai kategori atau aspek
Menilai

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara
·         Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau
menolak idea
·         Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu
·         Membuat wajaran dengan betul
·         Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka

  • Fasa Tindakan


Fasa Tindakan
Kemahiran Utama
Indikator
Pelaksanaan

Menyampaikan dan
mempersembahkan
idea atau menghasilkan
prototaip
·         Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus
·         Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami
·         Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil
Amalan berterusan

Peka kepada perkara di
sekeliling dan menjana
idea untuk mengembangkan daya kreativiti
·         Peka kepada perkara di sekeliling
·         Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah, kesilapan dan kelemahan
·         Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan





No comments:

Post a Comment