Saturday 14 May 2016

NOTA PIM 3103 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM




  •     Pengujian
  •     Pengukuran
  •     Penilaian


  • Definisi
  •  Contoh


  • Tulisan
  • Lisan
  • Pemerhatian


  • Penguasaan ilmu
  •  Penguasaan kemahiran
  • Penghayatan dan amalan


  • Item objektif
  • Item subjektif


  •  Kepentingan JSU
  •  Komponen
  • Langkah penyediaan


  • ·Tujuan
  •   Peraturan
  •   Pelaksanaan

NOTA PIM 3093 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM


1.    Pemilihan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

·         Kategori bahan
·         Keberkesanan bahan
·         Pemilihan bahan
·         Integrasi TMK dalam Pendidikan Islam
·         Penilaian keberkesanan bahan

2.    Pengajaran Mikro dan Makro

·         Konsep pengajaran
·         Kemahiran Pengajaran

3.    Perancangan Pengajaran Mikro dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

·         Asuhan tilawah Al Quran
·         Asas Ulum Syariah
·         Adab dan Akhlak Islamiah
·         Pelajaran Jawi

Amali

1.    Pembinaan bahan sumber

·         Bahan cetak
·         Bahan bukan cetak

2.    Amali Pengajaran Mikro : Aplikasi kemahiran Pengajaran Mikro dalam bidang :

·         Asuhan tilawah Al Quran
·         Asas Ulum Syariah
·         Adab dan Akhlak Islamiah
·         Pelajaran Jawi

3.    Amali Pengajaran Makro dalam bidang :

·         Asuhan tilawah Al Quran
·         Asas Ulum Syariah
·         Adab dan Akhlak Islamiah
·         Pelajaran Jawi

Friday 13 May 2016

Penilaian PAFA Sekolah Rendah

KONSEP PAFA

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

TUJUAN

·         Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.
·         Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.
·         Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari.

 PERATURAN PAFA

1.   Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2.   Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
3.   Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
4.  Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan.
5.    Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam laman web ini. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu lebih awal.
6.    Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.
7.   Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang dan bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan sempurna.
8.   Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.
9.   Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa. Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian.
10.  Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan dapat mengamalkan kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM  sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.
11.  Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu Ain apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.
12.  Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian kepada Lembaga Peperiksaan Kementerian Penidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.
13.  Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL' dalam keputusan atau sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau menjejaskan sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang.

 PELAKSANAAN PAFA

Pelaksanaan PAFA adalah berdasarkan kepada surat pekeliling berikut:

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 :
Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas Fardu ’Ain akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mulai Sesi 1994/1995. Perkara Asas Fardu ’Ain tersebut adalah seperti berikut :

Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :

(a)  Mengucap Dua Kalimah Syahadah
(b)  Rukun Iman
(c)  Rukun Islam
(d)  Beristinjak
(e)  Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis
(f)   Berwuduk
(g)  Mandi Wajib
(h)  Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah
(i)   Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan hikmat
(j)   Adab terhadap ibu bapa
(k)  Ihsan

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/2002 :
PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH bertarikh 3 Disember 2002.

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Penilaian PAFA yang sedangdilaksanakan di sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah disemak semula. Penilaian PAFA Semakan ini akan dilaksanakan serentak dengan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR/KBSM Semakan bermula sesi Persekolahan 2003.


2. Bagi menyelaras pelaksanaan dan menentukan keberkesanan penilaian tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan tiga buah buku panduan berikut:

2.1 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR;
2.2 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR/PMR/SPM; dan
2.3 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) PANDUAN GURU.

3. Setiap murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memiliki buku berkaitan. Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut dan menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dikelasnya. Murid dan guru boleh membeli buku tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau cawangan-cawangannya. Setiap sekolah hendaklah memiliki sekurangkurangnya satu set buku-buku tersebut sebagai rujukan.

4. Soalan yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidak rahsia. Semua murid mesti lulus 100% kod-kod yang telah ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah murid bersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara berterusan dan mempastikan mereka menguasai setiap kod yang ditentukan.

5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994.


APA YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAFA?

Melalui P&P, perkara yang hendak dicapai oleh setiap murid/pelajar ialah:

  1. Boleh mengucap Dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui dan memahami maknanya.
  2. Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman.
  3. Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan cara menyucikan tubuh badan, pakaian, tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan  tayammum.
  4. Boleh mendidikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamah, menjawab azan dan iqamah serta do’anya.
  5. Menghayati ibadat puasa, memahami hikmahnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.,
  6. Mengetahui dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan ‘ihsan’ dan bermula dari ‘birru al-walidain’.
  7. Memahami dan meyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan ummah yang kuat dan teguh.
 STRUKTUR PELAKSANAAN

Sekolah Rendah:
         Tahun 1 : Jun – Oktober
         Tahun 2 – 5 : Januari – Oktober
         Tahun 6 (UPSR): Januari – Julai

Kemaskini Borang Berkelompok:
         Mac
         Jun


JADUAL TINDAKAN PELAKSANAAN
 UJIAN PAFA (SR)

Bil
Tindakan
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Julai
Ogos
Sept
OKt
Catatan
1
Memastikan murid memiliki buku panduan penilaian PAFA













2
Penyediaan Fail PAFA (borang berkelompok)











3
Pelaksanaan PAFA
3.1 Tahun  1
3.2 Tahun 2-5 
3.3 Tahun 6



























4
Kemaskini borang berkelompok












5
Menghantar keputusan penuh PAFA/ Disket ke Unit/ Bahagian Peperiksaan (JPN)












6
Mengemaskini rekod pencapaian individu murid yang akan berpindah sekolah baru (sekiranya ada)


7
Penyetaraan daripada Kementerian/JPN/ Bahagian/ Daerah
Mengikut taqwim pihak berkenaan



AGIHAN KOD PAFA
(SR)


TAHUN

KOD DINILAI

TAJUK

1
01
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02
Rukun Islam
03
Rukun Iman
04
Beristinjak
05
Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis

2
06
Cara Berwudhuk
07
Cara Bertayammum  (SM)
08
Cara Mandi Wajib
09
Azan dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya
10
Solat Fardhu

3
11
Solat Jenazah  (SM)
12
Puasa
13
Adab Terhadap Ibu bapa
15
Ihsan
16
Kewajipan Menutup Aurat  (SM)
17
Batas Pergaulan Dalam Islam (SM)

4
01
Mengucap dua kalimah syahadah
02
Rukun Islam
03
Rukun Iman
04
Beristinjak
05
Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis
06
Cara Berwuduk
07
Cara Bertayammum (SM)
08
Cara mandi wajib
09
Azan dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya

5
10
Solat Fardhu
11
Solat Jenazah (SM)
12
Puasa
13
Adab terhadap ibu bapa
14
Perkahwinan (SM)
15
Ihsan
16
Kewajipan menutup aurat (SM)
17
Batas pergaulan dalam Islam (SM)
15
Ihsan

RUMUSAN

1.        Penilaian PAFA adalah suatu proses bimbingan dan penilaian yang berterusan sehingga murid mencapai sekurang-kurangnya tahap minima.
2.        Penilaian PAFA dijalankan secara lisan (L) dan amali (A) mengikut kod-kod yang telah ditetapkan. Contoh:
                        i.  L1.1 : Ujian secara lisan sahaja
                        ii. A9.4 : Ujian secara amali sahaja
                        iii. LA 5.1: Ujian secara lisan dan amali
                        iv. A/L9.1: Ujian secara amali atau lisan