· Menurut Ikhsan dan Norila (2006), sumber
pengajaran merujuk kepada bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran (P&P)
yang perlu digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses P&P ke arah mencapai
objektif sesuatu P&P yang ditetapkan. P&P memerlukan bahan-bahan sebagai medium
untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran ataupun nilai sebagaimana yang
diobjektifkan kepada kumpulan sasar iaitu murid-murid. Tanpa medium sebagaimana yang dimaksudkan,
proses penyampaian dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kurang lancar serta
kurang memberi kesan yang diharapkan.Jamaludin et al. (2000) pula merujuk
sumber pengajaran kepada teknologi pendidikan. Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip
saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pembelajaran
dan pengajaran. Secara ringkasnya teknologi pendidikan ialah
satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, pengetahuan dan kemahiran,
teknik dan organisasi yang digunakan secara terancang dan teratur (proses dan
produk) bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses pengajaran dan keberkesanan
di dalam pembelajaran.
Rasional Bahan
Sumber digunakan dalam Pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam.
Seterusnya,
menurut Jamaludin et al. (2000) dan Ikhsan dan Norila (2005), antara rasional
menggunakan sumber atau bahan-bahan dalam proses PdP ialah;
- 1. Memotivasikan Pelajar
Penggunaan Alat bantu mengajar (ABM) yang pelbagai dapat menarik
minat, menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan juga
menambahkan persepsi kawalan iaitu mereka suka dengan apa yang mereka lakukan.
Sebagai contoh ialah melihat video, bermain perisian-perisian pendidikan dan
melihat gamabr-gambar yang menarik.
- 2. Mengaitkan dengan Kehidupan
Pemilihan bahan-bahan yang kontekstual dan relevan oleh guru dapat
membantu murid-murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna
untuk kehidupan seharian mereka.
- 3. Alat sokongan dan Perkongsian
Ini kerana suasana fizikal dan suasana psikologikal yang kondusif
untuk murid-murid dapat meneruskan pembelajarannnya.Ini kerana variasi yang
wujud dalam aktiviti ini dapat mengelakkan pelajar daripada cepat berasa bosan.
- 4. Memartabatkan Profesion
Meningkatkan kualiti profesion perguruan kerana penggunaan ABM di
dalam kelas dapat menjamin keberkesanan penyampaian seseorang pendidik.
- 5. Mengurangkan Kos
Menjimatkan masa kerana sesuatu maklumat boleh digunakan
berulangkali seperti maklumat di tranperansi di samping penggunaan komputer dalam
proses pengiraan.
- Kriteria-kriteria yang perlu diambil kira bagi seseorang guru untuk memilih Bahan bantu Mengajar dalam PdP yang dirancang.
·
Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai
dapat membantu guru melaksanakan sesi pengajaran yang lebih berkesan dan
seterusnya mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran yang telah dirancang.
Sehubungan dengan itu guru perlu mengambilkira kriteria berikut dalam pemilihan
bahan sumber:
- Matlamat dan faedah-faedah penggunaan Sumber Pembelajaran dan pengajaran
Pembelajaran
sesuatu konsep bermula dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak. Penggunaan
bahan sumber yang sesuai akan menyebabkan peralihan ini berlaku dengan lancar.
Matlamat utama penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran pembelajaran ialah;
- Pelajar dapat menguasai konsep atau kemahiran tertentu yang diajar oleh guru
- Menggalak dan memperkukuhkan pembelajaran yang dilalui oleh pelajar.
Seterusnya,
menurut Jamaludin et al. (2000) berdasarkan kajian-kajian, terdapat enam kesan
dan faedah penggunaan bahan atau sumber dalam pembelajaran dan pengajaran.
Antaranya seperti berikut;
- Menjadikan Pendidikan Lebih Produktif
Penggunaan sumber yang sesuai dalam pendidikan boleh mempercepatkan
kadar P&P dan guru akan mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan
kerja-kerja perancangan dan penyelidikan. Beban kerja guru juga akan
berkurangan dan kurikulum dapat diselesaikan mengikut perancangan. Penggunaan
TV pendidikan, contohnya boleh menggantikan peranan guru untuk suatu jangka
masa tertentu. Guru hanya dikehendaki bertindak sebagai fasilitator
- Pengajaran Bersifat Individual
Menggunakan pelbagai sumber P&P yang sesuai dan berkesan akan
memberi peluang kepada guru menggunakan lebih banyak teknik-teknik pengajaran.
Contohnya, penggunaan media teknologi seperti slaid dan rakaman, filem jalur,
televisyen, radio, overhed projektor dan komputer multi media boleh meyakinkan
guru tertentu menggunakan banyak teknik pengajaran tersendiri.
- Pengajaran Berasaskan Kajian Saintifik
Dapatan daripada kajian-kajian dan penyelidikan selalunya dijadikan
dasar dalam pemilihan bahan-bahan semasa merancang penggunaan teknologi dalam
pendidikan menentukan program-program. Dengan itu pengajaran akan menjadi lebih
berkesan. Oleh itu sebelum menghasil atau mengaplikasikan sesuatu bahan sumber
pengajaran, guru perlu melakukan kajian dan penyelidikan saintifik agar sumber
yang dibina dan diaplikasi itu sesuai dan dapat melancarkan proses P&P dan
tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep andaian yang belum pasti.
- Pengajaran yang Bersemangat dan Bertenaga
Penggunaan sumber juga boleh merangsang persekitaran P&P.
Contohnya dengan membawa peristiwa-peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang
jauh kepada pelajar seperti yang terdapat dalam filem-filem. Ini dapat
memudahkan pelajar faham dan mengetahui tentang sesuatu peristiwa atau fenomena
yang berlaku sekaligus akan mewujudkan suasana P&P yang bersemangat dan
bertenaga dari pihak guru dan pelajar.
- Pengajaran Yang Hampir Kepada Keadaan Sebenar
Penggunaan sumber juga boleh membantu mendekatkan jurang antara
dunia luar dengan alam persekitaran sekolah. Sebagai contoh, pelaksanaan
kurikulum sekolah akan menjadi lebih dinamik menerusi televisyen, tayang filem
dan media-media lain. Maklumat-maklumat yang berbentuk ilmu pengetahuan dan
perkara sebenar yang dipilih dari buku-buku teks boleh disampaikan kepada
pelajar secara kumpulan dan ini akan memudahkan pelajar berbincang bersama
rakan dan memahaminya dengan panduan daripada guru mereka.
- Pendidikan yang Lebih Seimbang
Keadaan persekitaran sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain
tidak mungkin sama. Maka melalui media teknologi sebagai sumber P&P,
pelajar daripada sekolah yang kurang kaya persekitarannya akan mendapat peluang
untuk melihat, mengalami dan mempelajari bahan-bahan yang ada di kawasan yang
lebih maju daripada tempatnya. Justeru itu pelajar boleh melihat dan
mempelajari bahan tersebut menerusi siaran langsung atau rakaman.
No comments:
Post a Comment