Pengajaran
mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam masa
di antara lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi sekumpulan pelajar. Jumlah pelajar
biasanya antara sepuluh hingga lima belas orang sahaja. Pengajaran mikro bertujuan membina kemahiran guru berkaitan
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengajaran
mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat menyampaikan satu-satu
kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia melibatkan teknik-teknik penggunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan,
penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar, pengurusan
kelas, penggunaan papan kapor, pengukuhan dan penutup.
Melalui
pengajaran mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam
sesuatu situasi yang terkawal. Anda perlulah tahu, kebiasaannya pengajaran
ini hanya menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Untuk memerhati dan menilai aktiviti pengajaran yang dilaksanakan, anda digalakkan membuat rakaman video. Setelah aktiviti pengajaran ini selesai anda
perlu berbincang dengan rakan-rakan
tentang kekuatan dan kelemahan
bagi aktiviti pengajaran yang
telah anda laksanakan. Hasil
perbincangan tadi bolehlah digunakan
untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kemahiran yang telah dilaksanakan.
Antara
faedah yang dapat disenaraikan ialah:
- Mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pembelajaran yang terancang dan dipermudahkan.
- Boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang kompleks.
- Pengajaran mikro membolehkan anda mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah.
- Pengajaran mikro juga dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah.
- Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.
- Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran anda akan dapat memahami kesalahan / kelemahan dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.
Sekarang cuba kita lihat bagaimana cara sesi pengajaran mikro dilaksanakan.
(Model
D.Allen dan K. Kyan)
![]() |
Merancang
Anda perlu membuat persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dengan memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad berjalan dengan lancar. Borang-borang yang berkaitan dengan penilaian perlulah disediakan.
Mengajar
Anda hendaklah menjalankan
sesi pengajaran seperti yang dirancang.
Semua prinsip dan garis panduan berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan
dipraktikkan. Contohnya ‘kemahiran
penyoalan’. Anda perlulah mengaplikasi semua prinsip penggunaan dan
komponen kemahiran penyoalan dalam sesi
pengajaran itu. Adalah lebih baik anda merakamkan sesi
pengajaran tersebut.
Mengulas / Menilai
Latihan akan menjadi bertambah
baik jika peserta menerima maklum balas tentang sesi pengajaran mikronya. Sekiranya
ada rakaman, anda bolehlah
menonton semula dan membuat
penilaian kendiri. Rakan-rakan
pemerhati menilai melalui borang
penilaian yang telah diedarkan sebelum sesi perlaksanaan mikro
Merancang semula
Hasil daripada komen-komen
yang diterima dalam peringkat penilaian, anda hendaklah membuat perancangan
kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang juga akan dirakamkan.
Pengajaran semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada persediaan mengajar
yang disediakan.
Pengajaran Semula
Selepas selesai selesai
membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat dan dirakamkan. Seharusnya
pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama kerana anda telah
mengambil kira komen dan teguran.
Mengulas Semula
Selepas pengajaran semula,
perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat di bawah penyeliaan bagi
mengukuh dan meneguhkan kemahiran mengajar yang telah dipraktikkan itu.
Konsep Pengajaran makro - Pengajaran makro adalah satu sesi pengajaran yang
lengkap bermula dari set induksi,
pengenalan, perkembangan p&p hingga
penutup. Perlaksanaannya perlulah
:
- Kelas besar
- Perlu murid sebenar
- Guru mengajar sepenuh waktu
- Tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar
- Situasi sebenar
Kemahiran-Kemahiran Pengajaran
Mikro
Pengajaran mikro merupakan
suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan anda pengalaman mengajar
serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi yang hampir
sama dengan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Kemahiran mengajar yang
dipilih ialah merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting dan kerap
digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Di antara kemahiran-kemahiran yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah
:
- Kemahiran penyampaian set induksi
- Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran
- Kemahiran Penggunaan penyoalan
- Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan
- Kemahiran Penggunaan papan kapur
- Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan
- Kemahiran Perlaksanaan penutup
Untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran mikro anda
hendaklah memilih salah satu daripada
kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persediaan mengajar berdasarkan prinsip, objektif dan
komponen-komponen kemahirannya. Kemahiran mengajar yang dipraktikkan dalam
pengajaran mikro hanya merupakan sebahagian kecil daripada satu waktu pelajaran
yang sebenar. Masa penyampaian kemahiran mengajar ini dalam sesuatu sesi
pengajaran mikro akan mengambil masa antara
5 hingga 10 minit sahaja, bergantung kepada keperluan sesuatu jenis
kemahiran mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran.
Kemahiran Penyampaian Set
Induksi
Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses
pengajaran. Ia bertujuan membina aliran
pemikiran serta menimbulkan minat
murid-murid supaya mereka menumpukan
perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.
Terdapat beberapa cara yang
boleh digunakan untuk menyampaikan set
induksi . Antaranya penggunaan alat
bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan,
membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan
sebagainya.
Oeh kerana set induksi cuma
bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu
bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa yang diperuntukkan tidak seharusnya melebihi
5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.
Kemahiran Menerang
Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada
murid. Biasanya pada peringkat
perkembangan . Semasa menggunakan kemahiran menerang guru memberi penerangan kepada murid tentang
sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber
pelajaran. Ketika memberi penerangan
guru boleh menggunakan kapor untuk menulis
isi-isi penting pada papan
tulis/kapur supaya membantu murid memahami dan merekodkan dalam buku
nota.
Prinsip-Prisip Penggunaan Kemahiran Menerang
·
Rancang aktiviti pengajaran
·
Tentukan contoh, ilustrasi
atau sumber pelajaran yang akan digunakan
·
Masa hendaklah sesuai
·
Kekalkan minat murid terhadap
penerangan guru
·
Perkataan dan istilah
hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid
·
Penerangan berdasarkan
pengetahuan lepas murid
·
Alat Bantu mengajar sesuai
dengan isi pelajaran, diuruskan dengan teknik yang berkesan.
KEMAHIRAN PENYOALAN
Teknik
penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat permulaan kemahiran penyoalan
digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pelajaran lepas. Peringkat perkembangan ianya digunakan untuk
mencungkil pemikiran murid. Peringkat
penutup ianya digunakan untuk menilai pencapaian objektif.
Objektif Penyoalan
- Uji pengetahuan murid
- Rangsang pemikiran
- Menarik perhahtian
- Menilai keberkesanan
- Membantu mengulangkaji pelajran
- Menjalin hubungan guru murid
- Memperkukuhkan kefahaman baru
- Menimbulkan minat
dan perasaan ingin tahu
- Memperkembangkan daya pemikiran
- Melibatkan keaktiufafan dalam P & P
- Menggalak murid berani
menyoal
Komponen-Komponen
Kemahiran Penyoalan
Pembentukan soalan : Jelas, ringkas dan tepat
Fokus tunggal : Soalan ditumpukan
kepada satu idea dan konvergen
Fokus pelbagaian : Soalan
ditumpukan lebih daripada satu idea dan
divergen
Sebaran : Soalan disebarkan
kepada seluruh kelas.
Kemahiran Pengukuhan
Digunakan apabila murid memberi
jawapan / reaksi yang betul dalam satu-satu aktiviti . Pujian merupakan satu teknik pengukuhan
tingkahlaku
Prinsip Pengukuhan
- Berubah dari
masa ke semasa
- Diberi
sebaik sahaja selesai menjawab
- Elak
komen negatif
- Teknik
pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar
- Diberi
dengan ikhlas
Kesan Kemahiran Pengukuhan
- Membawa semangat ingin belajar
- Meningkatkan murid bersifat cubajaya
- Murid akan berubah kearah tingkah laku positif
- Usaha murid dihargai
- Wujudnya hubungan yang baik guru dan murid
VARIASI
RANGSANGAN
Teknik mempelbagaikan
kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan minat murid. Meliputi kemahiran mengubah tingkah laku
guru, mempelbagaikan aktiviti, menukar corak interaksi dan mempelbagaikan
kaedah pengajaran
Kemahiran Penggunaan Papan
Kapur
Suatu
kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia memerlukan kemahiran guru merancang dan
menyusun tulisan, nota dan gambar
rajah. Guru yang menguasai kemahiran ini dengan baik, memudahkan murid
membaca dan memahami dan dapat menarik minat pelajar.
- Guru harus merancang penggunaannya lebih
awal
- Cuba memahirkan diri dalam kemahiran
melukis gambar rajah
- Tulisan hendaklah jelas
- Penggunaan kapur warna
- Penggunaan aktiviti hendaklah dipelbagaikan
- Penglibatan murid dalam penggunaan papan
kapur
- Masa yang sesuai
Kemahiran Penutup
Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu
pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan
dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran
baru yang dipelajari dengan merumuskan
isi-isi penting atau memberi
aktiviti susulan. Guru juga boleh menggunakan bahagian penutup
ini untuk menilai pencapaian objektif
serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Hasil penilaian ini akan
digunakan untuk membuat pengubahsuaian
terhadap pelajaran berikutnya.
Terdapat dua jenis penutup
Kognitif -
bertujuan mengukuhkan isi dan kemahiran yang dipelajari
Caranya:- buat rumusan /
kesimpulan
Beri
kerja bertulis/ latihan / lembaran kerja
Beri
aktiviti pengayaan
Penyoalan
isi-isi penting
Sosial - bertujuan memberi
satu perasaan pencapaian supaya mereka ingin terus belajar atau aplikasi apa
yang dipelajari dalam kehidupan harian.
Caranya -
menggunakan teknik peneguhan atau tugas lanjutan.
Prinsip-prinsip
- Pastikan sesuai dengan
objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari
- Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan perlu dirancang dengan teliti
- Sediakan juga penutup sosial
di samping penutup kognitif
- Aktiviti penilaian juga boleh diadakan di peringkat penutup
No comments:
Post a Comment