PANDUAN PENGGUBALAN ITEM UJIAN
Objektif
Penggubal perlu mengetahui falsafah dan
objektif penilaian secara keseluruhan selain memahami dengan jelas objektif
pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan soalan yang hendak digubal.
Sukatan Pelajaran, Format dan JPU:
Soalan yang digubal mestilah berdasarkan
sukatan pelajaran, format dan JPU bagi mata pelajaran yang berkaitan. Tujuannya
ialah supaya kertas soalan yang dihasilkan mempunyai keesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
Kata kerja
Gunakan kata
kerja yang menepati aras taksonomi seperti telah diterangkan di atas.
Bahasa:
a.
Gunakan bahasa yang
mudah difahami iaitu jelas dan tepat dari segi kehendak soalan.
b.
Pastikan penggunaa tatabahasa dan struktur ayat yang betul.
c.
Tinggalkan
perkataan/ayat yang kabur dan mengelirukan
d. Hanya istilah daripada Dewan Bahasa dan
Pustaka sahaja yang diberi keutamaan. Sekiranya terdapat istilah lain, pastikan
ia diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan.
Contoh: inferens.
e.
Tandakan istilah bahasa
asing yang digunakan dengan pembuka kata dan penutup kata ‘……….’:
Contoh: ‘ Idgham’.
Jenis-jenis
soalan:
Penulisan item memerlukan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam dalam
pelbagai aspek seperti bentuk item, jenis item, aras item, penyusunan item,
kelebihan dan kelemahan setiap jenis item ujian dan sebagainya. Guru haruslah
memahami bagaimana untuk membentuk ujian yang bermutu tinggi. Ujian bermutu
tinggi ialah ujian yang mengandungi semua ciri ujian iaitu kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.
Langkah-langkah berikut perlu diambil kira oleh guru untuk memastikan ujian
yang itu bermutu tinggi:
i. Item-item ujian hendaklah disediakan berdasarkan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) mengikut kepada tujuannya
ii. Bilangan item hendklah diberikan secara berpatutan,
mengikut masa ujian yang diperuntukkan
iii. Proses pengujian hendaklah dijalankan
secara teratur dan kemas
iv. kertas jawapan hendaklah diperiksa secara objektif, mengikut
skema pemarkahan yang baik.
v. Keputusan ujian hendaklah mudah ditafsirkan mengikut suatu
sistem penilaian yang berkesan.
Pemilihan bentuk ujian
juga adalah penting. Ujian sama ada objektif atau struktur, kedua-duanya
memerlukan peringkat kebolehan yang sama jika ditadbirkan dengan baik boleh
menghasilkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai.
UJIAN OBJEKTIF
Didapati lebih sesuai
menguji kebolehan calon di aras kognitif yang rendah iaitu pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi. Walaubagaimana pun kajian menunjukkan jika soalan
objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan calon di aras
kognitif tinggi.
Jawapan item jenis ini mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana
jawapan dapat diperiksa secara mudah dan tepat oleh pemeriksa yang berlainan. Menurut
Gronlund (1993), pelbagai jenis item objektif boleh didapati tetapi setiap
satunya mempunyai satu ciri yang serupa, iaitu ia menghidangkan tugasan (task)
yang terkawal dan membataskan gerakbalas (respon) yang dibuat oleh calon. Oleh
itu sistem pemarkahannya adalah tetap. Tidak ada kebebasan diberikan kepada
pemeriksa bagi membuat pertimbangan atau keputusan sendiri tentang jawapan yang
dikemukakan oleh murid.
Ciri penting dalam item ujian objektif ialah setiap item hanya menumpukan
satu perkara dalam pengetahuan atau kemahiran. Jawapannya adalah spesifik dan
tidak menguji banyak perkara sekaligus.
JENIS-JENIS
ITEM OBJEKTIF
Terdapat dua jenis/kumpulan
item/soalan yang biasa digunakan dalam ujian objektif. Satu kumpulan item yang
memerlukan sumbangan jawapan pendek daripada calon (item respons bebas),
manakala kumpulan kedua memerlukan calon membuat pilihan daripada beberapa
pilihan jawapannyang disediakan (item respons tetap).
Kumpulan pertama: Jenis item respons bebas
Jenis item
|
Contoh
|
1. Item jawapan
pendek
|
Siapakah nama datuk nabi Muhammad s.a.w.? _____________________________
|
2. Item
melengkapkan ayat
|
Peristiwa Nabi s.a.w. dibawa berjalan malam dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus ke Sidratul Muntaha dinamakan peristiwa
______________________________
|
3. Item
perkaitan
|
Tuliskan tempoh penyusuan Nabi s.a.w. dengan
wanita-wanita berikut:
Ibu Khadijah:...................................................
Suwaibah al-Aslamiyyah:................................
Halimah
as-Sa’adiyyah:..................................
|
Kumpulan kedua: Jenis item rspons tetap
Jenis item
|
Contoh
|
1. Item betul/salah
|
Pahala sembahyang berjemaah adalah 27 kali ganda
daripada sembahyang bersendirian. ( Betul/salah )
|
2. Item padanan
|
Suaikan perkara-perkara berikut:
Anjing dan babi najis mughallazah
Muntah najis mukhaffafah
Air
kencing najis mutawassitah
|
3. Item pengelasan
|
·
Tuliskan nombor pada ruang jawapan.
·
A B Jawapan
·
1.Niat
Rukun ...............
·
2.Masuk waktu Sunat ...............
·
3.Mengelap air
Makruh
...............
·
4.Berkumur-kumur
Batal
...............
·
5.Bercakap-cakap Syarat sah ...............
|
4. Item aneka pilihan
- satu jawapan salah
- satu jawapan betul
- satu jawapan terbaik
- jenis negatif
- ayat KECUALI
- item cantuman
|
Pembukaan kota Makkah berlaku pada tahun ke berapa
hijrah?
A 3 H
B 5 H
C 8 H
D 10H
|
5.5.2 Panduan menulis pokok soalan dan Distraktor
(Pengganggu) bagi soalan aneka pilihan.
a) Pati masalah hendaklah dalam pokok soalan. Calon
sepatutnya dapat mengetahui apa yang dikehendaki oleh soalan tanpa membaca
pilihan.
b) Pokok soalan hendaklah khusus boleh menguji kefahaman
calon tentang sesuatu perkara dengan cara menggunakan tugasan.
c) Pokok soalan hendaklah dinyatakan secara mudah. Buangkan
perkataan-perkataan berlebihan dan kurang berfungsi.
d) Memulakan pokok soalan dengan "mengapa" dan "bagaimana" lebih baik daripada soalan "siapa" dan "bila". Soalan awal ini lebih mudah diikuti dengan soalan sukar dan lebih tinggi
peringkatnya.
e) Kurangkan pokok soalan yang berbentuk negatif kerana
keadaan begini mungkin menimbulkan kekeliruan.
f) Elakkan mengambil petikan secara langsung daripada buku
teks dan nota.
g) Bilangan soalan objektif hendaklah sesuai dengan masa
yang diberi.
h) Pastikan tiap-tiap soalan adalah bebas daripada soalan
yang lain.
i) Gunakan bentuk soalan objektif yang sesuai. Jika hendak
mengukur ketepatan fakta boleh gunakan bentuk Betul-Salah dan jika hendak
mengukur fakta yang homogen boleh gunakan bentuk padanan.
Panduan menulis distraktor
a) Semua distraktor hendaklah selaras dengan pokok soalan
sama ada dari segi tata bahasa atau perkara
b) Bagi soalan yang berkaitan dengan pengiraan tiap-tiap
distraktor hendaklah dicuba terlebih dahulu.
c) Distraktor hendaklah munasabah dan homogen. Keadaan ini
memaksa calon meneliti dan memikirkan semua distraktor.
d) Gunakan bilangan distraktor yang sesuai.
e) Pastikan hanya terdapat SATU sahaja jawapan yang betul
atau yang paling tepat.
f) Untuk membentuk soalan mengukur proses mental tinggi
hendaklah soalan yang berbeza daripada yang diajar dalam kelas.
g) Pelbagai aras kesukaran soalan.
h) Kurangkan penggunaan pilihan "semua
di atas" atau "bukan semua di atas" sebagai salah satu daripada distraktor. Soalan cantuman
boleh mengatasi masalah ini.
KELEBIHAN
DAN KELEMAHAN ITEM OBJEKTIF
Kelebihan
item objektif:
- Mempunyai ciri keobjektifan yang
tinggi kerana kertas jawapan mudah diperiksa dengan tepat dan mdah oleh
sesiapa sahaja.
- Banyak topik, bab atau unit boleh
dijadikan soalan untuk diuji. Liputan lebih besar dan mempunyai
kbolehpercayaan yang tinggi.
- Ia boleh menguji isi kandungan
dalam kebanyakan aras kesukaran domain kognitif.
- Mudah ditadbir.
- Mudah menyediakan jadual
spesifikasi kerana setiap soalan menguji topik, bab atau unit yang khusus.
Kelemahan item objektif:
1. Banyak masa dan tenaga untuk menghasilkan soalan ujian
objektif yang bermutu tinggi.
2. Tidak sesuai untuk mengukur aras kesuakran domain
kognitif yang lebih tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.
3. Naan bahasa.Ia menggalakkan calon meneka jawapan yang
sedia ada.
4. Ia tidak sesuai untuk digunakan untuk mengesan kelemahan
dalam penggunaan bahasa.
5. Ia mungkin mempunyai ciri kesahan yang rendah jika ada
calon ysng menggunakan teknik menolak gerak balas yang dianggap salah tanpa
menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir.
ITEM SUBJEKTIF
Ujian ini ditakrifkan
sebagai ujian berbentuk esei di mana calon berpeluang memberi gerak balas dalam
tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri sama ada dalam satu ayat, beberpa
ayat, satu perenggan atau beberapa perenggan berbentuk karangan yang lengkap dan menyeluruh.
Jenis-jenis soalan
subjektif
a) Soalan jenis gerak balas
terhad.
Soalan yang menentukan bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon.
Gerak balas yang dikehendaki adalah secara ringkas mungkin dalam bentuk satu
frasa atau satu ayat. Kata lazim yang digunakan ialah:
i.
Berikan
ii. Apakah
iii. Bilakah iv. Nyatakan
v. Senaraikan
Contoh:
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan najis mukhaffafah.
2.
Senaraikan syarat-syarat sah tayammum.
b) Soalan jenis gerak balas
bebas.
Jenis ini melibatkan jenis perbicaraan. Ia memberi peluang calon menjawab
secara bebas dengan menghuraikan idea atau pendapatnya secara bertulis dalam
satu atau beberapa perenggan berbentuk karangan. Soalan ini sangat sesuai digunakan untuk
mengukur proses pemikiran kreatif dan kritis, daya pemikiran analitikal,
inferensi, keaslian idea, induksi dan imaginasi yang lebih tinggi iaitu aras
analisis, sintesis dan penilaian.
Kata dasar yang digunakan ialah:
i.
Terangkan
ii.
Bezakan
iii.
Bincangkan
iv.
Rancangkan
v.
Huraikan
Contoh:
1. Bezakan antara ujian objektif
dengan ujian subjektif.
2. Bincangkan kesan-kesan hijrah
kepada individu, masyarakat dan
perkembangan agama Islam.
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
ITEM SUBJEKTIF
Kelebihan item subjektif:
1. Soalan mudah digubal dan cepat disediakan.
2. Sesuai untuk menguji semua aras kesukaran dalam kognitif.
3. Sesuai untuk menguji kemahiran calon menulis, menyusun
dan mengintegrasikan idea-idea.
4. Sesuai untuk menguji kemahiran berbahasa.
5. Menggalakkan calon berfikir untuk mencari jawapan (bukan
meneka jawapan).
6. Mudah untuk mengesan kesalahan dan kelemahan calon.
Kelemahan item subjektif:
1. Nilai kebolehpercayaan soalan adalan rendah kerana soalan
yang hendak diuji adalah terhad sedangkan bidang yang hendak diuji adalah
menyeluruh.
2. Calon boleh meramal soalan yang hendak diuji memandangkan
bilangan soalan adalah terhad.
3. Soalan subjektif
yang kecil bilangannya adalah kurang sesuai untuk penilaian sumatif.
4. Ia kurang sesuai digunakan untuk penilai pencaqpaian
calon dalam bidang kognitif terutama calon yang menghadapi penguasaan bahasa.
5. Ciri keobjektifan soalan mungkin rendah kerana kelainan
pemeriksa.
6. Memeriksa kertas soalan subjektif memerluka tenaga dan
masa yang lebih.
7. Skema pemarkahan adalah sukar ditentulan kerna bukan
mudah bagi penggubal soalan menentukan
jumlah skor untuk isi penting dan kurang penting.
8. Menghadapi kesukaran untuk mengira indeks diskriminasi
kerana setiap soalan mempunyai markah yang berbeza-beza dan berkait dengan
soalan lain.
SKEMA PEMARKAHAN
Bagi soalan subjektif, adalah penting suatu skema pemarkahan disediakan
supaya pemeriksa boleh memberi markah dengan tepat atau hampir tepat dengan
skema pemarkahan. Dengan adanya skema pemarkahan ini, pengaruh unsur-unsur
subjektif dapat dikurangkan. Hal ini dapat meninggikan ciri keobjektifan serta
kebolehpercayaan dalam ujian subjektif yang akan ditadbirkan.
Cara menyediakan skema pemarkahan
a. Cara analitik
b. Cara holistik
a) Cara analitik:
Dengan cara ini, contoh jawapan disediakan bagi setiap
soalan. Pada umumnya, unsur-unsur penting dalam pemarkahan caqra analitik
merangkumi nilai tara kandungan, pengelolaan dan proses. Misalnya, dalam ujian
karangan, markah-markah boleh dicerakinkan seperti berikut:
Isi
: 40
Ejaan
: 10
Bahasa
: 30
Gaya
: 10
Pengolahan : 10
Jumlah :100
Untuk mengelak masalah kebolehpercayaan, semasa
penyelarasan dibuat, penerangan lanjut perlu dilakukan dengan memperincikan apa
yang dimaksudkan dengan isi, ejaan, bahasa, gaya, pengolahan dan sebagainya
serta berapakah markah yang diberikan bagi tiap-tiap perkara yang diperincikan
itu. Misalnya jika jika isi penting yang dikehendaki 8 dan markah penuhnya 40,
maka markah penuh untuk setiap satu isi ialah 3 dan jika lengkap dengan contoh
setiap satu isi ditambah 2 menjadikan jumlahnya 5.
Bagi mata pelajaran bukan bahasa, unsur-unsur yang
penting dalam skema pemarkahan ialah isi kandungan. Oleh itu, markah-markah
akan dicerakin kepada isi-isi penting.
Contoh
Soalan:
Huraikan 5 keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. (10m)
Skema pemarkahan:
- Merupakan sirah yang paling sahih mengenai kehidupan Rasulullah kerana ia diriwayatkan secara ilmiah yang paling kuat lagi tepat
- Kehidupan Nabi begitu jelas dalam setiap peringkat.
- Sirah Nabi merupakan lukisan sejarah seorang manusia biasa yang mendapat keistimewaan dan tidak diberi sifat-sifat ketuhanan.
- Sirah Nabi meliputi seluruh aspek kemanusiaan
- Satu-satunya sumber yang tepat dan benar menceritakan bukti kenabian dan kerasulan menggunakan metod iman dan akal
Satu isi = 2 markah.
5 isi x 2 = 10 markah.
No comments:
Post a Comment