KONSEP JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Jadual
Penentuan Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print atau
Test Specification. JPU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi
kandungan (paksi menegak) dengan paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam
ruangan aras kemahiran pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya
disesuaikan dengan taksonomi objektif pendidikan. Secara am objektif pengajaran dinyatakan
dalam kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran
sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-tiap pelajran mempunyai penekanan aras
kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif mata pelajaran berkenaan.
Senarai
semak penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berikut akan dapat menentukan
penyediaan ujian untuk semua objektif pengajaran yang telah ditetapkan telah
diliputi. Beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan adalah:
- Adakah JSU mengandungi tajuk diajar?
- Adakah JSU mengandungi aras
pengetahuan dan kemahiran sebagaimana objektif sukatan pelajaran?
- Adakah pemberatan markah mengikut
nisbah kandungan dan masa yang diperuntukkan bagi pengajaran sesuatu
tajuk?
- Adakah tajuk yang digunakan bagi
pengajaran seterusnya diberi pemberatan yang lebih?
- Adakah tajuk berkaitan dengan
aktiviti atau amali diberi lebih pemberatan?
- Adakah aras kemahiran asas
pengetahuan, kefahaman dan penggunaan diambilkira?
- Adakah aras kemahiran yang lebih
tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian diambilkira?
- Adakah semua markah dan bilangan
soalan digenapkan agar memudahkan pembinaan ujian?
- Adakah JSU mengandungi soalan
pelbagai bentuk ujian objektif dan subjektif?
- Adakah JSU menunjukkan bilangan
soalan jawapan dibina dan jawapan dipilih?
Dengan
membina JSU dapat membantu guru menyatakan topik-topik dalam isi pelajaran atau
kandungan kursus dan objektif tingkahlaku atau kemahiran yang guru inginkan
murid-muridnya itu belajar. Jadual Spesifikasi dapat menentukan penegasan isi,
taburan bilangan item (soalan) ujian/peperiksaan mengikut pemberatan.
6.4 KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
(JSU)
i. Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
ii. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
iii. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan
aras kemahiran kepada guru yang mengajar dan menggubal ujian.
iv. Memastikan terdapat perseimbangan antara topk-topik
dengan aras-aras kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang
sesuai).
v. Menjadi panduan membentuk format ujian.
vi. Menjadi panduan membentuk soalan.
vii. Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa
hadapan.
viii. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh
kumpulan lain.
ix. Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.
x. Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian
dari semasa ke semasa.
KOMPONEN UTAMA DALAM JSU
i.
Paksi
Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahan-bahan itu
boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi topic seperti yang
terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang
mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah,
Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan
dan kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.
ii.
Paksi
Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang merupakan
perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada tiap-tiap
topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi pendidikan
iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
iii.
Paksi
Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiap-tiap
topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan
kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu
ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah
berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan
kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
· Menukarkan
pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung paksi tersebut.
·
Membahagikan
peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau esei.
·
Menyelaraskan
bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.
iv. Kepayahan
soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan peratus calon
yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin besar peratus
semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan
norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan
yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah iaitu
lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi
kepada calon-calon yang lemah. Soalan
yang sukar pula lebih kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya, boleh
menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras
kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%. Terdapat kajian menunjukkan
soalan-soalan beraras kepayahan sederhana boleh menambah sisihan lazim dan
memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.
LANGKAH
MENYEDIAKAN JSU
Langkah
1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan
falsafah, objektif, topik-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan
kerja kursus serta kerja amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak
berulang secara tepat dalam ujian/peperiksaan.
Langkah
2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh
ujian, jenis soalan, bahagian, bilangan soalan, peruntukan masa bagi setiap
bahagian, pemberatan markah.
Buat
rumusan format seperti contoh berikut:
Rumusan
Format
Mata Pelajaran : Pendidikan
Islam
Panjang Masa : 2 jam
Bentuk : Objektif dan esei
Markah : 100
Perkara
|
Objektif
|
Esei
|
Masa
|
1 jam
|
1 jam
|
Markah
|
40
|
60
|
Bilangan soalan
|
40
|
3
|
Markah 1 soalan
|
1
|
20
|
Masa bagi setiap
soalan
|
1.5 minit
|
20 minit
|
Langkah
3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah
yang diperuntukkan bagi setiap tajuk.
Contoh JSU Mata Pelajaran: Pendidikan Islam
Tajuk: Solat Lima Waktu
Kandungan
@
Tajuk
|
Domain
Kognitif (Objektif Intelektual)
|
Jumlah
%
|
|||||
Pengetahuan
|
Kefahaman
|
Aplikasi
|
Analisis
|
Sintesis
|
Penilaian
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengertian
|
1
|
|
|
|
|
|
1
|
Bilangan Waktu
|
1
|
|
|
|
|
|
1
|
Rukun
|
|
1
|
1
|
|
1
|
1
|
4
|
Hikmah
|
|
|
|
1
|
|
|
1
|
Jumlah
|
2
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
7
|
Peratus
|
28.5
|
14.3
|
14.3
|
14.3
|
14.3
|
14.3
|
100
|
Nota: Ratio untuk mudah: sederhana: sukar = 1:3:1
Tidak semua peringkat hasil pembelajaran
dan aras kemahiran mesti diuji dalam sesuatu penilaian/ujian. Aras
kemahiran boleh diubahsuai kepada mudah dan sukar.
Untuk
pengujian domain kognitif, Taksonomi Bloom digunakan untuk menggubal
item-item yang berbeza.




Sintesis: kategorikan, organisasi,


Analisis: mengasingkan, sediakan,


Aplikasi:
Tunjukkan, ramal,


Kefahaman: rumuskan, huraikan,


Pengetahuan: senarai, definisi,nyata,

Secara umumnya,
enam aras ini boleh digunakan untuk
membina dua set item ujian: item aras rendah ( menguji pengetahuan, kefahaman
dan aplikasi) dan item beraras tinggi (menguji analisis, sintesis dan
penilaian). Adalah penting untuk
mengambil perhatian bahawa item beraras
tinggi bukanlah item yang sukar. Sebenarnya, item beraras
tinggi berkehendakkan calon untuk menggunakan kemahiran berfikir yang lebih
kompleks atau beraras tinggi berbanding dengan item beraras
rendah. Aras item atau kemahiran yang
dipilih dan diuji harus padan dengan objektif ujian dan perkembangan kognitif pelajar. Walau bagaimana pun, item-item yang
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi digalakkan.
No comments:
Post a Comment