Sejarah Perkembangan Pendidikan
Islam
Zaman Rasulullah
SAW
Pendidikan
Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan, pemikiran
yang berubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan tersebut memperlihatkan satu garis
pemisah antara natijah pendidikan Islam yang berteraskan tauhid dengan
pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik dan matlamat keduniaan
semata-mata.
pendidikan yang berlangsung pada zaman Rasulullah
SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukan individu mukmin dalam rangka
pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti pemikiran pendidikan yang
berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada sekarang.
Ibn
Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah Arab
adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu
membaca dan menulis. Menurutnya orang
yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan bin Umaiyyah dan mempelajarinya dari
Aslam bin Sidrah, Menurut sejarah orang
yang mula-mula mengajar menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di
Tanah Arab ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusaha memberi pelajaran kepada
beberapa orang penduduk negeri itu.
Semenjak dari itulah tersebarnya kemahiran tulis menulis dan membaca di
Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun proses perkembangan tersebut berlaku
secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam.
Kedatangan
agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu pengetahuan dan
pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca. Situasi demikian adalah menurut inspirasi
al-Quran sebagai wahyu Allah yang mula-mula kepada RasulNya. Perintah membaca seperti dalam wahyu pertama اقراء perintah Allah supaya menulis dan membaca adalah untuk
melepaskan diri mereka daripada kongkongan kejahilan dan kemunduran dalam semua
bentuk kehidupan. Menerusi pembacaan
atau pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dengan pelbagai proses kemajuan
dan kematangan seperti proses pengenalan (cognition) ingatan (memory)
pengamatan (perception) pengucapan (verbalization) pemikiran (reasoning) daya
kreatif (creatibity) dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan.
Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan, yang
sentiasa menghalang manusia bagi mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan membaca manusia sudah didorong kepada
rasa ingin tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar. Berkeyakinan terhadap Tuhan yang Maha Esa
Pencipta Alam, dapat mengenali dan menginsafi diri sendiri. Menerusi pembacaan atau berilmu merupakan
alat yang unik bagi mencapai tahap iman yang sebenar yang boleh mendorong
kepada melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kebahagian hakiki di dunia dan
di akhirat. Bagi menyelaras dan
memantapkan penyebaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan akhlak Rasulullah
SAW. dipertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan
Islam kepada umatnya. Baginda
bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada
umatnya. Sebagai langkah pertama baginda
memperkenalkan pembacaan al-Quran dan asas-asas di samping pelajaran tulis
menulis dan membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al-Quran sebagai sumber pertama dikuatkan
lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW. yang
berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan.
Tahap pendidikan di peringkat awal kebangkitan berlaku
semasa di Makah bermula dengan pengajaran al-Quran khusus kepada kaum keluarga
baginda. Hasil daripada usaha ini
Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk
agama Islam dan meyakini ketauhidan Allah.
Di kalangan sahabat baginda yang menerima terus
pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar
al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu
Bakar, Islam mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin
Affan, Zubair bin al-Awwam, saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah
bin Ubaidullah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti
al-Khattab, Said bin Zaid al-Adawi dan lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan
suatu bentuk pendidikan yang mula tersusun.
Rumah baginda menjadi pusat pendidikan pertama dan selepas itu rumah
Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah
menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya kepada para sahabat dan kaum
muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman Allah SWT;.
$pkr'¯»t ãAqߧ9$#
õ÷Ïk=t/ !$tB
tAÌRé& øs9Î)
`ÏB y7Îi/¢ ( bÎ)ur óO©9
ö@yèøÿs?
$yJsù |Møó¯=t/
¼çmtGs9$yÍ
4
“Wahai rasul, sampaikanlah
apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau daripada Tuhan engkau,
kiranya engkau tidak melakukan demikian, maka tidaklah engkau menyampaikan
risalahNya”.
( al-Maidah :67)
Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan
mendengar kuliah daripada Rasulullah SAW. sendiri secara talaqqi dan
musyafahah. Pembelajaran berlaku secara
hafazan iatu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan melalui tunjuk
cara. Seterusnya baginda menyuruh umat
Islam atau para sahabat mempraktik, mengamal dan menghayati isi pelajaran
tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik, melatih dan memandu
pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih sayang. Beliau mendidik dan memandu mereka bukan
sahaja dari segi pengetahuan (kognitif) malah dari segi sikap, peribadi dan
tingkahlaku dengan memperlihatkan contoh-contoh dan tauladan yang dilakukannya
sendiri.
Selepas turun surah al-Hijr (rujuk ayat 94);
Ayat tersebut memerintahkan Rasulullah SAW.
menyebarkan Islam secara terang-terangan, bermula dari sini pendidikan Islam
dilakukan secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam terbuka luas meliputi
lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan disekitar Kaabah. Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih
tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid, kerana itu isi pelajaran yang
disampai oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istidat, kepercayaan dan
cara beribadat kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT. Pada tahap ini juga perkembangan pendidikan
Islam tersebar ke Habsyah, Jaafar bin Abi talib menerangkan kepada Raja Habsyah
iaitu Najasyi berkaitan dengan Islam dan membaca al-Quran di hadapannya.
Pendidikan Islam di Madinah
Perpindahan
Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan
pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar
kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid
sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi
masjid mengikut termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti
agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti
ibadat, pelajaran dan pendidikan.
Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai
tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai
tempat belajar. Rasulullah SAW. telah
mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut, dikenali
sebagai al-suffah. Merupakan sebagai
sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran. Asas
agama (Aqidah, syariah, akhlak) khat, sejarah, bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan
rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.
Struktur
pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk :
i. Pendidikan umum di jalankan oleh Rasulullah
SAW. atau para sahabat daripada
Khulafa al-Rashidun.
Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas sembahyang
fardu atu selepas sembahyang jumaat.
Kurikulum nya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan
lain-lain. Bidang lain seperti
menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.
ii. Pendidikan khusus: pengajaran yang berbentuk khusus ialah
pengajaran yang diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa
mengira tempat atau masa.
Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-Siddiq,
Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat
pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.
iii. Pendidikan
Institusi: Merupakan intisari Pendidikan
Islam pada peringkat Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan
cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.
Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa
Al-Rasyidin
Modul
ini akan membincangkan sejarah pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa
al-Rashidin (11H/623M – 40H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah
SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kesetabilan dan keselamatan negara
bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian
mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara.
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin
al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan
Mesir serta beberapa wilayah Islam yang ditakluki, tidak terdapat sebuah
kampong pun di daerah tersebut melainkan dibangunkan masjid sebagai tempat
ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam.
Pusat
pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan
pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah
bin Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah
SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al-Quran dan ajaran sunnah
Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum
muslimin.
Tahun-tahun
pemerintahan khulafa’ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran seperti
masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum Nasrani,
bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua masalah
itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke
serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang
terbilang pada zamannya.
Sebagai
contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping memelihara
keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-orang
munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau
bukan sahaja menggalak umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran
dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran
di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat diedarkan ke
seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan
Islam Madinah.
Manakala
khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan dan pendidikan Islam.
Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi,
Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya. Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang
tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat
pelajaran dan pendidikan Islam. Beliau
memberi penekanan yang serious terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat
spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu
pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang
kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan tersebut dapat dilihat melalui
perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang
kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.
Begitu
juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan mengenai
pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-sahabat
untuk menulis dan membukukan al-Quran.
Dengan usaha beliau itu, dapat menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut
Rasm Uthmani.
No comments:
Post a Comment