Elemen Utama
Kurikulum KBSR Dan KSSR
Reka bentuk kurikulum.
KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang
Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri
Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara
menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh
serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan
bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan
daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;
Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang
Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR. Penambahanbaikan reka bentuk
dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di
peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk
menjalani ‘independent learning’ .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang
bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula
daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti
pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara
modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan
dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan
sebagai modul.
Bahan Kurikulum
Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum,
ia juga membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran
dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung
mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu.
Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang
dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang
mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.
Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan
dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta
teknik mengajar.
Organisasi Kurikulum
KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama
iaitu membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga
tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan
dalam penstrukturan mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan
tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku
teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai
bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui
Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran
kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras
dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan
bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara
interaktif dan hands-on.
Fokus Kurikulum.
KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas
iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira,
manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang
telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul
adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal
atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di
tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR
yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen
iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini
diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang
holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta
berkeperibadian mulia.
Kaedah Penilaian.
Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada
perubahan kaedah penilaian. Semasa KBSR,
penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif.
Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif
iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR
berbanding pernilaian formatif.
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan
penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran
murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran
murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang
autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah
penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal,
tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.
Transformasi Kurikulum KSSR
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik kepada kurikulum persekolahan
sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Hasrat Pendidikan
·
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
·
Cabaran Abad Ke-21
·
Dasar Pendidikan Kebangsaan
·
Model Baru Ekonomi (MBE)
·
Wawasan 2020
·
Teori Pembelajaran
·
Rangka Rancangan Jangka Panjang
·
4 Tonggak dalam Pendidikan
iaitu;
4.5.2 CIRI MODAL
INSAN (SEKOLAH RENDAH)
Pada akhir peringkat pendidikan rendah,
murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:
·
Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis
dan mengira
·
Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
·
Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan
mental)
·
Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan
amalan nilai murni
·
Jati diri dan semangat patriotisme
·
Memahami dan menghayati budaya nasional
1.
Dokumen Kurikulum
|
2.
Buku Teks
|
•
Standard
Kandungan
•
Standard
Pembelajaran
|
•
Berpendekatan
Modular
|
Namun begitu, dalam konteks kurikulum
Pendidikan Islam mempunyai matlamat dan kandungan yang digubal khusus bagi
merelisasikan hasrat tersebut. Perbincangan selanjutnya akan memfokuskan dalam
konteks Pendidikan Islam.
Matlamat
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk
menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia
dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan
seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya didunia dan di akhirat.
Objektif
Murid yang mengikuti pengajaran dan
pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan
untuk:
i.
Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya
dalam kehidupan seharian;
ii.
Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan
ibadat harian;
iii.
Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;
iv.
Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;
v.
Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng
keagamaan;
vi.
Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah
sebagai kewajipan umat Islam;
vii.
Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam
rasa kecintaan kepada baginda;
viii.
Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam
kehidupan seharian; dan
ix.
Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;
Fokus
Kurikulum standard Pendidikan Islam
sekolah rendah memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis,
pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah s.a.w. serta
kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah murid
mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah
dalam kehidupan harian.
Organisasi
Kandungan Pendidikan Islam
Kurikulum Pendidikan Islam sekolah
rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid.
Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada enam
modul iaitu:
Modul al
Quran
Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca
al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah
dan surah tertentu daripada juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.
Modul Hadis
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami
maksud hadis secara umum serta menghayati pengajarannya.
Modul Akidah
Modul ini memberikan tumpuan kepada
pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman
akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian .
Modul Ibadah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami
dan menghayati cara beribadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya
dalam kehidupan harian.
Modul Sirah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami
sirah Rasulullah s.a.w dan mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam
kehidupan harian.
Modul Adab
Modul ini memberikan tumpuan kepada
menghayati tatacara perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia
dan manusia dengan alam sekitar.
Modul Jawi
Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran
membaca dan menulis jawi serta mempelajari asas seni khat.
Sebagai kesimpulan, persoalannya mengapa Standard
diperlukan? Standart diperlukan bagi merealisasikan hasrat;
•
Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang
ditetapkan.
•
Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
diukur dengan jelas.
•
Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
•
Mengatasi masalah murid keciciran dalam
pembelajaran.
•
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .
No comments:
Post a Comment