KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASUHAN
TILAWAH AL-QURAN
Definisi Kaedah
Satu
perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,
kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat
pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran. Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan
pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai terutama kaedah-kaedah
yang dapat memenuhi keperluan murid. Perancangan prosedur tersebut boleh
dilakukan dengan cara-cara seperti berikut:
- Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.
- Tentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut
peruntukan masa.
- Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang
diperkenalkan.
- Susun langkah secara berperingkat
Definisi
Teknik
Teknik
merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah atau cara
menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi aktiviti, perlakuan
dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Ia juga ditakrifkan sebagai
kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara menjalankan pelbagai langkah
dalam aktiviti pengajaran. Ia memberi penekanan bagaimana menggunakan
sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran.
Dalam menjalankan apa
sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip di bawah boleh dijadikan panduan:
- Melibatkan
murid secara aktif.
- Menggalakkan
pengalaman secara langsung.
- Menekankan
amalan dan penghayatan.
- Mengambil
kira kebolehan dan kemampuan murid.
- Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu
Objektif Ayat Bacaan, Ayat
Hafazan dan Ayat Kefahaman
Ayat Bacaan
Objektif pengajaran dan
pembelajaran ayat bacaan dal;am bidang Asuhan Tilawah al-Quran supaya murid
dapat menguasai kemahiran membaca sesuatu ayat atau surah al-Quran dengan betul,
fasih dan bertajwid.
Ayat Hafazan
Objektif pengajaran dan
pembelajaran ayat hafazan pula ialah supaya murid dapat menghafaz surah-surah
tertentu/ ayat-ayat terpilih dengan betul, fasih dan bertajwid untuk dibaca
dalam solat dan ibadat harian.
Ayat
Kefahaman
Objektif pengajaran dan
pembelajaran ayat kefahaman ialah supaya murid dapat memahami maksud beberapa
ayat-ayat atau surah terpilih dengan menghayati pengajarannya sebagai rujukan
petunjuk Allah.
Objektif pengajaran dan
pembelajran Asuhan Tilawah al-Quran
adalah bertujuan secara umumnya supaya murid dapat mengetahui adab
membaca al-Quran dan mengamalkan tuntutan al-Quran dalam kehidupan seharian
Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al Qur’an (Ayat Tilawah / Bacaan)
Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat bacaan) ini. Di
antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:
Talaqqi
Dalam
melaksanakan kaedah talaqqi ini, murid-murid dikehendaki mendengar pembacaan
guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian secara
beramai-ramai murid-murid membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru
sehingga guru berpuas hati.
Musyafahah
Kaedah
musyafahah dilaksanakan dengan guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid,
kemudian murid itu mengikuti bacaan guru secara individu. Guru membaca dan
kemudian seorang murid mengikuti bacaan guru.
Tikrar
Kaedah
ini adalah serupa dengan kaedah latih-tubi. Guru memperdengarkan bacaan kepada
murid berulang-kali supaya murid dapat menanggapi sebutan dan bacaan guru
dengan baik. Murid pula berulang-kali mengulangi sebutan dan bacaan di bawah
bimbingan guru dengan betul sehingga guru berpuas hati dengan sebutan dan
bacaan murid. Kaedah tikrar dilaksanakan dengan cara;
- Murid mengulangi
bacaan guru. Selepas guru membaca, murid-murid ikut.
- Murid
mengulangi bacaan murid. Selepas seorang murid membaca, murid-murid lain
ikut.
- Murid membaca
beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja.
- Seorang murid membaca, murid lain mendengar sahaja.
Peringatan:
Kaedah
bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling praktikal
digunakan dalam pengajaran al-Qur’an. Kaedah ini bertepatan dengan peristiwa
Nabi Muhammad SAW. menerima wahyu pertama di Gua Hira`. Nabi Muhammad SAW. mengambil al-Qur’an daripada malaikat Jibril AS.
secara talaqqi dan musyafahah; iaitu malaikat Jibril membacanya dahulu dan
didengar oleh Nabi Muhammad SAW. Kemudian Nabi Muhammad SAW. membacanya dengan
didengari oleh malaikat Jibril atau mengikut bacaan malaikat Jibril a.s.
Kaedah dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Hafazan)
Hafazan
al-Qur’an merupakan suatu proses mengingati ayat-ayat suci al-Qur’an yang
dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang berdasarkan panduan-panduan
tertentu (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Di antara beberapa panduan atau tatacara
menghafaz al-Qur’an yang penting ialah seperti berikut:
-
ikhlas dalam niat dan amalan,
-
menggunakan
satu mushaf,
-
memahami
apa yang dihafaz,
-
meninggalkan
maksiat,
-
hafaz
secara berperingkat-peringkat,
-
kerap mendengar bacaan al-Qur’an dan
-
kerap tasmi` hafazan al-Qur’an di hadapan orang lain yang
berkemahiran.
Pelbagai kaedah yang boleh digunakan
untuk pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat hafazan) ini.
Cuba Jaya
Dalam melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-murid diberi masa yang
terhad (10 hingga 15 minit) untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh
itu, murid diminta membaca ayat secara
hafaz di hadapan guru. Jika murid belum
hafaz, guru meminta murid itu cuba hafaz ayat tersebut sekali lagi. Kaedah ini boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau
individu.
Sambung Bacaan
Kaedah sambung bacaan dilaksanakan dengan guru membaca satu ayat dan
meminta murid-murid menyambung secara hafaz. Kumpulan A membaca ayat pertama
secara hafaz, kumpulan B menyambung ayat ke dua secara hafaz, kumpulan C
menyambung ayat ke tiga secara hafaz juga dan begitulah seterusnya
sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa kumpulan murid. Kemudian
guru meminta seorang murid membaca ayat pertama dan meminta seorang murid lain
menyambung bacaan ayat ke dua secara hafaz. Begitulah seterusnya
sambung-menyambung bacaan hafazan dalam kalangan murid.
Tasmik
Kaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas menghafaz ayat
tertentu di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid
membaca ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Guru tasmik
hafazan murid tersebut. Murid yang sudah hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala
murid yang belum hafaz diminta menghafaz lagi.
Setiap guru al-Qur’an wajib mengetahui dan memahami panduan dan teknik
menghafaz al-Qur’an dengan betul supaya mereka dapat mengendalikan pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan dan mencapai hasil yang diharapkan.
Teknik menghafaz al-Qur’an:
- Membaca ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan
perlahan-lahan (tartil). Jika ayat panjang
ambil sebahagiannya sahaja. [Bacaan berpandukan mashaf]
-
Baca
dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
-
Setelah
lancar baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
-
Ulang
beberapa kali dengan bacaan tadwir
-
Cuba
mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kalau tersangkut barulah
lihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan secara hafazan.
-
Setelah
dapat ingat tanpa lihat mushaf, baca pula ayat sambungannya mengikut
langkah-langkah di atas.
-
Setelah
dapat mengingati ayat kedua ini, mula balik membaca ayat pertama dan ayat kedua
secara hafaz, kecuali kalau tersangkut bolehlah merujuk sekejap kepada mushaf.
-
Ulang
bacaan beberapa kali secara tadwir supaya lancar tanpa merujuk mushaf.
- Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam
solat.
Peringatan:
Metodologi
dan Psikologi Pendidikan Tilawah al-Qur’an hendaklah diterapkan secara maksimum
dan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak mudah jemu,
cepat ingat dan tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan dan
berlumba-lumba untuk menghafaz. Tanamkan semangat ukhuwah dan kasih sayang di
antara guru dan murid.
Guru-guru
al-Qur’an hendaklah menjaga personaliti mereka. Antaranya ialah boleh membaca
dengan baik, fasih dan bertajwid serta menjadi contoh bacaan kepada anak-anak
didiknya. Selain itu, mereka mestilah ikhlas dan mempunyai keperibadian yang
luhur.
Kaedah dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Qur’an (Ayat Kefahaman)
Terjemahan
Kaedah ini adalah dimulakan dengan guru membaca keseluruhan ayat yang telah
ditentukan. Selepas itu, guru menterjemahkan kalimat-kalimat penting di dalam
ayat tersebut. Kemudian guru menterjemahkan keseluruhan ayat. Setelah itu, guru
meminta murid menterjemahkan ayat tersebut bergilir-gilir.
Huraian
Kaedah huraian dilaksanakan dengan guru memberi tugasan kepada dua orang
murid (mengikut kesesuaian) untuk menghuraikan maksud ayat. Tugasan ini telah
diberi kepada mereka satu minggu lebih awal beserta dengan buku rujukan. Pada
hari pengajaran dan pembelajaran, murid yang beri tugas menghuraikan maksud
ayat di hadapan kelas. Huraian tersebut hendaklah disokong dengan ayat
al-Quran, hadith, pendapat ulama, ahli sains, ahli sejarah dan lainnya.
Perbincangan
Kaedah perbincangan dilaksanakan dengan guru dan murid berbincang mengenai
intinbat (rumusan) hukum atau pengajaran yang boleh diambil dari maksud ayat
yang telah dihuraikan. Kaedah ini boleh dilaksanakan secara kelas atau kumpulan
kecil.
Aktiviti:
Cuba anda berikan penjelasan beserta contoh-contoh yang
sesuai untuk kesemua kaedah di atas. Contoh-contoh hendaklah menggunakan
ayat-ayat kefahaman sekolah rendah.
Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran
Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang
oleh guru bagi melaksanakan sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur,
kemas dan sistematik. Ia juga merupakan
langkah-langkah / peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada
kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu objektif spesifik
sesuatu pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu langkah atau cara yang perlu digunakan
oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin
disampaikan oleh guru kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik bagi
membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran
yang ingin disampaikan kepada murid.
Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Asas Ulum Syar’iyyah, Adab dan Akhlak
Islamiah dan Pelajaran Jawi ialah;
§ Tunjukcara
/ demonstrasi
§ Simulasi
§ Syarahan
/ kuliah
§ Projek
§ Bermain
§ Bercerita
§ Perbincangan
§ Latihtubi
§ Kuiz
§ Soal
jawab
§ Dialog
§ Lawatan
§ Ulangan
§ Lakonan
|
No comments:
Post a Comment