Monday, 12 May 2014

Analisis Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif Pendidikan Islam

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :

1.    Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih bagi memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan harian.

2.    Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3.   Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya kearah meyakini al-Quran sebagai rujukan  petunjuk Allah.

4.  Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.

5.   Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

7.    Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

8.    Membaca dan menulis jawi  sebagai kecintaan terhadap warisan budaya bangsa.


Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah



Bil.

BIDANG

OBJEKTIF

TUMPUAN


1

Asuhan Tilawah
Al-Quran

1.  Membaca Surah–surah terpilih daripada juzuk Amma dengan betul dan fasih bagi memupuk minat membaca Al-Quran.

2.  Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadah harian.

3.  Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari ddengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.


1.    Membaca ayat-ayat al-Quraan dengan  Betul dan fasih.

2.    Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan betul dan fasih




3.    Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.


2

Asas  Ulum As-Syariah

1.  Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benting keagmaan

2.  Mengamalkan ibadah-ibadah asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

3. Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,

1.    Penekanan akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah

2.    Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya 

3.    Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W

4.    Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

  3.

Asas Akhlak Islamiah

Mengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

1.  Kepatuhan terhadap perturan dan cara hidup 
    Muslim dalam hubungan dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W

2.  Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara 
    perhubungan manusia dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat dan  Negara


4.

Pelajaran Jawi

Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai   warisan budaya    bangsa.

1.  Menulis tulisan jawi dengan baik
2.  Membaca jawi dengan lancar
3.  Menghayati seni tulisan jawi.

 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Huraian Sukatan Pelajaran ialah  satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan  maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Ia juga merupakan keutamaan hampir setara dengan Sukatan Pelajaran dan perlu dibaca bersama-sama.  Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian  Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid.  Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran  serta penilaian dibina  berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

Fungsi utama  Huraian Sukatan Pelajaran  ialah  untuk:

¨       Menentukan skop sukatan

¨       Panduan guru dalam menyediakan isi  pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran

¨       Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan  aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan

¨       Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau sumatif

  Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi  semua matapelajaran.  Kandungan Huraian Sukatan  dipersembahkan dalam  bentuk  lajur seperti berikut :.

Bidang Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Cadangan Pengalaman Pembelajaran


Aras 1 :

Aras 2 :

Aras 3 :



Keterangan lajur

Lajur
Kandungan dalam Lajur


Lajur Bidang Pembelajaran

Mengandungi tajuk-tajuk seperti dalam kandungan sukatan pelajaran.


Lajur Hasil Pembelajaran

¨   Berkaitan dengan hasil pembelajaran yang mesti dicapai oleh murid. 

¨   Mengandungi kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses  pembelajran yang dialami  oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implisit) atau luaran ( eksplisit).


¨   Hasil pembelajaran yang mesti dicapai bagi setiap tajuk  telah dibahagikan kepada 3 aras iaitu aras 1, aras 2 dan aras 3 bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid.

 Aras 1 :
 Aras ini bertujuan memenuhi  keperluan golongan murid berpencapaian  rendah.  Ia merupakan aras yang paling rendah atau paling mudah  yang mesti dikuasai oleh  keseluruhan murid.  Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti  yang sewajarnya  perlu diberi  untuk mencapai  penguasaan hasil pembelajaran aras ini,  iaitu tahap  yang paling minima.

 Aras 2 :
     Aras sederhana atau pertengahan yang perlu dikuasai  oleh murid  yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana.  60% -  70% daripada keseluruhan  murid dalam kelas  sepatutnya menguasai tahap ini  .

Aras 3 :
     Aras paling tinggi.  Ia perlu dikuasai oleh murid-murid pencapaian tinggi.  Selalunya  15 % - 20% murid yang diajar boleh menguasai  aras ini



Lajur Cadangan Pengalaman Pembelajaran


¨   Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik.

¨   Cadangan kepada guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran


Tumpuan mata pelajaran Pendidikan Islam

Kekuatan bagi mana-mana mata pelajaran adalah bergantung kepada aspek kandungan pelajaran, pendekatan , kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kekuatan dan kesan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peruntukan masa bagi mata pelajaran sekolah rendah ialah 150 minit seminggu dan boleh dibahagikan kepada 5 waktu dengan 30 minit setiap waktu. Sebanyak 30 minit atau satu waktu diperuntukkan bagi pelajaran Jawi.

A.   Asuhan Tilawah al-Quran


I.    Bacaan :

i.      Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.

ii.     Membaca kalimah dan potongan ayat

iii.    Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris

iv.   Membaca surah-surah dengan betul dan fasih :

v.    Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf

vi.   Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin

vii.  Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah

viii. Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah.

Berikut surah-surah yang dicadangkan;



Bil

Surah

Bil

Surah

Bil

Surah

1
Al-Fatihah
11
Al-Fil
21
Al-Tin
2
An-Nas
12
Al-Humazah
22
Al-syarh
3
Al-Falaq
13
Al-‘Asr
23
Al-Dhuha
4
Al-Ikhlas
14
Al-Takathur
24
Al-Lail
5
Al-Masad
15
Al-Qari’ah
25
Al-Syams
6
Al-Nasr
16
Al-Adiyat
26
Al-Balad
7
Al-Kafirun
17
Al-Zalzalah
27
Al-Fajr
8
Al-Kawthar
18
Al-Bayyinah
28
Al-Ghasiyyah
9
Al-Ma’un
19
Al;-Qadr
29
Al-A’la
10
Al-Quraisy
20
Al-‘Alaq
30
Al-Tariq


II    Hafazan :

   Menghafaz surah-surah berikut :


a.
Al-Fatihah
l.
Al-Takathur
b.
An-Nas
m.
Al-Qari’ah
c.
Al-Falaq
n.
Al-Adiyat
d.
Al-Ikhlas
o.
Al-Zalzalah
e.
Al-Kafirun
p.
Al-Bayyinah
f.
Al-Kawthar
q.
Al;-Qadr
g.
Al-Ma’un
r.
Al-‘Alaq
h.
Al-Quraisy
s.
Al-Tin
i.
Al-Fil
t.
Al-syarh
j.
Al-Humazah
u.
Al-Dhuha
k.
Al-‘Asr



 III  Kefahaman :


*                  Pengertian Al-Quraan
*                  Kelebihan membaca Al-Quraan
*                  Sejarah ringkas al-Quraan
*                  Memahami surah-surah berikut secara umum
·                     Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7
·                     Surah al-Nas ayat 1-6
·                     Surah al-Falaq ayat 1-5
·                     Surah al-Ikhlas
·                     Surah al-Kawthar
·                     Surah al-Ma’un ayat 1-7
·                     Surah al-Qadr ayat 1-5
·                     Surah al-Dhuha ayat 1-11


B          Bidang Ulum Syariah

.           I.          Tajuk-tajuk Akidah ialah:

·               Pengertian Rukun Iman
·               Beriman Kepada Allah
·               Beriman Kepada Maliakat
·               Beriman Kepada Rasul
·               Beriman kepada Kitab-Kitab
·               Beriman kepada Hari Akhirat
·               Beriman kepada Qadak dan Qadar
·               Pengertian Rukun IslamSifat wajib Allah 
·               Nama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut:
·               Pengertian Dosa dan pahala
·               Pengertian Syirik.
·               Sam’iyyat : Pengertian  
·               Perkara-perkara sam’iyyat


            II          Ibadah

*      Konsep Ibadah
*      Pengertian
*      Jenis-jenis
*      Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
*      Jenis-jenis hukum
*      Bersuci :
§  Pengertian
§  Tanggungjawab bersuci
§  Istinjak
§  Bersuci dari najis
§  Bersuci dari hadas
§  Tayammum
§   
*      Solat:

·         Pengertian
·         Solat Fardu
·         Bacaan dalam solat serta terjemahannya
-       Takratul Ihram
-       Surah AlFatihah
-       iii.Doa Iftitah
-       Ketika Ruku’
-       Ketika Iktidal
-       Ketika Sujud
-       Ketika duduk antara dua sujud
-       Tahyatul awal dan akhir
-       Doa Qunut.
·         Pelakuan Solat (Rukun Fi’li) dan hikmahnya
·         Perkara-perkara yang membatal solat
·         Rukun-rukun
·         Syarat-syarat wajib
·         Syarat-syarat sah
·         Sunat Ab’adh dan Hai’ah.
·         Azan dan Iqamah
·         Solat berjamaah
·         Solat Jumaat
·         Ibadah puasa
·         Solat Hari Raya Aidil fitri dan Aidiladha
·         Solat Jenazah            

III Sirah :

3.1
Tanda-tanda kenabian
3.16
Tentangan terhadap Rasulullah
3.2.
Salasilah keturunan Nabi
3.17
Israk dan Mikraj
3.3
Penyusuan dan Pemelihraan Nabi
3.18
Perjanjian Aqabah
3.4
Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni
3.19
Hijrah kemadinah
3.5
Kematian bapa dan ibu Nabi
3,20
Pembinaan Masjid pertama
3.6
Kematian Datuk
3.21
Persaudaraan Muhajirin dan Ansar
3.7
Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara
3.22
Pembentukan Negara Madinah
3.8
Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa
3.23
Mempertahankan Madinah
3.9
Pekhawinan Nabi
3.24
Piagam Madinah
3.10
Peritiwa Hajarul al-Aswad
3.25
Perjanjian Hudaibiah
3.11
Peristiwa di Gua Hira’
3.26
Pembukaan Kota Mekah
3.12
Mukjizat Al-Quraan
3.27
Perkembangan Islam Zaman Rasul
3.13
Dakwah Rasulullah (sulit dan terang)
3.28
Haji Wida’
3.14
Hijrah ke Habsyah
3.29
Kewafatan Rasulullah S.A.W.
3.15
Pembesar Mekah terima Rasulullah




C. Bidang Adab dan Akhlak Islamiah
  
a.            Adab dalam Kehidupan Harian

Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara berikut :
3.1.1
Adab Makan Minum
3.1.7
Adab berkenderaan
3.1.2
Adab Qada Hajat
3.1.8
Adab masuk dan keluar rumah
3.1.3
Adab tidur dan bangun tidur
3.1.9
Adab menghidang makan dan minuman
3.1.4
Adab mandi dan bersugi
3.1.10
Adab berjalan
3.1.5
Adab berwuduk
3.1.11
Adab bertanya
3.1.6
Adab berpakaian
3.1.12
Adab mengurus diri

b.            Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga

1.2.1      Adab bercakap dengan ibu bapa
1.2.2      Adab menolong ibu bapa
1.2.3      Adab bergaul dengan keluarga

c.            Adab dalam kehidupan Bersosial

3.2.1
Adab bergaul dengan rakan
3.2.12
Adab berkumpul
3.2.2
Adab di masjid dan surau
3.2.13
Adab berjual beli
3.2.3
Adab bercakap dengan rakan
3.2.14
Adab bekerja
3.2.4
Adab melayan tetamu
3.2.15
Adab menziarah jiran
3.2.5
Adab menziarah orang sakit
3.2.16
Adab ketika bermaian
3.2.6
Adab menziarah rakan
3.2.17
Adab terhadap tempat dan harta benda awam
3.2.7
Adab menziarah orang tua
3.2.18
Adab kecintaan kepada Negara
3.2.8
Adab dengan orang tua
3.2.19
Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar
3.2.9
Adab menziarah jenazah kubur
3.2.20
Adab rehlah
3.2.10
Adab makan di majlis keramaian
3.2.21
Adab manusia dan makhluk lain
3.2.11
Adab berjiran
3.2.22
Adab dengan pemimpin

d.            Adab Menuntut Ilmu

                              i.        Adab bercakap dengan guru
                             ii.        Adab ke sekolah
                            iii.        Adab Belajar
                           iv.        Adab semasa di sekolah
                            v.        Adab berhujah
                           vi.        Adab menolong guru
                          vii.        Adab menjaga harta benda sekolah

e.            Adab dengan Al-Quraan

3.5.1        Adab membawa dan menyimpan Al-Quraan
3.5.2        Adab membaca Al-Quraan   

 Pelajaran Jawi

a.    Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggal
b.    Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambung
c.    Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbuka
d.    Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutup
e.    Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat
f.     Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjaman
g.    Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek
h.    Menggunakan tanda baca
i.      Membaca pelbagai jenis teks bacaan
j.      Menulis  pelbagai jenis  teks
k.    Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rik’ah.


Rumusan

Kurikulum pendidikan Islam adalah bermatlamat untuk mencapai keberkesanan dari segi penghayatan dan aplikasi,  berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan nilai-nilai budaya bangsa.  Oleh itu,  setiap bakal pendidik hendaklah memahami dengan  jelas tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah  kerana ia
merupakan asas utama sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.  Dengan pemahaman ini guru akan lebih mudah merancang pengajaran mereka serta dapat menghurai setiap tajuk yang dicadangkan. 

Huraian sukatan pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembang dan memperjelas maksud serta kehendak sukatan pelajaran.  Sukatan ini mempunyai institusi yang tinggi  yang hampir setara dengan sukatan pelajaran.  Sukatan pelajaran perlu difahami bersama-sama dengan huraian sukatan pelajaran.  Penguasaan terhadap segala yang terkandung dalam huraian sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. 

Mengkaji dan meneliti Sukatan Pelajaran adalah amat mustahak sebelum guru memulakan tugasan dibilik darjah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan kepada sukatan Pelajaran, melalui sukatan pelajaran pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran.


No comments:

Post a Comment