Statistik adalah satu seni dan sains
untuk mengumpul, memproses, menganalisis, menginterpretasi, mempersembahkan
data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan.
Statistik juga adalah kumpulan data yang oleh memberikan gambaran tentang
sesuatu keadaan.
Menurut Kamus Pelajar (Edisi Ke-2),
statistik ialah keterangan tentang sesuatu yang ditunjukkan dengan
angka;catatan angka-angka perangkaan dan ilmu pengetahuan tentang sesuatu
penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dalam bentuk angka-angka
atau bilangan.
Manakala menurut Kamus Dewan (Edisi
Ke-4) pula, statistik dapat didefinisikan sebagai catatan angka-angka atau
bilangan, butir-butir (keterangan) yang ditunjukkan dengan angka, perangkaan
dan cabang pengetahuan yang berkaitan dengan sesuatu yang didasarkan kepada
bukti-bukti dalam bentuk angka atau bilangan.
Berdasarkan definisi yang diberikan
di atas, matlamat akhir statistik ialah untuk membuat keputusan yang lebih
berkesan. Ini membawa maksud bahawa organisasi atau organisasi-organisasi akan
menggunakan data yang telah diproses, semata-mata ingin mencapai matlamat iaitu
untuk mendapatkan atau membolehkan mereka membuat keputusan yang terbaik. Selain itu juga, dengan statistik kita boleh
meramalkan keadaan yang akan datang berdasarkan data masa lalu.
No comments:
Post a Comment