2.5 Model
Terapi Realiti oleh William Glasser
William Glasser merupakan pengasas kepada terapi
realiti. Menurut Glasser dalam Akhiar
Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013), guru berfungsi sebagai fasilitator yang
mengutamakan perkembangan murid berkaitan penyelesaian masalah dan kemahiran
berfikir secara kritikal. Sepertimana
menurut Choong, (2009), terapi realiti Glasser adalah berlandaskan 3
prinsip. Antaranya ialah setiap individu
bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing. Selain itu, setiap individu berupaya untuk
berubah dan hidup secara berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan. Pada masa yang sama, setiap individu
bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk persekitaran
mengikut kehendak masing-masing.
Glasser
telah menggariskan pelan pengurusan bilik darjah dalam (Choong, 2009) yang
boleh digunakan oleh guru bagi mengurus kelas dengan baik. Antaranya ialah guru hendaklah melapangkan
masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku murid yang bermasalah. Seterusnya,
guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Salah laku boleh dicegah melalui
dua cara iaitu dengan memberikan latihan yang menarik dan yang kedua dengan
membina hubungan positif dengan murid. Selain itu, cara penyoalan perlu
dipertingkatkan disamping mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Selanjutnya,
murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan
bantuan guru. Murid juga boleh diasingkan
dengan menggunakan time-out atau dihantar ke satu lokasi selesa dibawah seliaan
seseorang seperti kaunselor. Ibu bapa akan dihubungi untuk berpindah sekolah
sekiranya murid berada diluar kawalan.
Malah, bagi kes yang serius, murid akan dirujuk kepada pihak yang berkuasa.
Glasser juga turut menyertakan elemen
disiplin yang berkesan bagi membentuk tingkah laku positif murid. Menurut Glasser dalam Akhiar Pardi dan
Shamsina Shamsuddin (2013), murid perlu dibantu untuk membuat pilihan yang
wajar. Guru juga perlu mengajar
murid untuk memikul tanggungjawab secara peribadi dan menangani
tingkah laku masa kini, bukannya pada masa yang lampau. Seterusnya, murid juga
perlu membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku mereka. Bukan itu sahaja, guru juga
seharusnya membantu
murid merancang ke arah perubahan tingkah laku dan sematkan dihati
bahawa
murid boleh berubah ke arah positif.
2.5.1 Sejauh manakah
keberkesanan Model Terapi Realiti Glasser?
Kekuatan yang terdapat pada model ini menurut Choong (2009) ialah
ianya memberi penekanan terhadap disiplin kendiri berbanding dengan
hukuman. Hal ini bermakna, ianya memberi
fokus kepada pembentukan nilai murni yang ada pada diri murid. Malah, pelan pengurusan bilik darjah seperti
yang dicadangkan oleh Glasser dalam Choong (2009) adalah sangat sistematik dan
berstruktur. Perkara ini akan memudahkan
guru bagi merujuk kembali pelan tersebut dalam mengambil apa jua tindakan
secara sistematik.
Terdapat juga kelemahan yang jelas didapati dalam model
ini terutamanya dari segi pertukaran nama yang boleh mendatangkan
kekeliruan. Nama pada asalnya adalah
terapi realiti ditukar kepada teori kawalan dan kemudiannya dikenali sebagai
teori kawalan. Bukan itu sahaja,
disebabkan murid belum mempunyai emosi dan psikologi yang matang, perkara ini
menyukarkan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dialami.
2.5.2 Keberkesanan Model
Terapi Realiti Glasser
Edward, murid tahun 6 Cemerlang sering memotong barisan semasa
membeli makanan di kantin. Dalam hal
ini, Cikgu Hasan sebagai guru kelas Edward talah meluangkan masa untuk mengenal
pasti punca tingkah laku Edward. Seterusnya,
Cikgu Hasan telah mempertimbangkan cara penyelesaian yang paling sesuai untuk
Edward. Hal ini boleh dilakukan
sepertimana dicadangkan oleh Choong (2009) iaitu sama ada murid diberikan
latihan yang mencabar atau bina hubungan positif.
Memandangkan Edward tidak lama lagi akan menduduki ujian
UPSR, Cikgu Hasan cuba untuk mengambil pendekatan untuk menyoal Edward dengan
penuh berhemah. Seterusnya dia juga
berbincang mengenai tingkah laku negatif yang telah dilakukan oleh Edward. Selanjutnya, Cikgu Hasan mengkehendaki Edward
untuk membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif. Cikgu Hasan juga telah merancang bagi membantu
Edward untuk mengubah tingkah laku Edward ke arah yang lebih positif.
Cikgu Hasan telah membantu Edward untuk membuat pilihan yang
wajar. Pilihan yang diberikan oleh
Edward ialah sama ada dia terus memotong barisan semasa membeli makanan di
kantin atau Edward akan dikenakan tindakan keluar lewat ketika waktu rehat. Cikgu Hasan akan memberi time-out
sepertimana yang dicadangkan dalam Choong (2009) atau menghantar Edward
berjumpa dengan kaunselor sekiranya dia memilih untuk terus mempamerkan tingkah
laku negatif tersebut.
No comments:
Post a Comment