KONSEP PAFA
Perkara Asas
Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang
berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.
PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui,
memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna
sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
TUJUAN
·
Mengenalpasti
murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain,
kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat
mengamalkan dengan betul dan sempurna.
·
Mempastikan tidak
terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan
lain, menentukan kejayaan 100%.
·
Menimbulkan dan
menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan
kehidupan sehari-hari.
PERATURAN
PAFA
1. Penilaian
Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
2. Penilaian
Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
3. Penilaian
dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas
masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P).
4. Penilaian
dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan.
5. Soalan dan
jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam laman web ini.
Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu
lebih awal.
6. Tempuh
penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan dalam
tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan
bertulis dijalankan.
7. Sepanjang
tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang dan bimbingan
yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan
kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu
kelemahan dengan jaya, betul dan sempurna.
8. Pencapaian
murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam Borang
Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan
keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.
9. Suatu
penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa.
Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian.
10. Pencapaian
LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan dapat mengamalkan
kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM
sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.
11. Murid /Pelajar
diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu Ain apabila mereka
berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.
12. Pihak sekolah
hendaklah melaporkan keputusan penilaian kepada Lembaga Peperiksaan Kementerian
Penidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.
13. Kementerian
Pendidikan akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL' dalam keputusan atau
sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau menjejaskan sistem
penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang.
PELAKSANAAN
PAFA
Pelaksanaan PAFA adalah berdasarkan kepada surat pekeliling
berikut:
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994
:
Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain
(PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H.
Surat
Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas Fardu ’Ain
akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), mulai Sesi 1994/1995. Perkara Asas Fardu ’Ain tersebut adalah seperti
berikut :
Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :
(a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah
(b) Rukun Iman
(c) Rukun Islam
(d) Beristinjak
(e) Membersihkan diri, pakaian
dan tempat daripada najis
(f) Berwuduk
(g) Mandi Wajib
(h) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb
Azan dan Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah
(i) Puasa : Dalam aspek niat,
perkara-perkara yang membatalkan puasa dan hikmat
(j) Adab terhadap ibu bapa
(k) Ihsan
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.
17/2002 :
PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS
FARDHU AIN (PAFA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH bertarikh 3 Disember 2002.
Surat
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Penilaian PAFA yang
sedangdilaksanakan di sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah
disemak semula. Penilaian PAFA Semakan ini akan dilaksanakan serentak dengan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan
Islam KBSR/KBSM Semakan bermula sesi
Persekolahan 2003.
2. Bagi
menyelaras pelaksanaan dan menentukan keberkesanan penilaian tersebut, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan tiga buah buku panduan
berikut:
2.1 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian
Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR;
2.2 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian
Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR/PMR/SPM; dan
2.3 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian
Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) PANDUAN GURU.
3. Setiap
murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memiliki buku berkaitan. Sekiranya
murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut
dan menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dikelasnya.
Murid dan guru boleh membeli buku tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
atau cawangan-cawangannya. Setiap sekolah hendaklah memiliki sekurangkurangnya satu
set buku-buku tersebut sebagai rujukan.
4. Soalan
yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidak rahsia. Semua murid mesti
lulus 100% kod-kod yang telah ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah murid bersedia.
Guru bertanggungjawab membimbing secara berterusan dan mempastikan mereka
menguasai setiap kod yang ditentukan.
5. Surat
Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain
(PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994.
APA YANG HENDAK DICAPAI
OLEH PAFA?
Melalui P&P, perkara yang hendak dicapai oleh setiap
murid/pelajar ialah:
- Boleh
mengucap Dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui dan memahami
maknanya.
- Mengingat
dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman.
- Mengetahui,
memahami dan boleh mengamalkan cara menyucikan tubuh badan, pakaian,
tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan tayammum.
- Boleh
mendidikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamah,
menjawab azan dan iqamah serta do’anya.
- Menghayati
ibadat puasa, memahami hikmahnya dan perkara-perkara yang membatalkan
puasa.,
- Mengetahui
dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan ‘ihsan’ dan bermula dari
‘birru al-walidain’.
- Memahami
dan meyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan ummah yang kuat
dan teguh.
STRUKTUR
PELAKSANAAN
Sekolah Rendah:
•
Tahun 1 : Jun – Oktober
•
Tahun 2 – 5 : Januari – Oktober
•
Tahun 6 (UPSR): Januari – Julai
Kemaskini Borang Berkelompok:
•
Mac
•
Jun
JADUAL TINDAKAN
PELAKSANAAN
UJIAN PAFA (SR)
Bil
|
Tindakan
|
Jan
|
Feb
|
Mac
|
Apr
|
Mei
|
Jun
|
Julai
|
Ogos
|
Sept
|
OKt
|
Catatan
|
1
|
Memastikan
murid memiliki buku panduan penilaian PAFA
|
√
|
√
|
|
|
|
√
|
√
|
|
|
|
|
2
|
Penyediaan
Fail PAFA (borang berkelompok)
|
√
|
√
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3
|
Pelaksanaan
PAFA
3.1
Tahun 1
3.2
Tahun 2-5
3.3
Tahun 6
|
√
|
√
√
|
√
√
|
√
√
|
√
√
|
√
√
√
|
√
√
√
|
√
√
|
√
√
|
√
√
|
|
4
|
Kemaskini
borang berkelompok
|
|
|
√
|
|
|
√
|
|
|
|
|
|
5
|
Menghantar
keputusan penuh PAFA/ Disket ke Unit/ Bahagian Peperiksaan (JPN)
|
|
|
|
|
|
|
|
√
|
|
|
|
6
|
Mengemaskini
rekod pencapaian individu murid yang akan berpindah sekolah baru (sekiranya
ada)
|
√
|
√
|
√
|
√
|
√
|
√
|
√
|
√
|
√
|
√
|
|
7
|
Penyetaraan
daripada Kementerian/JPN/ Bahagian/ Daerah
|
Mengikut taqwim pihak
berkenaan
|
|
AGIHAN KOD PAFA
(SR)
TAHUN
|
KOD
DINILAI
|
TAJUK
|
1
|
01
|
Mengucap
Dua Kalimah Syahadah
|
02
|
Rukun
Islam
|
03
|
Rukun
Iman
|
04
|
Beristinjak
|
05
|
Membersihkan
diri, pakaian dan tempat dari najis
|
2
|
06
|
Cara
Berwudhuk
|
07
|
Cara
Bertayammum (SM)
|
08
|
Cara
Mandi Wajib
|
09
|
Azan
dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya
|
10
|
Solat
Fardhu
|
3
|
11
|
Solat
Jenazah (SM)
|
12
|
Puasa
|
13
|
Adab
Terhadap Ibu bapa
|
15
|
Ihsan
|
16
|
Kewajipan
Menutup Aurat (SM)
|
17
|
Batas
Pergaulan Dalam Islam (SM)
|
4
|
01
|
Mengucap
dua kalimah syahadah
|
02
|
Rukun
Islam
|
03
|
Rukun
Iman
|
04
|
Beristinjak
|
05
|
Membersihkan
diri, pakaian dan tempat dari najis
|
06
|
Cara
Berwuduk
|
07
|
Cara
Bertayammum (SM)
|
08
|
Cara
mandi wajib
|
09
|
Azan
dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya
|
5
|
10
|
Solat
Fardhu
|
11
|
Solat
Jenazah (SM)
|
12
|
Puasa
|
13
|
Adab
terhadap ibu bapa
|
14
|
Perkahwinan
(SM)
|
15
|
Ihsan
|
16
|
Kewajipan
menutup aurat (SM)
|
17
|
Batas
pergaulan dalam Islam (SM)
|
15
|
Ihsan
|
RUMUSAN
1.
Penilaian
PAFA adalah suatu proses bimbingan dan penilaian yang berterusan sehingga murid
mencapai sekurang-kurangnya tahap minima.
2.
Penilaian
PAFA dijalankan secara lisan (L) dan amali (A) mengikut kod-kod yang telah
ditetapkan. Contoh:
i. L1.1 : Ujian
secara lisan sahaja
ii.
A9.4 : Ujian secara amali sahaja
iii. LA 5.1: Ujian secara lisan dan amali
iv.
A/L9.1: Ujian secara amali atau lisan