Konsep Falsafah Islam
“… falsafah islam berkembang di negara
islam dan di bawah naungan Negara islam…hasil pemikiran daripada ahli falsafah
yang berada di bawah lingkungan kekuasaan islam tentang hakikat sesuatu dalam
premis pemikiran yang logik dan sistematik..
-Sheikh Mustafa
Abd Al Razak
Falsafah Islam
|
||
Menurut Ahli
Falsafah, mempunyai tiga aspek:
|
Menurut Al
Farabi :
|
Dikategorikan
kepada :
|
i)
Ilmu fizik
ii)
Ilmu matematik
iii)
Ilmu ketuhanan
|
i)
Falsafah teori
ii)
Falsafah amalan
|
i)
Ilmu wahyu
ii)
Ilmu akhirat
|
Konsep Pendidikan
“ Satu proses berterusan bagi memupuk
seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak,rohani dan jasmani
secara bersepadu dan seimbang kearah pembentukan insan soleh yang membawa kepada
kebaikan di dunia dan akhirat “
-Menurut perspektif
islam
Pendidikan barat
|
Pendidikan islam
|
Satu proses
melatih akal, jasmani dan moral untuk menjadi insan dan warganegara yang baik
|
Pendidikan
mempunyai pengertian yang lebih luas dan syumul
|
Perspektif
barat hanya menekankan aspek jasmani dan luaran, tetapi islam mengambil kira
aspek kerohanian
|
Pendidikan islam
“ pendidikan islam ialah proses mendidik
dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Al
Quran dan As Sunnah, pengalaman daripada salafus soleh serta ilmuan muktabar.
Proses ini bertujuan bagi melahirkan insan yang soleh dan mampu memikul
tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan oleh Allah keatas manusia supaya
mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat “
Abdul Halim
EL-Muhammady (1993)
“ pendidikan merupakan proses yang dilalui
oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik
untuk mencapai tujuan bagi membentuk muslim berlandaskan ajaran islam “
Abd Halim Hj. Mat
Diah (1989)
Tujuan pendidikan islam
·
Mendidik murid
berakhlak mulia
·
Mendidik roh
halus dan sempurna
·
Mengasuh murid
berkelakuan baik,menghormati orang dan berakhlak mulia
·
Membiasakan murid
dengan adab yang mulia
·
Membiasakan murid
dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan
Matlamat pendidikan islam
Membentuk dan
memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal
soleh dan berperibadi mulia
§
Melahirkan insan yang taat perintah Allah
Melahirkan insan yang taat perintah Allah
Falsafah Pendidikan Islam
“ pendidikan islam adalah salah satu usaha
berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan penghayatan islam
berdasarkan al quran dan as sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat ‘’
Kementerian
pendidikan Malaysia (1997)
“ Falsafah
Pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia melalui pengalaman dan
ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan
tanggungjawabnya, mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah agar menjadi insan yang soleh (berteraskan roh islam). Dengan kata lain, falsafah pendidikan islam
merupakan usaha pelaksanaan teori dan kaedah dalam bidang pendidikan. Justeru, falsafah pendidikan islam merangkumi
aspek-aspek seperti matlamat, kandungan dan dasar pendidikan islam ”
Perkara penting dalam
falsafah pendidikan islam ialah akidah, ibadah, ketrampilan dan kepimpinan
Pandangan Ahli
Falsafah Islam
Ibnu Rushd
(520-595 Hijrah)
ü
Nama sebenar
beliau ialah Abu Al walid Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ahmad
Bin Rushd
ü
Dikenali di barat
dengan nama “Averroes” yang juga terkenal dengan gelaran “pendeta Abu Al Walid”
ü
Lahir di Kota
Cordova (tanah Andalusia/Sepanyol) pada zaman gelap
ü
Dibesarkan
di kota Cordova dalam bidang ilmu
perundangan islam dan ilmu perubatan
ü
Berasal daaipada
keluarga terpelajar dan latar belakang keturunan islam yang terkenal
ü
1169, dilantik
sebagai hakim di Kota Seville yang kemudiannya
di kota cordova
ü
Rajin membaca,
mengkaji dan mengarang
Falsafah hidup beliau
i)
Hidup sederhana
dan bersahaja
ii)
Bersifat pemurah
kepada semua orang walaupun ada yang pernah memusuhi atau menghina dirinya
iii)
Bersifat rendah diri
terutama kepada orang-orang miskin, tetapi mengambil berat tentang harga diri
dan maruah dirinya dan pantang merendah diri kepada orang-orang yang berpangkat
besar.
Sikap yang tegas dan
sering mengeluarkan pendapat yang bernas menyebabkan dia tidak disukai
raja. Hasutan daripada musuh yang
mencemburui kedudukannya telah
menyebabkan dia disingkirkan daripada jawatannya. Akibatnya, beliau terpaksa hidup menderita dalam buangan
Sumbangan
§
Atas arahan
khalifah abu yaakob , Ibnu Rushd telah ditugaskan untuk mengkaji dan
menyaringkan hasil pemikiran Aristotle, ahli falsafah Yunani tua.
§
Pembicaraan
falsafah Ibnu Rusyd tertumpu kepda persoalan-persoalan berhubung metafizik, khususnya
ketuhanan.
§
Beliau banyak
mengemukan idea-idea yang bernas dan baru dalam bidang falsafah malah dalam
ilmu perubatan dan perundangan islam.
§
Kebanyakan
karyanya mengenai falsafah dan perubatan diterjemahkan ke dalam bahasa latin
dan Hebrew
Karya
·
Kulliyah
fit-thibb- 16 jilid mengenai perubatan umum
·
Mabadil falsafah (Penghantar Ilmu
Falsafah)
·
Tafsir Urjuza (perubatan dan
tauhid,Taslul
·
Kasyful Adillah(ilmu kalam dan
mengungkap persoalan falsafah dan agama)
·
Tahafatul Tahafut
(ulas buku imam Al Ghazali, Tahafatul Falaisafah
·
Muwafaqatil
Hikmah Wal Syari’a (persamaan falsafah dengan agama)
Al Ghazali
(1058-1111)
·
Lahir pada tahun
1058 di Tus, Khurasan, Iran
·
Ayahnya
mengharapkan dia dan abangnya menjadi seorang yang alim, apabila ayahnya
meninggal dunia,mereka telah memasuki madrasah di Gurgan untuk belajar ilmu
Fiqh
·
Tujuh tahun kemudian,
beliau ke Tus dan melanjutkan pelajaran
dalam bidang agama, falsafah, logik dan lain-lain dengan Imam al-Haramayn.
·
Pada 1081, beliau
dilantik menjadi professor di Baghdad
·
Meninggal di Tus
pada tahun 1111
Sumbangan
Menghasilkan lebih 400
buah karya dalam bidang teologi, falsafah, sains dan ilmu Sufi. Antaranya ialah :
1. Tahafut al-Falasifa (The Incoherence
of The Philosophers) yang menolak sepenuhnya pandangan Plato dan Aristotle
2. Ihya al Ulumuddin – (sains islam)
: fiqh, kalam (teologi) dan ilmu sufi
3. Maqasid al falasifa –membentangkan
teori asas falsafah
4. Miyar al-Ilm fi fan al-Mantik (Criterion of
Knowledge in the Art of Logic)
5. Mihak al-Nazar fi fan al-Mantik (Touchstone of
Reasoning in Logic)
6. Al-Qistas al-Mustaqim (The correct
Balance)
Ibn Khaldun (1332-1406)
§
Tokoh falsafah,
sejarah dan sosiologi
§
Nama penuh beliau
ialah Abdurahman Bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir
bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurrahman bin Ibn Khaldun
§
Dilahirkan pada
1332 di Tunis, Tunisia
§
Mendapat pendidikan
awal yang berbentuk tradisional seperti Quran, hadis, tatabahasa, retorik dan
puisi
§
Meneruskan
pelajaran sehingga berusia 19 tahun apabila ketika itu berlakunya The Great
Plaque bermula dari Samarkand sehingga Maritania
§
Kemudian
menceburkan diri dalam bidang politik
Sumbangan
ü
Menulis sejarah
dunia dalam bentuk naskah yang dikenali sebagai al-Muqaddimah atau Prolegomena
yang mengenalpasti unsur-unsur psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial.
ü
Menganalisis
mengenai dinamika hubungan kelompok serta memperlihatkan kepentingan al-Asabiyyah
bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalangan
masyarakat
Karya
·
Bidang sejarah- universal
History dan Sejarah Maghrib
·
Bidang keagamaan
– Lubab al-Mahsul (Summary of The Result) dan Syifa’ as-Sail (Healing
of the Inquirer)
Al Farabi
(870-950 AD)
v
Nama penuh beliau
ialah Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh
v
Dilahirkan pada
870 AD di Wasij, sebuah perkampungan kecil berhempiran Farab, Turkistan
v
Mendapat
pendidikan awal di Farab dan Bukhara kemudian melanjutkan pelajaran di Baghdad
sehingga 942 AD
v
Ahli falsafah,
sains dan pakar bahasa
v
Pada awalnya
menceburkan diri dalam bidang kehakiman sebagai Qadi kemudian menjadi seorang
guru
v
Meninggal dunia
di Damascus pada tahun 950 AD ketika berumur 80 tahun
Sumbangan
§
Beliau merupakan
seorang Neoplatonist yang telah banyak menggabungkan pemikiran Plato dan
Aristotle dengan teologi. Oleh itu,
beliau telah digelar sebagai tok guru kedua atau al-muallim al-Thani,
dibelakang Aristotle, mahaguru pertama
§
Membahagikan
pengajian logik kepada dua kategori, iaitu Takhayyul(idea) dan Thubut (bukti).
§
Menghasilkan 117
buku termasuk 43 naskah (logik), metafizik (11), etika (7), sains politik (7),
muzik dan perubatan (17)
Karya
o
Fusus al-Hikam – digunakan
sebagai buku teks falsafah sehingga kini di beberapa institusi di Negara-negara
timur.
o
Al-ihsa al ulum – menghuraikan
klasifikasi dan prinsip-prinsip asas sains
o
Ara Ahlul
Madina al-Fadila (The model City)
– menyumbang dalam bidang sosiologi dan sains politik
o
Al-musiqa – sebuah buku
muzik
No comments:
Post a Comment