RIBA
Bahasa : Ziyadah (tambahan) dan lebihan.
Istilah : Pengambilan tambahan dari harga pokok
atau modal secara bathil.
Syarak : Akad menukarkan satu barang dengan barang
lain yang tidak sama banyak dalam pandangan syarak atau ditangguhkan penerimaan
kedua-dua atau salah satu daripada kedua-dua barang itu.
Transaksi yang dicirikan dengan suatu
pernyataan “Beri saya kelonggaran (dalam pelunasan) dan saya akan
tambahkan (jumlah pengembaliannya)”.
Penjualan dengan penambahan yang terlarang.
Penjualan dengan penundaan pembayaran yang
terlarang.
Penjualan yang dicampuraduk dengan hutang.
Penjualan emas dan barang dagangan untuk emas.
Pengurangan jumlah sebagai balasan atas
penyelesaian yang cepat.
Penjualan produk yang belum sepenuhnya diterima.
Penjualan yang dicampuraduk dengan pertukaran
wang.
Dalil
Riba hukumnya HARAM dan merupakan dosa besar
yang sangat dikecam dan dikutuk Allah SWT dan RasulNya SAW. Allah telah
berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275:
Maksudnya: Orang-orang yang makan (mengambil)
riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang
kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang
demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual
beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari
Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang
telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah)
kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah
penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
JENIS RIBA













1. Riba Fadl (Bayaran Tambahan)
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
2. Riba Qardhi
|
![]() ![]() ![]() ![]() |
3. Riba Nasi’ah (Bayaran Bertangguh)
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
4. Riba Yad Tangan
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Hikmah
•
Amalan riba riba boleh
menyebabkan kemudaratan atau keruntuhan akhlak dan sikap seseorang individu
muslim.
•
Amalan riba adalah satu
amalan yang boleh menyebabkan satu pihak yang lain akan tertindas.
•
Amalan riba akan
melebarkan jurang antara golongan yang berada dengan golongan yang kurang
mampu atau miskin.
•
Riba merupakan satu
penindasan terhadap orang-orang miskin.
•
Amalan riba juga akan
menyuburkan sikap malas bekerja dan kurang dinamik.
•
Dengan adanya riba,
masyarakat hanya akan menjalankan jual beli yang membolehkan mereka mengaut
keuntungan dengan cara yang mudah.
|
Amalan Riba Pada Masa Kini
• Walaupun pengharaman riba telah diharamkan didalam
islam,namun masih ramai yang melibatkan diri mereka dengan riba sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung.Antara contoh amalan riba pada masa kini ialah:
1) RIBA DALAM PINJAMAN
BANK KONVENSIONAL
•
Apabila seorang
pelanggan datang ke sebuah Bank Konvensional atau sebarang Institusi Kewangan
yang tidak menawarkan produk Islam; lalu ingin membuat pinjaman untuk :-
•
a- Membeli kereta (
Car Loan )
•
b- Membeli rumah (
Home Loan )
•
c- Mendapatkan modal
syarikat (Term Loan atau Overdraft )
•
d- Membeli mesin dan
alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )
•
e- Membuat pinjaman
peribadi ( Personal Loan )
• Dalam proses pinjam meminjam di atas, proses pinjam
meminjam antara kedua-dua pihak akan dibuat. Sebagai contoh di Bank
Konvensional hari ini : atas permintaan si pelanggan B untuk membeli kereta,
rumah, mendapatkan modal syarikat atau peribadi, Bank A memberi pinjaman RM
100,000 kepada pelanggan B, bagaimanapun sebagai imbalan balik kepada pihak
Bank, mereka akan menetapkan bunga, faedah atau interest sebanyak 8 % (sebagai
contoh) daripada jumlah pinjaman itu (RM 8,000) di bawah nama ‘interest' bagi
membolehkan pelanggan mendapat wang yang diperlukan.
2)Riba dalam Akaun
Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
• Manakala dalam Akaun Simpanan Konvensional (Ordinary
Savings Account) pula. Ini kerana bank akan memberikan kadar faedah tetap
sekitar 0.1-0.2 %. Dalam keadaan ini, Bank pula dikira meminjam wang dari
pelanggan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan kecil-kecilan, dan si pelanggan
di anggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas pinjaman (simpanan)
yang diberikan oleh pelanggan kepada Bank itu,
No comments:
Post a Comment