Sunday, 10 November 2013

KEPIMPINAN KHALIFAH HARUN AL RASYID DAN PEMBANGUNAN ILMU

  • Nama sebenar beliau ialah Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi.
  • Dilahirkan di Ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 H bersamaan 756 M. 
  • Telah menggantikan saudaranya iaitu al-Hadi sebagai khalifah Baghdad yang kelima dalam pemerintahan Abbasiyah.  
  • Sejak dari awal lagi, beliau  dikenali sebagai  seorang yang pintar dan sukakan ilmu pengetahuan.  Tidak hairanlah jika beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta banyak pengalaman sama ada dalam bidang politik, ketenteraan mahupun dalam bidang pentadbiran awam.
  • Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu.
  • Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling besar dalam dunia penyebaran ilmu pengetahuan di Kota Baghdad.
PEMERINTAHAN
  • Khalifah Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara. 
  • Beliau telah dapat  membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan. 
  • Beliau begitu mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

    Ekonomi
  • Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan melakukan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. 
  • Disebabkan usaha inilah, ramai pedagang-pedagang asing yang datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad.
    Hubungan diplomatik
  • Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Peranchis dan keluarga al-Barmaki. 
  • Perhubungan ini bertujuan untuk pendamaian antara kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Bahgdad dengan kerajaan Byzantium. 

PERKEMBANGAN ILMU

  • Khalifah harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan. 
  • Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. 
  • Disamping itu juga, seseorang khalifah harus tahu untuk membangunkan dan memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, politik mahupun sosial. 
  • Ilmu pengetahuan sangat penting yang seharusnya ada dalam diri seorang khalifah.   Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun.
    Kemajuan Intelektual
  • Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. 
  • Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. 
  • Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid

    Baitul hikmah
  • Satu lagi sumbangan Khalifah ar-Rasyid yang sangat besar kepada kerajaan Abbasiyah ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah.
  • Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. 
  • Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. 
  • Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.  Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. 
  • Pembinaan Baitulhikmah  yang merupakan sebuah institusi keilmuan yang ditubuhkan oleh khalifah Harun al- Rashid turut berkembang secara meluas dan mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al- Makmun.
  • Hasilnya, aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan menjadi lebih sistematik.
  • Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada bahasa Yunani menjadi kegiatan utama.
  • Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan para ilmuwan dalam pelbagai bidang.
  • Keberkesanan pemerintahannya dalam bidang penulisan pula  boleh dilihat melalui tiga tahap.
  • Tahap yang pertama ialah mencatat segala percakapan atau idea. Beliau mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku.
  • Tahap yang kedua pula mengarang. Terdapat golongan  ulama yang terlibat dalam penulisan pada zaman pemerintahannya. Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya seperti Imam Malik  menyusun buku al- Muwatta’, Ibn Ishaq  menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w., Abu Hanifah  menyusun fikah dan pendapat ijtihad.
  • Tahap ketiga pula ialah penterjemahan. Penterjemahan pada masa itu mula dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani, dan Yunani kepada Bahasa Arab. Dua perkara penting berkaitan dengan penterjemahan ialah, di samping menterjemah, orang Islam mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Huraian dan penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan memuatkan keterangan dan ulasan. Selain itu,Orang Islam berperanan penting dalam berbakti kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya memelihara warisan ilmu daripada lenyap semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap.
  • Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
  • Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing.
  • Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah.
  • Perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad dan Cordova memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan keilmuan di Eropah dan perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan zaman pemulihan budaya atau Renaissance. 
  • Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan Islam telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi kemudian.
  • Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing banyak memberi faedah kepada orang Islam sendiri.
  • Para ilmuan Islam telah memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Hasilnya, pada zaman pemerintahannya itu sudah terdapat sekitar 800 orang doktor.


KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR ABD AL-AZIZ


KHALIFAH UMAR ABD AL-AZIZ (61-101 H/ 681-720 M)
  • Nama penuhnya ialah Abu Hafs, Umar ibn Abd al-Aziz ibn Marwan ibn al-Hakam al-Umawiy al-Qurashiy.
  • Dia ialah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah di Syam.
  • Datuk sebelah ibunya ialah Umar ibn al-Khattab.
  • Umar ibn Abd al-Aziz lahir di Madinah al-Munawwarah. Semasa bapanya dilantik sebagai pemerintah di Mesir, dia turut dibawa bersama dan menghafal al-Quran di sana. Kemudian bapanya telah menghantarnya ke Madinah semula untuk mempelajari ilmu agama dan mendalami ilmu sastera.

Keberkesanan Pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Politik
  • Bentuk atau corak pemerintahan baginda adalah berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
  • Antara reformasi beliau ialah, beliau telah mengembalikan semula demokrasi al-syura mengikut Islam. Demokrasi ini telah lama hilang dan tidak dipraktikan pada masa khalifah umaiyyah kecuali di zaman Umar bin Abdul Aziz sahaja.
  • Menyusun semula nama-nama para gabenor, qadhi-qadhi dan para pegawai kerajaan yang lain.
  • Melantik qadhi-qadhi disetiap wilayah, nama pemimpin tentera, pemungut cukai, ketua polis, ketua pos, dan pelbagai jabatan lagi yang berkaitan dengan pelaksanaan pentadbiran umat.
  • Khalifah Umar Abdul Aziz bertindak tegas kepada sesiapa sahaja dari para pembesarnya atau gabenornya samada gabenor yang telah dilantik oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu atau kepada mereka yang dilantik oleh beliau sendiri.
  • Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati semasa melantik para pegawainya. Beliau tidak taksub kepada mana-mana pihak, malah apa yang menjadi ukuran beliau ialah kelebihan yang ada pada seseorang walaupun bukan dari keluarganya, bukan sahabatnya atau bukan bangsa arab.
  • Didalam pentadbiran negara juga, beliau akan memecat dan tidak melantik kepada mereka yang kurang berpengetahuan dalam bidang agama Islam.
  • Dalam usaha menjalankan reformasinya, beliau telah mengembalikan semula gereja yang telah diambil oleh khalifah-khalifah Umaiyyah yang lalu daripada orang-orang nasrani. Tujuan pengambilan itu adalah untuk diubahsuaikan bagi pembinaan masjid. Ini kerana beliau berpendapat bahawa tindakan khalifah-khalifah yang lalu adalah diluar dari kehendak Islam yang sebenarnya. Langkah seperti ini, membawa kesan yang positif terhadap orang-orang nasrani untuk mereka berfikir, membuat kajian tentang akidah Islam dan seterusnya mungkin membawa mereka menerima Islam.
  • Polisi luar khalifah Umar terhadap negara-negara asing, khususnya negara-negara bukan Islam, polisi beliau adalah berdasarkan kepada daulah islamiah.

Ekonomi.
  • Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memerintahkan para gabenornya supaya menghapuskan bayaran jizyah kepada setiap orang yang memeluk Islam.
  • Beliau menjual setiap yang dimilikinya seperti kebun-kebun, kenderaan-kenderaan, barang-barang mewah, kuda-kuda, pakaian-pakaian, minyak atar, perabot-perabot dan banyak lagi barang-barang lain sehingga sampai nilainya sebanyak dua puluh tiga ribu dinar. Kesemua harta-harta itu diserahkan kepada Baitulmal.

Sosial.
  • Antara sumbangan Umar ibn Abd al-Aziz sepanjang tempoh perkhidmatannya di Hijaz ialah menggali telaga-telaga, membaiki jalan, memerintah dengan penuh keadilan tanpa penentangan daripada para pembangkang politik Bani Umayyah dan gabenor-gabenornya.
  • Beliau sangat mengambil berat dalam soal pengembangan agama Islam serta penyebaran ilmu agama Islam seperti Fiqh, Tauhid, pengajian al-Quran dan sebagainya.
  • Beliau menjadikan masjid sebagai pusat memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan.
  • Beliau pernah mengumpul ahli bijak pandai dalam pelbagai bidang untuk menterjemahkan buku-buku asing seperti buku dari Greek, Parsi dan sebagainya kedalam bahasa arab.

Reformasi Pentadbiran
  • Setelah menduduki takhta pemerintahan, Umar ibn Abd al-Aziz segera melaksanakan projek kemudahan asas dan melucutkan beberapa orang penguasa yang tidak mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat.
  • Beliau juga menghapuskan jizyah terhadap kafir zimmi yang memeluk Islam serta mengarahkan supaya diserahkan kembali hak mereka.
  • Umar ibn Abd al-Aziz juga menghapuskan segala cukai yang berlebihan dan meminta agar semua gabenor mengambil kira pandangannya dalam melaksanakan sesuatu hukuman. 

Menghilangkan Amalan Nepotisme.
  • Nepotisme ialah perbuatan dalam pemerintahan yang mementingkan atau melebihkan sanak saudara atau kawan-kawan sendiri. Beliau tidak segan menurunkan kaum kerabatnya sendiri sekiranya memang tidak mampu menegakkan keadilan.
  • Umar bin Abdul Aziz segera memecat gabenor-gabenor yang zalim dan amil-amil yang kejam. Dipecatnya Usamah bin Zaid, yang sebelum ini menjawat sebagai pegawai zakat di Mesir. 
  • Usamah adalah seorang yang zalim dan banyak tindakannya yang melampaui batas.
  • Umar bin Abdul Aziz juga telah memecat Yazid bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi gabenor di Afrika Utara dan Salih bin Abdurrahman gabenor Iraq serta Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.

Mengembalikan harta yang tidak sah ke dalam Baitulmal.
  • Pertama kali yang ditunjukkan kepada masyarakat tentang perubahan radikal yang dicontohkan ialah sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah beliau menolak kuda-kuda hias yang segak dan belum pernah digunakan
  • Beliau memilih keldainya dan menyuruh kuda-kuda tersebut dimasukkan ke dalam Baitulmal
  • Beliau tidak mahu tinggal di istana sebaliknya tinggal dirumahnya yang usang. 
  • Begitu juga semua tenda-tenda permaidani-permaidani dan tempat-tempat alas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah-khalifah yang baru semuanya itu dijualnya dan wangnya dimasukkan ke dalam Baitulmal.

Mengubah Strategi Dakwah
  • Beliau mengubah cara berdakwah dari kekerasan peperangan kepada dakwah secara berhikmah.
  • Beliau menyebarkan agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan menempuh cara damai dalam berdakwah tersebut yang mana hal itu tidak dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumnya

Menghidupkan Amalan Syura (mesyuarat).
  • Syura adalah salah satu sistem dalam perlembagaan Islam yang unggul mengalahkan sistem apa pun dalam bentuk pemerintahan didunia ini. 
  • Umar bin Abdul Aziz menyakini bahawa syura adalah satu kemestian yang mesti ditegakkan dalam kerajaannya. 
  • Dengannya pemerintahan akan tegak, kebenaran akan terangkat dan keadilan menjadi kuat dan dapat dirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat.
  • Syura tidak akan tegak berdiri tanpa adanya penghormatan kepada pendapat-pendapat yang datang daripada pihak lain walaupun budak kecil sekalipun. 
  • Syura benar-benar hidup dizamannya menggantikan sistem pemaksaan yang bersifat diktator oleh khalifah-khalifah sebelumnya. 
  • Rakyatnya tidak takut untuk mengemukakan pendapatnya jika benar ataupun menyanggah keputusan-keputusannya jika tidak sesuai dengan al-Quran mahupun al-Hadis.



Saturday, 9 November 2013

RASM UTHMANI

      ·        Rasm dari segi bahasa bermaksud kesan atau bekas.
      ·        Dari segi istilah pula ialah menggambarkan lafaz dengan huruf-huruf hijaiyah
      ·        Jadi ilmu rasm ialah ilmu yang membincangkan cara-cara sebutan untuk memelihara             pengucapan huruf asalnya.
Rasm Uthmani
     ·           Rasm Uthmani merupakan satu ilmu               untuk mengetahui perbezaan antara               mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan           Rasm Qiyasi.
     ·     Dikenali juga dengan sebagai Rasm               Istilahi kerana disandarkan kepada                 para Sahabat r.a yang mengumpulkan           kembali mashaf
      ·        Dikenali juga dengan Rasm Tauqifi                 kerana kebanyakkan ulama’                             berpandangan bahawa rasm tersebut             merupakan kaedah yang diajar oleh               Rasulullah s.a.w kepada Sahabat-                   sahabat Baginda
Rasm Imlai
           ·             Rasm Imlai merupakan penulisan al-               Quran berdasarkan cara sebutan                     perkataan
            ·      Dikenali juga dengan Rasm Qiasi                   kerana penulisan berdasarkan                         sebutan.


SEJARAH RASM UTHMANI

Penulisan dan Pengumpulan AI-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w
  • Penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya.
  • Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat serta sahabat Baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.
  • Para penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepah pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. 

Penulisan AI-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.
  • Peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah telah menyebabkan ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid. 
  • 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut." Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid.  
  • Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. 
  • Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.
  • Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. 
  • Apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a.

Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a,
  • Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. 
  • Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

  1.  Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a
  2. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a.
  3. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha' ari r.a
  4. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a. Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al Quran.

  • Huzaifah telah mencadangkan menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut.
  • Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al- Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh Abdullah bin Zubair, Said bin al-' As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a. 
  • Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. 
  • Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'. 
  • Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al- Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy. 
  •  Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan "Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.
  •  Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayahwilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan mutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. 
  •  Mereka terdiri daripada: i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah. ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah. iv. Amru bin Qais r.a. ke Basrah. v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah. 
  •  Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan ( وججه القراءات ) yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:

1.    Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. 
2.    Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran. 
3.    Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan. 

4.    Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf. v. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang ini.

Zaman
Sebab
Sumber
Pihak yang terlibat
Bentuk proses pengumpulan
Cara pengumpulan
Tujuan
Nabi
Arahan Nabi
Nabi
Nabi
Mengikut  masa turun
Hafaz dan catat
Tunai kewajipan
Abu Bakar
Syahid huffaz
Catatan di rumah nabi & hafazan sahabat
Zaid bin Thabit, Umar
Mengikut turutan ayat tanpa surah
Catatan dalam satu mushaf
Untuk disimpan
Uthman
berbeza bacaan
Mushaf zaman Abu Bakar
4 ahli jawatan kuasa
Mengikut turutan ayat dan surah
Salin kepada beberapa salinan
Disebar ke wilayah Islam






















KELEBIHAN RASM UTHMANI


i.     Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
ii.    
Mengikut tulisan Al-Quran yang Imla'i
iii.   Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar dari maksud yang                    sebenar
iv.   Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis bacaan)
v.    Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih
vi.   Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat
vii.  Bertepatan dengan riwayat bacaab mutuwatir
viii. Satu satu dari mukjizat Al-Quran
vix. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran al-Karim
x.    Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas
xi.   Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat)
xii.  Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf


Kaedah Rasm

1. Hazaf (buang)


رسم عثماني
رسم املائي
العلمين
العالمين
الصِّرط
الصراط
صدقين
صادقين

Jadual 1. Membuang huruf Alif (
ا)

رسم عثماني
رسم املائي
يلوون
يلوون
داوود
داوود
يدع الإنسان
يدعو الإنسان

Jadual  2. Dengan membuang huruf Wau (
و)

رسم عثماني
رسم املائي
النبيـــن
النبيين
ابرهــم
ابراهيم


Jadual 3. Membuang huruf Ya (
ي)

2. Ziadah (tambah)

رسم عثماني
رسم املائي
أبنــؤا
أبناء
واتقوا الله
واتقو الله
أنبــؤا
أنباء
مائة صابرة
مئة صابرة

Jadual 1. Menambah huruf Alif (
ا)




رسم عثماني
رسم املائي
سأوْريكم دار
سأريكم دار
اوْلوا الأرحام
الوا الأرحا
أوْلئك
ألئك

Jadual 2. Menambah huruf Wau (
و)

رسم عثماني
رسم املائي
أفإيـن
افائن
نبإىْ
نباء
من ورآىِْ
من ورآء

Jadual 3. Menambah huruf Ya (
ي)

3. Hamzah

رسم عثماني
رسم املائي
أمر
امر
أزوج
ازواج
أبوب
ابواب

Jadual 1.
Penulisan Hamzah (ء) di awal kalimah

رسم عثماني
رسم املائي
قرءَانا
قرآنا
القرءان
القرآن
يـادم
يا ادم

Jadual 2. Penulisan Hamzah (
ء) di tengah kalimah

4. Badal (ganti)

رسم عثماني
رسم املائي
الصلوة
الصلاة
الزكوة
الزكاة
الحيوة
الحياة

Jadual 1. Menggantikan Alif (
ا) dengan Wau (و)
رسم عثماني
رسم املائي
فتى
فتا
القرى
القرا

Jadual
2. Menggantikan Alif (ا) dengan Ya (ي)

رسم عثماني
رسم املائي
لنسفعا بالناصية
لنسفعن بالناصية
فتعسا لهَّم
فتعسن لهم

Jadual
3. Menggantikan Nun (ن) dengan Alif (ا)

رسم عثماني
رسم املائي
رحمت
رحمة
مرضات
مرضاة
نعمت
نعمة

Jadual
4. Menggantikan (ة) dengan (ت)

(LATEST UPDATE)


--