Tuesday, 8 November 2016

Analisis Sahsiah Para Sahabat Rasulullah S.A.W dan tokoh ilmuan Islam

SAHSIAH KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

            Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan. Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar.

            Rasulullah SAW telah mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut dikenali sebagai al-suffah. Ia merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran, asas agama (Aqidah, syariah, akhlak), khat, sejarah dan bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.

Struktur pendidikan Islam di Madinah telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk :

   Pendidikan umum: Ia di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat daripada Khulafa al-Rashidin. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas solat fardu atau selepas solat Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.
Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa teguran dan tunjuk ajar secara langsung.
Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Pendidikan ini dibahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal (menulis dan membaca) dan peringkat pendidikan ke atas ahli Suffah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.
 
Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M – 40H/661M) diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kestabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara.

            Pusat pentadbiran Khulafa‟ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al-Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum muslimin. Tahun-tahun pemerintahan khulafa‟ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran seperti masalah riddah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin.

            Semua masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada zamannya.  Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.

            Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran dan al- Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan Islam Madinah.

            Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam. Khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya.

Beliau memberi penekanan yang serius terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut: Ajarlah anakanak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syairsyair yang indah.

            Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabatsahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.

SAHSIAH SAIDATINA KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Diriwayatkan dari Aisyah beliau berkata:"Rasulullah S.A.W. hampir tidak pernah keluar dari rumah sehinggalah baginda menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-muji setiap hari sehingga aku menjadi cemburu, lalu aku berkata: Bukankah beliau seorang wanita tua, yang Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka baginda marah sampai berkerut dahinya, kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya.Sungguh Khadijah telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dengannya Allah mengurniakan zuriat kepadaku dan tidak dengan wanita yang lain.Aisyah berkata: aka aku berjanji untuk tidak menjelek jelekkannya buat selama-lamanya."

Pengupasan tentang peribadi Saidatina Khadijah yang unggul, yang selama hidupnya menguatkan Nabi Muhammad S.A.W. pada permulaan dakwah Islam. Saidatina Khadijah merupakan isteri pertama Nabi Muhammad S.A.W. dan juga wanita pertama yang beriman serta menyatakan bahawa Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S.A.W. adalah utusan dari Allah S.W.T. Di sini akan menceritakan mengenai riwayat hidup Saidatina Khadijah sejak beliau dilahirkan sehinggalah beliau wafat.

            Saidatina Khadijah memiliki peribadi yang luar biasa.  Peribadinya yang cukup luar biasa ini memberi implikasi yang positif kepada masyarakat Islam pada zaman awal Islam. Masyarakat pada zaman itu amat kagum dengan keperibadian Saidatina Khadijah yang cukup mulia itu. Saidatina Khadijah adalah salah seorang tokoh yang paling penting dalam sejarah Islam. Wanita yang agung bernama Saidatina Khadijah ini telah memberi banyak sumbangan terhadap Islam dari pelbagai aspek dan juga telah menyumbang ke arah kemenangan kerajaan Islam. Beliau memainkan peranan yang sangat cemerlang.  Bersama Abu Talib, Saidatina Khadijah merupakan salah seorang dari pendukung Islam dan kaum Muslim.

 Pada masa Islam mengalami tekanan peperangan yang tidak henti hentinya dan selama tiga tahun mendapat serangan yang bertubi-tubi, Saidatina Khadijah membantu kaum Muslim dengan segala bentuk pengorbanan yang luar biasa. Saidatina Khadijah mempunyai sifat-sifat yang amat indah sekali yang mana sifat-sifat beliau ini belum tentu wujud pada setiap wanita pada zaman kini. Saidatina Khadijah mempunyai hati dan jiwa yang suci, bersih dan terpelihara dari kejahatan. Perasaan Saidatina Khadijah yang halus dan akhlaknya yang mulia membuatkan dirinya lebih dihormati dan istimewa.

Di samping itu, ketakwaan dan keimanan beliau terhadap Allah S. W. T. amat teguh sekali dan tidak perlu diragukan lagi. Walaupun Saidatina Khadijah ini seorang yang kaya, beliau tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai umat Islam. Selain itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah Islam yang berani.  Keperibadiaan dan sumbangan beliau ini amat dikagumi dan sukar dilupakan. Sifat-sifat semulajadinya yang mulia itu akan menjadi satu contoh yang amat besar dalam hidup setiap manusia.

            Saidatina Khadijah yang unggul mempunyai peribadi yang cukup hebat dalam sejarah perjuangan sirah Rasulullah s.a.w. Saidatina Khadijah dikurniakan peribadi serta sifatsifat yang sangat mulia tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Saidatina Khadijah menjadi isteri yang pertama dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. dan peribadinya telah membuat hati dan hidup Nabi Muhammad S. A. W. cukup bahagia. Saidatina Khadijah amat bermakna dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah telah dikurniakan dengan berbagai gelaran antaranya ialah Ummul Mu‟minin, Thahirah, penghulu wanita serta penghulu syurga. Beliau juga orang pertama yang beriman dan mengatakan Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S. A. W. itu utusan-Nya.

            Saidatina dilahirkan dari kalangan keluarga yang mulia. Oleh itu juga Saidatina Khadijah mempunyai peribadi yang mulia dan disanjung tinggi. Saidatina Khadijah suka menolong orang-orang yang berada dalam kesusahan. Beliau tidak sanggup melihat penderitaan orang lain. Beliau sanggup menderita demi menolong dan melihat orang sekelilingnya hidup senang. Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan apabila beliau menguruskan dagangan keluarganya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Di samping itu, sumbangan Saidatina Khadijah kepada Islam pada zaman awal Islam telah memberi banyak perubahan. Hartanya telah banyak dihabiskan untuk menolong Nabi Muhammad S. A. W , keluarganya serta orang-orang Muslim. Tetapi beliau tidak pernah merungut tentang hartanya yang semakin berkurangan itu. Kisah Saidatina Khadijah ini telah memberi impak yang sungguh bagus dan positif kepada setiap umat Islam. Sifat semulajadinya yang sungguh agung dan tiada cacat celanya membuatkan dirinya lebih cepat mempengaruhi masyarakat Islam. Peribadinya itu memang patut kita jadikan contoh terbaik bagi menjalani kehidupan seharian kita. Saidatina Khadijah iaitu salah seorang tokoh Islam pada zaman dulu yang telah memberi banyak sumbangan terhadap Islam. Sumbangannya yang diberi kepada setiap orang Muslim tidak kira pangkat atau darjat itu memberi satu peringatan yang tidak akan lupus dari hati atau hidup seseorang Muslim itu.

RIWAYAT HIDUP SAIDATINA KHADIJAH

Saidatina Khadijah dilahirkan di Makkah pada tahun 68 sebelum Hijrah dan kurang lebih 15 tahun sebelum tahun Gajah. Saidatina Khadijah merupakan puteri kepada Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai Al-Qurasyiyyah Al-Asayidah. Ayahnya seorang pedagang. Ibunya pula bernama Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham. Saidatina Khadijah lahir dari kalangan keluarga yang mulia, jujur dan keluarga pemimpin. Saidatina Khadijah berketurunan Bani Hasyim. Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 2

            Saidatina Khadijah dibesarkan di kalangan keluarga yang mulia, terdidik dengan akhlak yang terpuji, bersifat teguh dan cerdik sehingga kaumnya memanggil Thahirah kerana beliau sangat loba terhadap akhlak dan kesopanan yang mulia. Ayahnya, Khuwailid wafat kira-kira pada tahun 585 Masihi iaitu sebelum perang Fijar. Manakala ibu Saidatina Khadijah wafat sekitar tahun 575 Masihi. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 4) dan ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

            Setelah ibu dan ayah Saidatina Khadijah wafat, kekayaan dan harta diagihkan kepada Saidatina Khadijah dan adik-beradiknya. Antara adik-beradiknya, hanya Saidatina Khadijah yang mewarisi kebolehan ayahnya untuk menjadi kaya. Oleh kerana Saidatina Khadijah dikurniakan kecerdasan yang luar biasa, beliau mengambil alih tanggungjawab bisnes keluarganya dan segera mengembangkannya. Beliau ingin memperoleh kekayaan dari titik peluh sendiri. Salah seorang bapa saudaranya bertindak sebagai penasihat beliau dalam masalah bisnes. Anggota keluarga yang lain juga turut membantunya apabila beliau memerlukan pertolongan. Walaupun begitu, dalam membuat keputusan, beliau tidak akan bergantung pada sesiapapun malah akan membuat keputusannya sendiri. ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

            Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah diperisteri oleh Abu Halah bin Zurarah bin Usaid bin Amr bin Tamim At-Tamimi. Mereka telah memperoleh dua cahaya mata yang bernama Halah dan Hanad. Setelah Abu Halah meninggal dunia, Saidatina Khadijah diperisteri oleh Atiq bin Aidz bin Abdillah bin Umar bin Makhzum Al-Makhzumi. Namun begitu perkahwinannya hanya berlangsung beberapa saat kemudian bercerai. Selepas itu ramailah orang-orang terkenal di kalangan Quraisy ingin memperisterikan Saidatina Khadijah, tetapi beliau menolaknya kerana beliau ingin meluangkan masa beliau dengan mendidik putera-puteranya dan menguruskan dagangannya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5) Setelah dagangannya meluas ke negeri Syam, Saidatina Khadijah mengambil NabiMuhammad S.A.W. sebagai pekerjanya bagi mengedarkan dan menguruskan dagangannya dari Makkah ke Syam.

            Di samping itu juga, beliau mengutus pembantunya yang bernama Maisarah untuk memperhatikan gerak-geri Nabi Muhammad. Setelah sekian lama mengenali diri dan sifat-sifat Nabi Muhammad S. A. W, Saidatina Khadijah mula jatuh cinta pada Nabi Muhammad S. A. W. Dan dari situlah terjalinnya perkahwinan Saidatina Khadijah dengan Nabi Muhammad S. A. W. dimana umur Saidatina Khadijah ketika itu ialah 40 tahun manakala umur Nabi Muhammad S. A. W. ialah 25 tahun. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 6-10) Keistimewaan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang cerdas, pandai menjaga diri, suci perilakunya, bermurah hati serta dermawan. Nabi Muhammad S. A. W. telah memberi gelaran penghulu wanita pada zamannya dan juga menjadi penghulu syurga.

            Saidatina Khadijah juga wanita yang sempurna, seorang teguh hati, agung, suci hatinya, bersih jiwanya, cantik rupa parasnya, halus perasaannya, sentiasa adil dan mulia akhlaknya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5-6) Keimanan, kebaikan, kemurahan hati Saidatina Khadijah diketahui oleh setiap orang. Beliau penuh dengan kesabaran dalam penderitaannya dan bersemangat untuk berjuang. Saidatina Khadijah selalu mengagungkan rahmat dan kurnia dari Allah S. W. T. Beliau selalu mendapat rahmat yang berlimpah. Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, Saidatina Khadijah tetap tegar dalam keimanannya dan hal itu selalu menjadi sumber kekuatan yang tidak pernah goyah baginya dan bagi orang-orang di sekelilingnya. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 64-67)

            Dari hasil perkahwinan yang sungguh harmoni ini, mereka berdua telah dikurniakan enam cahaya mata iaitu empat puteri dan dua putera. Anak pertama mereka ialah Al- Qasim. Al-Qasim wafat ketika berusia satu tahun. Selepas kelahiran Al-Qasim, diikuti dengan kelahiran Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Siti Fatimah Az-Zahra dan Abdullah. Abdullah wafat ketika masih bayi lagi. Semua puteri Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad S. A. W. wafat ketika Nabi Muhammad S. A. W. masih hidup kecuali Siti Fatimah Az-Zahra wafat enam bulan selepas wafatnya bapanya, Nabi Muhammad S. A. W. (Muhammad Al-Ghazaliy, 1996: mukasurat 135)

            Saidatina Khadijah tidak pernah meminta apa-apa pun dari suaminya. Jangankan minta berikan sesuatu, bahkan beliau banyak menggunakan wangnya untuk keperluan orangorang Muslim. Selain itu, beliau seorang wanita sempurna. Saidatina Khadijah tidak pernah berasa cemburu. Beliau selalu bersyukur, gembira dan mempunyai perasaan puas dalam memberikan sesuatu. Beliau juga tidak pernah menyakiti orang, tidak pernah marah, berdendam, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain. Saidatina Khadijah dilahirkan dengan hati yang bersih. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 76-80)

            Selepas bapa saudara Nabi Muhammad S. A. W iaitu Abu Talib wafat, Saidatina Khadijah yang ketika itu berusia 65 tahun telah jatuh sakit. Tak lama kemudian Saidatina Khadijah pun wafat. Ini semua adalah kesan dari beratnya penderitaan yang ditanggung Saidatina Khadijah selama dipulau oleh kaum Musyrikin Quraisy selama tiga tahun di Syiib Abu Talib. Saidatina Khadijah telah wafat pada sepuluh Ramadhan pada tahun 619 Masihi. Pada saat kewafatannya, jubah Nabi Muhammad S. A. W. dijadikan sebagai kain kapan untuk Saidatina Khadijah dan beliau dikebumikan di Hujun, Makkah. (Maulana Syed Abul Hasan Ali an Nadwi, 2009: mukasurat 311)

SUMBANGAN SAIDATINA KHADIJAH KEPADA ISLAM

Saidatina Khadijah bukan sedikit sumbangannya kepada Islam. Beliau telah berkorban menyumbang pertolongan kepada masyarakat pada zaman awal Islam tidak kira keturunan atau pangkat. Antaranya beliau telah membantu orang-orang miskin, janda, anak-anak yatim dan orang-orang cacat menggunakan keuntungan yang diperolehnya daripada hasil dagangannya. Apabila ada gadis miskin, Saidatina Khadijah mengahwinkannya dan memberikan mas kahwin kepada mereka. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, kekayaan Saidatina Khadijah yang melimpah itu habis. Hal ini kerana sebahagian hartanya dihabiskan untuk membeli air bagi menyelamatkan Nabi Muhammad S. A. W. dan keluarganya. Saidatina Khadijah mengorbankan kesenangan, kekayaan, rumahnya dan hidupnya untuk Islam. Semasa peperangan, Saidatina Khadijah menggunakan semua harta kekayaanya untuk keperluan seperti misalnya membeli makanan dan minuman untuk keluarga suaminya. Beliau sangat bahagia apabila hartanya disumbangkan ke arah kebaikan. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 66-69)

Saidatina Khadijah selalu bersama suaminya yang tercinta di dalam masa susah mahupun senang. Saidatina Khadijah selalu menghiburkan Nabi Muhammad S. A. W. ketika baginda kebingungan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda. Ciri kelembutan seorang isteri amat jelas ketika beliau menenangkan rasulullah dengan kata-kata yang lunak dan meyenangkan hati suami yang di dalam kebimbangan dan ketakutan itu. Bahkan Saidatina Khadijahlah yang telah bersusah payah membawa Nabi Muhammad S. A. W. berjumpa sepupunya yang alim dalam kitab Taurat dan Injil iaitu Waraqah bin Naufal untuk mengesahkan apakah benda yang telah datang kepada suaminya di dalam Gua Hira‟ itu. (Maulana Syed Abul Hassan Ali ad Nadwi, 2009: 311- 314)

            Setiap hari, Saidatina Khadijah memberikan makanan kepada orang-orang Muslim yang miskin sehingga tiada seorang pun yang menderita kelaparan. Di samping itu, beliau memberikan tempat tinggal kepada mereka. Beliau menggunakan banyak wangnya untuk orang-orang Muslim Makkah yang miskin dan dengan begitu beliau telah mematahkan tujuan orang-orang kafir yang mendera orang-orang Muslim itu. (Syed A. A. Razwy,1993:muka surat 75)

            Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah bercakap dan indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang berani dalam berdakwah dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah selalu mendampingi suaminya yang tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian. Beliau akan selalu menolong dan membantu Nabi Muhammad S. A. W. dengan seberapa banyak kemampuan yang ada. (Muhammad Ali Quthub, 1986: muka surat 18-19)

KESIMPULAN

Dari kisah Saidatina Khadijah ini, kita dapat lihat bahawa Saidatina Khadijah mempunyai keperibadian yang sungguh indah dan unggul. Beliau seorang anak yang bertanggungjawab dan pandai berdikari dalam menguruskan dan meneruskan perdagangan keluarganya. Beliau seorang isteri yang setia, ikhlas terhadap suaminya. Beliau berada di sisi suaminya yang tercinta di kala suka dan duka. Beliau juga seorang ibu yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak-anaknya. Seterusnya, beliau telah memberi banyak pengorbanan dari segi harta, waktu, kepandaian, tenaga, dorongan dan hatinya yang tiada bandingannya untuk Islam yang dicintai.

         Pengorbanan-pengorbanan beliau cukup berhasil bagi menguatkan dan mengukuhkan kerajaan Islam ketika itu. Pengorabanan Saidatina Khadijah untuk Islam ini sangat diagungkan dalam sejarah kita. Dorongan yang diberikan kepada suaminya iaitu Nabi Muhammad S. A. W. telah membuat politik Islam semakin maju. Tidak ada seorang pun yang dapat memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah. Hasil dari pengorbanannya, Islam ketika itu mampu menang dalam melawan penyembahan berhala. Musuh-musuh Islam dapat dikalahkan, keangkuhan Bani Hasyim dapat dirobohkan, dan ideologi keberhalaan dimusnahkan. Saidatina Khadijah ialah salah seorang tokoh utama yang membangunkan kemenangan Islam.

            Di sini juga, kita dapat lihat Saidatina Khadijah tidak pernah rasa jemu dalam memberikan bantuan kepada orang-orang sekelilingnya. Beliau memberikan sumbangan kepada Nabi Muhammad S. A. W, keluarganya dan orang-orang Muslim kerana Allah S. W. T. Saidatina Khadijah juga tidak pernah rasa gentar untuk menghadapi musuh kerana beliau berani kerana benar. Setelah Saidatina Khadijah, orang-orang di sekelilingnya tidak pernah melupakan pengorbanan yang telah beliau sumbangkan. Pengorbanan dan peribadi Saidatina Khadijah yang mulia ini akan sentiasa dikenang dan perlu diterapkan dalam setiap jiwa dan pemikiran manusia pada zaman sekarang ini terutama pada kaum wanita. Saidatina Khadijah perlu dijadikan contoh yang baik buat semua masyarakat sekarang.

PENDAHULUAN

Saiditina aisyah adalah satu nama yang sangat besar di dalam sejarah Islam. Beliau merupakan perawi hadith yang hebat , di mana terdapat lebih dari 5 ribu buah hadith yang diriwayatkan dan menjadi pegangan umat Islam sehingga sekarang.Kelebihan yang dimiliki oleh Siti Aisyah ini telah berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan perawi hadith dari kalangan sahabat lelaki yang lain. Kecintaan dan hubungan yang akrab bersama rasulullah banyak digambarkan dari hadith yang diriwayatkan olehnya.  Sekaligus mewujudkan keakraban hubungan suami isteri dan cara menjalinkan hubungan kekeluargaan yang harmoni antara ahli keluarga. Berikut beberapa hadith
yang menerangkan keadaan tersebut.

            Aisyah r.ha. menceritakan, "Suatu ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku: 'Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.' Aku bertanya: 'Bagaimana kanda tahu?' Baginda menjawab; 'Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi tuhan Ibrahim!' Aisyah berkata: 'Itu benar. Demi Allah! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.'" (Muttafaq 'alaih).

            Di dalam hadith yang lain pula Imam al-Nawawi berkata, "mengenai pernyataan Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah r.ha. ini, al-Qadhi berkata, 'Kemarahan Aisyah kepada nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada Baginda. Kecemburuan menjadi faktor tidak berlakunya banyak hukum bagi wanita, kerana ia (cemburu) tidak dapat dipisahkan daripada wanita. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat, tidak berlaku bagi wanita yang menuduh suaminya berzina ketika ia sedang cemburu.

SAHSIAH SAIDATINA AISYAH BINTI ABU BAKAR

Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: 'Wanita cemburu tidak dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.'" Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi rasulullah s.a.w. adalah dosa besar. Untuk itu, Aisyah r.ha. berkata, "Dinda hanya mampu menjauhi namamu." Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaanya kepada Rasulullah s.a.w. tetap seperti sediakala. Kecemburuannya didorong oleh rasa cinta yang terlalu tinggi."  (Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, jil. 15, hlm 292-293)

Aisyah r.ha. mengatakan bahwa dia pernah bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling kanda cintai?" Baginda bertanya kembali: "Kenapa dinda bertanya seperti itu?' Aisyah menjawab: "Dinda ingin mencintai orang yang kanda cintai." Baginda menjelaskan: "Dia ialah Aisyah." (Al-Haithami, majma' al-Zawa'id no. 15309. Hadis ini diriwayatkan oleh Tabrani, sanadnya hasan)

RIWAYAT HIDUP

Nama                          : Aisyah bte Abu Bakar As-Siddiq r.a
Nama bapa                 : Abu Bakar Abu Quhafah
Nama Ibu                    : Ruman bte Umairah b Amir
Tempat lahir                : Mekkah al-Mukarramah
Tarikh lahir                  : 8 tahun sebelum hijrah:641M
Gelaran                       : Al-Humaira [putih kemerah-merahan]
Nama suami                : Muhammad b Abdullah [Rasulullah SAW]
Tarikh perkahwinan     : Bulan Syawal, tahun 10 kenabian
Tarikh wafat                 : 17 Ramadhan tahun 58 hijrah
Umur Wafat                 : 67 tahun
Tempat wafat               : al-Baqi’, Madinah al-Munawwarah

·                      Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:
ü  Sejak kecil/zaman kanak-kanak menunjukkan minat yg dalam terhadap ilmu
 ·         Sabar Cekal dan Tabah:
ü  Tidak pernah mengeluh walau menempuh pelbagai cabaran.
 ·         Cekal dan tabahü  Dalam menghadapi dugaan seperti fitnah dalam peristiwa “HadithulIfqun”
 ·         Bersungguh-sungguh menuntut ilmu:
ü  Taat dan patuh kepada ibu bapa dan suami.Tegas dan berani menegakkan kebenaran
 ·         Dermawan:
ü  Sanggup menjual barang keperluannya semata mata membantu orang lain

SUMBANGAN KEILMUAN

Kepandaian dan kecerdasan fikiran Saidatina Aisyah (al-Humaira) adalah sangat ketara sehingga beliau digolongkan dalam kelompok intelek pada tahun-tahun pertama Islam.Beliau dianugerahkan ingatan yang sangat tajam dan mampu mengingat segala persoalan yang diajukan oleh kaum wanita kepada Nabi.Begitu juga beliau mampu mengingat semula segala jawapan yang berikan oleh Rasulullah secara sempurna. Ini di sebabkan kedudukan biliknya yang hanya bersebelahan sahaja dengan masjid yang Rasulullah selalu menyampaikan kuliah maka dengan tekun dan cermat beliau mendengar dakwah,kuliah dan diskusi Nabi dengan para sahabat dan orang-orang lain.Disebabkan banyaknya ilmu yang diserap oleh Aisyah r.ha Baginda Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: "Ambillah separuh agamamu dari Humaira itu"

PERIWAYATAN HADITH

Nama Saidatina Aisyah telah tercatatat dalam sejarah Islam sebagai serang ilmuan unggul samada dalam bidang politik,tasyri' dan adab. Kesempatan hidup selama sepuluh tahun bersama Rasulullah menjadikan peluang yang cukup berharga kepada Siti Aisyah meriwayatkan hadith yang berjumlah lebih dari 5 ribu buah.Beliau sering menerima pertanyaan dari para sahabat Rasulullah SAW. Analisanya tepat dan fikirannya tajam, kemampuannya yang pelbagai ini menyumbang kepada perkembangan tamaddun ilmu dalam Islam yang gemilang.

KESIMPULAN

Bermula dari perkahwinan Saidatuna Aishah bersama manusia agung Muhammad s.a.w di usia sembilan tahun telah memulakan sejarah hidupnya sebagai isteri manusia yang paling hebat di dunia. Sejarah hidupnya telah membuktikan kehebatan perkongsian ilmu bersama manusia agong ini mampu menjana ketamadun ilmu yang gemilang berkat ciri -ciri sahsiah yang tinggi dimiliki olehnya. Kebanyakan para ulamak menempatkan Ibu Agung Agama Islam ini sebagai wanita yang paling menonjol selepas Saidatuna Khadijah dan Saidatuna Fatimah Azzahra.Manakala ulamak Ibn Hazim pula menempatkan Aisyah ditempat kedua sesudah Nabi Muhammad, mendahului semua isteri, sahabat dan rakan-rakannya.

SAHSIAH IMAM EMPAT MAZHAB

SAHSIAH IMAM AS-SYAFEI

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf. Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw. Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun. Beliau menghafal Kitab al-Muwatta‟ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa. Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.

             Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

            Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya.Apabila Imam Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar disitu.

            Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota Madinah.Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan. Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof.Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.

            Kewibawaannya sebagai seorang guru yang berpengaruh terserlah ketika beliau masih kecil lagi. Ini terbukti ketika beliau membacakan ayat-ayat suci al-Quran yang telah memberi kesan yang mendalam kepada pendengarnya sehingga semuanya dapat menghayati maksud al-Quran dan disusuli dengan titisan air mata kesedaran.

SAHSIAH IMAM MALIK

Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik Ibnu Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris dilahirkan di Kota Madinah tahun 93H. bersamaan tahun 713M Zaman khalifah Sulaiman bin Abd. Malik daripada kerajaan Bani Umayyah. Beliau sempat melalui Dua Pememrintahan iaitu zaman Uamyyah dan zaman Abasiyyah. Beliau saorang yang terkenal dengan kecerdasan akal yang tinggi mampu menghafal al- Quran dalam umur yang masih muda. Beliau saorang hartawan yang tidak lokek membelanjankan hartanya pada jalan Allah, sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah, beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang kenderaan di Madinah sebagai
tanda menghormati jasad baginda yang dikebumikan di sana.

            Prinsip beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar hendaklah berusaha mencarinya, bukanlah ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi kepada muridnya dan sanggup bersusah payah memberi kefahaman ilmu kepada muridnya. Contoh keberanian beliau yang sanggup dirotan dengan camti sehingga patah tulang belankang kerana mengeluarkan fatwa yangtidak disukai oleh khalifah iaitu isteri yang di talak secara paksa tidak jatuh talaknya.

            Sumbangan Imam malik dimana mazhabnya dianggap sebagai mazhab FIQH yang tertua dalam Islam Sunni, mazhab ini diamalkan sebahagian besar di Moroko, Aljeria, Libya dan Palastin. Mazhab ini berbeza daripada mazhab tiga yang lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya iaitu selain menggunakan al-Quran, hadis, ijmak dan qias beliau juga menggunakan amalan ahli-ahli Madinah pada zamannya itu sebagai sumber kelima.

            Beliau juga pakar dalam bidang ilmu hadis dan sangat berhati-hati dalam menyelidik sanad dan perawi hadis untuk mepastikan kesohihannya. Menurut satu riwayat beliau telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun untuk menghimpun dan menyaring hadis-hadis yang diterima dari gurunya. Beliau juga telah menghafaz sebanyak 100,000 hadis. Walau bagaimana pun tidak semua hadis tersebut diterima untuk dijadikan sumber hukum, setelah ditapis hanya 10,000 hadis sahaja yang diakui sah.

SAHSIAH IMAM ABU HANIFAH

Imam Abu Hanifah, pengasas mazhab Hanafi, adalah Abu Hanifah An-Nukman bin Tsabit bin Zufi‟at At-Tamimi. Beliau masih mempunyai pertalian hubungan kekeluargaan dengan Imam Ali bin Abi Thalib ra. Dilahirkan di Kufah pada tahun 150H/699M, pada masa pemerintahan Al-Khalid bin Abdul Malik, Abu Hanifah selanjutnya menghabiskan masa kecil dan tumbuh menjadi dewasa di sana. Sejak masih kanak-kanak, beliau telah mengkaji dan menghafal Al-Quran. Beliau dengan tekun senantiasa mengulang-ulang bacaannya, sehingga ayat-ayat suci tersebut tetap terjaga dengan baik dalam ingatannya, sekaligus menjadikan beliau mendalami makna yang dikandung ayat-ayat tersebut.

            Dalam hal memperdalam pengetahuannya tentang Al-Quran, belau sempat berguru kepada Imam Asin, seorang ulama terkenal pada masa itu. Selain mendalami Al-Quran, beliau juga aktif mempelajari ilmu fiqh. Beliau pernah berguru kepada ulama-ulama yang sangat terkenal dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w., di antaranya kepada Anas bin Malik, Abdullah bin Auf dan Abu Tufail Amir, dan sebagainya. Dari mereka belau juga mendalami ilmu hadis. Keluarga Abu Hanifah sebenarnya adalah keluarga pedagang. Beliau sendiri sempat terlibat dalam usaha perdagangan, namun hanya sebentar sebelum beliau memusatkan perhatian pada soal-soal keilmuan.

            Beliau juga dikenali sebagai saorang yang sangat tekun mempelajari ilmu. Sebagai gambaran, belau pernah belajar fiqh kepada ulama yang paling terkenal pada masa itu, seperti Humaid bin Abu Sulaiman, tidak kurang dari 18 tahun lamanya. Setelah wafat gurunya, Imam Abu Hanifah kemudian mulai mengajar di banyak majlis ilmu di Kufah. Setelah 10 tahun gurunya meninggal, iaitu pada tahun 130 H. Imam Abu Hanifah pergi meninggalkan Kufah menuju Mekah.  

            Beliau tinggal beberapa tahun lamanya disana, dan ditempat itu pula beliau bertemu dengan salah seorang murid Abdullah bin Abbas ra. Semasa hidupnya, Imam Abu Hanifah dikenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, sangat tawadhu, dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jabatan-jabatan rasmi kenegaraan, sehingga beliau pernah menolak tawaran sebagai hakim (Qadhi) yang ditawarkan oleh Khalifah al-Mansur. akibat dari penolakan itu beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya.

            Imam Abu Hanifah wafat pada tahun 150 H/ 767 M, pada usia 70 tahun. Beliau dimakamkan di pekuburan Khizra. Pada tahun 450 H/1066 M, sebuah sekolah telah dibina yang diberi nama Jami‟ Abu Hanifah sebagai mengingati jasa-jasanya. Sepeninggalan beliau, ajaran dan ilmunya tetap tersebar melalui murid-muridnya yang cukup banyak. Di antara murid-murid Abu Hanifah yang terkenal adalah Abu Yusuf, Abdullah bin Mubarak, Waqi‟ bin Jarah Ibnu Hasan Al-Syaibani, dan lain-lain. Antara karangan Imam Abu Hanifah ialah; Al-Musuan (kitab hadis, dikumpulkan oleh muridnya), Al-Makharif (buku ini dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Abu Yusuf, dan fiqh Akbar (Kitab fiqh yang lengkap)

SAHSIAH IMAM AHMAD BIN HANBAL

Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal Asy Syaibani. Beliau lahir di kota Baghdad pada bulan Rabi‟ul Awwal tahun 164 H (780 M), pada masa Khalifah Muhammad al Mahdi dari Bani Abbasiyyah ke III. Menurut sejarah beliau lebih dikenali dengan Ibnu Hanbal (nisbah bagi datuknya). Walau pun Imam Ahmad dalam keadaan yatim dan miskin, namun berkat bimbingan ibunya yang salehah beliau mampu menjadi manusia yang teramat cinta pada ilmu, kebaikan dan kebenaran. Dalam suasana serba kekurangan, tekad beliau dalam menuntut ilmu tidak pernah berkurang. Bahkan sekalipun beliau sudah menjadi imam, pekerjaan menuntut ilmu dan mendatangi guru-guru yang lebih alim tidak pernah berhenti.

            Beliau menuntut ilmu dari banyak guru yang terkenal dan ahli dalam bidangnya. Misalnya dari kalangan ahli hadits adalah Yahya bin Sa‟id al Qathan, Abdurrahman bin Mahdi, Yazid bin Harun, Sufyan bin Uyainah dan Abu Dawud ath Thayalisi. Dari kalangan ahli fiqh adalah Waqi‟ bin Jarah, Muhammad bin Idris asy Syafi‟i dan Abu Yusuf (sahabat Abu Hanifah ) dan lain-lain dalam ilmu hadits, beliau mampu menghafal sejuta hadits bersama sanad dan hal ehwal perawinya.

            Imam Ahmad seorang yang serba kekurangan, namun beliau sentiasa memelihara kehormatan dirinya. Beliau terkenal sebagai seorang yang amat pemurah. Disamping itu, beliau terkenal sebagai seorang yang zuhud dan wara‟. Bersih hatinya dari segala macam pengaruh kebendaan serta menyibukkan diri dengan zikir dan membaca al Qur‟an. Beliau menghabiskan seluruh usianya untuk membersihkan agama dan mengikisnya dari amalan bid‟ah dan fahaman-fahaman yang sesat. Salah satu karya besar beliau adalah Al Musnad yang memuat empat puluh ribu hadits.

            Selain al Musnad karya beliau yang lain adalah : Tafsir al Qur‟an, An Nasikh wal Mansukh, Al Muqaddam wa Al Muakhar fi al Qur‟an, Jawabat al Qur‟an, at Tarikh, al Manasik al Kabir, al- Manasik al- Shaghir, Tha‟atu Rasul, Al „Ilal, Al Wara‟ dan Ash Shalah. Ujian dan tantangan yang dihadapi Imam Ahmad adalah fahaman Mu‟tazilah yang dianuti oleh pemerintah, khususnya di masa al Makmun dengan kepercayaan “ al-Quran itu makhluk”. Sekalipun Imam Ahmad sadar akan bahaya yang segera menimpanya, namun beliau tetap gigih mempertahankan pendirian dan mematahkan hujjah kaum Mu‟tazilah serta mengingatkan akan bahaya filsafat terhadap kemurnian agama. Beliau berkata tegas pada sultan bahwa al Qur‟an bukanlah makhluk, sehingga beliau diseret ke penjara. Beliau berada di penjara selama tiga periode kekhlifahan yaitu al Makmun, al Mu‟tashim dan terakhir al Watsiq. Setelah al Watsiq tiada, diganti oleh al Mutawakkil yang arif dan bijaksana dan Imam Ahmad pun dibebaskan.

            Walaupun Imam Ahmad lama meringkuk di dalam penjara dan diasingkan dari masyarakat, namun berkat keteguhan dan kesabarannya selain mendapat penghargaan dari sultan juga memperoleh keharuman atas namanya. Ajarannya makin banyak diikuti orang dan mazhabnya tersebar di seluruh Irak dan Syam. Tidak lama kemudian beliau meninggal karena rasa sakit dan luka yang dibawanya dari penjara semakin parah dan memburuk. Beliau wafat pada 12 Rabi‟ul Awwal 241 H (855).

            Pada hari itu tidak kurang dari 130.000 Muslimin yang hendak menshalatkannya dan 10.000 orang Yahudi dan Nashrani yang masuk Islam. Menurut sejarah belum pernah terjadi jenazah dishalatkan orang sebanyak itu kecuali Ibnu Taimiyah dan Ahmad bin Hanbal. Boleh dikatakan semua imam tersebut telah menggunakan pelbagai kaedah dalam menyampaikan pengajajaran mereka, khususnya iman as-Syafie, beliau telah menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam menyampainya:

Secara Kuliah

Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil haram (Muhammad Abu Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dikelilingi oleh murid-muridnya. Masa ini merupakan saat-saat yang paling subur dalam keilmuannya, di mana imam as-Syafei menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan bersama murid-muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Selama sembilan tahun, imam as-Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama-sama para ilmuan yang lain membahas, mengajar, mengkaji disamping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada masa itu. Di Mesir, beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash. Kuliahnya bermula pada setiap hari dari pagi hingga tengahari (setelah selesai solat subuh hingga waktu zohor). Selesai solat zohor, baharulah beliau pulang ke rumah bersama dengan murid yang berdekatan dengan beliau antaranya ialah al-Muzani, al- Rabi‟ dan Muhammad bin Abdullah.

Secara Halaqah

Pengajaran beliau semasa di Baghdad ialah berbentuk halaqah. Beliau mengajar di sabuah masjid di sebelah barat Kota Baghdad pada mulanya terdapat 20 halaqah pengajian di masjid itu, satelah kedatangan imam as-Syafei halaqah itu digabungkan menjadi TIGA sahaja dan halaqah yang lain bergabung ke dalam halaqah Imam as- Syafei. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada para ulama, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan.

Secara Imlak

Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kita al-Umm. Pernah as-Syafei mengimlakkan kepada murid-muridnya dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri. Kadang-kadang dirombak pula oleh murid-muridnya apa yang beliau tulis, kemudian dibacakan kepada beliau apa yang telah dirombak itu.

Secara bertukar-tukar fikiran

Kaedah ini dilakukan oleh Imam as-Syafei ketika berhadapan dengan para ulama Baghdad di mana beliau sering bertukar-tukar fikiran tentang masalah-masalah agama,terutama dengan para ahli fekah dari mazhab Hanafi. Masalah-masalah agama yang ditimbulkan oleh pembesar-pembesar Harun al-Rasyid ( Khalifah ) pada masa itu dijawab oleh Imam Syafei dengan penjelasan yang memuaskan.

Kaedah Usuli

Cara ini beliau gunakan di Baghdad semasa kebanyakan para ilmuan terpengaruh dengan Mazhab Hanafi. Tegasnya kaedah usuli adalah berlandaskan daripada sumber asal rujukan pengajarannya. Ini terbukti sebagaimana kata-kata al-Karabsi; “ Kami sebelum ini tidak mengenal islatilah al-kitab, al-sunnah dan ijmak sehinggalah datangnya as-Syafei, belaiulah yang menerangkan maksud al-kitab, al-sunnah dan ijmak.

Kaedah Perbincangan


Murid-murid imam as-Syafei digalakkan supaya mengadakan perbincangan dalam sesuatu parmasalahan yang ditimbulkan. Sifat taklid amat tidak digemari oleh as-Syafei, jesteru itu terdapat di kalangan murid Imam as-Syafei yang tidak bertaklid buta kepada gurunya, bahkan ada yang tidak menyetujui sebahagian sebahagian pendapat as-Syafei contohnya al-Muzani seorang alim bekas murid as-Syafei yang terkenal sebagai orang yang menghimpun dan menyusun kitab-kitab Imam as-Syafei. Kesimpulannya Imam as-Syafei merupakan model yang perlu dicontohi oleh semua golongan masyarakat samada yang bergelar pendidik mahu pun pelajar. Kaedah beliau menyampaikan pengajaran melalui kuliah berbentuk halaqah, menganjurkan pertukaran pendapat dan perbincngan telah berjaya melahirkan murid-murid beliau sebagai ulama dan cendekiawan yang meneruskan jejak langkah beliau.

Analisis Rasulullah S.A.W sebagai seorang pendidik

Kaedah Penyampaian RASULULLAH S.A.W.

Pendidikan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan sukatan pelajaran khas yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. iaitu wahyu sama ada al-Qur’an dan juga al-hadith khususnya al-hadith al-Qudsi. Ini adalah kerana segala apa yang dipertuturkan oleh Baginda s.a.w. adalah  merupakan wahyu Illahi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh umat Baginda s.a.w.

Firman Allah Taala di dalam al-Qur’an :
 “Dan tidaklah ia mengucapkan sesuatu berdasarkan nafsunya melainkan hanya wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”                                                         (surah an-Najm(53) :3-4)

Al-Qur’an adalah merupakan kalam Allah yang telah diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. melalui Jibril a.s. untuk disampaikan kepada umat manusia. Ia adalah mukjizat dan membaca al-Qur’an dikira ibadah. Kerana itu al-Qur’an dibaca di dalam solat. ia juga merupakan ‘warkah’, ‘kalam’ atau ‘sms’ daripada Allah Taala kepada individu yang mencintaiNya.  Manakala Hadith Qudsi merupakan hadith yang diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah Taala seperti “Allah telah berfirman”. Kadangkala ia juga diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. namun sandaran khabarnya adalah daripada Allah Taala seperti “Rasulullah s.a.w mengatakan apa yang dikhabarkan daripada Allah.”

Langkah Pengajaran

Rasulullah s.a.w. amat teliti di dalam melaksanakan langkah pengajarannya. Langkah pengajaran bermaksud peringkat-peringkat aktiviti pengajaran yang dilaksanakan.  Baginda s.a.w. cukup berhati-hati di dalam menyampaikan pengajaran agar ianya dapat diterima oleh semua pihak yang mendengarnya. Antara ciri-ciri pengajaran Baginda s.a.w. ialah :

1. Menggunakan bahan bantu, ilustrasi dan gerak isyarat yang bersesuaian.
2. Memastikan semua pelajar dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan.
3. Mengaplikasikan strategi dan kaedah pengajaran dengan baik.
4. Menghormati dan melayan kerenah setiap pelajar dengan baik.
5. Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan sopan.
6. Adil terhadap anak didiknya.

Antara strategi dan pendekatan pengajaran yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah

1. Mewujudkan pusat pendidikan
2. Memilih tempat pembelajaran yang sesuai
3. Pengajaran secara berperingkat-peringkat
4. Menjadikan masjid sebagai tempat pengajaran
5. Memulakan pengajaran kepada kerabat terdekat
6. Memastikan pembelajaran berlangsung dalam keadaan aman

Kaedah Penyampaian Rasulullah S.A.W.

Kaedah pengajaran bermaksud jalan atau metod yang diikuti untuk memudahkan kefahaman kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ;

1. Syarahan atau khutbah. Ia merupakan satu kaedah mengajar di mana guru memberikan maklumat berkenaan sesuatu topik beserta huraian dan contohnya. Kebiasaannya disampaikan di masjid atau rumah. Khutbah disampaikan pada setiap hari Jumaat.

2. Dialog atau perbincangan. Perbincangan dalam bentuk berdakwah supaya menerima Islam dengan prinsip yang betul. Corak pengajaran dua hala, iaitu interaksi guru dengan murid.

3. Soal Jawab. Soal jawab digunakan untuk mengetahui tahap kefahaman atau pengetahuan. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bersoal jawab dengan malaikat Jibril a.s. tentang Rukun Iman, Rukun Islam, dan Ihsan. Kaedah menyoal merupakan sebahagian daripada setiap aktiviti wajib pengajaran pembelajaran antara guru dengan murid. Baginda s.a.w. juga sering bersoal jawab dengan para sahabat setiap kali selepas solat subuh.

4. Imla’. Kaedah ini memerlukan murid menulis apa yang diajarkan terhadapnya.  Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid-murid akan mencatat setiap kata-kata yang didengari. Mengikut nas al-Qur’an, kaedah Imla’ berlaku antara malaikat Jibril a.s. dengan Rasulullah s.a.w. semasa Jibril mengajarkan ayat al-Qur’an dan diikuti oleh Rasulullah. Rasulullah s.a.w.menuturkan ayat-ayat yang berbentuk berita kepada sahabat-sahabat beliau. Para sahabat mendengar dan terus menghafalnya.

5. Hafazan. Kaedah hafazan digunakan untuk mengingat sesuatu fakta. Rasulullah s.a.w. menghafaz wahyu yang diturunkan kepada Baginda.

6. Perdebatan atau mujadalah. Kaedah prdebatan digunakan untuk menjawab persoalan dengan menggunakan hujah-hujah yang logik sebagai bukti.

7. Gaya isyarat. Kaedah pengajaran ini menggunakan isyarat dengan gerakan anggota badan seperti isyarat tangan, muka, mulut dan sebagainya.

8. Bercerita. Kaedah bercerita digunakan bagi mengambarkan kisah-kisah yang terdapat dalam al-Qur’an. Bercerita merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa sama ada ia benar-benar berlaku ataupun direka-reka. Cerita disampaikan untuk mendidik manusia dengan membei penekanan kepada teladan yang patut diikuti.

9. Lukisan atau lakaran. Melukis di atas tanah untuk menggambarkan sesuatu atau menjelaskan lagi satu-satu penerangan kepada para sahabat. Rasulullah sering melukis dan melakarkan di atas tanah bagi memahamkan para sahabat.

10. Demontrasi atau tunjukcara. Ia merupakan satu kaedah pengajaran di mana seorang individu membuat sesuatu di hadapan individu yang lain untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Ia melibatkan satu cara pengajaran yang memusatkan pemerhatian murid kepada langkah atau perbuatan bagi menghasilkan sesuatu. Rasulullah s.a.w. sentiasa mempamerkan qudwah hasanah untuk teladan para sahabat serta menunjukcara melakukan sesuatu.

11. Halaqah. Murid-murid mengelilingi guru dalam bentuk separa bulatan. Guru berada di tengah dan menyampaikan pengajaran.

12. Talaqi Musyafahah. Ia merupakan pendekatan pengajaran al-Qur’an. Para pelajar dikehendaki berdepan terus dengan guru dalam mempelajari al-Qur’an. Guru akan memberi contoh bacaan kepada beberapa orang murid. Kemudian murid akan mengikuti contoh bacaan guru secara individu dan beramai-ramai. Guru membaca, kemudian murid-murid mengikut bacaan guru. Setelah menghafaz ayat-ayat yang disampaikan oleh Jibril a.s. dan Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada para sahabat secara talaqqi musyafahah.

13. Tikrar atau ulangan. Bacaan dilaksanakan secara berulang kali untuk memastikan kefasihan, menguatkan ingatan serta mengingati sesuatu ayat atau fakta. Selepas guru membaca, murid-murid akan mengikut bacaan tersebut atau seorang membaca dan yang lain mendengar. Guru perlu mendengar bacaan murid sambil mengenalpasti kelemahan bacaan yang perlu dilatih tubi. Guru akan menyebut atau membaca perkataan yang perlu ditikrarkan. Manakala murid-murid pula diminta mengulanginya.

14. Tasmi’. Kaedah ini dipraktikkan bagi pengajaran tilawah dan juga hafazan. Seseorang murid akan membaca ayat al-Qur’an di hadapan guru. Sekiranya terdapat kesalahan, guru akan terus memperbaiki serta menegur setiap kesalahan itu.

Pendidik dan Pendidikan dalam Al Quran dan As-Sunnah

Para Nabi a.s adalah sebaik baik makhluk di sisi Allah s.w.t dan diikuti oleh Ulama kerana Ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi a.s tidak mewariskan mereka dengan dinar atau dirham, tetapi dengan ilmu. Rasulullah s.a.w adalah pendidik yang teragung. Baginda mendidik umatnya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Allah s.w.t berfirman:

"Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta al-hikmah kebijaksanaan (al-Sunnah) dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Surah Al-Baqarah : 129)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati” (Surah Al-Baqarah: 159)

DEFINISI PENDIDIK


Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, pendidik ialah guru, pengasuh, wali, pemimpin pengelola, pelatih, penyelenggara, pengajar dan pemelihara. Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam guru atau pendidik ialah murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atau ulama. Semua istilah-istilah yang digunakan berasal dari Bahasa Arab dan pada dasarnya istilah-istilah tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu memberi pengajaran atau pendidikan.

Namun terdapat beberapa pandangan yang bebeza mengenai penggunaan istilah tersebut. Ini tergantung kepada bidang ilmu yang dipelajari. Seperti istilah Ustaz dan Mudarris, dalam masyarakat Melayu, Ustaz dan Mudarris dikhususkan kepada mereka yang mengajar pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya. Istilah Muallim juga bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada seorang pengajar (tidak terhad kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan kadang kala digunakan dalam ertikata pemimpin. Berbeza dengan Murabbi, seorang Muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal. Sementara Murabbi membawa maksud yang luas, melebihi tahap Muallim.

Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Istilah mursyid bermaksud memberi tunjuk ajar. Mursyid secara istilahnya (menurut kaum sufi), merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan membimbing perjalanan 3 rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t dalam proses tarbiah yang teratur, dalam bentuk tarekat sufiyah. Para Mursyid dianggap golongan pewaris Nabi s.a.w. dalam bidang pentarbiah umat dan pemurnian jiwa mereka (tazkiyah an-nafs), yang mendapat izin irsyad (izin untuk memberi bimbingan kepada manusia) dari para mursyid mereka sebelum mereka, yang mana mereka juga mendapat izin irsyad dari mursyid sebelum mereka dan seterusnya, sehinggalah silsilah izin irsyad tersebut sampai kepada Rasulullah s.a.w. (tanpa terputus turutannya). Oleh itu pada kebiasaannya, ia daripada keturunan Ulama’.

Guru-guru pada zaman Abbasiyah digolongkan kepada tiga kategori:

i. Muallim - Golongan guru sekolah rendah yang diberi tugas mendidik ilmu-ilmu asas Islam seperti Al-Quran, Ibadah, Akidah dan Ilmu Akhlak.

ii. Muaddib - Guru khas yang bertanggungjawab mengajar sekolah khas. (Istana Khalifah)

iii. Ustaz - Pensyarah di sekolah tinggi (maktab). (Ghazali Darussalam, 2001) Guru ialah segolongan orang yang menjalankan tugas ikhtisas sebagai pendidik dan pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan masyarakat dan dapat menentukan untung nasib sesebuah bangsa.

PENDIDIK DALAM ISLAM

Pendidik di dalam Islam adalah meliputi hal keduniaan dan akhirat sama ada pendidik itu menyampaikan Ilmu Fardhu Ain atau Ilmu Fardhu Kifayah. Sebagaimana menurut Imam Ghazali bahawa ilmu itu dibahagikan kepada Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Sistem pendidikan Islam memperimbangkan tawazun antara kepentingan individu dengan kepentingan ummah melalui konsep Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Demikian juga dalam kaedah fiqh terdapat konsep maslahah ummah (kepentingan ummah) dan maslahah ammah (kepentingan awam) di samping pengakuan Islam terhadap maslahah fardi atau khassah (kepentinan individu). (Ghazali Basri, Jurnal Pendidikan Islam, Desember 1987).

Hal ini juga dapat dilihat di dalam kitab Adab Al Mu`allimin di mana Ibnu Sahnun telah membahagikan kurikulum pendidikan di Al-Kuttab kepada kurikulum wajib (ijbari) dan kurikulum pilihan (ikhtiyari). Bagi kurikulum wajib para pendidik akan mengajarkan al- Quran, Hadis Nabi dan Fiqh, sementara bagi kurikulum pilihan pelajaran yang diajarkan ialah; Ilmu Hitung, Syair, al-Gharib (kata-kata sulit), Bahasa Arab dasar dan Kaligrafi serta Ilmu Nahu.

Menurut Imam Ghazali illmu Fardhu Kifayah itu terbahagi kepada ilmu Syar`iyyahah dan bukan Syar`iyyah. Ilmu Syar`iyyah ialah ilmu-ilmu yang diperolehi dari Nabi s.a.w. Sementara ilmu bukan Syar`iyyah pula ialah ilmu-ilmu yang terpuji, iaitu ilmu-ilmu yang ada hubungan dengan kepentingan duniawi dan untuk kemaslahatan ummah, seperti ilmu kedoktoran dan sebagainya yang mana ilmu berkenaan menjadi keperluan bagi sesebuah negara.

Seorang pendidik haruslah memahami bahawa Islam adalah ad-Din bukan sekadar aqidah dan peribadatan seperti sembahyang puasa menunaikan zakat dan naik haji tetapi suatu sistem hidup lima nizam al-hayat yang serba mencakup sama ada dari segi hubungan manusia sesama manusia atau di antara manusia dengan tuhannya dan hubungan manusia dengan alam sekelilingnya sama ada yang berbentuk spiritual atau material. Pendidik bukan sahaja berperanan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri, malahan juga untuk masyarakat tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah s.w.t. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Allah berfirman;

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ulama’.(surah Faathir: 28).

“Dan sesungguhnya Ulama’ itu ialah pewaris para nabi”.

“Sampaikanlah olehmu yang datang dariku meskipun hanya satu ayat”.

“semua kanak-kanak dilahirkan suci, tetapi ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”.

“Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam, maka diamalkan orang, dicatat baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, dengan tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya. Dan sesiapa yang mengasaskan jalan tidak baik dalam Islam, maka diamalkan orang, dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikit pun dosanya”.

BIDANG PERGURUAN PADA PANDANGAN ISLAM


“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik”. (Surah an-Nahl: 125)

“Bahwasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya”.

SIFAT-SIFAT PENDIDIK MENURUT ISLAM

Dr. Abdul Halim al Muhammady menyenaraikan lapan sifat yang wajib dimiliki oleh pendidik

1. Sifat Zuhud (mendidik kerana mencari keredaan Allah). Sifat Zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana belasan kebendaan atau penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredhaan Allah. Namun Ini bukan bermakna kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu. Kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan kerana itu akan membahayakan peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada di bawah didikannya.

2. Kebersihan diri. Sebagai pendidik hendaklah menjauhkan diri dari kekotoran sifatsifat mazmumah seperti bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dan dari kekotoran syara’ yakni melakukan perkara-perkara dosa besar dan yang diharamkan oleh Islam.

3. Keikhlasan dalam bekerja, termasuklah juga sifat dedikasi.

4. Mempunyai sifat halim, iaitu sifat lemah lembut, sopan santun, tidak lekas berang.

5. Menjaga kehormatan diri, yakni tidak melibatkan diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya sama ada dari segi pakaian , perbuatan dan percakapan.

6. Perlu merasa dirinya sebagai bapa dalam menghadapi muridnya.

7. Hendaklah memahami tabiat murid-muridnya dan.

8. Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas

PENDIDIK YANG EFEKTIF

Imam Ghazali telah menyatakan tujuh ciri pendidik yang efektif :

1. Mempunyai rasa belas kasihan kepada murid-murid dan memperlakukan mereka sebagai anak sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda: ìSesungguhnya aku ini bagimu adalah seumpama seorang ayah bagi anaknyaî. Rasa belas kasihan seperti ini hanya akan wujud jika pendidik melaksanakan tugas dengan tujuan akhirat.

2. Mengikut tingkahlaku dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan tidak minta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya.

3. Tidak mempelajari suatu tingkat sebelum murid menguasai tingkat itu.

4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut atau kasih sayang, bukan memarahi mereka atau mengejek.

5. Tidak sesekali merendahkan mata pelajaran atau ilmu yang lain di hadapan muridnya.

6. Hendaklah pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sesekali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan.

7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.

Ibnu Khaldun ada mengungkapkan tiga langkah metod pengajaran:

1. Hendaklah diajarkan kepada murid pengetahuan yang bersifat umum dan sederhana, khusus berkenaan dengan pokok bahasan yang dipelajari. Pengetahuan ini hendaklah disesuaikan dengan taraf kemampuan intelektual murid, sehingga tidak berada di luar kemampuannya untuk memahami. Hendaklah murid belajar pada tingkatan pertama atau paling sederhana. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun “Ketika itu tercapailah suatu malakah baginya di dalam ilmu itu, meskipun bersifat lemah”. Ibnu Khaldun memandang langkah ini sebagai langkah pendahuluan bagi langkah kedua.

2. Pendidik kembali mengajarkan pengetahuan tersebut kepada anak didiknya dalam taraf yang lebih tinggi dengan memetik intisari pelajaran, keterangan dan penjelasan yang lebih khusus. Dengan demikian pendidik dapat mengantarkan anak didiknya kepada taraf pemahaman yang lebih tinggi, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Khaldun “maka menjadi baiklah malakahnya”.

3. Pendidik mengajarkan pokok bahasan tersebut secara lebih terperinci dalam konteks yang menyeluruh, sambil memperdalam aspek-aspeknya dan menajamkan pembahasannya. Tidak ada lagi yang sulit dan penting yang tidak diterangkan. Begitu suatu ilmu selesai dipelajari, maka ilmu itu telah menjadi malakahnya. Walau bagaimanapun Ibnu Khaldun mengatakan sebahagian anak didik yang cerdas kadangkala hanya memerlukan dua langkah sahaja di dalam mengajar mereka, terutama jika pendidik berkemampuan tinggi. Di sini jelas bahawa pendidikan Islam itu hendaklah diajarkan secara berperingkat. Oleh itu sukatan pelajaran yang disediakan haruslah mengambil kira tahap dan kemampuan murid agar setiap pelajaran yang diajarkan dapat dikuasai oleh murid dengan baik.

ANALISIS NAS-NAS BERKAITAN PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DALAM ALQURAN

MUQADDIMAH

Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).

Berikut antara perincian Al-Quran dan As-Sunnah terhadap pendidik dan pendidikan yang
meliputi aspek;

1 Tujuan pendidikan

2 Institusi pendidikan

3 Bidang pendidikan

4 Prinsip pendidikan

5 Metodologi pendidikan

TUJUAN PENDIDIKAN

1. Mengabdikandiri kepada Allah Az-Zariyat: 56
dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu

2. Menjauhi syirik Al-Haj:31

31. (Amalkanlah perkara-perkara itu) Dengan tulus ikhlas kepadaAllah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengannya; dan sesiapa Yang mempersekutukan sesuatu Yang lain Dengan Allah maka seolah-olah Dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat Yang jauh (yang membinasakan)

3. Mensyukuri nikmat Al-Baqarah: 172

172. Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

4. Bertaqwa Ali-Imran: 102

102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.

5. Bertawakkal Ali-Imran: 159

159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

6. Melakukan amar makruf nahi munkar Ali-Imran: 110

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang orang Yang fasik.

7. Membentuk insan soleh Al-’Araf: 205

205. dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.

8. Memakmurkan bumi Allah Al-Nahl:89

89. dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan Dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orangorang Islam.

9. Mewujudkan kebahagiaan hidup Al-Naml:77

77. dan Sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

PRINSIP PENDIDIKAN

1 Bersikap adil Al-Nahl:90

90. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

2 Lemah lembut Ali-Imran: 159

159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

3 Kasih sayang Al-Fath: 29

29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki – Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar.

4 Persamaan Al-Baqarah: 213

213. pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

5 Musyawarah- As-Syura: 38

38. dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepadanya.

6 Persaudaraan Al-Hujurat: 10

10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

7 Berdisiplin Al-Israk: 23

23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau keduaduanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

8 Memudahkan Al-Baqarah: 286

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orangorang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum kaum Yang kafir".

9 Melihat ke hadapan Al-Qasas: 77

7. dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika Engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah Dia di Dalam peti dan) lepaskanlah Dia ke laut; dan janganlah Engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadaMu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami.

10 Kejelasan An-Nur: 31

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hambahamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

METODOLOGI PENDIDIKAN

1 Pengajaran dan nasihat (mau’izah) Ali-Imran: 138

138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

2 Penceritaan Yusuf: 3

3. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah Dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orangorang Yang tidak pernah menyedari akan halnya.

3 Soal jawab/diskusi Al-Nahl: 125

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

4 Perbandingan Al-Ankabut: 43

43. dan misal-misal Perbandingan Yang demikian itu Kamikemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang Yang berilmu Yang dapat memahaminya.

5 Ancaman dan janji Al-Fatir: 5

5. Wahai umat manusia, Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan Yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya Dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

6 Teladan Al-Ahzab: 21

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

7 Amar makruf dan nahi munkar Ali-Imran: 110

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

8 Perumpamaan Al-Hasyr: 21

21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

9 Seruan jihad An-Nisa’: 84

84. oleh itu, berperanglah (Wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); Engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. dan berilah peransang kepada orang-orang Yang beriman (supaya turut berjuang Dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang Yang kafir itu. dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya.

BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN

1 Akidah Al-Baqarah: 285

285. kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka Dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan.

2 Ibadah Al-Baqarah: 21

21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

3 Akal Al-anfal: 22

22. Sesungguhnya Sejahat-jahat makhluk Yang melata, pada sisi (Hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang Yang pekak lagi bisu, Yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

4 Akhlak Al-Nahl: 23

23. sebenarnya, Bahawa Allah mengetahui akan apa Yang mereka sembunyikan dan apa Yang mereka zahirkan; Sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang Yang sombong takbur.

5 Jasmani Al-Baqarah: 172

172. Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

6 Ketrampilan Al-Ahqaf: 19

19. dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia – Yang berbuat baik dan Yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) Yang sesuai Dengan apa Yang mereka telah kerjakan, dan (Ketetapan Yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun).

7 Kemasyarakatan Al-Maidah:2

2. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

INSTITUSI PENDIDIKAN:

1 Ibu bapa At-Tahrim: 7

7. malaikat itu akan berkata kepada orang-orang Yang dimasukkan keDalam neraka): "Hai orang-orang Yang kufur ingkar! janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). kamu hanyalah dibalas Dengan balasan apa Yang kamu telah kerjakan".

2 Diri sendiri Al-’Alaq: 1-5

1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, 5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

3 Masjid At-Taubah: 18

18. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.

4 Institusi pendidikan At-Taubah: 122

122. dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang

tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

5 Masyarakat – Al-Nahl: 125

ÇÊËÎÈ tûïωtGôgßJø9$Î/ ÞOn=ôãr& uqècur ( ¾Ï&Î#‹Î6y™ `tã ¨@|Ê `yJÎ/ ÞOn=ôãr& uqèc y7­/u‘ ¨aÎ)

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

6 Pemerintah Al-Hijr: 94

94. oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

Dakwah, Isu dan Cabaran Guru Pendidikan Islam

Definisi Dakwah

Bahasa - mengajak, menyeru, memanggil.

Istilah - menyeru manusia kepada jalan Allah Taala dengan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran dengan cara berhikmah dan bijaksana.

Muhammad al-Ghazali mendefinisikan dakwah sebagai suatu program yang lengkap, yang meliputi semua peringkat, mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tugasan dan matlamat hidup.

Dr. Yusuf al-Qardawi menjelaskan dakwah sebagai suatu usaha yang membawa orang lain kepada Islam seperti mengikuti perintah agama, melaksanakan ketetapan di muka bumi, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah.

Kesimpulannya dakwah bermaksud sesuatu proses membawa, mengajak, menyeru orang lain, masyarakat dan murid-murid kepada Islam, mengamalkan ajarannya, meninggalkan apa yang dilarang dan menumpukan perhambaan diri kepada Allah Taala sahaja.

Dalil Berkaitan Dakwah ;

“Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Mereka inilah orang yang beruntung” Surah Aali-Imran ; Ayat 104

“Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thaguut. Maka di antara umat itu, ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya”
surah an-Nahl; 36

Antara tugas seorang da’ie ialah :

1. Menyeru masyarakat kepada Islam dengan mengamalkan syariahnya.

2. Membetulkan akidah masyarakat kepada akidah yang benar.

3. Memberi penerangan dan bimbingan tentang ibadah dalam Islam.

4. Membentuk dan mendidik akhlak yang mulia dalam kalangan murid.

5. Menjadikan diri sebagai contoh tauladan dan ikutan.

6. Menanamkan nilai-nilai agama dan rasa patuh kepada Allah dan RasulNya.

Rukun Dakwah

1) Da’ie (Pendakwah)

2) Mad’u (Sasaran Dakwah)

3) Maudhu’ (Kandungan)

4) Qawaid (Kaedah)

5) Uslub (Pendekatan)

Antara ciri-ciri Daei

1) Memiliki akidah yang teguh lagi sahih.

2) Mempunyai akhlak yang terpuji.

3) Istiqamah dalam amalan.

4) Mampu dijadikan sebagai qudwah hasanah (contoh ikutan).

5) Berpengetahuan luas tentang ilmu agama dan semasa.

6) Berkemahiran dalam uslub dakwah.

  • Mad’u bermaksud sasaran dakwah atau orang yang didakwah dan diajak ke arah kebaikan seperti murid, rakan, ahli masyarakat dan sebagainya. Golongan ini perlu kepada bimbingan dan didikan untuk menjadi insan yang soleh. 
  • Maudhu’ atau mad’u bihi bermaksud isi kandungan dakwah. Ia adalah bahan yang cuba disampaikan oleh da’ie. Ia merupakan bimbingan mengenali Islam melalui ; 
Pengenalan asas-asas Islam 
Ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
Keistimewaan sistem Islam
Isu-isu semasa

  • Qawaid bermaksud kaedah yang digunakan dalam proses berdakwah. dilaksanakan melalui 3 strategi iaitu ; 

1) Melalui lisan ( باللسان ). Contoh ; ceramah dan tazkirah selepas solat zohor, motivasi

2) Melalui penulisan ( بالكتابة ). Contoh ;risalah yang diedarkan kepada murid, memberi nasihat dalam blog, menulis dalam majalah, buku, surat khabar dan sebagainya.

3) Melalui hal/ situasi ( بالحال ). Contoh ; melalui peribadi/ contoh teladan yang baik, mengadakan usrah, menganjur program-program kerohanian seperti kempen solat jemaah, menutup aurat, sambutan hari kebesaran Islam dan sebagainya.

  • Uslub bermaksud pendekatan, jalan dan cara. Ia penting untuk menarik perhatian dan minat mad’u melalui ; 
  1. berhikmah dan bijaksana 
  2. gaya bahasa yang sesuai 
  3. dialog dengan bijaksana 
  4. kasih sayang 
  5. prihatin 
Keperluan Berdakwah

Antara sebab-sebab yang menjadikan dakwah sebagai suatu keperluan ialah :

Amanah Allah - Manusia sebagai khalifah di muka bumi, diberi akal fikiran sebaik-baik
kejadian. Justeru sebagai duta Allah, seseorang individu itu perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk menyebarkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya.

Keadaan masyarakat sekarang - Situasi masyarakat dewasa kini yang semakin membimbangkan akibat kegagalan menangani arus globalisasi dunia tanpa sempadan. Akhirnya pelbagai unsur-unsur negatif dan keruntuhan akhlak seperti permasalahan sosial, keruntuhan akidah, isu murtad dan pengaruh ajaran sesat yang berleluasa. Dunia seolah-olah kembali kepada zaman jahiliyah yang mengikuti hawa nafsu, dorongan syaitan dan cintakan dunia.

Kejahilan manusia - Jahil bukanlah bermaksud bodoh dari sudut ilmu pengetahuan, tetapi lebih kepada kebodohan dalam mengenali dan mengakui Tuhan yang Esa. Manusia yang jahil memandang ilmu agama tidak penting. Mereka bersikap seolah-olah tiada beza halal dan haram, tidak membaca al-Quran, menunaikan solat dan sebagainya lagi. Orang yang berilmu turut berada dalam kejahilan apabila melakukan perkara yang tidak bermoral dan tidak bermaruah.

Menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah Taala - Allah bukan sahaja menurunkan bala kepada orang yang melakukan maksiat saja tetapi semua manusia termasuk orang alim yang tidak menasihati atau berdakwah kepada orang yang melakukan maksiat. Justeru, menjadi tanggungjawab orang yang ada ilmu agama untuk membela dan menyelamatkan bangsanya daripada kehancuran dan kemurkaan Allah Taala.

Manusia mudah lupa - Sifat fitrah manusia yang mudah lupa, lalai dan leka dengan keseronokan duniawi. Lantaran, mereka perlu diingatkan agar tidak sesat ke dalam hasutan syaitan dan kembali ke pangkal jalan yang benar.

Menjelaskan hikmah di sebalik suruhan dan larangan - Setiap suruhan dan larangan Allah memiliki pelbagai alasan dan hikmah yang tersendiri. Maka setiap manusia yang berakal waras akan berkeinginan untuk mengetahui alasan dan hikmah tersebut. Apabila mengetahui kebenaran yang hakiki, mereka akan lebih mudah menerima Islam. Dengan itu, seorang ibu bapa atau guru perlu menjelaskan hikmah dan kelebihan di sebalik perintah Allah supaya pelajar tidak rasa terpaksa atau dipaksa melakukannya. Akhirnya mereka akan melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bukannya kerana rasa takut ataupun terpaksa.

Mesej yang sesuai dengan sasaran - Berkomunikasi mengikut kesesuaian tahap orang yang mendengar.Kerana itu, mereka perlu menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. sering menggunakan ayat yang mudah dan ringkas bagi memastikan para sahabat berasa senang dalam mengamalkan ajaran Islam.

PERANAN GURU

Guru Sebagai Satu Profesion - Menurut Kamus Dewan, guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar didefinisikan sebagai seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain. Manakala pengasuh merujuk kepada orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Sedangkan profesion, profesional dan profesionalisme dianggap mempunyai hubungkait rapat dengan kemahiran dan kepakaran yang diiktiraf. Profesion boleh ditakrifkan sebagai kerjaya, manakala professional ialah individu yang bekerjaya dan profesionalisme adalah nilai yang menjadi pegangan oleh seseorang individu dalam menjayakan kerjayanya.

Berikut adalah pandangan beberapa orang tokoh yang melihat kerjaya guru sebagai satu profesion :

  1. Cormin (1965), Havighurst dan Levine (1979), Howsam et al.(1976) beranggapan bahawa kerjaya pendidik layak diiktiraf sebagai professional
  2. Amital Etzioni (1969) meletakkan kerjaya guru sebagai separa professional. 
  3. Awang Had Salleh (1980) berpendapat bahawa guru lebih mirip kepada pekerjaan daripada profesion. 
  4. Pratte et al. (1993) menggariskan 4 kriteria yang perlu wujud sebagai profesion iaitu gaji, status sosial, berautonomi dan mempunyai kuasa autoritatif. 
Rumusannya, kerjaya guru bolehlah dianggap sebagai profesion yang profesional apabila mengambil kira tahap perkembangan masa kini yang semakin mencabar dan kerjaya guru yang lebih bersistematik. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan “Tatasusila Profesion Keguruan” sebagai garis panduan kepada setiap guru dalam menjaga imej mereka selaku kakitangan awam.

Persediaan Sebagai Seorang Guru

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan ilmu-ilmu semasa - Bakal guru perlu melengkap diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Bukan sekadar ilmu mata pelajaran yang akan diajar, malah juga ilmu-ilmu lain dan ilmu-ilmu semasa. Contoh :
  • Menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. 
  • Ilmu tentang mata pelajaran yang diajar 
  • Perkembangan isu-isu semasa sama ada dalam dan luar negara 
  • Membudaya ilmu dengan cara banyak membaca dan 
  • membuat kajian atau penyelidikan. 
Mengukuhkan keimanan dalam diri. Seorang bakal guru juga perlu mengukuhkan keimana dalam diri mereka melalui :
  • Memiliki akidah yang sahih 
  • Memelihara dan menjaga iman daripada perkara yang membatalkan iman 
  • Menambah keimanan setiap masa 
Mengamalkan “amar ma’ruf nahi munkar”- Sebagai seorang muslim sejati, seorang guru perlulah sentiasa peka dan menjadi agen penggerak kepada masyarakat. Mereka sewajarnya menerapkan amalan Islam melalui pelaksanaan suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya dengan cara berikut :

  • Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup (way of life) 
  • Melaksanakan amalan wajib dan sunat 
  • Menjauhkan diri daripada perkara haram 
  • Meninggalkan perkara makruh dan syubhah 
  • Istiqamah dalam melakukan ibadah 
Melengkapkan diri dengan asas kemahiran terkini - Seorang guru yang hebat akan sentiasa meneroka ilmu pengetahuan dan menyiapkan diri dengan perkembangan arus semasa yang berkembang dengan pesat. Justeru, mereka perlu menyiapkan diri
dengan pelbagai kemahiran terkini seperti :

  • Menguasai kemahiran asas-asas Islam seperti al-Quran, jawi, bahasa Arab
  • Kemahiran kepimpinan masyarakat 
  • Kemahiran komunikasi dan bersosial (inter & intrapersonal) 
  • Menguasai pelbagai bahasa (B.Arab, Inggeris, Cina, Tamil) 
  • Kemahiran ICT (internet, PPT, dll) 
Sifat Guru

1) Zuhud dalam kerjaya. Melaksanakan amanah dengan niat mencari keredhaan Allah dan bukannya kerana mengharapkan balasan kebendaan.

2) Sentiasa menjaga kebersihan diri dan jiwa. Membersihkan diri dengan penampilan diri yang kemas. Manakala membersihkan jiwa daripada kekotoran seperti riak, hasad dan dengki.

3) Menjaga kehebatan dan penghormatan diri seperti menjaga peribadi, bersifat rendah diri dan tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah sama ada dalam bentuk pemakaian, percakapan serta perbuatan.

4) Bertindak sebagai ibu atau bapa kepada murid dengan mengasihi mereka seperti anak sendiri, menyelidiki dan mengetahui latar belakang murid serta melayan murid dengan baik dan adil.

5) Memahami tabiat murid melalui mengetahui taraf, latar belakang dan kemampuan murid serta menyesuaikan kemampuan murid dengan kaedah dan bahan bantu mengajar.

Ciri-ciri guru yang efektif menurut Imam al-Ghazali :
Rasa simpati kepada murid dan menganggap mereka seperti anak sendiri.

Mengikut tingkah laku dan sunnah Rasulullah saw.

Tidak mengharapkan ganjaran

Memberi nasihat dengan lemah lembut dan bukannya memarahi

Tidak merendahkan disiplin ilmu di hadapan murid

Menyediakan bahan pengajaran mudah difahami dan sesuai dengan tahap murid.

Peranan Guru

Muallim - setiap guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid secara
berkesan. Mereka bertanggungjawab menyampaikan ilmu yang benar dan menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan melalui proses yang berperingkat peringkat.

Ciri-ciri muallim :

  • Memiliki niat yang ikhlas. 
  • Bermatlamatkan untuk menyelamatkan murid daripada azab neraka dan mendekatkan mereka kepada Allah. 
  • Mengetahui dasar-dasar dan asas-asas pendidikan dalam negara. 
  • Memahami strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 
  • Dapat memotivasikan murid. 
  • Memiliki kemahiran pengurusan bilik darjah yang berkesan. 
  • Memberi perhatian kepada semua pelajar khususnya yang lemah. 
  • Mengamalkan apa yang diajar. 
  • Berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. 
  • Meningkatkan kemahiran ikhtisas dengan menghadiri kursus dan seminar dari masa ke semasa. 
  • Mempelbagaikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang dapat menarik minat pelajar. 
  • Menerapkan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan tepat. 
Mudarris - seorang guru sewajarnya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan kondusif.

Ciri-ciri mudarris :
  • Zuhud; mengajar bukan untuk ganjaran. 
  • Medapat keredhaan Allah 
  • Bersih jiwa daripada sifat riak, pemarah dan ujub. 
  • Menjaga kebersihan diri dan pakaian. 
  • Berkeperibadian mulia. 
  • Menjaga kehebatan dan kehormatan diri 
  • Rendah diri 
  • Pandai menjaga diri 
Muaddib - guru bertanggungjawab mendidik dan membentuk akhlak dan tingkah laku murid. Mereka juga perlu menimbulkan semangat dan minat murid dalam megamalkan ajaran Islam sehingga menjadi kebiasaan. Contoh :
  • Solat berjemaah, berpuasa, rajin belajar, menjaga kebersihan. 
  • Melahirkan minat pelajar melalui program-program seperti tilawah, azan, nasyid. 
  • Mengajar adab dan budi pekerti. 
  • Proses mendisiplinkan murid melalui pendekatan kerohanian dan jasmani. 
  • Melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat. 
  • Melibatkan penguasaan ilmu pengetahuandan perubahan sahsiah dengan tujuan untuk mencapai akhlak mulia. 
Ciri-ciri muaddib :
  • Perlu menjadi contoh teladan yang baik. 
  • Menanamkan perasaan cinta dan taat kepada Allah. 
  • Menyematkan kepercayaan yang benar dalam diri murid. 
  • Memberikan kefahaman yang jelas mengenai kepentingan ibadah. 
  • Menaikkan semangat murid. 
  • Menimbulkan minat murid untuk mengamalkan ajaran Islam. 
Mursyid - Memberi dorongan dan motivasi kepada murid dengan cara memberi petunjuk dan membentuk kepimpinan insan. Guru juga perlu bersedia menjadi seorang penasihat yang baik serta menjadi pengajar, penasihat dan pendorong. Mereka hendaklah membantu murid untuk berkembang dan mencapai kecemerlangan diri. Malah sebagai mentor kepada murid mereka menjadi rujukan dalam perkara yang berkaitan dengan permasalahan agama kepada rakan sejawat, murid-murid dan masyarakat.

Ciri-ciri mursyid :

  • bersifat ikhlas, penyayang dan murah hati. 
  • mengambil berat dan seorang pendengar yang baik. 
  • sentiasa menerima tugas dan bertanggungjawab. 
Murabbi - Sebagai murabbi, seseorang guru akan mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid. Mereka bertindak untuk mendidik pelajar dengan cara mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik, mengembangkan, dan menyuburkan pendidikan jiwa pelajar. Proses mendidik dan membentuk akhlak murid sehingga wujud kasih sayang dan saling mempercayai.

Ciri-ciri murabbi :
  • Menyayangi murid seperti anak sendiri. 
  • Memberi nasihat dalam pengajaran dan tingkah laku murid. 
  • Menjaga disiplin muridnya. 
  • Mengguna pendekatan menegur secara baik. 
  • Menggalakkan perlakuan ma’ruf secarakasih sayang. 
  • Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid. 
  • Adil terhadap murid tanpa mengira latar belakang. 
  • Merahsiakan maklumat sulit murid. 
  • Membimbing murid melalui cara berpakaian, pertuturan, tingkah laku 
Tanggungjawab Guru

Di sekolah :

Guru sebagai pemimpin sekolah, panitia, kelab dan murid.

Guru sebagai pengurus sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Guru sebagai contoh teladan yang terbaik kepada murid.

Kepada murid :

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada yang lain.

Bersikap adil kepada semua murid tanoa mengira bangsa, agama

Penampilan imej yang baik melalui pertuturan, berpakaian, tingkah laku dan pergaulan.

Sentiasa meningkatkan profesionalisme perguruan.

Masyarakat dan negara :

Menyebarkan ilmu yang benar.

Membimbing murid menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna.

Menghormati masyarakat dan tempat berkhidmat.

Berkerjasama dan menjaga tingkah laku dalam kehidupan seharian

Bentuk Dakwah di Sekolah

  • Penulisan dan risalah 
  • Ceramah dan tazkirah 
  • Contoh teladan 
  • Usrah 
  • Program keagamaan seperti hari kebesaran Islam, festival nasyid 
Teknik Dakwah di Sekolah

Penjelasan yang nyata dan jelas - Teknik berdakwah yang berkesan amat mementingkan penjelasan yang tepat dan benar terhadap sesuatu perkara. Teknik ini bertujuan untuk memudahkan dan memberi kefahaman kepada orang lain. Sebagai seorang guru, kita tidak boleh membiarkan anak murid didedahkan dengan sesuatu tanpa penjelasan kerana ditakuti akan terpesong dan salah tafsiran. Rasulullah s.a.w. akan menjelaskan sesuatu dengan terperinci berdasarkan firman Allah di dalam al- Quran melalui hadith Baginda s.a.w.

Berperingkat-peringkat - Dakwah di sekolah hendaklah dijalankan secara berperingkatperingkat. Ini akan memudahkan penerimaan mad’u (murid) kerana perubahan memerlukan masa. Perubahan secara drastik akan mengejutkan dan membebankan pelajar. Ini sejajar dengan ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat secara berperingkat dan bukannya sekaligus.

Mudah - Islam itu mudah dan fleksible. Guru perlu mendidik pelajar dengan pendekatan yang memudahkan dan bukannya terlalu rigid terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh Tuntutan solat ; bagi yang tidak mampu berdiri, perlu solat secara duduk, jika tidak mampu, secara berbaring, mengiring dan isyarat mata.

Lemah lembut, berhikmah dan bijaksana - Dakwah juga hendaklah disampaikan secara lemah lembut, berhikmah dan bijaksana. Ini kerana menjadi fitrah manusia lebih mudah menerima teguran secara berhikmah dan bukannya secara kekerasan dan kasar.

Kesan Dakwah

Individu (murid).

menjadi perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang semulajadi wujud dalam diri manusia.

menjadikan manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia.

berjaya membentuk akhlak terpuji murid.

Masyarakat

Melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara-cara hidup Islam.

membina khairu ummah

mewujudkan muslim yang sejahtera akidahnya, sihat ibadahnya dan teguh akhlaknya.

menghasilkan masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan bertaqwa.

masyarakat yang penuh dan mengabdikan diri kepada Allah, berkasih sayang, bekerjasama dan bertanggungjawab.

memelihara kestabilan hidup bermasyarakat dan bernegara.