Wednesday, 13 May 2015

APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH TAHUN 1-6

Strategi ialah
  • Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran.
  • Lebih mengambil kira objektif jangka panjang.
  • Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

Tajuk : Pengertian Ibadah Dan Jenisnya

Aplikasi Kaedah Simulasi
1)     Guru memberi penerangan ringkas tentang tajuk dan aktiviti lakonan yang akan dijalankan.
2)  Guru membahagikan murid  kepada 4 kumpulan dan mereka dikehendaki duduk dalam kumpulan masing-masing.
3)   Setiap kumpulan diberi kad potongan yang mengandungi tajuk lakonan yang perlu mereka lakonkan. Sebagai contoh : murid berbincang dalam kumpulan masing-masing dan bersedia mempersembahkan lakonan mereka di hadapan kelas.
5)    Kumpulan 1 dan kumpulan 2 mempersembahkan lakonan mereka manakala murid-murid  lain menumpukan perhatian.
6)      Guru menerangkan aktiviti lakonan tersebut merupakan jenis-jenis ibadat.
7)      Aktiviti diteruskan dengan persembahan kumpulan 3 dan kumpulan 4.
8)      Guru mengulas aktiviti tersebut merupakan perintah dan larangan Allah.
9)  Guru bersoal jawab dengan murid dan memastikan murid  dapat membezakan antara  perintah dan larangan Allah.
10)  Guru membuat kesimpulan berdasarkan tajuk.

Aplikasi Kaedah Sumbang Saran

1)  Guru menulis tajuk sumbang saran “ Ibadah Umum dan Ibadah Khusus” di papan tulis.
2)  Murid diminta menyatakan pendapat masing-masing.
3)  Murid-murid lain mendengar pendapat yang dikemukakan dengan penuh perhatian.
4)  Guru mengulas dan memberi penerangan secara terperinci.
5)  Guru meneruskan aktiviti sumbang saran dengan tajuk kedua iaitu “ Perintah dan Larangan Allah”.
6)  Murid-murid diberi peluang menyatakan pendapat masing-masing.
7)  Guru memberi penerangan dan membuat kesimpulan tentang tajuk.

Tajuk : Istinjak

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab
1)    Guru mempamerkan kad yang mengandungi pengertian bersuci.
2)    Murid membaca kad yang dipaparkan di hadapan kelas.
3)    Kemudian guru menerangkan faedah menjaga kebersihan kepada murid.
4)    Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perkara tersebut.
5)    Murid diminta menyatakan pengertian bersuci dan faedah bersuci secara berkumpulan.
6)    Guru membetulkan jawapan murid jika terdapat kesalahan.

Aplikasi Kaedah Sumbang Saran
1)    Guru membawa alat-alat istinjak seperti batu, air paip, tisu dan daun kering ke kelas.
2)    Guru menunjukkan alat-alat tersebut kepada murid di hadapan kelas.
3)    Guru meminta pendapat murid untuk menyatakan apa kegunaan alat-alat tersebut.
4)    Murid menyatakan pendapat mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada yang mereka ketahui.
5)    Guru menjelaskan kepada murid kegunaan batu, air paip, tisu dan daun kering iaitu penggunaannya dalam beristinjak.
6)    Guru meminta murid untuk mengenalpasti alat-alat lain yang boleh digunakan untuk beristinjak selain batu, air paip, tisu dan daun kering.
7)    Murid menyatakan pendapat mereka mengenai alat-alat istinjak yang lain.
8)    Guru membetulkan kesalahan murid dan memberikan peneguhan positif.

Tajuk : Bersuci Dengan Hadas Kecil

Aplikasi Kaedah Tunjuk Cara
1)    Setelah guru memberikan penjelasan kepada murid mengenai cara-cara berwudu’/ mengambil air sembahyang berdasarkan carta gambar , guru menunjukkan cara berwudu’ dengan betul kepada murid.
2)    Murid memerhatikan perlakuan guru.
3)    Kemudian, guru meminta beberapa orang murid secara rawak untuk mengulangi perlakuan guru mengambil air sembahyang dengan betul.
4)    Murid menunjukkan cara mengambil air sembahyang secara bergilir-gilir di hadapan kelas.
5)    Murid-murid lain memerhatikan perlakuan rakan mereka.
6)    Guru membetulkan kesilapan murid sekiranya terdapat kesalahan.

Aplikasi Kaedah Amali/ Demontrasi
1)    Guru membawa murid ke surau.
2)    Guru menerangkan gambar/ carta gambar cara berwudu’ satu persatu.
3)    Kemudian, guru menunjukkan terlebih dahulu cara-cara berwudu’ secara  jelas dan tertib.
4)    Murid memerhatikan perlakuan guru.
5)    Guru meminta murid mengulangi perlakuan guru.
6)    Guru membetulkan kesilapan murid sekiranya terdapat kesalahan.
7)    Guru memberi peneguhan positif kepada murid
8)    Guru bertanya kepada murid cara-cara berwudu’ dengan betul.
9)    Guru mengedarkan lembaran kerja tentang cara-cara berwudu.
10) Guru membawa pulang murid ke kelas.

Tajuk : Perlakuan Solat

Aplikasi Kaedah Perbandingan
1)    Guru memberi penerangan berkenaan nama solat lima waktu, bilangan rakaat serta lafaz niat solat.
2)    Murid memberi sepenuh perhatian ke atas penerangan guru.
3)     Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.
4)    Guru memberi 3 kad potongan yang mengandungi nama solat, bilangan rakaat dan lafaz niat yang berlainan kepada setiap kumpulan.
5)    Wakil setiap kumpulan dikehendaki ke hadapan dan menampal kad potongan mengikut kategori yang telah disediakan oleh guru.
6)    Murid lain diberi peluang untuk memperbetulkan jawapan yang salah.
7)    Guru membuat penilaian dan memberi kesimpulan.

Aplikasi Kaedah Tunjukcara
1)    Guru membawa murid ke surau untuk melakukan amali rukun fi’li dalam solat.
2)    Guru menerangkan kepada murid rukun-rukun fi’li dalam solat menggunakan carta gambar yang disediakan.
3)    Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
4)    Guru menunjukkan cara melakukan rukun-rukun fi’li dalam solat.
5)    Murid memerhati dan cuba mengingati perlakuan yang guru tunjukkan.
6)    Guru menyuruh murid melakukan perlakuan rukun-rkun fi’li sperti yang ditunjukkan oleh guru.
7)    Murid melakukan perlakuan rukun fi’li dengan betul dan tertib.
8)    Guru memperbetulkan perlakuan murid yang salah.
9)    Murid yang salah dikehendaki mengulangi perlakuan rukun fi’li dengan betul.
10) Guru membuat kesimpulan.

Tajuk : Bersuci Dari Najis

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab
1)    Guru menunjukkan kepada murid contoh gambar jenis-jenis najis.
2)    Guru bertanya kepada murid apakah yang mereka lihat pada gambar yang dipaparkan.
3)    Guru menerangkan jenis-jenis najis kepada murid.
4)    Murid mendengar dengan teliti penerangan yang diberikan oleh guru.
5)    Guru bertanya kepada murid apakah maksud najis mukhaffafah, mutawassitah, dan mughallazah secara individu.
6)    Guru membetulkan jawapan yang diberikan murid.
7)    Guru membahagikan  murid-murid kepada 3 kumpulan.
8)    Kumpulan satu dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mukhaffafah.
9)    Kumpulan dua dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mutawassitah.
10) Kumpulan tiga dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mughallazah.

Aplikasi Kaedah Permainan

1)    Guru menunjukkan gambar jenis-jenis najis pada kad imbasan di papan putih.
2)    Guru meminta murid membezakan jenis najis.
3)    Guru meletakkan gambar jenis najis secara rawak.
4)    Guru memanggil murid secara individu untuk mengenalpasti jenis najis dengan betul.
5)    Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan.
6)    Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan contoh jenis-jenis najis sebanyak mungkin.
7)    Kumpulan yang dapat menyenaraikan jenis najis yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

Aplikasi Kaedah Tunjukcara/ Demontrasi
1)    Guru membawa murid ke surau.
2)    Guru mengambil sehelai kain sarung dan mengandaikan kain tersebut telah terkena najis mukhaffafah.
3)    Guru menunjukan cara membersihkan najis dengan betul.
4)    Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan kembali cara menyucikan najis mukhaffafah secara individu.
5)    Guru membawa murid kembali ke kelas.

Tajuk : Syarat Sah Dan Syarat Wajib Solat

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab
1)    Guru memaparkan kad imbasan rukun-rukun solat di papan putih
2)    Guru menerangkan kepada murid erti rukun-rukun solat dan perlakuannya dihadapan kelas
3)    Murid mendengar dengan teliti penerangan daripada guru
4)    guru menjelaskan rukun-rukun solat mengikut tertib
5)    Guru bertanya kepada murid mengenai perlakuan rukun-rukun solat
6)    Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru
7)    Guru mengulangi penerangan perlakuan rukun-rukun solat seperti yang dilihat di dalam kad imbasan
8)    Guru memberikan lembaran kerja kepada murid
9)    Guru membimbing murid melakukan lembaran kerja yang diberikan

Aplikasi Kaedah Amali
1)    Guru membawa kumpulan murid ke surau
2)    Guru menerangkan gambar/carta yang dibawa satu persatu
3)    Guru menerangkan aspek-aspek penting dalam tajuk berkenaan
4)    Guru menunjukkan terlebih dahulu perlakuan rukun-rukun solat secara tertib
5)    Murid memerhatikan satu persatu perlakuan guru
6)    Guru menyuruh murid mengulangi perlakuan guru
7)    Murid mengikut perlakuan guru
8)    Guru membetulkan  dan menegur perlakuan murid yang salah
9)    Guru mengulangi isi-isi penting dan bertanya kepada murid
10) Guru membawa pulang kumpulan murid ke kelas dalam keadaan berdisiplin dan selamat

Tajuk : Rukun Solat

Aplikasi Kaedah Soal Jawab/ Penerangan
1)    Guru mengeluarkan carta gambar mengenai syarat-syarat sah solat dan menampalnya di hadapan kelas.
2)    Guru memberi penerangan berkenaan dengan syarat-syarat sah solat berdasarkan carta gambar tersebut.
3)    Murid mendengar penerangan guru dengan tekun.
4)    Murid dilarang sama sekali bercakap semasa guru memberi penerangan.
5)    Guru kemudiannya bersoal jawab dengan murid berkenaan dengan tajuk ini.
6)    Murid diminta untuk membentuk lima kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu potongan kad gambar berkenaan syarat-syarat sah solat.
7)    Guru meminta wakil setiap kumpulan supaya menampal potongan kad gambar masing-masing ditempat yang betul di papan gulung.
8)    Guru membetulkan kesalahan murid dan memberikan peneguhan positif kepada murid.

Aplikasi Kaedah Tunjukcara/ Lakonan
1)    Guru membawa murid ke surau sekolah.
2)    Guru menerangkan syarat sah solat yang pertama adalah suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
3)    Guru menunjukkan kepada murid pakaian dan tempat solat, iaitu surau dalam keadaan bersih tanpa sebarang kekotoran daripada najis.
4)    Kemudian, guru menerangkan syarat yang kedua iaitu suci daripada sebarang hadas sama ada hadas kecil atau besar.
5)    Guru menerangkan syarat ketiga sah solat iaitu menutup aurat.
6)    Guru menunjukkan kepada murid cara-cara menutup aurat yang betul bagi murid lelaki dan perempuan.
7)    Selepas itu, guru menghadap ke arah kiblat iaitu syarat sah solat yang keempat.
8)    Syarat sah solat yang terakhir ialah yakin masuk waktu dan guru menunjukkan kepada murid waktu-waktu solat fardhu yang betul.
9)    Guru meminta murid supaya memahami perkara-perkara yang ditunjukkan guru dan melakukannya sendiri di rumah ketika hendak mendirikan solat.
10) Guru membawa murid kembali ke kelas.


ANALISIS DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN IBADAH DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAHUN 1-6

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

  • Satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran.
  • Sukatan Pelajaran perlu dibaca bersama dengan Huraian Sukatan Pelajaran.
  • Penguasaan apa yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran adalah menjadi ukuran terhadap pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran juga perlu dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk :
           
  1. Menentukan skop sukatan.
  2. Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran. 
  3. Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan. 
  4. Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran sama ada berbentuk formatif atau sumatif.

Format Huraian Sukatan Pelajaran

Bidang Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Cadangan Pengalaman Pembelajaran

·      Mengklasifikasikan kandungan sukatan pelajaran berdasarkan agihan mengikut tahun pembelajaran.



·   Berkaitan dengan objektif yang mesti dicapai oleh murid.
·   Dibahagi kepada 3 aras dengan tujuan untuk memenuhi keprluan tiga golongan prestasi murid.

Aras 1 :
·   Aras paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid.

Aras 2 :
·   Aras sederhana yang peru dikuasai oleh murid yang berkebolehan sederhana. 60% daripada keseluruhan murid sepatutnya menguasai tahap ini.

Aras 3 :
·   Aras paling tinggi yang mesti dikuasai oleh murid.15-20% murid yang diajar boleh menguasai aras ini.


·   Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru.



·   Cadangan guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pembelajaran.









































سوكتن ڤلاجرن ڤنديديقن عباده سكوله رنده

تاهون 1
كونسيڤ برسوچي
ايستينجق
وضوء
تاهون 2
كونسيڤ فرض عين دان فرض كيفيه
صلاة فرض
ڤرلاكوان دالم صلاة
تكبيراتول اهرام
لفظ نية صلاة
باچان دالم صلاة
تاهون 3
كونسيڤ عباده
5 جنيس حكوم
دعا قنوت
شرط واجب دان شرط صح صلاة
ڤركارا يڠ ممبطلكن صلاة
تاهون 4
چارا مڽوچيكان نجيس
كونسيڤ مندي واجب
روكون صلاة
حد عورة
تاهون 5
تيمم
سنة اب'اد دان سنة هاي'ات
اذان
اقامت
صلاة برجماعه
تاهون 6
ڤواسا
صلاة هاري راي عيدالفطري دان عيدالاضحى
صلاة جنازه

IBADAH DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Matlamat Pendidikan Islam : Menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

OBJEKTIF

  1. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
  2. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

Organisasi Kandungan Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah

Asas ‘Ulum Syar‘Iyah memberi penumpuan terhadap :

ü  Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.
ü  Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya.
ü  Contoh dan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w.
ü  Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KSSR SEKOLAH RENDAH


سوكتن ڤلاجرن ڤنديديقن عباده سكوله رنده

تاهون 1
كونسيڤ برسوچي
ايستينجق
وضوء
تاهون 2
كونسيڤ فرض عين دان فرض كيفيه
صلاة فرض
ڤرلاكوان دالم صلاة
تكبيراتول اهرام
لفظ نية صلاة
باچان دالم صلاة
تاهون 3
كونسيڤ عباده
5 جنيس حكوم
دعا قنوت
شرط واجب دان شرط صح صلاة
ڤركارا يڠ ممبطلكن صلاة
تاهون 4
چارا مڽوچيكان نجيس
كونسيڤ مندي واجب
روكون صلاة
حد عورة
تاهون 5
تيمم
سنة اب'اد دان سنة هاي'ات
اذان
اقامت
صلاة برجماعه
تاهون 6
ڤواسا
صلاة هاري راي عيدالفطري دان عيدالاضحى
صلاة جنازه



KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Ibadah dari segi Bahasa : Merendah diri, tunduk, patuh dan taat (abada, ya’budu dan abd). Abd merupakan kata terbitan yang membawa makna hamba. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud di dalam surah al-Baqarah ayat 21: ”Wahai sekalian manusia, beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.”

Dari segi bahasa dapatlah diterjemahkan sebagaimana berikut:
  1. Patuh, taat, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.
  2. Merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain.

Menurut syarak, ibadah ialah :

  • Syeikh Muhammad Abduh di dalam Tafsir al-Manar : Ketaatan dengan kemuncak ketundukan.   
  • Abu al-A’la Al-Maududi : Satu ubudiyah dan ketaatan. Sebagaimana dalam surah al-Nahl ayat 38 yang bermaksud: ”Dan ingatlah aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku.” Firman Allah s.w.t lagi dalam surah al-Taubah ayat 24 yang bermaksud: ”Katakanlah wahai Muhammad, jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
  • Ibnu Taymiyah di dalam buku al-Ubudiyah : Asal ibadat ialah kehinaan, tetapi ibadat yang disyariatkan Allah s.w.t ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama.
  • Fathi Yakan dalam bukunya: Apa Ertinya Saya Memeluk Islam” : Ibadah merupakan kemuncak kepada sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah s.w.t dan kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. 

Konsep Ibadah 

Ruang lingkup bidang ibadah bukan sahaja terikat dengan amalan rukun Islam sahaja, ianya merangkumi segenap aspek kehidupan kita, bermula ditiupkan roh pada jasad sehinggalah dicabut kembali roh tersebut. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud: ”Dan ingatlah aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada Aku”

Hakikatnya konsep ibadah dalam Islam amat luas. Semua tindak tanduk yang dilaksanakan oleh seseorang hamba itu perlu mendapat keredhaan Allah s.w.t. Tidak perlu disempitkan ibadah tersebut kepada ibadah khusus semata-mata.
.
Jenis-jenis Ibadah

Ibadah khusus : Kepatuhan dan tunduk kepada hukum-hukum yang telah ditentukan. Ibadah ini adalah berbentuk fardhu ain yang merangkumkan ilmu dan amal seperti shahadah, solat lima waktu sehari semalam, berpuasa dalam bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkuasa. 

  1. Solat : Mendidik sifat bertakwa, sabar dan sebagainya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ma’arij: 19-20 yang bermaksud: ”Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil) kedekut, apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Perbuatan solat ialah perbuatan komunikasi dan perhubungan individu antara hamba dengan Pencipta
  2. Puasa : Melatih diri manusia supaya bersabar dan berjuang menentang naluri hawa nafsu liar yang merangsang kepada maksiat sekaligus meningkatkan tahap keimanan dan keperibadian muslim.  Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ”Puasa itu adalah pengawal daripada neraka jahanam. Sebagaimana perisai seorang daripada kamu daripada pembunuhan.”  Sebagaimana Imam Ibnu Majah meriwayatkan hadis dengan sanadnya daripada Abu Hurairah (r.a), sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ”Puasa itu adalah separuh daripada iman.”
  3. Zakat : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 264 yang bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkitkan dan (kelakuan) yang menyakiti.”  Orang yang mengeluarkan zakat Allah tumbuhkan dalam hatinya manis dan lazatnya iman. Banyak fadhilat zakat antaranya dapat berkongsi kekayaan dan kesenangan bersama mereka yang kurang mampu, dibersihkan hatinya oleh Allah s.w.t daripada sifat-sifat mazmumah yang bersarang dalam hati jika zakat ditunaikan dengan penuh rasa keinsafan dan keikhlasan.  Zakat diwajibkan ke atas setiap mukmin bagi membersihkan segala harta dan mata pencarian ke arah keredhaan Allah s.w.t.
  4. Haji : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 179 yang bermaksud: ”Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Maka sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat.”  Pembentukan peribadi muslim melalui ibadah haji ialah:
  •   Melatih seseorang bersabar.  
  • Merapatkan jurang perbezaan dan taaruf yang syumul antara umat Islam.
  •  Mengingatkan manusia kepada taraf semua hamba di sisi Allah s.w.t adalah sama.  
  •  Menguji kekuatan dan komitmen yang tinggi daripada umat Islam terhadap segala ujian dan mehnah yang ditemui sepanjang bermusafir

Ibadah Umum : Kegiatan muslim dalam bidang yang lain daripada bidang yang telah  disebutkan di atas. Ibadah umum juga disebut sebagai fardhu kifayah. Bidang ini tentunya berkaitan dengan urusan masyarakat, keluarga dan negara.
.
Ciri-ciri Ibadah dalam Islam

·         Pekerjaan atau ibadah yang dilakukan adalah diniatkan semata-mata kerana Allah.
·         Perlu ada kaitan dan hubungan antara hamba dan PenciptaNya.
·         Tidak lupa kepada Allah dan sentiasa tunduk dalam melaksanakan pekerjaan.
·         Mengambil kira sepenuhnya halal haram yang menjadi suruhan dan tegahan.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
”Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah s.w.t dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
 
Yusuf al-Qardhawi telah memberikan syarat-syarat sesuatu itu mendapat status ibadah ialah melalui beberapa perkara iaitu:

  •  Bersesuaian dengan hukum Islam.  
  • Dilakukan dengan niat yang baik.
  • Dilakukan dengan ikhlas
  • Menurut lunas-lunas syarak.
  •  Tidak mengabaikan ibadah fardhu ain

Ibadah dan Adat

”Barangsiapa membuat cara baru dalam urusan kami dengan suatu yang tidak ada contohnya maka dia itu tertolak.”

  • Adat atau ‘Urf’ daripada segi bahasa : Makrifah, kemudian diertikan  ‘sesuatu yang makruf yang biasa diamalkan, yang dikira baik dan diterima oleh akal yang sejahtera.’ Al-Quran menggunakan al-‘urf dengan pengertian sesuatu yang makruf seperti firman Allah dalam surah al-A’raf, ayat 199 yang bermaksud, “Terimalah apa yang mudah dilakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik.” ‘Urf pada istilah Fikah ditakrifkan oleh Mustafa Ahmad al-Zarqa’ dengan katanya, “ ‘Urf itu ialah adat orang ramai atau majoriti sesuatu kaum pada perkataan ataupun amalan.”
  • Adat ialah  amalan-amalan yang menjadi kebiasaan bagi orang ramai atau pun segolongan pihak tertentu. Dalam hal yang berkaitan ini para fuqaha’ mentakrifkan adat adalah seperti perkara berikut: ”Perkara yang dilakukan secara berulang kali tanpa berkaitan dari segi akal.”
  • Ahmad Mohd Salleh (2008) : Perbuatan atau perkataan yang dilakukan secara kerap kali dinamakan adat.
  • Niat membezakan antara ibadat dan adat. Niat pemisah kepada amalan ibadah dengan adat. Sebagai contoh, kita sedang melalui kawasan perkuburan dan melihat suasana perkuburan dengan penuh insaf dan kesedaran di samping membacakan al-fatihah kepada ahli kubur. Maka kita akan memperolehi ganjaran pahala. Tetapi sekiranya kita sekadar melalui sahaja tanpa melakukan beberapa perkara yang disebutkan tadi, maka kita tidak akan memperolehi apa-apa pahala. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain seperti kita membeli frame perhiasan untuk rumah. Jika diniatkan untuk memperolehi keberkatan Allah dan mendapatkan pahala, maka itu akan dikira sebagai ibadah. Jika sebaliknya iaitu sekadar perhiasan semata, maka kita tidak memperolehi apa-apa ganjaran.

Panduan supaya setiap perbuatan kita diterima sebagai ibadah, antaranya:
  • Melakukan amalan tanpa bercanggah dengan syariah.  
  • Amalan hendaklah dilaksanakan sebaik-baiknya.
  • Ketika bekerja hukum-hukum syariat perlu dipatuhi dan menjaga batas-batasnya seperti tidak menganiyai orang lain, tidak menipu serta tidak menindas hak-hak orang lain.
  •  Tidak melalaikan lain-lain ibadat fardhu.

 Kesan Ibadah

  • Merasa sentiasa terikat dengan hukum-hukum Allah s.w.t.
  • Mendorong memperbanyakkan amal soleh
  • Menyuburkan keimanan seseorang muslim.
  • Membentuk akhlak yang mulia.  Sebagai contoh ibadah solat mampu membentukperibadi muslim yang syumul. Sebaik sahaja azan berkemundang, maka fardhu solat setiap lima waktu wajib ditunaikan.
  • Memelihara diri manusia dari melakukan sebarang kemungkaran
  • Menandakan kesyukuran atas nikmat Allah s.w.t puasa mampu melatih kita supaya bersih daripada sifat-sifat yang mazmumah seperti hasad dengki, tamak haloba, sombong dan takabur. 
  • Ibadah haji pula mampu mendisiplinkan diri seseorang muslim daripada perkara-perkara yang fasik. Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud: ”(Musim) Haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka ia tidak boleh bercakap kotor (atau bersetubuh) berbuat fasik dan bantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Bekalkanlah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa dan bertakwalah kepadaku wahai orang-orang yang berakal.”