Friday, 8 November 2013

KONSEP KENABIAN DAN KERASULAN

Konsep nabi
·         Bahasa: نبأ و أنبأ    yang bermaksud أخبر   (mengabarkan).
·         Na ba a yang bermaksudعلا و  ,  ارتفع (tinggi dan naik)
·   Istilah: rasul ialah lelaki merdeka yang diberi wahyu dengan membawa syari'at dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umatnya, samada dengan orang yang tidak dikenalinya atau memusuhinya.
Konsep rasul
·  Nabi adalah manusia lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak dikehendaki menyampaikannya kepada orang lain.
·  Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan dikehendakki menyampaikannya kepada orang lain.
  • يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
  • Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk menjadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.” (QS. Al Ahzab : 45) .
  • وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
  • Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu." (QS. Ghafir : 78)
NABI
RASUL
Ø  Diberi wahyu untuk dirinya.
Ø  Bilangannya ramai
Ø  Nabi tidak semestinya Rasul
Ø  Tidak diturunkan kitab
Ø  Tidak wajib mengetahui bilangan dan nama Nabi.
Ø  Diberi wahyu untuk diri dan wajib disampaikan kepada orang lain.
Ø  Bilangannya 313 orang.
Ø  Setiap Rasul ialah Nabi.
Ø  Menerima kitab dan suhuf
Ø  Wajib mengetahui bilangan dan nama 25 orang rasul

Sifat Wajib, Mustahil Dan Jaiz


Sifat Wajib
  1. Siddiq (Benar)
  2. Amanah (Dipercayai
  3. Tabligh (Menyampaikan)
  4. Fatonah (Cerdas)

Sifat Mustahil
     1. Kazib    (Dusta)
     2. Khianat  (Tidak Dipercayai)
     3. Kitman   (Menyembunyikan)
     4. Baladah  (Bodoh) 

 # Sifat Jaiz - A’radhul Basyariyah (Sifat-Sifat Manusia)






TAUHID ULUHIYYAH, RUBUBIYYAH DAN ASMA' WA SIFAT

BERIMAN KEPADA ALLAH

Al Quran

“Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya, kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya (QS. An Nisaa’ (4): 136

“Dan Tuhan itu, Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan selain.” (QS. Al Baqarah (2): 163.)

“Kepunyaan-Nya lah segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi. (QS. Al Baqarah (2): 255.)
“Dialah Allah, Tuhan Yang Tunggal, yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara yang tersembunyi (gaib) dan yang terang” (QS. Al Hasyr (59): 22-24 )

Dialah Allah, yang tiada beranak dan tidak diperanakkan dan tidak seorang pun atau sesuatu yang sebanding dengan Dia.” (QS. Al Ikhlash (112): 1-4)

“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (QS. Thaha (20): 14)

“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kalian semua, agama yang satu dan Aku Tuhan kalian, maka bartakwalah kepada-Ku.” (QS. Al Mukminun (23): 52)

“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kalian semua agama yang satu dan Aku Tuhan kalian, maka sembahlah Aku.” (QS. Al Anbiya (21): 92)

“Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan-Tuhan selain Allah, tentulah keduanya telah rusak, binasa. (QS. Al Anbiya’ (21): 22)

Hadis

Rasulullah bersabda: “Iman itu adalah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, serta beriman kepada qadar yang baik mahupun buruk.”

“Manusia yang paling bahagia memperoleh syafaat-Ku di hari kiamat, ialah: orang yang mengucapkan kalimat La ilaha illallah.” (HR. Muslim).

“Barangsiapa mati tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, pasti masuk syurga. (HR. Muslim)


Tauhid - Mengesakan Allah pada sifat Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya

Tauhid Rububiyyah

  • Beriman bahawa Allah sahaja memiliki, mencipta, mentadbir alam dan seluruh makhluk.
  • contoh = memberi nikmat, memuliakan menghinakan, sihat, sakit, hidup, mati.
Golongan manusia yang ingkar akan tauhid Rububiyyah :
  • Golongan Atheis, teori Darwin, Sosialisme, Komunisme dan sebagainya.
  • Golongan Majusi (dua pencipta) dan Nasrani (konsep triniti : 3 tuhan).

Fitrah mengakui Rububiyyah Allah

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9)

“Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi.” (Ibrahim: 10)

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaran)nya.”(An-Naml: 14)

“Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar.” (Luqman: 32)

Tauhid Uluhiyyah

  • Beriman bahawa hanya Allah tuhan yang berhak disembah. Tidak syirik kepada Allah
  • Contoh : ibadah khusus = solat, zakat haji, puasa. ibadah umum seperti gotong royong,menuntut ilmu, berniaga
“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25)

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.” (An-Nahl: 36)

“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.” (Al-Mu’minun: 23)

“Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya.” (Al ‘Araf: 65)

Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat
  • Beriman bahawa allah mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan dan bersih dari sifat kekurangan.
  • Contoh = nama dan sifat-sifat allah
Kesan-kesan Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wa Sifat

1. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini akan menghambakan dirinya hanya kepada Allah dan mematuhi undang-undang dan tidak menghambakan diri kepada selain Allah swt kerana menghambakan diri kepada selain Allah merupakan perbuatan syirik.

2. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini akan mencintai Allah lebih daripada segala sesuatu termasuk dirinya sendiri. Bukan bermakna seseorang itu mesti menjauhkan cinta kepada manusia seperti ibu bapa, anak-anak dan harta benda tetapi cinta kepada Allah mengatasi cintanya kepada semua yang ada di dunia.

3. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini tidak akan meminta pertolongan kepada selain Allah kerana selain Allah swt tidak dapat memberi manfaat atau mudharat kepadanya. Seseorang hamba akan menumpukan doa-doanya, harapannya dan sebagainya hanya kepada Allah kerana dialah yang mampu dan kuasa untuk semua itu.

4. Seseorang yang mengiktiqad ketiga-tiga tauhid ini tidak akan takut kepada selain Allah kerana selain Allah adalah makhluk dan tidak berkuasa mendatangkan kebaikan atau keburukan dan sebagainya.

RUKUN IMAN DAN ISLAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN IMAN,ISLAM DAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN

Hadis Ketiga Belas (matan arbain)

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنْ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلًا قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ قَالَ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا قَالَ أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ قَالَ ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ لِي يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ. (مسلم)
Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki:  Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata:  "Wahai Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam(1)?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "(Dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan penerangan Baginda yang demikian) ia berkata:  "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar: Maka kami merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang iman(2)?" Nabi s.a.w. menerangkan:  "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah,  Malaikat MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) - baiknya dan buruknya." (Mendengarkan yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu." Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang ihsan(3)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala seolah-olah engkau melihatNya (memerhatikan keadaanmu)(4), kiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap memerhatikan keadaan mu." Kemudian orang itu bertanya lagi: "(Selain itu) maka beritahulah kepada ku tentang (masa berlakunya) hari qiamat?" Nabi s.a.w. menjawab:  "Orang yang ditanyakan mengenai hal itu bukanlah seorang yang lebih mengetahui dan yang bertanya." Orang itu bertanya lagi: "Jika demikian maka beritahulah kepada ku tentang tanda-tanda kedatangan hari qiamat itu?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Tanda-tanda itu ialah engkau akan dapati) adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau akan melihat orang-orang (penduduk desa) yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian sempurna,  yang miskin menderita, yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu dengan yang lain dalam perkara membina bangunan-bangunan yang tinggi. " Umar berkata: Kemudian orang itu pun pergilah, maka tinggallah aku beberapa hari (memikirkan halnya dan hendak mengetahui siapa dia).Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, sabdanya: "Wahai Umar! Tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu?" Aku menjawab:  "Allah dan RasulNya jualah yang mengetahui. "(Pada saat itu) Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Orang itu ialah Jibril, ia datang untuk mengajar kamu akan agama kamu." (Hadis Riwayat Muslim)
Pengertian iman dan konsepnya.

·         Iman ialah mengaku dan berikrar dengan lisan, membenarkan didalam hati dan dibuktikan dengan amalan yang zahir.
·         Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir.
·         Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.

Pengertian Islam dan konsepnya.

·         Islam ialah menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
·         "Islam itu adalah bahawa engkau bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat, menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat dan mengerjakan haji dia Makkah jika berkemampuan."    

Konsep ihsan

·         "Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu".
·         ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan kerana menyedari bahawa Allah memerhatikan gerak-gerinya dan dia hanya mengharapkan balasan daripada Allah semata-mata.
·         Dalam erti kata lain bahawa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan.

Hubungan antara iman, Islam dan ihsan.

·    Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan
ü  sentiasa tunduk menerima perintah Allah
ü  patuh melaksanakan nya (Islam) dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan).
ü  Sentiasa yakin terhadap Allah
ü  patuh dalam melaksanakan perintah-Nya
ü  sentiasa ikhlas yang akhirnya akan melahirkan insan yang seimbang dan kamil

Rukun Iman
Rukun Islam
1. Beriman dengan Allah
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Aspek
Iman
Islam
Ihsan
Makna
Membenarkan didalam hati, Malafazkan dengan lidah dan beramal dengan anggota badan.
Menyerah diri, tunduk dan patuh kepada Allah serta membenarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W
Melakukan setiap amal perbuatan yang baik dengan niat semata-mata kerana Allah.
Dalil
“Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya,kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya dan kitab yang telah diturunkan sebelumnya.
An Nisaa’ (4): 136
Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.
Surah Ali Imran ayat 8
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.
An nahl; 128

Ciri-ciri orang yang sempurna iman, Islam dan ihsannya :
  1. Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
  2. Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat, kitab-kitab suci Allah, para rasul, kehadiran Hari Akhirat, qada dan qadar daripada Allah.
  3. Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah
  4. Sentiasa ikhlas dan sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah semata-mata.
  Di antara kesan keimanan terhadap kedatangan Hari Akhirat ialah:
  1. Berusaha membelanjakan sebahagian harta ke jalan Allah.
  2. Sentiasa mengamalkan sifat amanah dalam segala urusan.
  3. Sentiasa ikhlas dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah
  4. Sentiasa patuh melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
  5. Sentiasa menjaga hubungan balk sesama manusia, tidak menganiayai binatang dan tidak merosakkan alam sekitar.
  6. Sentiasa aktif menyeru masyarakat melakukan kebaikan serta mencegah mereka daripada melakukan kejahatan.
Malaikat
Kesan keimanan
a. Jibril
Tidak akan ragu-ragu beriman dan beramal dengan al-Quran kerana yakin ia diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril.
b. Mikail 
sentiasa berusaha kerana yakin rezeki sentiasa diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Mikail
c. Izrail 
sentiasa berusaha memperbanyakkan amalan kebajikan sebagai bekalan untuk hidup bahagia di Akhirat kerana yakin mereka akan dimatikan.
d. Raqib
sentiasa berhati-hati untuk melakukan sebarang tindakan kerana ia akan dicatat dan akan dihitung di Akhirat kelak.
e.Ridwan
Sentiasa melakukan semula amalan kebajikan dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan balasan nikmat di Syurga.


KONSEP SYAHADAH DAN PERKARA YANG MEMBATALKANNYA

Konsep Syahadah 

·         Bahasa : penyaksian. 

·         Istilah: penyaksian tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah 

Rukun-Rukun Syahadah: 

·         Ikrar - Ikrar Allah esa dan Muhammad pesuruh Allah. 

·         Iktikad - Mempercayai atau meyakini Allah tuhan yang esa yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu utusannya yang menyampaikan wahyu dari Allah. 

·         Iktiraf - Mengakui kebenaran keesaan Allah dan mengakui kebenaran kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

·         Amal - Beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi tuntutan syahadah.

Cara pengucapan syahadah yang betul:

a. Membaca mengikut hukum tajwid 

b. Memahami ertinya dan bukan hanya sekadar tahu. 

c. Mengucapkannya dengan penuh khusyuk. 

d. Memenuhi tuntutan syahadah (amalan) selepas mencucapkannya. 

e. Menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan syahadah.

Perkara-perkara yang membatalkan syahadah

a. Bertawakal kepada yang selain Allah. 

b. Ingkar nikmat-nikmat Allah (menafikannya). 

c. Melantik orang kafir yang musyrik menjadi pemimpin keatas umat Islam

d. Memberikan sokongan dalam menentang Islam. 

e. Mengkafirkan orang-orang yang mengucap kalimah syahadah 

f. Benci atau menentang perkara-perkara di dalam Islam.

g. Taat kepada yang selain Allah. 

Kepentingan syahadah dalam kehidupan

·         Laluan masuk kedalam agama islam. 

· Iman seseorang hanya sah apabila dia menyatakan syahadah. 

· Ia membezakan antara Muslim dengan kafir.

· Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 18, “Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, 

·         Sebagai intisari kepada ajaran Islam. 

· Pemahaman seorang Muslim terhadap Islam bergantung kepada pemahaman terhadap kalimah syahadah. 

· La ilaha illa Allah merupakan penerimaan penghambaan kepada Allah dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t 

· Muhammad Rasulullah pula bermaksud penerimaan cara penghambaan itu daripada Nabi Muhammad SAW. 

· Surah al-An’am ayat 162, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam.”

·         Dasar-dasar perubahan. 

· Sewaktu peristiwa hijrah ke Habsyah, Najasyi telah bertanya kepada umat Islam, “ Apa sebenarnya cerita kamu ini dan apa agama baru yang kamu bawa?”

· Lantas Jaafar bin Abi Talib menjawab, “Dahulu kami menyembah berhala, kami makan binatang yang tidak disembelih, kami melakukan maksiat, kami bergaduh sesama sendiri dan kami memutuskan persaudaraan. Selepas itu, datang kepada kami seorang lelaki daripada kaum kami, mengajak kami menyembah Allah yang Maha Esa dan meninggalkan berhala batu yang tidak memberi manfaat itu…”

METODOLOGI AL-QURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH


1. Kebebasan akal daripada paksaan dan taklid

· Mengajak manusia berfikir dahulu untuk memahami konsep akidah. 
Firman Allah swt: فاعلم أنه لاإله إلا الله

· Menyeru manusia tidak mengikuti sesuatu kepercayaan tanpa mengkaji dan berfikir. “Allah SWT berfirman,

· وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا ( Al-Isra 36)

· “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkan

2. Menggunakan akal untuk berfikir dan mengkaji menerusi alam nyata.

· Mendorong akal mengkaji berpandukan pancaindera. 

· لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ 

· sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (at tin 4)

· Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. (az zumar 21)

· Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? - Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.(an nur 43)

3. Mendedahkan akidah yang batil dan menetapkan kebatilannya


· Mendedahkan akidah yang batil seperti animisme, yahudi dan kristian, kemudian mendedahkan penyelewengannya. 

· Contoh AL-Quran mendedahkan akidah triniti kristian yang batil. firman Allah: dan jangan kamu mengatakan tuhan itu ada tiga.

· Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.(al fussilat 37)

· Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi) dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati (al furqan 3)

4. Membentangkan akidah yang benar dan menetapkan kebenarannya

· Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-Malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.(ali imran 18)

· Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. (an nisa 136)

· Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.(al an’am 59)

Metodologi lain

· Menerapkan akidah menerusi kisah2 dan teladan yang baik Contoh nabi Ibrahim dengan keberaniannya menghapuskan berhala dizamannya serta dialog menentang berhala dengan bapanya.

· Menerapkan konsep keimanan dan cara menyuburkan iman dan kepercayaan kepada Allah Melalui penghayatan dan amalan ibadat serta jauh daripada amalan2 khurafat.Menerapkan konsep keikhlasan dan ketulusan beribadah dan beriman.

· Al-Quran mengarahkan manusia berfikir secara logik terhadap segala ciptaan. Di mana segala ciptaan yang dicipta oleh Allah mempunyai kepentingan dan kegunaannya yang tersendiri.

· Mengarahkan manusia mengkaji terhadap alam ciptaan Allah yang luas. kejadian langit ini akan membuatkan manusia berfikir bahawa sepertimana bumi, matahari juga beredar pada orbitnya dan tentulah ada yang mengatur perjalanan ini, iaitu Allah. ini akan menghadirkan keinsafan betapa ciptaan Allah itu sangat teratur seterusnya menjadikan iman bertambah teguh.

· Mengarahkan manusia mengkaji ciptaan-ciptaan Allah yang unik yang terdapat di bumi. Sebagai contohnya. Antara keistimewaan unta yang menjadikannya unik adalah kebolehannya untuk terus kekal bertenaga dan kuat walaupun setelah sebulan tidak meneguk air.

· Mengarahkan manusia mengkaji keajaiban yang terdapat dalam diri manusia sendiri,ianya mampu meneguhkan keimanan seseorang individu terhadap Allah. 

· Menyebutkan tentang ciptaan Allah dan kejadian alam yang bertepatan dengan kejadian sains. Di mana pemerhatian akal terhadap semua ini mampu meneguhkan keimanan seseorang terhadap Allah. 

· Menjelaskan tentang kejadian alam yang member kemaslahatan kepada manusia. Contohnya biri-biri dicipta oleh Allah dengan keadaan fizikalnya yang mempunyai bulu yang tebal supaya manusia boleh mengambil bulunya untuk dijadikan baju sejuk bagi menghangatkan badan.