Wednesday, 9 November 2016

NOTA PIM 3113 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

1.    Dakwah, Isu dan Cabaran Guru Pendidikan Islam
 ü  Konsep, Teknik dan Kesan Dakwah
ü  Peranan Guru sebagai Daei, Murabbi dan Muaddib
ü  Isu dan Cabaran semasa Guru Pendidikan Islam
 

2.    Pendidik dan Pendidikan dalam Al Quran dan As-Sunnah
 ü  Petikan Ayat Al Quran
ü  Petikan Hadis
 

3.    Analisis Rasulullah S.A.W sebagai seorang pendidik
 ü  Sahsiah Diri
ü  Kaedah Penyampaian
 

4.    Analisis Sahsiah Para Sahabat Rasulullah S.A.W dan tokoh ilmuan Islam
 ü  Khulafa Al rasyidin
ü  Khadijah Khuwailid
ü  Aisyah Abu Bakar
ü  Imam Empat Mazhab
 

5.    Sahsiah Guru Pendidikan Islam Cemerlang
ü  Penampilan diri dan Perwatakan
ü  Sikap terhadap Tugas
ü  Hubungan Interpersonal
ü  Kepimpinan
 

6.    Guru Pendidikan Islam dalam Perkhidmatan Awam Malaysia
ü  Etika
ü  Pekeliling dan Akta
 

7.    Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia
ü  Perjawatan
ü  Kurikulum

NOTA PIM 3123 PENGAJIAN AKIDAH


  • ·         Ahli Sunnah Wal Jamaah
  • ·         Muktazilah
  • ·         Jabariah
  • ·         Qadariah
  • ·         Aspek iktikad, lisan dan perbuatan
  • ·         Kufur
  • ·         Syirik
  • ·         Riddah
  • ·         Nifak
  • ·         Zalim
  • ·         Individu
  • ·         Keluarga
  • ·         Masyarakat
  • ·         Negara
  • ·         Profesion
  • ·         Khurafat
  • ·         Ajaran-ajaran sesat di Malaysia
  • ·         Ideologi

Isu-isu penyelewengan dalam Akidah

Akhir-akhir ini umat Islam seluruh dunia berhadapan dengna pelbagai ujian keimanan, kepercayaan dan pegangan Islam mereka. Isu yang melanda mereka itu tertumpu kepada kelemahan umat Islam itu sendiri. Kelemahan itu meliputi kemunduran dalam pelbagai bidang seperti kemiskinan, perpecahan dan pelbagai krisis. Isu itu tidak menggambarkan kekuatan dan kelebihan umat Islam seperti yang dijamin oleh Allah dalam al Quran melalui surah ali Imran:

Maksudnya:
Kamu (umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya

Masalah ini harus dicari punca dan jalan penyelesaiannya agar umat Islam tidak terus ditindas lalu hilang dalam arus globalisasi ini. Adalah wajar agar umat Islam kembali bermuhasabah diri untuk menilai semula pegangan dan penghayatan mereka terhadap kehidupan beragama itu.

            Yusuf al Qaradawi (1985) dalam Engku Zaki (1997) mengulas bahawa kelemahan umat Islam adalah disebabkan oleh sikap mereka sendiri iaitu lupa agama, tenggelam dengan kehendak dunia, pemikiran yang jumud, kelemahan ekonomi, kuantiti tidak menepati kualiti, jiwa yang tidak kuat kerana mengutamakan jasmani berbanding rohani serta pengaruh media massa yang meruntuhkan pembinaan sahsiah muslim.

            Perbincangan dalam bahagian ini akan menjurus kepada cabaran yang datang dari umat Islam itu sendiri iaitu kejahilan dan kurang penghayatan terhadap agama terutamanya berkaitan akidah. Pelbagai bentuk krisis akidah yang berlaku dalam masyarakat yang menjadi kayu ukur kelemahan umat Islam. Kejahilan ini merupakan faktor kepada berlakunya krisis akidah yang mewujudkan kemunculan ajaran sesat dan penyelewengan akidah. Sebagai contohnya, umat Islam terbabit dengan ajaran sesat yang sememangnya bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Definisi maksud dan konsep akidah.
Di dalam Islam, iman yang berlandaskan akidah adalah menjadi asas sesuatu amalan diterima oleh Allah. Ini bermaksud sebanyak manapun amalan seseorang itu namun ia hanya diterima oleh Allah andai ia berasaskan kepada akidah yang tepat dan diakui Allah.
Perkataan  akidah  berasal  daripada  perkataan  bahasa  Arab bermaksud simpulan ikatan tali.  Manakala,  ilmu  akidah  ialah  ilmu  yang    mempelajari dan menyelidiki perkara-perkara tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara samiyyat atau perkara-perkara  ghaib  seperti  syurga,  neraka  dan  lain-lain.

Akidah menurut pengertian istilah sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah  ialah:

a)    Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan / simpulan atau tali yang tersimpul / perjanjian.

b)    Maksud ikatan ialah ikatan antara Allah dengan hambanya ada ikatan yang sebenarnya tidak terpisah dan tidak boleh dipisahkan, kerana Allah menjadikan hambanya supaya sentiasa tunduk dan patuh kepadanya dan Allahlah Pentadbir alam dan seluruh makhluknya. Dengan itu, ikatan yang memang tersedia ini di ikat lagi dengan tali (agama) dengan terasnya ialah akidah keimanan kepada ketauhidan Allah, semakin kuat terasnya / tunjangnya, semakin kukuhlah ikatan yang sama sekali tidak mudah terputus.

c)    Maksud simpulan ialah simpulan antara Allah dengan hambanya ada simpulan (simpulan mati) yang sebenarnya tidak boleh diurai atau dirombak dengan begitu mudah, seperti ibarat tali yang disimpul mati, ia tidak boleh diurai lagi kecuali dengan memotongnya dengan pisau, maka terputuslah tali itu, lalu tidak dapatlah digunakan lagi. Begitulah kalau diputuskan simpulan tali (akidah) dengan Allah ini dengan keputusan yang muktamad.

d)    Maksud Perjanjian ialah perjanjian antara Allah dengan hambanya ada perjanjian yakin pengakuan hamba terhadap Tuhannya yang mengaku bahawa Allahlah Tuhan dan Tuannya yang Maha Berkuasa ke atasnya, mentadbir alam serwajagat ini.

            Para ulama memberikan maksud yang sama dengan Ibn Taimiyah di atas, iaitu berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan atau pegangan yang diikat erat dan disimpul kuat di dalam hati nurani seseorang yang beriman kepada Allah dan seluruh rukun iman yang lain sehingga tidak mungkin akan terputus.

Kepentingan menjaga akidah terhadap kehidupan individu muslim.
Iman adalah hakikat dan tidak terpisah dengan kehidupan manusia. Iman harus dijelmakan melalui semua bidang dan lapangan kehidupan. Melalui definisi yang telah diketahui sebelum ini, iman berkait rapat dengan akidah atau pegangan seseorang muslim. Iman menuntut seseorang itu agar meyakini bahawa semua perkara yang ditetapkan oleh Allah mesti dipatuhi dan menafikannya adalah juga penafian terhadap kuasa Allah.

Definisi Konsep Khurafat, Ajaran Sesat Dan Penyelewengan Ideologi Secara Etimologi Dan Epistimologi

Konsep Khurafat Secara Etimologi Dan Epistimologi
Khurafat bermaksud semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.   Berdasarkan takrif yang disebutkan, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta. Antara faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah:

1)    Mudah mempercayai benda-benda tahyul
2)    Kecetekan ilmu agama
3)    Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda
Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat ialah tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al Quran mahupun hadis, cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karus, didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam, berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bertujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam, menggunakan objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada pada akidah dan syariat Islam. 

Dalam hal ini, Islam sebagai agama menitikberatkan aspek akidah dan syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan al Quran, hadis, ijma’ ulama dan Qias dilarang sama sekali.  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ’Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala.”

Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam. Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah.

Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidah, kepercayaan, perkataan dan perbuatan daripada amalan khurafat yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Jalan penyelesaian mengatasi kemelut khurafat ini aialah dengan mendalami agama sebagaimana saranan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Aku tinggalkan kamu dua perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al Quran dan sunnahku.”

Akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari. Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Pada hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah. Firman Allah SWT melalui surah an Nisa’ ayat 48”
  
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar


Oleh itu, setiap muslim wajib berhati-hati dalam kehidupan agar tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di samping mengenalpasti ciri amalan khurafat. Ilmu akidah adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang muslim dari kesesatan dan seterusnya memimpin ke arah keredhaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. 
Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 106:

Maksudnya: “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat keadamu dan juga mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau melakukan yan demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)

 Konsep Ajaran Sesat Secara Etimologi Dan Epistimologi

Ajaran sesat merupakan satu manifestasi bagi satu proses yang telah bermula sejak beberapa lama dahulu. Negara kita Malaysia, tidak terlepas daripada gejala besar ini yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan boleh menggugat perpaduan ummah. Sebahagian besar daripada ajaran sesat ini jelas menampakkan fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang bertentangan dan menyeleweng dari syariat Islam sebenar.

Berbagai-bagai bentuk ajaran sesat telah muncul dan menular dalam masyarakat Islam, dan ia telah berjaya mempengaruhi bukan sahaja golongan yang cetek ilmu pengetahuannya sahaja, malah golongan profesional termasuk mereka yang dalam bidang agama juga turut terpengaruh. Gejala ini boleh memesongkan aqidah mereka yang terpengaruh dengan golongan yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam, di samping memenuhi kepentingan tertentu. Gerakan ini ada yang dijalankan secara terang-terangan dan ada juga yang bergerak secara halus dan tersembunyi tanpa disedari.

Ajaran salah atau sesat boleh diertikan sebagai ‘sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

Hj. Mohamed Amin Salleh, mantan Pengarah YADIM, mendefinisikan ajaran salah atau sesat sebagai ‘semua bentuk ajaran atau amalan yang didapati bertentangan dengan syariat Islam atau bertentangan dengan mana-mana sumber hukum Islam (al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias) sedangkan ajaran dan amalan yang bertentangan itu didakwa atau dikatakan dari ajaran Islam, serta diajarkan kepada masyarakat sama ada dengan secara sulit atau rahsia atau untuk ahli sahaja atau diajarkan dengan secara terbuka kepada orang ramai, seterusnya ajaran itu diamalkan atau menjadi pegangan kepada individu atau kumpulan yang berkenaan. Firman Allah SWT  dalam surah al-Ahzab, ayat 36:

Maksudnya: Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas.

Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan agama kami ini suatu pekerjaan yang bukan daripadanya (agama) maka (yang diada-adakan) itu tertolak. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru itu, ajaran salah atau sesat merupakan rekaan-rekaan yang wujud dalam persoalan prinsip agama yang tiada sandarannya dalam al-Quran, hadis, ijma’ atau qias sebagaimana Islam itu sendiri terbahagi kepada aqidah, syariat dan akhlak, maka kesesatan juga boleh berlaku dalam tiga aspek tersebut sama ada secara berasingan atau merangkumi keseluruhannya.

Istilah-istilah seperti ‘fanatik agama’, ‘pelampau agama’ dan ‘ekstrimis agama’ atau ‘ortodok’ tidak boleh digunakan kerana istilah tersebut boleh membawa makna yang berlainan dan tidak dapat memberi satu pengertian ajaran sesat yang sebenar, di samping ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada imej umat Islam dan perkembangan Islam itu sendiri.

Dari segi sejarah, Islam merupakan satu agama yang suci dan bersih daripada unsur-unsur kesesatan dan penyelewengan. Walaubagaimanapun, ajaran sesat telah mula wujud semenjak kewafatan Rasulullah S.A.W. dengan kemunculam Musailamah al-Kazzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi. Semenjak zaman Rasulullah S.A.W. lagi seterusnya zaman para Sahabat r.a. sehinggalah kini, musuh-musuh Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, sentiasa bergerak bagi merosak dan menghancurkan agama Islam dan umat Islam. Mereka telah mendapat kejayaan pada zaman Bani Umayyah dan selepasnya. Pada peringkat awalnya mereka hanya berjaya menyogokkan hadis-hadis palsu di kalangan umat Islam.

Kemudian terdapat golongan yang mencampur-adukkan aqidah dan syariat dengan pelbagai cara, antaranya mencampur-adukkan aqidah Islam dengan aqidah Majusi, Nasrani dan seterusnya lahirlah ajaran berbentuk ‘batiniah’. Ajaran ini mencampur-adukkan pelbagai kepercayaan tradisional sesuatu bangsa dan mempelbagaikan penyelewengan aqidah dengan ajaran Islam.

Meneroka kepada fenomena ajaran sesat di negara kita, hakikat yang perlu kita akui, terdapat banyak ajaran sesat yang muncul di tengah-tengah kelompok masyarakat dari masa ke semasa ketika ini. Kemunculan kebanyakan ajaran sesat ini dipercayai berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat, mencari kemasyhuran, kekayaan, bermotifkan seks serta kepercayaan lama yang mengandungi unsur-unsur animisme dan dinamisme serta dicampur aduk dengan doktrin-doktrin lain seperti Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme, Neo-Platonisme dan lain-lain lagi yang meresap dalam ajaran Islam.

Di Malaysia, sebilangan masyarakat kita menerima pengaruh yang kuat daripada tradisi ‘world view’ masyarakat negara tetangga iaitu Indonesia. Aliran-aliran kepercayaan yang berpengaruh daripada negara jiran tersebut seperti aliran-aliran kebatinan telah mencampur-adukkan antara tradisi kepercayaan lama dengan tradisi Hindu-Buddha yang kemudiannya diselitkan dengan unsur-unsur Islam. Adalah dipercayai ajaran sesat telah muncul di Malaysia pada awal abad ke 19 di Kampung Seronok, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia dikenali sebagai Ajaran Taslim yang diasaskan oleh Hj. Mohammad bin Shafie atau lebih dikenali sebagai Hj. Ahmad Matahari. Di Selangor, ajaran sesat yang mula bertapak adalah Ajaran Ahmadiah/Qadiani bertempat di Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1930-an. Ajaran ini telah difatwakan oleh para ulama’ seluruh dunia sebagai terkeluar daripada ajaran Islam.
Manakala di Besut, Terengganu, gelagat Arifin Muhamad yang lebih dikenali sebagai “Ayah Pin” yang membina perkampungan ibadat di kawasan kediaman beliau menarik perhatian awam. Pihak berkuasa tempatan akhirnya merobohkan binaan-binaan pelik yang dibinanya atas alasan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, ajarannya yang dikenali sebagai Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin sememangnya telah diketahui bertentangan dengan Hukum Syarak dan difatwakan haram di hampir kesemua negeri sejak tahun 1992 lagi. Namun, cubaan untuk menangkap dan membawa Ayah Pin ke muka pengadilan seringkali menemui jalan buntu, biarpun markasnya pernah diserbu pihak berkuasa beberapa tahun lepas. Setakat ini tindakan yang telah diambil terhadap pengikutnya, adalah didakwa dan disabitkan di bawah seksyen 10 iaitu berkaitan kesalahan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama dan seksyen 14 iaitu memiliki penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak. Sebelum itu pun, beberapa orang pengikut Ayah Pin di Kelantan telah pun didakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu Kelantan atas kesalahan membuat istiadat atau perkara yang berlawanan dengan hukum syarak atau fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Jenis-jenis ajaran sesat.

1.      Melalui pengajaran.

Penyusupan ajaran salah / sesat melalui kelas-kelas pengajian agama yang kebiasannya bermula dengan pengajian asas sama ada berkaitan aqidah (seperti cara untuk mengenal Tuhan), syariat (bab fiqh atau ibadah khusus seperti sembahyang, puasa dan zakat) atau pun akhlak (seperti adab dalam majlis ilmu, adab kepada guru dan sebagainya). Pengikut dijanjikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan oleh guru ajaran sesat seperti dijamin masuk syurga, diampunkan dosa dengan cara menebusnya melalui bayaran tertentu, terselamat dari soalan dalam kubur dan sebagainya.

Kebiasaannya pengikut atau pengamal ajaran sesat tidak berpandukan kepada sesebuah kitab atau buku karangan ulama’ muktabar sebagai rujukan. Tetapi hanya diberikan nota atau dengan mencatit dan menyalin semula buku yang dikarang oleh guru kumpulan tersebut. Melalui nota atau catitan tersebut, guru kumpulan ajaran sesat ini akan memainkan peranan memesongkan pemikiran pengikutnya melalui pengajaran yang disampaikan.

2.      Melalui kumpulan tarikat.

Bagi memerangkap masyarakat Islam yang lemah pegangan dan cetek pengetahuan mengenai ajaran Islam, kebiasaannya guru ajaran sesat menggunakan nama-nama tarikat yang mahsyur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiyah dan lain-lain. Tetapi dalam amalan dan pelaksanaannya, guru tarikat tersebut menokok tambah seperti mengadakan sistem berwirid dan bersuluk di dalam gua atau bilik-bilik khas dalam keadaan bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Salasilah guru tarikat juga meragukan dan terputus dari salasilah yang asal dan diyakini. Sesetengah guru tarikat juga mendakwa amalan tarikat itu diambil terus dari Rasulullah SAW.

3.      Melalui kepercayaan, amalan tradisi dan pemujaan (mistik dan kultus).

Pengajaran dan pembelajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi merupakan jalan atau cara yang paling mudah bagi masyarakat Melayu/Islam menerima dan kemudiannya terpengaruh dengan kumpulan ajaran sesat. Antara contohnya adalah melalui amalan perdukunan atau perbomohan dan rawatan tradisional seperti kaedah rawatan yang mendakwa kehadiran para wali Allah ke dalam tubuh perawat bagi membantu merawat pesakit atau menyelesaikan masalah mereka.

Begitu juga dengan amalan pemujaan ke tempat-tempat tertentu yang dianggap sebagai keramat atau wali yang mempunyai kelebihan. Contohnya amalan memuja kubur, busut, bukit atau lain-lain yang seumpamanya. Kepercayaan kepada kuasa kesaktian melalui amalan seni mempertahankan diri, berdukun, perbomohan, mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, orang halus, sahabat dan syeikh tertentu melalui isyarat, amalan menurun dan sebagainya.

Konsep Penyelewengan Ideologi Secara Etimologi Dan Epistimologi

Sejarah kewujudan penyelewengan ideologi bermula dengan kekalahan tentera Salib yang dipimpin oleh Raja Louis (Perancis) dalam peperangan salib ke-8 pada tahun 1291M (690H) telah mendorong beliau untuk menulis 1 watikah yang menyatakan bahawa tiada lagi jalan untuk menewaskan umat Islam melainkan melalui serangan pemikiran.

Bermula dari saat itulah Barat mula mengatur langkah. Pertembungan antara Islam dan musuhnya kini beralih ke medan Aqidah & pemikiran. Barat menggerakkan seribu satu senjata dan wasilah dalam usaha mereka menyelewengkan umat Islam daripada landasan kebenaran. Benarlah firman Allah SWT dalam Al-Quran:

Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka  (al Baqarah: 120)

Maksudnya :Mereka  tidak henti-henti memerangi kamu sehingga mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agama kamu (kepada kekafiran)(al Baqarah: 217)

Musuh-musuh Islam tidak pernah jemu menjalankan tugas-tugas mereka. Serangan pemikiran dilancarkan ke atas umat Islam meliputi hampir keseluruhan bidang kehidupan manusia. Atas dasar inilah munculnya ideologi-ideologi ciptaan yang merupakan racun berbisa kepada pemikiran umat Islam.

Ideologi berasal daripada perkataan Perancis, merupakan istilah yang sukar untuk ditakrifkan. Para pengkaji bertentangan pendapat dalam mentafsirkan istilah moden ini. Ada pendapat yang menyempitkan skopnya dengan menghadkan ideologi kepada fahaman-fahaman dan aliran-aliran pemikiran yang berkaitan dengan politik, kuasa & pemerintahan negara sahaja. Sememangnya definisi inilah yang digunakan dan difahami oleh masyarakat. Namun hakikatnya lebih luas daripada itu, meliputi segala jenis hasil pemikiran dan thaqafah masyarakat, merangkumi politik, ekonomi, sosial, psikologi, thaqafah dan sebagainya.

Oleh itu, ideologi ditakrifkan ‘Fahaman dan pegangan yang dihasilkan melalui pemikiran dan thaqafah masyarakat. Ada juga yang mentakrifkan ideologi sebagai ‘Rangkaian pemikiran dan pandangan bertujuan menentukan pendirian seseorang terhadap isu-isu dan persoalan-persoalan kehidupan yang dihadapi oleh masyarakat. Berdasarkan kepada takrif ini, perbezaan ketara antara keduanya adalah ideologi bersumberkan akal manusia, manakala agama, sumbernya wahyu Ilahi.

Oleh kerana ideologi manusia terlalu banyak, di mana bermulanya ideologi pada ketika umat manusia mula melanggar hukum-hakam Allah SWT dan menjadikan akal dan hawa nafsu sebagai tuhan mereka.   

i.          Aliran Rasionalisme:

Rasionalisme atau aqlaniah adalah aliran yang menjadikan akal manusia sebagai asas dan tunggak yang menentukan kebenaran atau kebatilan dengan mengenepikan agama sebagai sumber utama dalam menentukan hukum. Daripada aliran ini munculnya pelbagai mazhab dan teori dalam pelbagai ilmu pemikiran dan kehidupan. Pendokong-pendokong fahaman ini menggunakan akal semata-mata hingga berkaitan  perkara ghaib yang sememangnya diketahui terbatas untuk pemikiran manusia. Justeru itu, lahirlah pandangan-pandangan berkaitan hakikat manusia, kejadian alam yang didasarkan kepada akal semata-mata, bertentangan dengan hakikat yang sebenar.

Fahaman ini lahir lebih awal sedikit daripada sekularisme iaitu selelpas pemberontakan rakyat terhadap penyelewengan gereja. Rasionalisme menolak ketuhanan sebagai sumber, sekaligus bermakna pemberontakan terhadap agama Kristian di Eropah ketika itu. Walaubagaimanapun, fahaman ini tenggelamselepas kemunculan sekularisme pada zaman kebangkitan Eropah (Renaissance di kurun ke 16) yang menggabungkan antara akal dan fakta-gakta ilmu yang dihasilkan melalui kajian dan percubaan.

ii.         Sekularisme

Sekularisme berasal daripada perkataan Inggeris (secularism) yang bererti fahaman tidak beragama. ‘Secular’ ditakrifkan oleh Kamus Oxford sebagai ‘wordly or material, not religious or spritual’ yang bermaksud: keduniaan atau kebendaan, tidak beragama atau tiada roh.  Dalam Bahasa Arab, pada ulama’ berbeza pendapat dalam mencari istilah terbaik untuk perkataan ‘secularisme’

Pendapat pertama menyatakan istilah sebetulnya adalah (العلمانية) yang dinisbahkan kepada (العلم) yang bermaksud (العالم) alam atau dunia; iaitu fahaman keduniaan dan kebendaan, material, bertentangan dengan roh, alam ghaib dan ketuhanan. Bukannya (العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم). Mereka yang berpendapat sedemikian ialah dr Abdul Halim Mahmud, Dr. Mohd al Bahiy dan Sheikh Jadal Haq Ali Jadal Haq. Mu’jam Arabi Asasi juga sealiran dengan pendapat ini.

Pendapat kedua menyatakan terjemahan yang betul adalah (العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم) ilmu kerana asal sekularisme adalah daripada perkataan Latin (Secularius) yang bermaksud : Orang yang berilmu tinggi. Pendapat ini dikemukakan oleh Dr Ali Juraishah.  Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan, diterjemahkan (Secularism) kepada (العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم) ilmu kerana yang dikehendaki di situ adalah ilmu yang dihasilkan melalui kajian-kajian, percubaan material dan pemikiran manusia yang tiada kaitan dengan agama, wahyu dan ketuhanan.

Perlu difahami bahawa sekularisme tidak mengingkari kewujudan tuhan & alam ghaib. Sekularisme hanya mengenepikan agama daripada urusan kenegaraan, kemasyarakatan & ekonomi. Sekularisme berlainan daripada fahaman Atheis yang mengingkari kewujudan tuhan. Sekularisme meletakkan agama dalam ruang lingkup yang sempit dan membenarkan setiap individu menganut agama  yang disukainya.

Sekularisme lahir di tengah-tengah masyarakat Eropah yang dikuasai gereja. Pada zaman kegelapan (عصر الظلام) sehingga kurun ke 17, gereja berkuasa penuh dalam pemerintahan negara. Penyelewengan agama Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Isa AS dilakukan sesuka hati gereja berdasarkan maslahat & kepentingan duniawi semata. Pada tahun 1215M, perhimpunan Rome memberikan Pope hak pengampunan dosa & kesalahan. Pada 1869M pula, perhimpunan yang sama memberikan Pope keistimewaan terpelihara daripada dosa (عصمة) dan kesilapan, sekaligus memberikan hak ketaatan mutlak kepada Pope daripada para penganut Kristian. Inilah gambaran penyelewengan Gereja yang bertujuan mengekalkan kuasa mereka.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1478M, ditubuhkan di Sepanyol (ada yang menyatakan di Perancis) mahkamah yang dinamakan (محاكم التفتيش) yang menggambarkan sifat gereja dan kemenangan mereka yang tidak terhingga. Mahkamah ini bertugas menghukum sesiapa sahaja yang menentang atau mempertikaikan gereja & kebenaran ajaran pegangannya. Dianggarkan mangsa mahkamah ini menjangkau angka 300 ribu. Sebanyak 32 ribu dibakar hidup-hidup. Antaranya ialah ahli geografi terkenal, Bruno yang mengeluarkan teori pusingan bumi.  

Dari segi politik & ekonomi, sistem feudal berleluasa. Politik & ekonomi dilindungi golongan feudal yang memperhambakan rakyat. Pemerintah-pemerintah negara mengamalkan sistem diktator yang menghalang kesedaran rakyat untuk bersuara dan menikmati hak-hak mereka.  Tekanan-tekanan yang melingkungi dunia barat inilah yang meledakkan kebangkitan rakyat bagi mengubah keadaan. Lalu muncullah seruan agar dipisahkan agama daripada urusan negara dengan meletakkan Kristian di sudut yang sempit sahaja. Lahirlah para pemikir, ahli falsafah, tokoh reformasi seumpama Martin Luther, Voltier, Jean Jack Rosseau dan sebagainya yang menyeru ke arah pembaharuan, antaranya pemisahan agama daripada urusan pemerintahan.

Kemunculan arus pembaharuan ini berlaku apabila tercetusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789M yang mengangkat slogan ‘Gantunglah Raja Yang Terakhir dengan Tali Perut Paderi Yang Terakhir.  Revolusi Perancis telah memberikan kesan beberapa perkara:
i)             Menyempitkan bidang agama Kristian dalam bidang-bidang keagamaan sahaja.
ii)            Menolak kristian sebagai sistem politik, ekonomi dan pelbagai sistem kehidupan
iii)           Muncul aliran rasionalisme yang meletakkan akal sebagai asas
iv)           Muncul fahaman sekularisme dan individualisme yang memberikan kebebasan penuh kepada manusia dalam menjalani kehidupannya.

Suasana baru yang melanda Eropah telah membawa mereka kepada Zaman Pembaharuan & Pembangunan. Eropah berjaya mencetuskan Revolusi Perindustrian yang memberikan saham utama kepada Eropah bagi membina kekuatan mereka. Kemudian berlaku perluasan kuasa di Eropah apabila mereka menjajah negara-negara di bawah Khilafah Uthmaniyah dan akhirnya menghancurkan khilafah.  Pada ketika itu bermulalah pertanrungan antara Islam dan Sekularisme. Terdapat beberapa ciri fahaman sekularisme :

i)             Mengenepikan perkara-perkara ketuhanan, alam roh dan segala pegangan yang berkaitan dengannya dalam seluruh kajian dan teori.
ii)            Memusuhi agama , berusaha meletakkan agama dala lingkungan yang sempit dan menjadikan agama sebagai hak kebebasan individu
iii)           Material (kebendaan) dan duniawai semata-mata.

Contoh sekularisme dalam beberapa bidang sosial:

i.          Pendidikan.
a)    Menyekat pendidikan agama
b)    Menggalakkan pendidikan bukan agama
c)    Memandang rendah pendidikan agama dan menyifatkannya sebagai kolot dan mundur.
d)    Mengehadkan peluang pekerjaan bagi lulusan agama
e)    Membangunkan dengan pesat pusat-pusat pengajian yang tiada pengajian agama.
f)     Memperbanyakkan penghantaran peajar-pelajar ke luar negara dalam pelbagai bidang ilmu selain bidang agama.
g)    Menggalakkan percampuran lelaki dan perempuan di sekolah dan pusat pengajian.
h)   Tiada Penekanan akhlak dan norma-norma Islam seperti menutup aurat, pakaian cara Islam dan sebagainya.

ii.         Media Massa.

Seandainya pensekularan pendidikan bertujuan melahirkan generasi yang memisahkan agama dan kehidupan pada masa akan datang, maka pensekularan media massa bertujuan mendoktrinkan pemikiran generasi masa kini. Bidang pendidikan hanya membabitkan golongan pelajar sahaja, tetapi media massa mampu menusuk masuk ke kepala setiap anggota masyarakat. Media massa dikotori dengan cara:

a)    Menyiarkan gambar dan filem yang lucah
b)    Menyiarkan filem-filem  yang menghina dan memburukkan Islam
c)    Mengagung-agungkan kehidupan dunia, alam maksiat dan fasiq.
d)    Mengagungkan artis dan seniman
e)    Menggalakkan unsur-unsur seks, ganas dan keruntuhan nilai dan akhlak.
f)     Mengagungkan dunia barat sebagai seimbol kemajuan, pembangunan dan kemajuan dunia.
g)    Menyebarkan ideologi-ideologi manusia yang tidak bertepatan dan bertentangan dengan agama.

iii.        Undang-undang

Pensekularan undang-undang di dunia Islam bermula di Turki pada tahun 1857 kemudian merebak ke Mesir pada 1875 di mana munculnya beberapa undang-undang yang diambil bukan bersumberkan Syariah Islamiah. Turki, misalnya apabila khilafah dihapuskan secara rasmi pada tahun 1924, undang-undang Turki diubah:

a)    Undang-undang Sivil diambil dari Switzerland
b)    Undang-undang perniagaan diambil dari Jerman
c)    Undang-undang Jenayah diambil dari Itali.

Undang-undang Islam yang menjadi kanun di kebanyakan negara umat Islam berjaya ditukar oleh Barat iaitu ketika penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam.  Cara-cara penyebaran sekularisme:

1)    Orientalis- gerakan yang diasaskan oleh Barat untuk mengkaji ilmu, adab, bahasa, kebudayaan dan tamadun timur khasnya Islam dengan tujuan menjahanamkannya.  
2)    Kristianisasi
3)    Gerakan Pembaratan- seperti usaha Mustafa Kamal Attartuk membaratkan Turki selepas keruntuhan khilafah Uthmaniah
4)    Penjajahan negara umat Islam.
5)    Gerakan Yahudi Sedunia (freemason)

iv.        Liberalisme.

Falsafah ini muncul di Eropah pada permulaan kurun ke 19. Tiada satu definisi yang disepakati terhadap istilah ini. Kefahamannya berlainan antara seorang ahli falsafah dengan yang lain. Fahaman ini mula muncul di England , bermaksud menyeru kepada kebebasan individu dalam menjalani hak-hak mereka tanpa ada campurtangan negara. Fahaman ini menekankan aspek persamaan taraf dan kebebasan.  Ia memusuhi agama yang dianggap menyekat kebebasan manusia. Liberalisme biasanya dikaitkan dengan slogan ‘ Pembangunan dan Kemajuan’. Berakar umbikan fahaman ini muncullah kapitalime yang terpengaruh dengan pendapat Adam Smith yang memberikan kebebasan berniaga dan berlumba dalam pasaran. Liberalisme muncul kesan daripada kekejaman gereja dan kediktatoran pemerintah pada waktu itu yang membawa kepada pemberontakan rakyat menuntut hak-hak mereka.

v.         Kapitalisme.

Sistem ekonomi lahir ekoran daripada fahaman sekularisme, individualisme dan liberalisme. Pengasasnya Adam Smitg (1723-1790) yang mengarang buku bertajuk “ an Inquiry into Nature and Causes of the wealth of Nations’. Buku beliau dikira pencetus kapitalisme sebagai sebuah sistem ekonomi. Antara ciri-ciri kapitalisme ialah:

1.            Kebebasan ekonomi
2.         Kebebasan individu memiliki harta, dibahagikan kepada dua peringkat: pemilikan mutlak tanpa sebarang had (peringkat permulaan munculnya kapitalisme)  dan  pemilikan tidak mutlak dihadkan sebaghagian milik sindividu sebagai kepentingan sosial (peringkat yang berleluasa di negara-negara kapitalis ketika ini)
3.         Sistem faedah atau riba’

Kegagalan sistem ini disebabkan oleh,

1)            Pengangguran
2)            Inflasi
3)            Ihtikar
4)            Sifat individualisme yang menghancurkan hubungan dalam masyarakat
5)            Kebebasan perniagaan yang tiada had meliputi anasir-anasir yang memudaratkan seperti dadah dan arak.

vi.        Sosialisme dan komunisme
Sosialisme adalah sistem ekonomi yang dihasilkan oleh pemikiran komunis. Karl Marx dianggap pengasas kepada sistem ini. Sosialisme adalah marhalah pelaksanaan ekonomi yang akhirnya membawa kepada komunisme. Perbezaan antara kedua-dua ideologi ini adalah dari segi slogannya. Sosialisme mempunyai slogan ‘ Daripada setiap individu mengikut kekuatan dan tenaganya (penentu kerja) dan bagi setiap individu mengikut kerja yang dilakukan (upah)’. Slogan komunisme pula   ‘ Daripada setiap individu mengikut kekuatan dan tenaganya dan bagi setiap individu mengikut keperluannya

Ciri-ciri utama sistem ini adalah menghapuskan hak milik harta individu. Namun penghapusan ini tidaklah secara total seperti yang dilaungkan. Negara memiliki komponen-komponen pengeluaran dan rakyat berhak memiliki barang keperluan. Kegagalan sistem sosialis tidak dapat dinafikan lagi. Fenomena ekonomi dan kemunduran yang wujud di negara-negara sosialis dan kejatuhan Soviet Union menjadi sejelas-jelas bukti kegagalan sistem ini.

Dalam usaha Barat memastikan kejayaan mereka meracuni pemikiran umat Islam, pelbagai slogan yang mengaburkan mata dilaungkan di samping ideologi-ideologi perosak yang lain. Melalui penjajahan, zionis dan musuh-musuh  Islam yang lain, mereka berjaya mengubah corak pemikiran umat Islam. Antara slogan yang dilaungkan ialah kebebasan, persamaan taraf dalam segalanya sehingga wanita menuntut persamaan taraf dengan lelaki, kemajuan dan kemunduran diukur berdasarkan material, semangat perkauman (nasionalisme) dan kebebasan wanita yang menuntut hak-hak kebebasan tanpa had.  Jalan pintas untuk merosakkan sesebuah masyarakat adalah melalui cara merosakkan terlebih dahulu kaum wanitanya. Ideologi yang merosakkan ini merebak ke negara-negara umat Islam melalui bidang sosial, politik dan ekonomi.

Ideologi ini berkembang kerana kejahilan umat Islam sendiri kerana mereka meninggalkan kesyumulan Islam. Usaha keras penyebaran ideologi di samping kejahilan dan kealpaan umat Islam bahawa mereka sedang dikuasai menyemarakkan lagi aktiviti penguasaan pemikiran oleh ideologi-ideologi menyesatkan itu di samping rasa kagum terhadap kemajuan Barat. Senario ini tidak pernah  berakhir berdasarkan iktibar perjuangan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Baginda yang sentiasa menerima cabaran dan usaha untuk merosakkan Islam. Umat Islam perlu bersedia menghadapi cabaran ini sekiranya tidak mahu melihat Islam diliputi awan mendung.

Isu-isu Penyelewengan Dalam Akidah

Mutakhir ini umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan dan pegangan mereka terhadap Islam. Di antara isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini dalam kalangan umat Islam ialah isu kelemahan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda umat Islam kini meliputi kemunduran dalam pelbagai lapangan hidup, kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesame sendiri dan berbagai lagi kemelut dan krisis yang menghimpit umat Islam kini. Keadaan yang berlaku ini amat jauh bezanya dengan jaminan Allah Taala kepada umat Islam sebagai umat yang terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam berbagai aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan siapakah yang bersalah dalam hal ini sehingga umat Islam terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang dengan berbagai-bagai krisis dan kemelut yang memilukan.

Umat Islam juga sentiasa diancam oleh musuh-musuhnya yang menunggu peluang menjatuhkannya. Kegiatan seperti ini telah bermula sejak zaman Nabi lagi seperti kemunculan individu yang mengaku sebagai nabi, golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan golongan murtad.

Contoh Penyelewengan Akidah Dalam Kategori Khurafat, Ajaran Sesat Dan Ideologi

            1.4.1.1            Penyelewengan Khurafat
Jika dihalusi secara mendalam, amalan khurafat memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini bahkan masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya. Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.

Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang sebahagiannya jelas bertentangan dengan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat melenggang perut. Itulah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam setiap sendi masyarakat Islam.

            1.4.1.2            Penyelewengan Ajaran Sesat
Sejarah dan contoh ajaran sesat telah diterangkan pada tajuk sebelum ini. Namun, kupasan pada kali ini akan berkisar kepada medium ajaran sesat. Ajaran sesat boleh dikenal pasti melalui pengajaran, kumpulan tarikat dan amalan tradisi.  Penyusupan ajaran sesat melalui kelas-kelas pengajian agama bermula pengajian  asas sama ada bersangkutan akidah, syariat ataupun akhlak. Pengikut dijanjikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan oleh guru ajaran sesat seperti dijamin masuk syurga, diampunkan dosa dengan cara menebusnya melalui bayaran tertentu, terselamat dari soalan kubur dan sebagainya.  Kebiasaannya pengikut atau pengamal ajaran sesat tidak berpandukan kepada sesebuah kitab atau buku karangan ulama’ muktabar sebagai rujukan tetapi melalui nota atau catatan yang disalin semula dari kitab karangan guru kumpulan ini. Ini adalah cara mudah guru tersebut memesongkan pemikiran pengikutnya.

Melalui tarikat pula, sasaran kumpulan ajaran sesat ini adalah memerangkap masyarakat yang lemah dan cetek pengetahuan mengenai ajaran Islam. Kebiasaannya guru ajaran sesat menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiah. Namun, dalam amalan dan pelaksanaannya, guru tersebut menokok tambah seperti mebgadakan sistem berwirid dan bersuluk di dalam gua atau bilik khas dalam keadaan berlakunya percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram. Sesetengah guru tarikat juga mendakwa amalan itu diambil daripada Rasulullah SAW.

Pengajaran dan pembelajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi merupakan cara paling mudah masyarakat Melayu Islam menerima dan kemudiannya terpengaruh dengan kumpulan ajaran sesat. Contohnya amalan perdukunan dan perbomohan dan rawatan tradisional seperti kaedah rawatan yang mendakwa kehadiran para wali Allah ke dalam tubuh perawat bagi membantu pesakit.  Begitu juga dengan amalan-amalan pemujaan tempat-tempat tertentu yang dianggap keramat atau wali yang mempunyai kelebihan. Sebagai contoh amalan memuja kubur, busut dan bukit, kepercayaan kepada kuasa kesaktian melalui amalan seni mempertahankan diri, berdukun, perbomohan, mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, orang halus, sahabat, sheikh tertentu melalui isyarat dan amalan menurun.

            1.4.1.3            Penyelewengan Ideologi
Penyelewengan ideologi telah diberikan kupasan secara mendalam dalamtajuk sebelum ini. Dalam kemajuan dan globalisasi, umat Islam terdedah cabaran yang menguji kekuatan akidah. Pelbagai fahaman, ideologi moden seperti kapitalisme, materialisme, humanisme dan unsur negatif mempengaruhi umat Islam dengan mudah. Kita dikejutkan dengan fahaman liberalisme, pluralisme dan komunisme yang diperkatakan semula hari ini. Kita juga digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita dihimpit budaya songsang black metal, punk, gejala gay, seks bebas, judi dan LGBT.

Gejala ini disebabkan lemah keimanan berakar daripada kurang didikan agama daripada keluarga terutama kedua ibu bapa, kelemahan akidah turut mendedahkan mereka kepada amalan buruk yang meruntuhkan kemuliaan dan darjat manusia.

Sebagai umat Islam, perlulah kita menjaga diri dan ahli keluarga daripada terjerumus ke dalam azab neraka Allah sebagaimana firmanNya dalam surah al Tahrim ayat:6

Maksudnya: ”Wahai orang yang beriman! Pelharalah diri kamu dankeluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Penjaganya malaikat yang keras kasar, tidak menderhakai Allah  dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pua tetap melakukan segala yang diperintahkan’

Implikasi Penyelewangan Akidah Terhadap Individu, Keluarga, Masyarakat Dan Negara

            1.4.2.1            Implikasi Terhadap Individu
Melihat kepada perkembangan ajaran sesat yang semakin banyak bercambah bagaikan cendawan tumbuh, timbul satu persoalan setakat manakah ajaran sesat boleh memberi kesan kepada keislaman dan keimanan seseorang pengikut dan pengasas ajaran tersebut selain ia memberi ancaman yang cukup besar kepada masyarakat dan negara yang tercinta dari aspek keharmonian masyarakat dan keamanan negara. Perkara ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana ia melibatkan persoalan akidah. Ia adalah satu persoalan yang menyentuh urat nadi kehidupan dan masa depan seseorang dan umat Islam keseluruhannya di dalam kehidupan dunia ini. Ia tidak sahaja berhubung kait dengan persoalan kehidupan di dunia, tetapi juga melewati alam akhirat. Kemuncak dari itu, persoalan akidah juga boleh menentukan status sesebuah negara sama ada ia merupakan sebuah negara Islam ataupun sebaliknya.

Berdasarkan kepada kupasan panjang lebar berkenaan kategori ajaran sesat dan juga ciri-ciri utama ajaran sesat yang lalu, dapat disimpulkan bahawa sesiapa yang terbabit dalam kancah ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu ia boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kesyirikan, kadang-kadang ia boleh menyebabkan seseorang itu murtad iaitu terkeluar daripada Islam dan dia termasuk dalam kalangan orang yang kafir dan dalam masa yang sama menyebabkan amalan tidak diterima

            1.4.2.2            Implikasi Terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara
Penyelewengan akidah ini menyebabkan berlakunya perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam. Ini berlaku khususnya apabila sesebuah ajaran berkenaan mendakwa orang yang selain dari kumpulannya adalah salah atau kurang keislamannya. Jika dibandingkan dengan mereka. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan orang yang tidak mengikuti kumpulan mereka adalah kafir.  Penyelewengan ini juga menggalakkan kehidupan yang bertunjangkan pemuasan nafsu sehingga melahirkan anak luar nikah dan amalan seks bebas dalam masyarakat.

Penularan ajaran Islam yang diselewengkan ini menimbulkan ancaman pada keselamatan negara dan keharmonian masyarakat seperti yang berlaku pada 2 Julai 2000 melibatkan kumpulan al Maunah dan beberapa contoh lain. Ia juga menghalang kemajuan dan pembangunan masyarakat serta negara. Banyak tenaga, masa dan peruntukan perlu dhabiskan untuk menangani gejala ini. Kemajuan dakwah Islamiah juga tergugat kerana usaha menangani ajaran sesat akan diberi keutamaan berbanding fokus usaha dakwah. Ia juga memberi gambaran dan imej yang tidak baik kepada Islam dan umat Islam khasnya terhadap saudara baru dan mereka yang masih belum beragama Islam.

1.4.3   Usaha Yang Dilakukan Oleh Pihak Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, NGO Dan Lain-Lain Dalam Upaya Membenteras Ajaran Sesat Dalam Negara.

Dalam usaha menangani penyebaran dan pengamalan ajaran sesat di negara ini, terdapat tiga aspek yang perlu diberi penekanan (Siti Zubaidah, 2010) Pertama dari segi status ajaran itu sendiri sama ada yang difatwakan atau tidak; kedua, membabitkan usaha pembanterasan iaitu pencegahan penyebaran dan penguatkuasaan fatwa serta undang-undang. Yang ketiga berkaitan dengan usaha pemulihan iaitu mengembalikan pengikut ajaran sesat ke pangkal jalan menerusi pemulihan akidah dan kepercayaan. Ketiga-tiga aspek ini dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah ini. Jika ditinjau fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri, didapati bahawa banyak juga fatwa yang berkaitan dengan pengharaman ajaran salah. Dalam satu kajian pada tahun 2000, Khadijah Hambali dalam Siti Zubaidah Ismail (2010) menyimpulkan bahawa fatwa berhubung pengharaman ajaran sesat merupakan kategori fatwa yang kerap dikeluarkan dan diwartakan oleh hampir setiap Jabatan Mufti negeri. Apa yang lebih ketara ialah, hampir 33% daripada kategori fatwa dalam bidang Usuluddin menyentuh tentang ajaran sesat. Soalnya, setelah difatwakan haram, bagaimanakah pula dari segi penguatkuasaan fatwa berkenaan oleh pihak berkuasa, sejauhmanakah ia mengikat umat Islam untuk mematuhinya dan adakah masyarakat Islam menyedari kewujudan fatwa-fatwa berkaitan ajaran salah itu.

Fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana jawatankuasa fatwa negeri atau kebangsaan, masih belum mempunyai sebarang kesan baik dari segi penguatkuasaan mahupun kuasa perundangan. Fatwa yang dikeluarkan hanyalah menjelaskan kedudukan hukum sesuatu perkara dan ia tidak mengikat untuk diikuti. Hanya setelah ia diwartakan barulah ia ada kuasa dari segi perundangan. Maknanya, setiap umat Islam adalah terikat dan perlu mentaati fatwa berkenaan. Seksyen 31(3) dan (4) Enakmen Perundangan Islam Selangor 1989 menjelaskan:

(3) Sebaik sahaja dijelaskan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat orang Islam yang tinggal di negeri Selangor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya mengikuti dan berpegang dengan fatwa itu, kecuali ia dibenarkan oleh Hukum Syarak, menyimpang dari fatwa itu dalam hal kewajipan peribadi, kepercayaan atau pendapat.

(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf dalam semua Mahkamah dalam negeri Selangor sebagai yang penuh berkuasa dalam perkara yang ditetapkan itu.

Pada realitinya pula, tidak semua fatwa ini diwartakan dan sesetengahnya pula mengambil masa untuk diwartakan. Isu pewartaan fatwa berkait rapat dengan keputusan pihak kerajaan sama ada hendak mewartakan sesuatu fatwa atau sebaliknya bergantung kepada faktor semasa dan kepentingan yang dipertimbangkan. Sebagai contoh fatwa pengharaman Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dikeluarkan pada tahun 1985, tetapi hanya diwartakan pada tahun 1995. Setelah fatwa diwartakan, implikasinya ialah sesiapa yang melanggar fatwa berkenaan boleh diambil tindakan berdasarkan undang-undang yang ada, antara lain, seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana tidak mematuhi fatwa. Sekadar memberi alasan tidak tahu wujudnya fatwa berkenaan seperti dalam kes Pendakwa Syarie lwn Fahyu Hanim Ahmad, Noni Mohammad dan Sharina Shaari, yang mendakwa tidak tahu wujud fatwa haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik tidak boleh diterima di sisi undang-undang.

Berkenaan dengan pengetahuan masyarakat tentang sesuatu fatwa, sama ada yang diwartakan atau tidak, ia ada kaitan dengan sejauhmana usaha dan inisiatif yang dijalankan oleh setiap pihak berkuasa negeri. Pada masa kini, apa yang ketara ialah tidak semua negeri mengambil usaha untuk mencetak dan menyebarkan koleksi fatwa yang ada untuk tatapan, bacaan dan pengetahuan masyarakat umum secara percuma. Kalau ada dicetak sekalipun, ia tidak disebarkan dengan meluas, seperti diletak di masjid-masjid negeri, disebarkan di sekolah-sekolah, kolej, universiti atau agensi kerajaan dan swasta. Mungkin koleksi fatwa ada diletakkan di dalam laman sesawang jabatan agama Islam negeri dan juga laman web e-fatwa, tetapi sudah tentu khalayak yang berminat mencari di situ adalah golongan tertentu sahaja. Dalam kes melibatkan Ayah Pin contohnya, fatwa pengharamannya telah pun diputuskan dan boleh dikatakan hampir semua negeri telah mewartakan pengharamannya. Akan tetapi, kenapa pula sesetengah anggota masyarakat masih boleh diperdayakan oleh orang sebegini. Adakah kerana mereka terlalu taasub dengan kuasa dan keistimewaan yang ada padanya atau tidak tahu tentang pengharaman ajaran ini kerana maklumat mengenainya tidak disebarkan secara meluas.

Namun, masalah dengan ajaran sesat ini ialah terdapat juga ajaran yang baru bertapak dan masih belum berjaya dihidu oleh pihak berkuasa. Justeru, statusnya masih sama-samar terutama apabila ia mencampur adukkan antara yang kebenaran dengan kebatilan. Dalam hal ini, masyarakat awam hendaklah turun padang dan membantu pihak berkuasa dengan membuat aduan dan bekerjasama mengemukakan maklumat apabila berkaitan.

Sebagaimana yang disebut di atas, membanteras ajaran sesat daripada merebak dalam masyarakat memerlukan kerjasama anggota masyarakat sendiri dalam merealisasikan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar. Pendakwaan ke atas sesuatu kes ajaran sesat bergantung kepada kekuatan bukti yang dikumpul oleh unit siasatan Bahagian Penguatkuasaan di bawah jabatan agama Islam negeri.

Apabila wujud sesuatu aduan berkaitan aktiviti berkaitan ajaran sesat, pegawai penguatkuasa agama perlu menjalankan risikan terlebih dahulu bagi mengenal pasti keadaan aktiviti yang dilaporkan. Dalam keadaan tertentu juga, mereka perlu menentukan seksyen manakah yang relevan dengan aduan bagi membolehkan siasatan dan risikan dijalankan. Ini penting kerana dalam menjalankan siasatan, fokus pengumpulan maklumat dan bukti mestilah terarah kepada memenuhi elemen-elemen kesalahan yang diadukan itu.

Cabaran utama dalam pengumpulan bukti ialah bagaimana mendapatkan first-hand information. Boleh dikatakan bahawa hampir kesemua kumpulan ajaran sesat ini secara amnya bergerak secara rahsia terutama menjalankan kegiatannya di malam hari atau awal pagi dan di lokasi tertentu yang mana aksesnya adalah terhad dan kurang disedari oleh masyarakat sekeliling. Ini sedikit sebanyak menyukarkan pihak berkuasa agama untuk mengumpul maklumat dan bukti. Dalam hal ini, pegawai penguatkuasa agama banyak bergantung kepada maklumat orang awam, khususnya pengikut atau bekas pengikut yang telah kembali ke pangkuan jalan yang secara sukarela menjadi pelapor atau pengadu. Maklumat daripada bekas pengikut amat membantu dalam membuka jalan ke arah tindakan selanjutnya. Maklumat yang diperolehi perlu dirakam dan bekas pengikut itu mesti menjadi saksi utama dalam perbicaraan. Ini kerana maklumat yang dirakam semata-mata menjadi hearsay evidence yang tidak dapat diterima oleh mahkamah (seksyen 60 Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997).

Di samping itu, usaha pengumpulan bukti juga menuntut mereka membuat penyamaran sebagai ahli kumpulan dalam usaha menyiasat kegiatan itu. Amat jelas bahawa penyamaran merupakan satu-satunya jalan untuk menembusi masuk aktiviti yang dilakukan. Setiap kes yang disiasat memerlukan pelbagai bentuk bukti antaranya yang berbentuk hard evidence, di samping keterangan saksi dan sebagainya. Untuk itu, serbuan ketika aktiviti sesat sedang berlangsung amatlah penting dalam mendapatkan bukti yang diperlukan. Pegawai terbabit mestilah dapat mengenal pasti tarikh, masa, perlakuan salah atau aktiviti suspek dan tempat yang menjadi sasaran serbuan. Inilah cabaran utama yang perlu dihadapi kerana kadang-kala tidak semua perkara berkenaan dapat disempurnakan.

Dalam kes yang melibatkan Ayah Pin misalnya, walaupun lokasinya dapat dikesan, namun bukti yang diperlukan ialah bukti fizikal dia sedang melakukan sesuatu upacara, menyebut atau mendakwa sesuatu yang bertentangan dengan Syarak atau berkata sesuatu yang menepati maksud mana-mana kesalahan gagal diperolehi sehingga kini. Terdapat pelbagai kenyataan yang dikeluarkan olehnya yang disiarkan dalam akhbar dan laman sesawang. Antaranya beliau mendakwa dirinya tuhan, mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan boleh menganut mana-mana agama kerana tuhan adalah satu serta pelbagai lagi dakwaan karut yang bertentangan dengan Islam. Dalam hal ini, pegawai penyiasat di kalangan pegawai penguatkuasa agama mesti mengadakan siasatan lanjut seperti mengkaji kesahihan dakwaan ini. Pemberita yang menemuramah yang mendengar beliau berkata sedemikian boleh disoal-siasat demi mendapatkan keterangan mengenai dakwaan tersebut beserta dengan maklumat tentang tarikh, masa dan tempat beliau menyatakan sedemikian. Jika cukup bukti, ini barangkali memadai untuk mensabitkannya di bawah kesalahan membuat dakwaan palsu seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Takzir) 2001, seksyen 4 Enakmen yang sama bagi kesalahan mengajar doktrin palsu dan seksyen 5 bagi kesalahan mengembangkan doktrin agama selain dari agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam. Bukan satu akhbar yang didapati menyiarkan kenyataan sedemikian baru-baru ini baik media cetak mahupun menerusi laman web (contoh http://www.malaysiakini.com) ataupun rakaman dalam bentuk vcd.

Sungguhpun pihak penguatkuasa agama mempunyai peraturan bahawa mereka hanya boleh bertindak sekiranya ada aduan, barangkali mereka boleh menggunakan kuasa budibicara agar di kalangan mereka sendiri yang menjadi pengadu bagi maksud mengisi Borang 5 seperti yang dikehendaki oleh undang-undang tatacara jenayah syariah. Oleh kerana kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 4,5 dan 6 seperti yang dijelaskan di atas merupakan kesalahan boleh tangkap, maka pihak berkuasa agama tidak perlu mendapatkan waran Pendakwa Syarie. Walaupun kertas siasatan terhadapnya telahpun dibuka di Besut, Terengganu, namun jika dia disyaki melakukan kesalahan yang serupa di negeri lain, maka dia juga boleh didakwa di negeri berkenaan seperti yang berlaku kepada Mohamed bin Ya yang pernah didakwa di Ipoh, Kota Bharu dan juga Besut. Sungguh pun begitu, terdapat pelbagai cabaran dari segi tatacara pengendalian siasatan terhadap kes ajaran sesat ini. Seseorang suspek yang ditahan untuk siasatan, hanya boleh ditahan selama tempoh 24 jam sahaja.

Memandangkan soal-siasat dan rakaman percakapan suspek tidak boleh diambil secara mandatori, maka sekiranya suspek enggan bekerjasama memberikan keterangan dalam tempoh berkenaan, maka tiada sebarang tindakan dapat dikenakan. Selepas 24 jam, beliau hendaklah dihadapkan ke mahkamah jika pertuduhan telah berjaya disediakan oleh pihak pendakwa. Jika tidak, maka dia mesti dibebaskan. Apabila dibebaskan, kadang-kala mereka ini tidak dapat dikesan lagi kerana telah berpindah ke tempat lain. Ini menyebabkan fail kes itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dari segi sumber tenaga kerja pula, didapati penguatkuasa agama, seperti pegawai hal ehwal Islam di jabatan agama Islam yang lain juga, tertakluk kepada pertukaran bahagian, kenaikan pangkat dan sebagainya. Terdapat keadaan di mana pegawai yang mengendalikan penyiasatan sesuatu kes telah pun berpindah ke bahagian lain. Ini menyebabkan fail kes yang belum diselesaikan itu tergendala dan tidak dapat diteruskan kerana pegawai yang menggantikannya masih belum ada atau belum serasi dengan tugas.

Apabila pendakwaan berjaya dilakukan di mahkamah, suspek ajaran sesat akan diadili dan mahkamah akan menentukan status mereka sama ada bersalah atau tidak. Sekiranya mereka didapati bersalah, maka hukuman yang bakal dikenakan mestilah juga termasuk proses pemulihan akidah yang hanya dapat dilaksanakan di pusat bimbingan Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen akta/enakmen kesalahan jenayah syariah negeri. Hakim mestilah mengenakan hukuman dihantar ke pusat bimbingan Islam sebagai satu hukuman mandatori, tidak melebihi enam bulan sebagai ganti pemenjaraan biasa. Soalnya sekarang, adakah pusat ini wujud di setiap negeri sebagaimana yang semestinya.
Jika diperhatikan sejak peristiwa Nabi palsu di zaman selepas Nabi Muhammad SAW, hanya satu sahaja hukuman yang dilaksanakan terhadap mereka yang mendakwa dirinya nabi iaitu hukuman bunuh. Tidak lagi diminta bertaubat atau dipulihkan akidah mereka. Ini mungkin bersesuaian dengan darar yang berlaku, yakni bukan sahaja mengaku diri sebagai Nabi, malah memerangi Islam secara terang-terangan sehingga memecah-belahkan umat dan pelbagai lagi kemusnahan.

Dalam kes Pendakwa Syarie Selangor lwn. Abdul Kahar Ahmad, pesalah berusia 72 tahun yang didapati bersalah atas lima kesalahan berkaitan ajaran salah, telah dihukum penjara selama sepuluh tahun, denda RM16,500 dan enam kali sebatan dan perlu menjalani proses pemulihan selepas dipenjarakan itu di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam Selangor. Ini bermakna beliau akan menjalani hukuman penjara biasa terlebih dahulu di bawah kendalian Jabatan Penjara Malaysia dan selepas habis tempoh sepuluh tahun baru menjalani proses pemulihan sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah syariah. Timbul persoalan di sini iaitu, bilakah pula proses taubat perlu dilakukan olehnya dengan pemantauan pihak berkuasa. Adakah memadai mendapatinya bersalah, tanpa memastikan yang beliau benar-benar telah insaf dan bertaubat. Jika begini keadaannya, timbul persoalan tentang keadaan beliau dalam penjara serta jangka hayatnya. Berkemungkinan (hanya kemungkinan) penyebaran ajaran boleh berlaku jika dia belum benar-benar insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Apakah bentuk pemulihan yang bakal dilaluinya dalam tempoh pemenjaraannya. Jika dia menjalani proses kaunseling biasa dan menjalani kehidupan sebagaimana banduan lain, maka bagaimana kita dapat memastikan akidahnya telah diperbetulkan. Adalah lebih baik jika proses pemulihan akidah dijalankan terus di penjara dengan menugaskan pegawai agama sedia ada untuk mengendalikan pesalah sebegini atau dia diasingkan terus dari banduan lain dengan meletakkannya di blok khas untuk pesalah akidah. Di sinilah kerjasama di antara pihak mahkamah syariah dan Jabatan Penjara Malaysia serta institusi seperti jabatan agama Islam amatlah perlu bagi menyelaraskan perkara ini. Berkenaan dengan pengikut ajaran salah pula, proses yang sama perlu dikenakan terhadap mereka iaitu didakwa di mahkamah dan jika didapati bersalah, dijatuhi hukuman penjara dan diwajibkan menjalani proses pemulihan akidah.

Dalam kes Mohamed bin Ya dan Lain-Lain lwn Pendakwa Syarie Kelantan, lima orang tertuduh telah disabitkan atas kesalahan melakukan adat istiadat yang bertentangan dengan agama Islam. Mereka adalah pengikut ajaran Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin, sebuah kumpulan yang telah difatwakan haram di Kelantan ketika itu. Dalam rayuan mereka terhadap hukuman penjara, satu tahun, Mahkamah Rayuan telah mengubah hukuman berkenaan kepada berkelakuan baik selama tempoh tiga hingga lima tahun. Dalam tempoh berkenaan mahkamah telah mengarahkan agar mereka melaporkan diri kepada kadi jajahan tempat tinggal mereka untuk melafazkan taubat. Akan tetapi, disebabkan masalah pengurusan, ketidakselarasan arahan dan ketiadaan garispanduan taubat, maka taubat tersebut dikatakan tidak berjaya direalisasikan.

Satu isu berbangkit di sini ialah tentang status pusat bimbingan Islam (PBI) yang merupakan tempat khas yang diperuntukkan untuk memurnikan akidah pesalah. PBI ini boleh disediakan berasaskan peruntukan undang-undang, umpamanya seksyen 53 dan seksyen 54 (1); Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9, 1995. PBI merupakan sebuah pusat di bawah kendalian Majlis Agama Islam negeri dan ia mempunyai objektif sebagai pusat bimbingan dan kaunseling bagi mereka yang memerlukan pemulihan akidah. Setakat ini hanya negeri Selangor sahaja yang mengadakan PBI ini dan menamakannya Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman. Manakala negeri lain masih belum menunjukkan sebarang usaha ke arah pembinaannya biarpun dari segi undang-undang, ia dibolehkan. Pengurusan dan pentadbiran pusat ini dibuat berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman 2001. Ia menjadi pusat tahanan kepada pesalah yang diperintahkan oleh Mahkamah Syariah bagi menjalani hukuman kerana melakukan kesalahan yang berhubungan dengan aqidah sama ada di Selangor atau negeri lain.

Walaubagaimanapun dalam masa yang sama ia turut menempatkan kes-kes sukarela, lazimnya berkaitan moral, setelah mendapat kebenaran Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Berdasarkan kajian yang dijalankan setakat 2008, penulis dapati bahawa pusat ini telah menerima seramai 15 orang pesalah dari mahkamah, tetapi belum pernah menerima seorang pun pesalah ajaran sesat. Dari segi modul pembelajaran agama yang disediakan, didapati bahawa pengisiannya adalah satu sahaja dan terpakai kepada semua pelatih yang dimasukkan ke situ. Sudah tiba masanya modul khas diwujudkan bagi pesalah akidah. Satu lagi pusat pemulihan akidah ialah Pusat Pemantapan Akidah JAKIM di Jelebu yang dibina di bawah kerajaan Pusat dan diletakkan di bawah pengurusan bahagian Dakwah JAKIM.

Satu perkara yang perlu diterima hakikatnya ialah kedua-dua pusat ini tidak diwartakan sebagai penjara dan tidak berada di bawah pengurusan Jabatan Penjara Malaysia. Justeru, perintah mahkamah (supaya dihantar ke pusat pemulihan akidah) itu adalah bersifat perintah (order) tambahan kepada hukuman (punishment) yang perlu dilaksanakan terhadapnya.

Peranan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga tidak kurang pentingnya.  Sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal pembangunan dan kemajuan Islam di negara ini, JAKIM juga telah mengadakan inisiatif yang memberangsangkan dalam menangani fenomena ajaran sesat. Jabatan ini telah mewujudkan Rancangan Lima Tahun Membanteras Ajaran Sesat. Yang pertama bermula dari tahun 1995 hingga 1999. Manakala Rancangan Lima dibendung hingga ke akar umbi. Jawatankuasa Task Force ini diurusetiakan oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Ia berbentuk ad-hoc dan beroperasi berasaskan kes. Ia dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM dengan keahlian jawatankuasa daripada semua agensi seperti Kementerian Dalam Negeri, jabatan agama Islam negeri, Majlis Keselamatan Negara, Polis DiRaja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan beberapa lagi. Contoh kerjasama yang pernah dilaksanakan ialah apabila kerajaan menangani isu Syarikat Rufaqa Corporation (SRC) dan juga isu Arifin Muhamad (Ayah Pin).

Jawatankuasa yang bersifat tetap pula ialah Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam (JAPPIS) dan Panel Kajian Akidah (PKA). Namun sejauhmanakah keberkesanan usaha kerjasama di antara pihak berkuasa negeri dan persekutuan ini tidak dapat dipastikan. Adalah diharapkan dengan adanya keupayaan di pelbagai peringkat agensi kerajaan dan negeri, usaha pembanterasan ajaran sesat dapat dipertingkatkan.

Cadangan langkah mengatasi itu juga telah mendapat sokongan bersesuaian dengan langkah yang diambil oleh kerajaanSelangor seperti yang dinyatakan oleh  Dato’ Setia Hj Mohd Tamyes b Abd Wahid Mufti Negeri Selangor (ketika itu) dengan menyatakan tambahan cadangan iaitu memberi penerangan terhadap kekeliruan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Di samping tu, memperbanyakkan penerbitan bahan yang berkaitan ajaran sesat sebagai panduan kepada umat Islam. Kerjasama semua pihak juga perlu dalam usaha menyalurkan maklumat berkaitan ajaran sesat di sesebuah kawasan sebelum ia berkembang dengan lebih luas lagi